Tuesday, November 30, 2010

Kalau Berasa Diri Kurang Cerdik, Membacalah lebih sikit!

*Komentar berharga daripada Sdr Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub untuk bacaan mencerah minda....Air Untuk Rakyat!

AHAD 5 DISEMBER DI MASJID NEGARA




PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.


Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.


Caranya bagini:


Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli sham.


Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini


Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.


Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.


Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.


Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.


Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?


Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.


Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.


Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?


Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!


Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !


Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.


Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.


Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.


Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?


Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.


Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit ‘tenggelam lesap’ entah kemana.


Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.


Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.


Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.


Justru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.


Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.
( TT )

Saturday, November 13, 2010

Khusus Buat semua Anak muda,Mahasiswa yang bercouple~

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan


Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).
Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)


2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. 


6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini

Sekian, Wallahu'alam.


Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
15 Disember 2006

Thursday, November 4, 2010

Mudahan The Think Tanker akan Terus Kekal Relevan...

 Ingat,Mahasiswa UMP,Mahasiswa Peduli!-TTT

1. Tarikh 4 November 2010 merupakan hari mengundi Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi.Pastinya kedua dua PRK ini tiada kena mengena dengan TTT dan mahasiswa tahun akhir khususnya Fakulti Mekanikal.Ini  kerana kami semua kesuntukan masa menyiapkan Draf pertama Thesis penuh Projek Sarjana Muda kami. Dateline ialah pada 4 November 2010 jua. Pastinya kelihatan seluruh anak muda berjuang berhabisan di hadapan laptop masing-masing memperkemas, finalize, analyze the final result dan sebagainya.Alhamdulillah, TTT berharap agar pemeriksa dan penyelia PSM kami semua dapat memberikan komitmen 100% membetulkan Draft pertama kami dan sebagainya. Pastinya tekanan jua buat pensyarah. Apa pun,ia sudah selesai. Dalam seminggu dua ini,TTT dan teman-teman hanya melakukan rutin sebagai mahasiswa biasa. Tiada yang menarik untuk diperkatakan. Cuma ada beberapa usikan daripada teman-teman TTT bahawa selepas ini bila mana sudah bergraduan,pastinya blog TTT akan pudar Idealisme. Sejauh mana kebenarannya,TTT juga tiada jawapan...

2.Kesempatan waktu sebagai pemerhati di laman sesawang dan internet ini banyak memberi pengajaran kepada jiwa anak muda apatah lagi sebagai seorang mahasiswa. TTT tidak terlalu bimbang dengan kebarangkalian blog TTT akan pudar dengan sambutan dan tulisan yang menghambat perkembangan Politik kampus dan sebagainya.Walhal,selama ini pun,kita menulis dan menggerakkan usaha kesedaran tanpa habuan daripada mana-mana pun. Semuanya datang daripada kesedaran dan wibawa sebagai seorang pejuang mahasiswa. Apa yang lebih membimbangkan TTT ialah Mahasiswa masa hadapan@generasi Mahasiswa Peduli akan menjadi bisu,pekak,buta walhal mereka tidak sedemikian sifatnya. TTT lebih bimbang andai Mahasiswa tidak bisa menentukan di mana kepentingan menjuarai isu kebajikan dengan populariti semata. TTT lebih bimbang akan kemerosoton prestasi kepimpinan Maahsiswa yang kelihatan lesu akibat dek disibukkan dengan pelajaran semata sehinggat isu kebajikan tidak terbela sebaiknya, tekanan dan hambatan Sang Pennguasa yang mabuk kuasa dan suka melayan Mahasiswa dengan kebudak budakan. TTT lebih bimbang sehingga kini gejala sosial dan mutu disiplin Mahasiswa kita amat rendah.Baik dari sudut  pakaian kuliah,pergaulan bebas,penguatkluasaan undang-undang yang amat lemah.Ini semua menyumbang kepada meningkatnya gejala yang tidak baik dan  Mahasiswa akan di khayalkan dengan perkara enteng sedangkan terlalu banyak perkara yang perlu kita pelajari di Universiti ini. Kita semua bertanggungjawab akan setiap perkara yang berlaku dan TTT bukan sekadar beretorik kosong tetapi kita ada matlamat yang jelas untuk menjadi modal insan bermutu tinggi,kita memerlukan anjakan yang lebih jauh dalam setiap aspek kehidupan di Universiti.

