Monday, November 23, 2009

[UPDATE ISU LATIHAN INDUSTRI]: Pedulikah Mahasiswa Kita???

Berikut merupakan jawapan bertulis drpd Pihak Pengurusan latihan Industri dan Pihak Pengarah PPA UMP. Saya amat hargai jawapan bertulis ini agar menjadi rujukan hujah bagi Pemimpin Mahasiswa. Mahasiswa UMP perlukan penjelasan secara terperinci mengenai apakah pencirian Yuran Latihan Industri selama ini. Tahniah kerna semua warga UMP yang terlibat berani tampil kehadapan dan kita berhujah dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Niat tulus dihati hanya ingin mewakili sebahgian besar Mahasiswa UMP terutama yang akan menduduki LI agar setiap penhujahan dan penjelasan dapat segera diselesaikan.


Assalamualaikum wbt..


En.MOHD FADZIL FAISAE B AB. RASHID

Sdr Suffi, Berkenaan beberapa pandangan dan persoalan saudara/pelajar berkenaan berkaitan dengan LI, berikut adalah respon saya:


1. Berkenaan yuran latihan industri Yuran pengajian di UMP adalah dikira berdasarkan jumlah jam kredit yang didaftarkan untuk semester tersebut. Bagi bilangan jam kredit melebihi atau bersamaan 12 jam kredit, pihak Bendahari menetapkan satu kadar yang sama (yuran penuh). Manakala bagi bilangan jam kredit yang kurang dari 12, jumlah yuran dikira berdasarkan jumlah jam kredit. Selagi anda mendaftar sebagai pelajar UMP, selagi itulah anda tertakluk kepada peraturan ini. Untuk LI, UMP menetapkan 12 jam kredit bagi melayakkan pelajar mendapat pinjaman PTPTN untuk semester tersebut. Oleh itu pelajar perlu membayar yuran penuh untuk semester LI. Pendapat pelajar mengenai yuran yang dibayar adalah untuk membiayai kos lawatan pensyarah adalah tidak benar.


2. Berkenaan perkhidmatan untuk pelajar memohon LI Pelajar direct entry dari FKM yg akan menjalankan LI semester hadapan merupakan bekas pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari batch kedua. Pada waktu tersebut, LI masih diuruskan oleh fakulti masing-masing. Bilangan pelajar yang menjalani LI di FKM pada waktu itu ialah tidak melebihi 100 orang (40 pelajar diploma, 60 pelajar ijazah). Bilangan ini jauh lebih kecil dari bilangan pelajar pada masa ini, di mana untuk FKM sahaja, seramai 250 pelajar (210 pelajar ijazah dan 40 pelajar diploma). Pada peringkat permulaan program LI dijalankan, pihak industri masih belum mengenali potensi dan identit pelajar KUKTEM. Oleh itu, pada peringkat permulaan, penyelaras fakulti berpendapat perlu memberi lebih bantuan dan sokongan kepada pelajar untuk memastikan pelajar mendapat tempat di industri. Setelah melalui proses ini untuk beberapa kali, pihak industri mula mengenali potensi dan ciri-ciri pelajar UMP. Bagi pelajar-pelajar yang mendapat CGPA yang baik dan softskill yang ketrampil, kebarangkalian untuk mendapat tempat LI bagi setiap permohonan adalah tinggi. Oleh itu, terpulang kepada pelajar untuk menentukan bagaimana penerimaan industri terhadap mereka dengan keputusan CGPA masing-masing. Selain itu, LI merupakan salah satu latihan sebagai persediaan pelajar untuk memohon kerja selepas bergraduat. Pada peringkat ini, pelajar dilatih untuk menguruskan permohonan dan urusan berkaitan sendiri untuk membiasakan pelajar dengan situasi sebenar permohonan kerja. Daripada pengalaman belajar saya dan rakan-rakan yang lain di peringkat degree, TIDAK ADA universiti yang menyediakan semua perkhidmatan fax, telefon, printing, kertas dsb kepada pelajar untuk memohon tempat LI.


3. Berkenaan pengisian borang 2 kali Universit Malaysia Pahang semakin berkembang dari segi prasarana dan juga bilangan pelajar. Kewujudan IT telah banyak membantu semua urusan kerja. Di dalam proses permohonan dan pengesahan LI, kedua-dua cara ini diperlukan demi melicinkan semua urusan yang berkaitan. Mengambilkira pertambahan pelajar yang akan menjalani LI, unit LI berhasrat untuk mewujudkan sistem pendaftaran dan pengesahan online sepenuhnya. Tetapi, memandangkan kekangan yang ada seperti kemahiran staf untuk membangunkan sistem ini, sistem LI online telah diserahkan kepada PTMK untuk ditambahbaik. Objektif akhir penyerahan ini ialah supaya ia dapat diintegrasikan dengan sistem IMS yang sedia ada dan kaedah pendaftaran dan pengesahan online sepenuhnya dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia masih dalam proses pembangunan dan unit LI masih memerlukan pendaftaran secara manual sebagai back-up.


4. Berkenaan jumlah yuran LI yang membebankan Seperti semester-semester yang lepas, yuran pengajian akan dibayar oleh penaja masing-masing (PTPTN, JPA, MARA dsb) secara terus kepada universiti. Bahkan untuk semester LI, pelajar mendapat bayaran yang lebih dari penaja kerana tidak perlu membayar yuran asrama. Jadi saya berpendapat, tidak ada masalah bagi pelajar untuk membayar yuran, melainkan pelajar tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan kerana gagal kursus atau sebagainya. Jadi, pilihan adalah ditangan pelajar.


Sekian penjelasan saya. Jika ada apa-apa persoalan yang berkaitan, sila kemukankan ke saluran yang betul dengan cara yang sepatutnya sebagai pelajar Universiti.


Terima kasih.


Assalamualaikum wrh wbt.





Dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan komen saudara adalah berkaitan.


Alhamdulillah, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas komen serta rungutan saudara berkenaan Latihan Industri. Izinkan kami memberi penjelasan kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan secara berstruktur bagi memudahkan saudara memahami kaedah serta proses pelaksanaan Latihan Industri yang dikendalikan oleh pihak Unit LI-PPPA dengan kerjasama fakulti.


Untuk makluman, semua keputusan serta tindakan yang dilaksanakan adalah hasil daripada perbincangan serta permuafakatan antara pihak fakulti yang bersidang di dalam satu jawatan kuasa yang dikenali sebagai Jawatan Kuasa Latihan Industri (JK-LI) yang dianggotai oleh Ketua Program LI (En. Mohd Fadzil Faisae dari FKM) dan semua penyelaras LI daripada setiap fakulti. Jawatan kuasa ini merupakan platform untuk membincangkan pelbagai perkara serta isu yang melibatkan LI di UMP. Justeru itu, suara fakulti di dalam hal ini diwakili oleh Penyelaras LI Fakulti yang menjadi anggota JK ini.


Selain itu, JK ini juga bertindak atas panduan serta arahan daripada Majlis Senat Universiti terutamanya di dalam hal-hal prinsip seperti tempoh pelaksanaan LI, jumlah kredit, penilaian dan tatacara pemarkahan.


1. Persoalan yuran LI Isu ini tidak berada di bawah jurisdiksi PPPA kerana kadar yuran ditentukan oleh pihak pengurusan university.


2. Kos Printing, Fax, Talipon, Kertas Tidak dinafikan bahawa semua perkara di atas melibatkan kos. Namun, kami berpendapat bahawa kos yang terlibat tidaklah terlalu membebankan kerana semua perkara tersebut adalah perkara rutin yang dilakukan setiap hari. Mengenai pengurusan LI semasa dijalankan di FKM sebelum ini, kami berasa sangat bersyukur kerana pihak fakulti sangat bermurah hati memberi kebenaran kepada pelajar menggunakan kemudahan tersebut. Namun, mungkin jumlah pelajar yang terlibat pada ketika itu tidak sebesar jumlah pelajar yang terlibat dengan LI pada masa sekarang. Untuk makluman saudara, setakat ini pihak PPPA dengan kerjasama fakulti telah menguruskan penempatan pelajar UMP ke industry sejak pengurusan LI dipindah ke PPPA sepenuhnya mulai Disember 2007, hampir 1500 pelajar telah berjaya ditempatkan di industry. Untuk mengatakan bahawa tidak wujud sebarang masalah adalah keterlaluan, namun Alhamdulillah, semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak termasuk pelajar, fakulti dan pihak industry sendiri. Walau bagaimanapun, kami akan mengambil serius cadangan saudara untuk menggunakan kemudahan tersebut di Unit LI-PPA pada masa akan datang, insya Allah.


3. Pengisian borang sebanyak 2 kali. Untuk makluman saudara, semua maklumat berkenaan tatacara serta proses kerja pelaksanaan LI boleh dirujuk melalui Buku Log LI dan juga melalui taklimat persediaan LI yang dilaksanakan oleh pihak PPPA dengan kerjasama fakulti. Taklimat tersebut diadakan sebanyak 2 kali, iaitu sebaik sahaja pelajar layak untuk mendaftarkan kursus LI dan juga sebelum pelajar berangkat ke industry. Taklimat pertama melibatkan penerangan serta penjelasan tentang tatacara pendaftaran kursus (BPA dan fakulti) dan permohonan mendapatkan tempat di industry (PPPA dan industry). Maklumat berkenaan tempat atau industry yang menawarkan kekosongan tempat pula boleh dirujuk ke portal PPPA di bawah Direktori Industri yang memuatkan maklumat syarikat serta agensi yang telah dan mempunyai kekosongan tempat bagi pelajar LI. Setakat ini terdapat hampir 600 buah syarikat yang tersenarai di dalam direktori tersebut. Senarai tersebut termasuklah syarikat-syarikat IKS, multinasional, antarabangsa, dan EUMCCI (European Union Malaysia Commerce Chambers Industry). Setakat ini, terdapat juga syarikat atau industry yang memohon pelajar LI daripada UMP dan mereka biasanya menghubungi PPPA, dan kami akan menaikkan iklan atau pengumuman di dalam E-comm yang merupakan satu saluran maklumat rasmi di UMP. Juga ingin dijelaskan di sini bahawa, PPPA akan menghubungi pihak industry berdasarkan pangkalan data yang kita miliki itu akan hasrat UMP untuk menghantar pelajar di syarikat atau agensi mereka seawal satu semester sebelum sesuatu kohort pelajar layak mengambil kursus LI. Bagi pengisian borang yang pertama iaitu PLI (Permohonan LI), pelajar dikehendaki menyediakan satu resume (salinan keputusan peperiksaan yang disahkan oleh PA, biodata diri dan surat iringan mengenai hasrat untuk menjalankan LI di tempat tersebut). Proses ini sebenarnya merupakan latihan kepada pelajar untuk memohon kerja selepas tamat pengajian nanti. Semua maklumat tersebut boleh diisi secara ýonlineý dan maklumat tersebut akan ýtriggerý ke pangkalan data di Unit LI. Selain itu, pelajar dikehendaki mencetak maklumat tersebut untuk dihantar ke industry. Pihak PPPA pula akan mengeluarkan surat pengesahan pelajar (students verification letter) sebagai surat iringan dan pengesahan kepada pihak industry bahawa penama surat adalah pelajar UMP yang sah dan layak menjalankan LI di syarikat tersebut. Selepas permohonan ke industry dihantar oleh pelajar, dalam jangkamasa tertentu, pihak industry akan membincangkan permohona tersebut dan ada juga pihak industry yang memaklumkan kepada kami bahawa perkara tersebut dijadikan agenda di dalam mesyuarat pengurusan mereka. Seterusnya, mereka memberikan jawapan sama ada mereka mempunyai kekosongan atau tidak. Biasanya jawapan ini akan dihantar oleh pihak industry ke Unit LI-PPPA melalui email, fax, panggilan talipon atau surat rasmi. Namun, terdapat juga pihak industry yang terus menghubungi pelajar tanpa melalui PPPA. Tanggungjawab pelajar pada peringkat ini ialah melaporkan status sama ada diterima atau ditolak. Pelajar boleh membuat semakan dikaunter PPPA, atau memaklumkan kepada PPPA jika industry menghubungi terus pelajar tanpa PPPA. Selain itu, PPPA juga turut bekerjasama dengan pihak industry mengendalikan temuduga di UMP bagi pemilihan pelajar. Biasanya, kaedah temuduga ini dijalankan oleh syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Elektriksola, MyWarisan dan Fujitsu. Kaedah ini dilakukan kerana mereka ingin memilih pelajar yang layak sahaja menjalankan LI ditempat mereka dan biasanya para pelajar ini diletakkan dibawah program perintis mereka seperti yang dilakukan oleh Sime Darby. Manakala calon-calon temuduga pula akan dinamakan oleh pihak fakulti, dan sering juga peluang tersebut dibuka kepada mana-mana pelajar yang berminat. Sebaik sahaja pelajar membuat keputusan muktamad untuk memilih syarikat atau agensi bagi menjalankan LI, mereka dikehendaki memaklumkan kepada Unit LI-PPPA bagi kemaskini data dan maklumat. Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki mengisi boring yang kedua iaitu SLI (Sah LI). Tujuan pengisian SLI ini ialah untuk memastikan bahawa data pelajar dan tempat LI dapat dikemaskini di dalam pangkalan data Unit LI. Proses ini penting bagi tujuan pengesahan tempat, status dan juga untuk urusan cetakan surat Idemniti (Insuran) dan juga untuk peluang menjalankan LI bagi kohort akan datang. Setelah semua urusan tersebut selesai, Unit LI akan mengadakan satu lagi taklimat kepada pelajar sebelum berangkat ke tempat LI. Melalui taklimat ini, para pelajar akan didedahkan dengan tatacara serta etika semasa mereka berada di industry.


4. Harga Buku Log LI yang mahal Untuk makluman, modal untuk mencetak Buku Log LI diambil daripada harga buku tersebut. Dengan kata lain, pihak kami tidak mempunyai sebarang keuntungan di dalam proses penjualan buku tersebut. Pihak kami dinasihatkan oleh Pejabat Bendahari akan memastikan harga jualan tersebut adalah sekadar ýbalik modalý dan juga sama sekali mengelakkan memberi subsidi. Secara mudahnya ialah, modal yang dikeluarkan akan dapat ditampung semula dengan harga jualan, sebagai contoh, jika modal yang dikeluarkan untuk sebuah buku ialah RM 10, maka harga jualan juga tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada RM 10, kerana kami tidak berorientasikan keuntungan (profit oriented). Selain itu, kami juga berpendapat bahawa kualiti bahan buku tersebut dan jumlah muka surat buku tersebut adalah berbaloi dengan jumlah harga yang dikenakan. Setakat ini, modal yang dikeluarkan untuk mencetak buku tersebut adalah RM 13, maka harga jualan juga adalah RM 13.


5. Persoalan ýape keje staff kat BPA[ @PPA?] Just filing dokumen je ke?ý Saya mengucapkan terima kasih atas pandangan tersebut kerana ianya memberikan satu peringatan kepada semua staf di PPPA agar terus mempertingkatkan kualiti kerja supaya lebih efektif dan efisien pada masa-masa akan datang. Untuk makluman saudara, kami sentiasa cuba menjalankan amanah dengan kadar yang terbaik bagi memastikan semua pelajar kami mendapat bantuan serta kemudahan yang sepatutnya. Ini kerana, kami sangat menyedari bahawa saudara semua adalah pelajar yang mesti dibantu umpama orang buta yang perlu dipimpin tangannya supaya tidak terjatuh ke dalam gaung atau terjatuh ke dalam longkang yang kotor. Selain itu, saudara juga merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara, agama dan bangsa ini pada masa akan dating. Justeru, kami akan sentiasa memastikan saudara akan dibantu, dilengkapi serta dibimbing secukupnya agar dapat mengisi dan mengurus negara ini termasuk anak-anak dan cucu-cucu kami pada masa akan datang. Namun, jika saudara memahami secara sedar pepatah Cina bahawa, kita akan lebih cepat faham akan sesuatu jika terlibat dengan proses kerja sesuatu berbanding mengharapkan orang lain menyediakan atau melakukannya untuk kita, ataupun satu lagi pepatah Cina yang mengatakan, seorang guru tidak perlu memberi ikan atau pancing kepada muridnya, tetapi mengajarnya cara-cara membuat pancing untuk mengail ikan. Ini kerana, jika guru memberi ikan, pelajar tidak akan tahu cara menangkap ikan. Jika guru memberi pancing, pelajar tidak tahu cara membuat pancing. Justeru, kami beranggapan bahawa proses kerja dan tatacara menjalankan LI ini adalah proses belajar membuat pancing, supaya saudara tidak mati kebuluran jika guru tidak memberikan ikan. Mengenai tugas kakitangan PPPA yang dikatakan sekadar membuat ýfiling dokumen je ke?ý, kami akui kebanyakan tugas kakitangan kaunter PPPA ialah mengemaskini maklumat dan data sama ada secara hard copy mahupun soft copy. Selain itu, mereka bertugas menghubungi pihak industry, menguruskan temuduga, mesyuarat, bengkel, sama ada dalaman mahupun luaran, menguruskan lawatan ke industry dan juga tugasan lain yang berkaitan dengan unit-unit lain di PPPA dan JHEAA. Untuk makluman dan pengetahuan saudara, di PPPA terdapat 3 unit yang juga besar skop dan tanggungjawabnya iaitu Unit Pembangunan akademik, Unit Kemahiran Insaniah dan Sekretariat Penasihatan Akademik.


Akhir kata, sekali lagi kami ucapkan terima kasih atas kesudian saudara memanjangkan komen pelajar berkenaan pelaksanaan Latihan Industri di UMP umumnya dan di PPPA khasnya. Segala teguran, kritikan serta pandangan yang diberi, kami sangat alu-alukan supaya dapat memberi peluang kepada kami untuk sentiasa melakukan tambahbaik pada masa-masa akan datang. Mudah-mudahan, kita semua diberi kekuatan dan rahmat-Nya untuk meneruskan tugas-tugas mulai ini membantu anak bangsa kita, insya Allah. Sekian, terima kasih.


Jamal Rizal bin Razali (0286)

Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Akademik,

Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa,

Universiti Malaysia PAHANG.

09-5492026/2624/019-9322292 ý


Semua jawapan dan maklumat di atas adalah dirujuk kepada Buku Log LI, Portal PPPA dan minit mesyuarat JK LI.

Nah,Seluruh Mahasiswa UMP yang ada kesedaran,Mari kita berlapang dada dan kita tampil kehadapan seandainya ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan atas prinsip keadilan dan hak Mahasiswa Bersuara!Saya mengalu-alukan sebarang komen dan maklum balas daripda Mahasiswa UMP!!!

Mohamad Suffi Bin Kamari
Mahasiswa Peduli

24 November 2009 Jam 12.59am
Cyber Loft Cafe,Syeksen 2 Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

3 comments:

  1. Sebenanye masalah ape yg dihadapi ngn plajar? sbb bace dr penerangan fasae ngn jamal rizal..mcm merungut susa nk cr tmpt LI+ beban nk apply LI..btol ke?[kna tanye dulu..sala bg pandangan bahaye gak]

    ReplyDelete
  2. yuran 700 lebih..LI berlaku pada musim cuti.Yuran dikenakan terlalu mahal.Ptptn tidak pada masa itu.dimanakah pelajar mahu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk diberikan kepada UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG??..komen..jika dikenakan yuran pada time LI,maka pelajar kena bayar yuran 9 kali..padahal belajar 8 semester...komen..

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete