Thursday, February 16, 2012

Aku datang Ya Rasulullah!









TTT & Sekeluarga akan menjalani ibadah Umrah daripada 18hb Feb sehingga 1 Mac 2012

TTT minta kepada teman2x agar mendoakan perjalanan pergi dan kembali selamat dan penuh keberkatan.

TTT pergi hanya ingin menyerah diri kepada Allah dan terlalu ingin menziarahi Baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat!

Lupakan dunia seketika,lupakan segala urusan kerja,lupakan sebentar apa yang ada di Malaysia,TTT hanya ingin pergi bertemu Allah dan Rasul dan Menyerah diri...

Semoga ada kebaikkan di dalam perjalanan ini...


Hamba yang dhoif...
Mohamad Suffi Kamari
Taman Permata,Hulu Klang.


Saturday, February 4, 2012

Mari Hayati 12 Rabiul Awal Tahun Gajah!



1.Tahun 2012 ialah tahun dimana TTT tidak akan merayakan sambutan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah sempena Hari Keputeraan Baginda Muhammad SAW seperti kebiasaannya.Dahulu,upacara berarak,berselawat beramai ramai,berzanji,alunan Ayat Al Quran dan pulut kuning akan menemani kehidupan TTT akan tetapi kini sudah pasti ia akan menjadi kenangan. Seusai menjijak kaki di bumi MMHE,Pasir Gudang tentulah banyak urusan yang perlu dilunaskan sehingga tiada daya untuk menghimpun daya secukupnya.

2. Marilah kita menghayati kehidupan penuh kesederhanaan baginda Rasulullah saw. Kita ummat Baginda wajar mempunyai upaya biarpun sedikit dalam menghidupkan sunnah baginda,paling tidak memperbanyak selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.

3.Pengamalan baginda dalam mempraktikkan syariat Allah perlulah diinsafi kita semua.Lupakah kita tentang kesah Rasulullah melayan Yahudi Buta dengan memberi makanan sehingga apabila Baginda wafat, baharulah Yahudi Buta tersebut insaf dek kerana kelembutan suapan makanan Baginda tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar As-Asiddiq.Terus Yahudi Buta tersebut masuk Islam atas methode dan akhlak baginda dalam mempersembahkan Islam.

4.Kita juga begitu apabila disebut untuk mengamalkan Islam mengikut acuan Rasulullah di bumi bertuah Malaysia. Terus terang,bila berada di medan kerja dan realiti,peluang untuk melakukan kebaikkan amatlah terhad tetapi sekiranya kita berjaya lakukan,InsyaAllah kesannya lebih dirasa dengan dugaan yang sedia ada. Asasnya,kita mahu atau tidak untuk melaksanakan perubahan kecil agar kesan yang lebih besar di masa hadapan.

Apa yang perlu dilakukan sempena 12 Rabiul Awal Tahun Gajah?

1.Perbanykkan Selawat Ke Atas Baginda Rasulullah SAW
2.Perbaikkanlah akhlak kita agar elok dipandang orang.
3.Cukupkan wktu Solat fardhu.Berjemaah lebih afdhol.
4.Banyakkan berbuat baik kepada ibu bapa kita sekiranya masih hidup.
5.Jom cari dan tengok cerita nie kalau ada:

Friday, January 27, 2012

Tahun 2012 ialah Tahun Berteman




Tahniah n Selamat Berbahgia kpd Kak Baizura Rohman n hubby,Ayien.


1.TTT merakamkan sekalung penghargaan buat Nurul Farhah@Peah dan suami yang melangsungkan majlis walimatul urus pada hari Sabtu 28 January 2012. Dan juga ucapan tahniah dan iringan semoga panjang umur murah rezki buat antum semua.

2.TTT akan hadir ke walimah teman lama di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS)  yang turut sama di dalam usrah dan beraktiviti semasa di Matrikulasi iaitu Sdr Hafizi dan isteri di Bahau pada 28 January 2012.InsyaAllah semoga perkahwinan dan majlis diberkati jua.

3.Tahun 2012 dan 2013 adalah musim mengawan,tahun berteman buat teman TTT dan seangkatan kerna usai usia 24-25 tahun ialah tahun paling sesuai untuk menamatkan zaman bujang masing2x dan semanya bergantung pada jodoh,rezki dan sebagainya.

4.Blog The Think Tanker akan terus hidup dan akan diperhebatkan tulisan,pandnagan TTT mengenai scenario kini dan sebagainya.


Teruskanlah memberi sokongan dan idea. Bisa sumbangkan idea kepada email TTT di

Email: suffikamari@gmail.com

Regards,

TTT

Sunday, December 11, 2011

Antara Idealisme & Tuntutan Sebagai Pelajar

1.Sudah terlalu lama TTT tidak menulis di ruangan blog ini.Barangkali beberapa bulan kebelakangan ini masih lagi menyesuaikan dengan suasana kerja di MMHE,Pasir Gudang dan tugasan yang tidak pernah lelah dihadapi.TTT dan teman2 seperjuangan sudah bergraduan pada bulan Oktober 2011 yang lalu. Seperti teman-teman lain,semangat Idealisme masih menebal dan terus menekuni isu terbaru di dunia Kemahasiswaan disamping tugasan sebagai pekerja jua.Membawa nama graduan Universiti Malaysia Pahang(UMP) bukanlah mudah dan memerlukan komitmen tinggi.Majikan biasanya akan menilai prestasi kita,kesungguhan dan bagaimana kita memanfaatkan peluang yang diberikan.

2.Daripada pindaan AUKU terbaharu yang suatu ketika dahulu jika ditanya pada Mantan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Syah,maka tersangatlah negatif tanggapan beliau pada mahasiswa berpolitik.Kini tuntutan dan suara anak muda di IPT tidak bisa dibendung lagi.Hasrat untuk berpartisipasi dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia sudah disahut dan dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri 1Malaysia kita,Dato' Sri Najib Tun Razak.Mahasiswa bukan ingin merusuh dan membuat onar,tetapi hanya ingin partisipasi secara aktif di dalam politik arus perdana di dalam ruang lingkup yg dibenarkan perlembagaan Malaysia.Nah,kini peluang pada teman-teman di IPT untuk exercise Akta yang sudah diliberalisasikan ini. 

 TTT,Sdr Ahmad Syazwan dan Sdr Shafiq Aziz bersetuju utk mahasiswa berpolitik berbanding Prof Ibrahim.

3.Sudah sampai masanya peranan Mahasiswa menjadi matang dalam membicarakan soal Autonomi,penghakupayaan serta berpolitik agar ia memberi manfaat kepada pembangunan modal insan. Pandangan peribadi TTT ialah tidak perlu untuk menjerit "Saya ahli UMNO,Saya ahli PAS,Saya DAP n sebagainya" kerna ia bukan mendepani zaman dan semangat mahasiswa yang mendukung solidariti kebersamaan. Cukuplah jika mahasiswa matang dan juga Pegawai Universiti juga tahu memberi ruang dan peluang kepada teman-teman Mahasiswa untuk melakukan apa yang perlu demi kebaikan Universiti sendiri.
Suka mengambil ayat Dato' Saifuddin Abdullah baru-baru ini " Facilitate not Frustrate".

4.Kini TTT mendepani zaman baharu di alam pekerjaan.Cabaran dan dugaan adalah lebih besar.Kita mesti terus terbuka untuk belajar dan terus belajar daripada pengalaman hidup.Rencam manusia di bumi Allah ini amat luas dan baik manfaatnya.Kepada teman-teman Mahasiswa Peduli yang bertaburan di bumi bertuah ini,teruskanlah berbakti dalam apa jua yang kita ceburi. 


TTT kini sudah bekerja disebuah syarikat kontraktor di dalam MMHE,Pasir Gudang.Masih menekuni setiap isu mahasiswa dan semasa dan banyak masa diluangkan di bumi Pasir Gudang.Semoga teman-teman sepejuangan di UMP terus sukses dan serlahkan Kepedulian anda setiap masa!Teman-teman bisa menghubungi TTT di alamat email tersebut: suffi_alfalah@yahoo.com.my



TTT
Siapa kata Mahasiswa Kejuruteraan aktif berpolitik tidak bisa menjadi Engineer yang baik???
Usah pasif di Universiti sebaliknya terus aktif dan teruskanlah mencabar!

Tuesday, September 27, 2011

Meluncur Suara Apresiasi Graduan(SAG) 2011

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Graduasi


1.Alhamdulillah,setelah hampir 3-4 bulan sesi brainstorming dan sesi perbicangan dilakukan baik di teratak TTT di Nur Lembah Pangsun,Hulu Langat mahupun di dalam perbicangan alam maya,maka sebulat suara teman-teman Mahasiswa Peduli berdiri sama teguh sepakat bulat pemikiran meluncurkan Suara Apresiasi Graduan(SAG) 2011 sebagai satu medan solidariti antara para graduan UMP dan juga mahasiswa kini.

Kenapa perlunya SAG 2011?

2.Acapkali mahasiswa dibelenggu dengan pelbagai masalah dan dilema mengenai pelbagai isu melanda.Isu pekerjaan,kompetensi,keboleh pasaran kerja,masalah komunikasi bahasa Inggeris,isu gaji,pengalaman interview,peluang lanjut pelajaran,dan banyak lagi isu selepas bergraduan menimpa mahasiswa kita. TTT dan teman-teman Mahasiswa Peduli antara batch terakhir daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM) yang merasa bagaimana suasana 6 bulan Latihan Industri Akhir Semester dilaksanakan. SAG ialah ruang untuk kami daripada pelbagai disiplin ilmu akan mendengar, memberikan ucapan, komentar,diskusi,bertukar tukar pandangan dan pelbagai rencam lagi yang bisa dilakukan dengan manfaat bersama teman-teman Mahasiswa UMP.

3.Ingin TTT mengingatkan dan melakukan pencerahan sebaiknya bahawa SAG 2011 bukanlah agenda 'street shouting' atau 'sesi hentam HEP mahupun UMP' malah matlamat SAG ialah merungkai pelbagai isu berbangkit di dalam persekitaran UMP dan juga pengalaman teman-teman graduan.TTT tetap berasakan betapa besarnya ruang antara para graduan dengan teman-teman Mahasiswa Tahun Satu( usah gelarkan adik atau budak Tahun 1 kerna mereka ialah Mahasiswa dan Mahasiswa perlu dihormati statusnya!). Maka SAG diluncurkan khusus untul solidariti bersama para graduan dan juga mahasiswa.

Berikut ialah promo pertama SAG 2011 untuk tatapan teman-teman pembaca:


Tempat: Dataran Mahasiswa (berdekatan Kompleks Sukan)
Masa: 12pm-1pm
Tarikh: 1 Oktober 2011


Objektif Suara Apresiasi Graduan(SAG) 2011

i) Memberi kesedaran kepada para Mahasiswa UMP mengenai cabaran-cabaran di alam pekerjaan+ realiti hidup dan bagaimana mahassiwa wajar berperanan dalam menghargai setiap inch saat kehidupan di UMP.

ii) Mendengar ucapan terima kasih,penghargaan dan kritikan membina kepada UMP dan seluruh mahasiswa setelah 4 tahun di UMP terchenta.

iii) Mewujudkan solidariti mahasiswa dengan para graduan dalam usaha merapatkan jurang agar para Alumni tidak berasa terasing dengan mahassiwa di UMP sendiri.

iv) Membangkitkan semangat kepedulian Mahasiswa kepada setiap isu yang berlaku baik di dalam UMP mahupun di luar dan berusaha sedaya upaya menyelesaikan setiap isu kerna ia akan memberi merit/nilai tambah kepada Mahasiswa

v) Memastikan mahassiwa menggunakan kesempatan di UMP dengan memperkembang potensi diri sehingga ke tahap paling maksimum(bukan kembangkan badan k).

Sesi Bacaan 5 Tuntutan SAG 2011

4. SAG bukan slogan bersifat retorik semata.Kami akan menyediakan 5 tuntutan SAG 2011 dan membaca tuntutan ini untuk direalissikan oleh Pihak Pengurusan UMP. Pastinya gelojak kebangkitan anak muda di seluruh Malaysia tidak dapat dibendung oleh Sang Penguasa baik daripada pegawai-pegawai Jabatan tertentu sehinggalah ke Menteri Pengajian Tinggi sekalipun. Isu kritikal yang melanda pelajar di Universiti memerlukan perhatian dan dokongan penuh daripada pihak mahasiswa sendiri untuk mengangkat perobahan.

Isu nya ialah kita mahu berkumpul setelah mengambil skroll(Mechanical,FKEE sebelah pagi),ada satu event yang sangat relax tapi ditunggu-tunggu dan PALING mustahak ia datang daripada graduan+Mahasiswa sendiri.Betapa megahnya Mahassiwa akan melihat senior-senior memakai jubah konvo UMP dan bersama-sama Mahasiswa UMP berbicara soal kerjaya,bertukar-tukar kad kerja,kongsi pengamalan interview,masalah UMP yang perlu diselesaikan segera,isu mahasiswa dan BANYAK lagi bro untuk dikongsi bersama. Masa itu barangkali matahari terik di kepala dan pastinya peluh jantan/betina akan meleleh jatuh membasahi Kompleks Sukan UMP dan membangkitkan semangat solidariti.(Korang semua bleh bayangkan tak ni???haish).

5.Justeru,TTT selaku penaja utama SAG 2011 bersama-sama teman Mahasiswa Peduli UMP menyeru agar semua mahasiswa UMP tidak kira Tahun 1,2,3,malah 4 lebih dialukan bersama-sama kami di Dataran Mahasiswa berdekatan Kompleks Sukan UMP.Segala hiruk pikuk dan penat lelah kita di UMP baik di Gambang mahupun di Pekan perlulah dihargai sewajarnya. Kitalah Mahasiswa,Graduan harapan Negara Malaysia!

P/S: Sebanyak 200 button badge Mahasiswa Peduli akan diberikan kepada teman-teman yang hadir dan berkumpul bersama sempena SAG 2011. Button Bagde ini adalah sumbangan bersama teman-teman penganjur menggunakan biaya sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana Parti Politik ataupun Dato' Datin yang kami kenali. Peace No War Bro!

JUMPA DI SAG 2011 & KONVOKESYEN UMP KE-6!

Mohamad Suffi Kamari
Penaja SAG 2011
TTT ialah Mahasiswa Peduli...Anda pula bagaimana? 

Wednesday, August 31, 2011

Allah Maha Pemurah di Bulan Ramadan Kareem

28 Ogos 2011


TTT menghadapi satu lagi ujian Tuhan yang memberikan petunjuk kepada hambanya.Hari ini merupakan hari terakhir TTT berada di Pasir Gudang atau lebih tepat lagi di MMHE sebelum bertolak pulang berhari raya di kampung halaman di Tapah,Perak. Seusai bersiap,sekitar jam 8 pagi,TTT memecut kenderaan pacuan empat roda Frontier Hitam meluncur ke MMHE melalui Highway Pasir Gudang, Tugasan terakhir sebelum pulang berhari raya ialah mengambil beberapa keping gambar untuk final acceptance dan covering floor untuk kerja2 final touch up di Battery Room,Level 1,North Module.


TTT pada pagi ini hanya berseorangan ke tempat destinasi, Memahami hari hari terakhir sebelum menyambut lebaran,pastinya virus kemalasan di bulan Ramadan amat terasa. Dengan sedikit kekuatan dan pertanggungjawaban,TTT meluncur sekitar 80km/h-90km/h di selekoh Jalan Pekelilng sebelum simpang masuk Masai,Kongkong. Tidak semena semena kenderaan pacuan empat roda Frontier Hitam terbabas ke bahagian kiri jalan dan memasuki kelopak,kawasan licin bertanah dan tidak semena mena pacuan empat roda TTT hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan bahu jalan dan DUMMMM terbalik di tengah tengan jalan.Jujur,semuanya berlaku dalam sekelip mata.TTT yang masih sedar dalam keadaan songsang di dalam pacuan empat roda.


Dengan segala kudrat yang ada tidak tahu datang daripada mana,TTT merangkak laju keluar dari pintu penumpang dan membuka pintu kereta.Perkara pertama yang terlintas di benak fikiran TTT ialah menyelamatkan nyawa diri sendiri sebelum kereta belakang menyapu bersih Frontier Hitam ini,Alhamdulillah,Allah Maha Pemurah,semuanya berlaku dengan mudah,TTT merangkak keluar dan bingkas bangun dan berasa kaku dengan keadaan pacuan empat roda yang sudah terbalik dan remuk juga, Subhanallah,kata kata Sarjan Ismail yang mendampingi TTT terus membisikkan "Selawat banyak dik,ikut pengalaman saya,dengan keadaan kereta macam ni,paling kurang ialah kecederaan patah kaki,kamu sangat2x bernasib baik,memamng rezki kamu dapat pulang berhari raya!",ujar Sarjan Ismail.






Berhati-hati di sepanjang jalan-jalan yang kita lalui...Pandu cermat Jiwa Selamat


Selamat Hari Raya 'Idulfitri Maaf Zahir Batin drpd TTT.






Sunday, August 14, 2011

You All nak Jadi Daie'?Jom TTT story molly ke You All!



Assalamu'alaikum wbt dan Ramadan Kareem kpd teman2 semua

Sudah 13 hari TTT berpuasa di Malaysian Marine & Heavy Engineering(MMHE). Drpd hari Rabu 3 Ogos sehingga hari ini 15 Ogos 2011. Berpuasa di sini memerlukan kekuatan dan tak semua boleh bekerja dalam suasana kehidupan ribuan ummat manusia di MMHE ini.

2.Sebelum itu TTT hadir di sini utk ikut kursus Niosh-Osfam di Pasir Gudang seterusnya mobilization kontena+equipment blasting dan media.MMHE ialah salah satu fabrication yard yg terbesar di Malaysia. Ship yard juga ada berlabuh utk commisioning+repair work n sebagainya. Ada 5-6 ribu manusia yg bekerja di dalam MMHE sama ada pekerja MMHE sendiri,kontraktor dan sebagainya.Pekerja dtg dari segenap pelosok dunia antara Indonesia,Bangladesh,India,org Kelantan+Terengganu(pantai timur) dan anak tempatan johor.Suasana hingar bingar,fabrication yard yang sedang dlm proses final service iaitu pkatform Gemusuk Kakap di perairan Sabah Sarawak kepunyaan Shell. Dalam bulan Ramadan Kareem yg penuh berkat “ini,sekali lg Tuhan Allah telah memberi ujian n menguji iman saorang hamba kerdil.

3.Kerja lasak di yard mmg melelahkan.Honestly,inilah pertama kali TTT menyaksikan sendiri manusia tidak berpuasa hanya dek kerna kerja yg bgtu melelahkan. Kawan sekerja juga begitu. Bergelumang dgn suasana manusia tidak brpuasa kerna kerja berat begitu merisaukan. Antara dialog awal pagi di MMHE department Safety diorang

A: Jom lepak kontena blkg,ada nasi lemak panas n minum the.jap lg nk wat keje boh

B: weh, simpan sket utk mat jang.dia nak pose lu.kekgi br ye makan.

Perbualan ni didengar sendiri cuping telinga TTT semasa safety induction di MMHE. Bila mana pagi tadi TTT menguruskan mob kontena n etc bawak ke laydown area di Idemetsu Area,baharulah TTT dapat gambaran lebih jelas suasana di sini.Panas.bahang.dan hampir setiap kontena ada air ,ais batu n etc.bila haus n penat tanpa segan silu masuk kontena n terus minum.Semua ini berlaku di hdapan mata TTT dan sekali lagi aku hanya memandang,membisu n kelu tak terkata. Semua minum tanpa segan silu sambil putung rokok sahut menyahut,memerhatikan sahaja lagak TTT yg menahan diri drpd lapar n dahaga hanya kerna ada secebis kulit bawang imanku.Nauzubillah.

4.Aku melangkah keluar diam kelu 1000 bahasa.peristiwa ini akan kutempuh di bulan ramadan di MMHE dan barangkali tiada cuti Hari Raya Idulfitri. Job need to be deliver. Terawikhku sepi.hanya seorang.Tadarusku sepi.baharu juzuk 4 di kala Ramadan ke 7 menjema. Ifthor ku sepi.makan buka puasa bersama rakan sekerja walhal mereka tidak brpuasa.Solat jemaah ku sepi. Kerna solatku sendiri di apartment dan jamak. Sahurlu sepi.dek kerana penat n terlajak tidur sehingga jam 6.30pagi. Semua ini aku tak terhitung rugi. Aku cuba pamer akhlak baik,jaga solat,jaga tadarusku tapi xdapat mcm dulu ketika di UMP n sebelumnya. Ya Allah,bantulah aku jadi manusia n daie yg kuat.teguhkan iman n bukakanlah hati seluruh teman skerja ku n teman2 seagama di MMHE. Inilah realiti ku.Inilah realiti masyarakat kita.

Aku hanya story molly ke you all semua.

Regards,
TTT
Idemitsu Land
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.