3. Pandangan TTT konsisten.Kita mahu Mahasiswa diberi penghakupayaan yang lebih luas atas dasar prinsip Mahasiswa berhak melakukan lebih daripada sekadar pemerhati,pemenuh kerusi program-program universiti,hanya mejadi tempelan dan menggunakan tenaga muda untuk kerja yang 'mat bangla' pun boleh lakukan. Bila bercakap soal menghak upaya Maahasiswa,kita perlu jelas dan bersifat objektif. Suka TTT mengungkap antara kata-kata Dato' Saifuddin Abdullah bahawa kita mesti menyelesaikan masalah orang muda dengan cara orang muda bukannya bersifat cara lama semata. Cth: Pegawai-pegawai di setiap IPT perlu memberi peluang kepada barisan kepimpinan Mahasiswa terutama MPM berperanan lebih luas dalam menyelesaikan isu kebajikan,masalah mahasiswa dan kita perlu bertindak sebagai pemudah cara bukannya memberi 1,2 peraturan yang amat menjengkelkan. Ini bukan sekdar peranan HEP semata malah ia meliputi setiap jabatan dan Pusat Tanggungjawab agar sistem penyampaian lebih jelas dan efektif. TTT melontarkan kritikan selama ini berdasarkan pengalaman saya dan teman-teman dalam kepimpinan Mahasiswa. Kita jelas bahawa terlalu banyak isu dan birokrasi yang memerlukan kerja keras dan hati yang murni untuk berhadapan.

Ada Apa Dengan TTT selepas 4 Tahun di UMP?

1. Pastinya terlalu banyak perkara/pengalaman/isu dan sebagainya yang boleh TTT dan teman seperjuangan TTT kongsikan denagan teman-teman Mahasiswa. Apatah lagi dengan junior yang bakal melangkah denagn sepak terajang dunia Poltik Kampus dan sebagainya. Pokoknya, perjalan TTT dan teman2 masih panjang. Kita memerlukan masa yang lebih untuk memastikan Gagasan Mahasiswa UMP,Mahasisw Peduli terus kekal relevan. TTT tiada manfaat. Honestly, kita  berjuang selama ini dalam segenap aspek dan isu adalah kerna nama dan jenama Mahasiswa.Betapa TTT bersyukur dan menghargai jenama Mahasiswa ini. Mahasiswa ialah perkataan keramat untuk kita hayati dan kita selami. Kepimpinan Mahasiswa Peduli wajar pergi jauh setinggi langit agar kita bisa memayungi lautan manusia yang bakal kita dekati. Inilah medannya.Inilah masanya. Universiti ialah tempat terbaik seluruh Mahasiswa bereksperimentasi,melakuakan perobahan dan paling penting ialah tempat kita mengangkat martabat Mahasiswa.

2. TTT tidak lari daripada melakukan kesilapan.Apatah lagi,kita hany manusia biasa.  Pastinya,peluang berbaki kurang setahun ini sebagai Mahasiswa akan terus TTT gunakan dan garapkan sebaik mungkin. Nah,kita punya tenggungjawab besar kepada negara kita. Kepada agama kita.Kepada bangsa kita. Mahasiswa lah yang menjadi tonggak dan pemain utama kepada perobahan ini. Ayuh,teman-teman sekalian yang membaca sehingga sejauh ini, usah toleh kebelakang lagi.Tanamkan azam.Bulatkan tekad. Perkukuhkan langkah.Sematkan ilmu dan pengalaman. Mari kita berbakti ke medan masyarakat pula.  Kita berikan segenap kemampuan untuk mendidik,merasi sepak terajang dunia yang penuh dengan lautan dugaan. 

3.Terima kasih atas sokongan selama ini kepada TTT. Baik yang menggunakan artikel TTT sebagai subjek agenda mesyuarat di jabatan anda,yang memuji dan mengkritik apatah lagi mengherdik,yang hanya sekadar pemerhati senyap tetapi cukup setia, TTT amat hargai ini semua. TTT dan teman-teman bertekad kita akan maju selangkah demi selangkah. Membawa obor-obor dan jenama UMP denagn Nilai Terasnya. Kita ialah penggerak,pemain utama dan paling penting ialah kita Mahasiswa UMP,Mahasisw Peduli!


TTT nukilkan beberapa komentar forumer yang menyokong,mengutuk dan sebagainya di UMP life forum untuk teladan kita semua:

From Nazkill~
haha..tak perasan ada thread nih.. ..tq cicok menaikkan balik topic ni..hehe

Wahai suffi ku...hahaha..(ku) digunakan adalah sebab anda adalah DYP n MPP..so bagi aku, anda juga adalah milik setiap student UMP selagi memegang jawatan tu..haha..boleh yer~ ^ ^

Sebenarnya,sejak aku meletak jawatan2ku ketika aku berada di tahun 3, aku cuba untuk memencilkan diri dari aktiviti2 UMP..sengaja nak menjadi pasif setelah lebih kurang 2,3 tahun aku begitu sibuk dengan aktiviti UMP..pada masa ini,banyak perkembangan UMP tidak aku ketahui..haha

Namun,cubaan aku untuk memekakkan telinga dinafikan oleh gelombang perubahan yang dilakukan oleh MPP 08/09. Aku cuba untuk tidak mengambi kisah tentang isu2 UMP...namun aku terdengar tentang demonstrasi aman Air Mata Palestin..(aku terjoin sama plak tu..haha)..aku cuba lagi untuk buat2 xtahu, namun terdengar lagi demonstrasi aman di blok W.MPP bersama2 student mempertahankan hak2 student terhadap pendirian EAC. Banyak lagi isu2 lain seperti masalah KK4,masalah UMP Pekan,operasi pemantauan harga makanan di cafe UMP dan lain2 yang tak sempat aku fikir ketika ini.

Ketika gelombang2 ini seakan2 hampir reda, aku terkesima lagi. Pakcik Fajar Cafe di KK2 memberi tahu "Jangan lupa nanti tengok Siaran Langsung Suara Siswa di TV1.DYP kita Suffi masuk tv"....Apakah semua ini?! aku gagal memekakkan telinga atau daya pendengaran aku bertambah kuat?? ..haha..sekali lagi aku gagal menghalang gelombang perubahan tersebut dari menggangu hidup pasifku. Perkataan Mahasiswa UMP,Mahasiswa Peduli seakan2 sentiasa berlegar2 dipemikiranku ketika berada di UMP.

Kini gelombang tersebut benar2 akan tamat setelah bermulanya peralihan tampuk MPP 08/09 pada 28 Jan ini. Kita sebagai mahasiswa sepatutnya berasa bangga dengan usaha2 MPP memperdengarkan masalah mahasiswa sendiri. Tindakan2 tersebut secara jelas menunjukkan kita mahasiswa mempunyai hak di UMP dan bukan hanya sebagai 'pak turut'. Kenyataan atau tindakan yang dibuat oleh staff2 UMP menunjukkan mereka terasa akan kewujudan hak2 mahasiswa di UMP (sebagai contoh isu Yuran LI..kenyataan yang dikeluarkan 2 orang staff..lihat blog suffi)..

Sama ada betul atau tidak tindakan MPP, pentadbiran UMP mula memandang serius luahan masalah mahasiswa2. Kalau boleh,biarlah sampai terkeluar perkataan.."haishh..tengok,MPP dah buat hal lagi.." dari mulut mereka. "That's the phenomenon dude!!"

Sekarang ni aku risau..adakah MPP 09/10 akan meneruskan gelombang2 perubahan di UMP selepas ini? seperti yang aku katakan di topic lain sebelum ni, para pengkritik dan penyokong pasti akan merindui MPP 08/09..Tapi jangan lupa kata-kata "Belum cuba,belum tahu"..Gud lark kepada yang berjaya terpilih!..


p/s:InsyaAllah aku akan datang di pemilihan nanti..merasai pemilihan di Dewan besar..tentu nervous..^ ^..

*sorry Suffi aku post dalam bahasa Melayu..takut Englishku akan menjejaskan kefahaman ayat2ku ini..huhu..


 Ini pula pandangan daripada seorang warga UMP mengenai Rapat Umum Pertama yang TTT dan teman2 seperjuanagn laksanakan iaitu mengenai isu kafeteria KK1:


fROM ALIEN53:
 
tidakkah anda semua berfikir bahawa perbuatan MPP pada pagi td dgn megadakan rapat umum agak melampau????? memanglah nak tunjuk kt pelajar2 bhw kafe perlu perubahan, tapi adakah mereka fikir tentang perasaan pihak kafe. Degan pelbagai pihak menghemtam pihak kafe bertubi2, tanpa memberi peluang pihak kafe mempertahankan diri mereka. Dimakah keadilan?? apa yang mereka fikir mereka dapat dgn buat mcn ni??? x boleh ke mereka mengandakan perbincangan secara rasmi dgn pihak kafe dan mencapai persetujuan kedua2 belah pihak.. buat la secara sistematik dan bernas dimana dua2 pihak dapat manfaat. kate mahasiswa bejaya. x kan itu pun x boleh pikir. memalukan betul. saya mendengar fakta bahawa pihak kafe sendiri telah bersetuju utk menurunkan harga cuma menunggu tarikh pelaksanaan. so perlu ke buat camni??? x bole ke berbincang. saya tgk muka abang2 dan akak2 kafe sedih je mase rapat umum td.. weh. diorang pun nak cari makan jugak.... Sama la mcn buat rapat umum utk palestin.. ape yang pikir diorang dapat buat. memekak sana sini macamla perang akan tamat mcm tu je. walhal ramai jugak orang yang terkorban. buang mase je. .ajak semua orang buat solat hajat tiap2 hari lagi baik. kutip derma satu malaysia ke. sekarang x pulak mereka nak buat aktiviti bantu orang2 palestin sedangkan mereka masih lagi sengsara.. tujuan dah baik namun caranya x berapa betul. Nampaknya MPP tidak berfikir degan bijak. Lu pikir la sendiri

Klik utk membaca lebih banyak komentar hangat di UMP life~

http://www.umplife.com/ump-news-f28/majlis-perwakilan-pelajar-universiti-malaysia-pahang-t871-0.htm