Tuesday, November 24, 2009

Pendirian Berterusan Membawa Agenda Kebajikan Mahasiswa!


Assalamualaikum wbt Salam Mahasiswa Peduli

1.Saya ingin menegaskan dengan penuh hormat bahawa kami di barisan Kepimpinan Mahasiswa UMP iaitu MPP UMP 2008/2009 tetap dengan pendirian untuk meletakkan membawa agenda Kebajikan Mahasiswa UMP tetap menjadi keutamaan.

2.Saya telah mengungkapkan beberapa isu yang masih menjadi permasalahan di Universiti kita yang terchinta ini. Saya mengulangi bahawa tiada niat di hati saya untuk bersikap biadap dengan mengeluarkan statement2 yang pedas dan terasa bagi sesetangah pihak.Tiada niat saya. Saya mengambil pendekatan yang praktikal dan bersikap bertanggunjawab atas segala apa yang saya tulis sama ada di memo,announcement,blog saya dan etc.

3.Saya ingin maklumkan bahawa tempoh perkhidmatan kami kepada Mahasiswa UMP telah tamat pada secara rasmi 16 Oktober 2009 yang lalu. Pihak Dekan JHEPA yang baharu,Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin telah meminta kepada kuasa Dato' Naib Canselor UMP agar menangguhkan Pilihanraya Kampus(PRK) pada bulan Januari seiring dengan Universiti-Universiti Premier seperti UM,USM,UIA,UPM,UKM dll. Kami seramai 15 MPP UMP telah diberi mandat untuk memegang sebagai Executive Caretaker sehingga bulan Januari 2010.

4.Saya bertanggungjawab bahawa setiap isu yang dibangkitkan oleh saya dan teman-teman yang lain memerlukan kepada kebijakan yang komprehensif daripada Pihak Pengurusan Tertinggi UMP. Kesemua Pusat Tanggungjawab perlu memainkan peranan dan bukan hanya JHEPA sahaja yang perlu melayan semua karenah dan tuntutan Mahasiswa UMP. Proses memberikan kesedaran kepada bakal pimpinan Mahasiswa akan terus berjalan dan saya meminta dengan niat yang tulus hati tanpa berselindung betapa sudah sampai masanya semua Dekan Fakulti,Pengarah di setiap PTJ,Pegawai2 UMP, Staff yang berkepentingan di setiap Pusat Tanggungjawab perlu memandang serius isu Mahasiswa UMP.

5.Banyak yang telah saya pelajari sepanjang memegang jawatan yang tidak seberapa ini. Sebagai Yang Dipertua MPP UMP sesi 2008/2009,saya melihat tanggungjawab MPP sangat mencabar dan berat. Kita di UMP masih lemah kepimpinan di setiap JPK Kolej Kediaman. Kepimpinan dan pengaruh setiap Persatuan fakulti amat terhad dan saya beranggapan GEMPUR sebagai satu platform terbaik kepada gerakan Mahasiswa UMP yang lebih tersusun untuk menangani isu Akademik Mahasiswa UMP. Saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih dan penghargaan tulus ikhlas saya kepada Naib Canselor UMP,Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Daing Ibrahim, Dekan JHEPA,Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin,Profesor Dr Abdul Jalil Bin Borham, Profesor Dr Badrulhisyam Bin Abd Aziz, En Shukur Bin Ishak, En Saharuddin Bin Ramli dan semua warga UMP yang telah mengajar saya dan teman-teman MPP untuk menjadi manusia besi dan pemimpin Mahasiswa yang sejati.

6.Tempoh 1 tahun Kepimpinan MPP UMP sesi 2008/2009 tidak memadai untuk kami menyelasaikan kesemuanya. Apatah lagi,tahun 2009 amatlah sukar kerna UMP terpaksa menghadapi masa yang sangat sukar. Perpindahan di Pekan,Krisis Air UMP,Perpindahan KK4,Isu Kafeteria KK1,Masalah Perkhidmatan Bas ke UMP Pekan dsb amat memeritkan semua warga UMP. Namun,kita tetap berjaya hadapi dengan penuh kesabaran. Tahniah kepada Mahasiswa UMP terutama Mahasiswa Fakulti Mekanikal dan Fakulti Eletrik & Eletronik yang pada hemat saya,kita Mahasiswa yang cekal,matang dan InsyaAllah berjaya di masa hadapan.

7.Saya mengharapkan barisan kepimpinan MPP UMP sesi 2010/2011 yang akan dijalankan PRK pada buan Januari nanti akan lebih progresif,radikal menyuarakan hak Mahasiswa UMP dan matang menghadapi cabaran. Segala pengorbanan saya dan teman-teman MPP UMP sesi 2008/2009 adalah ikhlas semata -mata kerna amanah yang telah diberikan. Tidak akan saya berasa kecewa dan bersedih andai segala usaha kami sia-sia dimata warga UMP kerna bagi saya USAHA yang bersungguh-sungguh lebih utama.

8.Ayuh,pada sesiapa yang membaca artikel ini,saya mengajak dengan rendah hati bahawa marilah kita melakukan korban perubahan dan melakukan refleksi diri agar setiap warga UMP tidak kira staff,pensyarah atau pelajar memahami peranan kita dengan lebih jelas dan bertanggungjawab.Terima Kasih.

Aku yang Tidak Pernah Berputus Asa...

Mohamad Suffi Bin Kamari

Mahasiswa Peduli


Rabu 25 November 2009

2.40am at Cyber Loft Cafe,Syeksyen 2,Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete