Tuesday, November 24, 2009

Pendirian Berterusan Membawa Agenda Kebajikan Mahasiswa!


Assalamualaikum wbt Salam Mahasiswa Peduli

1.Saya ingin menegaskan dengan penuh hormat bahawa kami di barisan Kepimpinan Mahasiswa UMP iaitu MPP UMP 2008/2009 tetap dengan pendirian untuk meletakkan membawa agenda Kebajikan Mahasiswa UMP tetap menjadi keutamaan.

2.Saya telah mengungkapkan beberapa isu yang masih menjadi permasalahan di Universiti kita yang terchinta ini. Saya mengulangi bahawa tiada niat di hati saya untuk bersikap biadap dengan mengeluarkan statement2 yang pedas dan terasa bagi sesetangah pihak.Tiada niat saya. Saya mengambil pendekatan yang praktikal dan bersikap bertanggunjawab atas segala apa yang saya tulis sama ada di memo,announcement,blog saya dan etc.

3.Saya ingin maklumkan bahawa tempoh perkhidmatan kami kepada Mahasiswa UMP telah tamat pada secara rasmi 16 Oktober 2009 yang lalu. Pihak Dekan JHEPA yang baharu,Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin telah meminta kepada kuasa Dato' Naib Canselor UMP agar menangguhkan Pilihanraya Kampus(PRK) pada bulan Januari seiring dengan Universiti-Universiti Premier seperti UM,USM,UIA,UPM,UKM dll. Kami seramai 15 MPP UMP telah diberi mandat untuk memegang sebagai Executive Caretaker sehingga bulan Januari 2010.

4.Saya bertanggungjawab bahawa setiap isu yang dibangkitkan oleh saya dan teman-teman yang lain memerlukan kepada kebijakan yang komprehensif daripada Pihak Pengurusan Tertinggi UMP. Kesemua Pusat Tanggungjawab perlu memainkan peranan dan bukan hanya JHEPA sahaja yang perlu melayan semua karenah dan tuntutan Mahasiswa UMP. Proses memberikan kesedaran kepada bakal pimpinan Mahasiswa akan terus berjalan dan saya meminta dengan niat yang tulus hati tanpa berselindung betapa sudah sampai masanya semua Dekan Fakulti,Pengarah di setiap PTJ,Pegawai2 UMP, Staff yang berkepentingan di setiap Pusat Tanggungjawab perlu memandang serius isu Mahasiswa UMP.

5.Banyak yang telah saya pelajari sepanjang memegang jawatan yang tidak seberapa ini. Sebagai Yang Dipertua MPP UMP sesi 2008/2009,saya melihat tanggungjawab MPP sangat mencabar dan berat. Kita di UMP masih lemah kepimpinan di setiap JPK Kolej Kediaman. Kepimpinan dan pengaruh setiap Persatuan fakulti amat terhad dan saya beranggapan GEMPUR sebagai satu platform terbaik kepada gerakan Mahasiswa UMP yang lebih tersusun untuk menangani isu Akademik Mahasiswa UMP. Saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih dan penghargaan tulus ikhlas saya kepada Naib Canselor UMP,Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Daing Ibrahim, Dekan JHEPA,Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin,Profesor Dr Abdul Jalil Bin Borham, Profesor Dr Badrulhisyam Bin Abd Aziz, En Shukur Bin Ishak, En Saharuddin Bin Ramli dan semua warga UMP yang telah mengajar saya dan teman-teman MPP untuk menjadi manusia besi dan pemimpin Mahasiswa yang sejati.

6.Tempoh 1 tahun Kepimpinan MPP UMP sesi 2008/2009 tidak memadai untuk kami menyelasaikan kesemuanya. Apatah lagi,tahun 2009 amatlah sukar kerna UMP terpaksa menghadapi masa yang sangat sukar. Perpindahan di Pekan,Krisis Air UMP,Perpindahan KK4,Isu Kafeteria KK1,Masalah Perkhidmatan Bas ke UMP Pekan dsb amat memeritkan semua warga UMP. Namun,kita tetap berjaya hadapi dengan penuh kesabaran. Tahniah kepada Mahasiswa UMP terutama Mahasiswa Fakulti Mekanikal dan Fakulti Eletrik & Eletronik yang pada hemat saya,kita Mahasiswa yang cekal,matang dan InsyaAllah berjaya di masa hadapan.

7.Saya mengharapkan barisan kepimpinan MPP UMP sesi 2010/2011 yang akan dijalankan PRK pada buan Januari nanti akan lebih progresif,radikal menyuarakan hak Mahasiswa UMP dan matang menghadapi cabaran. Segala pengorbanan saya dan teman-teman MPP UMP sesi 2008/2009 adalah ikhlas semata -mata kerna amanah yang telah diberikan. Tidak akan saya berasa kecewa dan bersedih andai segala usaha kami sia-sia dimata warga UMP kerna bagi saya USAHA yang bersungguh-sungguh lebih utama.

8.Ayuh,pada sesiapa yang membaca artikel ini,saya mengajak dengan rendah hati bahawa marilah kita melakukan korban perubahan dan melakukan refleksi diri agar setiap warga UMP tidak kira staff,pensyarah atau pelajar memahami peranan kita dengan lebih jelas dan bertanggungjawab.Terima Kasih.

Aku yang Tidak Pernah Berputus Asa...

Mohamad Suffi Bin Kamari

Mahasiswa Peduli


Rabu 25 November 2009

2.40am at Cyber Loft Cafe,Syeksyen 2,Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

Monday, November 23, 2009

[UPDATE ISU LATIHAN INDUSTRI]: Pedulikah Mahasiswa Kita???

Berikut merupakan jawapan bertulis drpd Pihak Pengurusan latihan Industri dan Pihak Pengarah PPA UMP. Saya amat hargai jawapan bertulis ini agar menjadi rujukan hujah bagi Pemimpin Mahasiswa. Mahasiswa UMP perlukan penjelasan secara terperinci mengenai apakah pencirian Yuran Latihan Industri selama ini. Tahniah kerna semua warga UMP yang terlibat berani tampil kehadapan dan kita berhujah dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Niat tulus dihati hanya ingin mewakili sebahgian besar Mahasiswa UMP terutama yang akan menduduki LI agar setiap penhujahan dan penjelasan dapat segera diselesaikan.


Assalamualaikum wbt..


En.MOHD FADZIL FAISAE B AB. RASHID

Sdr Suffi, Berkenaan beberapa pandangan dan persoalan saudara/pelajar berkenaan berkaitan dengan LI, berikut adalah respon saya:


1. Berkenaan yuran latihan industri Yuran pengajian di UMP adalah dikira berdasarkan jumlah jam kredit yang didaftarkan untuk semester tersebut. Bagi bilangan jam kredit melebihi atau bersamaan 12 jam kredit, pihak Bendahari menetapkan satu kadar yang sama (yuran penuh). Manakala bagi bilangan jam kredit yang kurang dari 12, jumlah yuran dikira berdasarkan jumlah jam kredit. Selagi anda mendaftar sebagai pelajar UMP, selagi itulah anda tertakluk kepada peraturan ini. Untuk LI, UMP menetapkan 12 jam kredit bagi melayakkan pelajar mendapat pinjaman PTPTN untuk semester tersebut. Oleh itu pelajar perlu membayar yuran penuh untuk semester LI. Pendapat pelajar mengenai yuran yang dibayar adalah untuk membiayai kos lawatan pensyarah adalah tidak benar.


2. Berkenaan perkhidmatan untuk pelajar memohon LI Pelajar direct entry dari FKM yg akan menjalankan LI semester hadapan merupakan bekas pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari batch kedua. Pada waktu tersebut, LI masih diuruskan oleh fakulti masing-masing. Bilangan pelajar yang menjalani LI di FKM pada waktu itu ialah tidak melebihi 100 orang (40 pelajar diploma, 60 pelajar ijazah). Bilangan ini jauh lebih kecil dari bilangan pelajar pada masa ini, di mana untuk FKM sahaja, seramai 250 pelajar (210 pelajar ijazah dan 40 pelajar diploma). Pada peringkat permulaan program LI dijalankan, pihak industri masih belum mengenali potensi dan identit pelajar KUKTEM. Oleh itu, pada peringkat permulaan, penyelaras fakulti berpendapat perlu memberi lebih bantuan dan sokongan kepada pelajar untuk memastikan pelajar mendapat tempat di industri. Setelah melalui proses ini untuk beberapa kali, pihak industri mula mengenali potensi dan ciri-ciri pelajar UMP. Bagi pelajar-pelajar yang mendapat CGPA yang baik dan softskill yang ketrampil, kebarangkalian untuk mendapat tempat LI bagi setiap permohonan adalah tinggi. Oleh itu, terpulang kepada pelajar untuk menentukan bagaimana penerimaan industri terhadap mereka dengan keputusan CGPA masing-masing. Selain itu, LI merupakan salah satu latihan sebagai persediaan pelajar untuk memohon kerja selepas bergraduat. Pada peringkat ini, pelajar dilatih untuk menguruskan permohonan dan urusan berkaitan sendiri untuk membiasakan pelajar dengan situasi sebenar permohonan kerja. Daripada pengalaman belajar saya dan rakan-rakan yang lain di peringkat degree, TIDAK ADA universiti yang menyediakan semua perkhidmatan fax, telefon, printing, kertas dsb kepada pelajar untuk memohon tempat LI.


3. Berkenaan pengisian borang 2 kali Universit Malaysia Pahang semakin berkembang dari segi prasarana dan juga bilangan pelajar. Kewujudan IT telah banyak membantu semua urusan kerja. Di dalam proses permohonan dan pengesahan LI, kedua-dua cara ini diperlukan demi melicinkan semua urusan yang berkaitan. Mengambilkira pertambahan pelajar yang akan menjalani LI, unit LI berhasrat untuk mewujudkan sistem pendaftaran dan pengesahan online sepenuhnya. Tetapi, memandangkan kekangan yang ada seperti kemahiran staf untuk membangunkan sistem ini, sistem LI online telah diserahkan kepada PTMK untuk ditambahbaik. Objektif akhir penyerahan ini ialah supaya ia dapat diintegrasikan dengan sistem IMS yang sedia ada dan kaedah pendaftaran dan pengesahan online sepenuhnya dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia masih dalam proses pembangunan dan unit LI masih memerlukan pendaftaran secara manual sebagai back-up.


4. Berkenaan jumlah yuran LI yang membebankan Seperti semester-semester yang lepas, yuran pengajian akan dibayar oleh penaja masing-masing (PTPTN, JPA, MARA dsb) secara terus kepada universiti. Bahkan untuk semester LI, pelajar mendapat bayaran yang lebih dari penaja kerana tidak perlu membayar yuran asrama. Jadi saya berpendapat, tidak ada masalah bagi pelajar untuk membayar yuran, melainkan pelajar tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan kerana gagal kursus atau sebagainya. Jadi, pilihan adalah ditangan pelajar.


Sekian penjelasan saya. Jika ada apa-apa persoalan yang berkaitan, sila kemukankan ke saluran yang betul dengan cara yang sepatutnya sebagai pelajar Universiti.


Terima kasih.


Assalamualaikum wrh wbt.





Dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan komen saudara adalah berkaitan.


Alhamdulillah, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas komen serta rungutan saudara berkenaan Latihan Industri. Izinkan kami memberi penjelasan kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan secara berstruktur bagi memudahkan saudara memahami kaedah serta proses pelaksanaan Latihan Industri yang dikendalikan oleh pihak Unit LI-PPPA dengan kerjasama fakulti.


Untuk makluman, semua keputusan serta tindakan yang dilaksanakan adalah hasil daripada perbincangan serta permuafakatan antara pihak fakulti yang bersidang di dalam satu jawatan kuasa yang dikenali sebagai Jawatan Kuasa Latihan Industri (JK-LI) yang dianggotai oleh Ketua Program LI (En. Mohd Fadzil Faisae dari FKM) dan semua penyelaras LI daripada setiap fakulti. Jawatan kuasa ini merupakan platform untuk membincangkan pelbagai perkara serta isu yang melibatkan LI di UMP. Justeru itu, suara fakulti di dalam hal ini diwakili oleh Penyelaras LI Fakulti yang menjadi anggota JK ini.


Selain itu, JK ini juga bertindak atas panduan serta arahan daripada Majlis Senat Universiti terutamanya di dalam hal-hal prinsip seperti tempoh pelaksanaan LI, jumlah kredit, penilaian dan tatacara pemarkahan.


1. Persoalan yuran LI Isu ini tidak berada di bawah jurisdiksi PPPA kerana kadar yuran ditentukan oleh pihak pengurusan university.


2. Kos Printing, Fax, Talipon, Kertas Tidak dinafikan bahawa semua perkara di atas melibatkan kos. Namun, kami berpendapat bahawa kos yang terlibat tidaklah terlalu membebankan kerana semua perkara tersebut adalah perkara rutin yang dilakukan setiap hari. Mengenai pengurusan LI semasa dijalankan di FKM sebelum ini, kami berasa sangat bersyukur kerana pihak fakulti sangat bermurah hati memberi kebenaran kepada pelajar menggunakan kemudahan tersebut. Namun, mungkin jumlah pelajar yang terlibat pada ketika itu tidak sebesar jumlah pelajar yang terlibat dengan LI pada masa sekarang. Untuk makluman saudara, setakat ini pihak PPPA dengan kerjasama fakulti telah menguruskan penempatan pelajar UMP ke industry sejak pengurusan LI dipindah ke PPPA sepenuhnya mulai Disember 2007, hampir 1500 pelajar telah berjaya ditempatkan di industry. Untuk mengatakan bahawa tidak wujud sebarang masalah adalah keterlaluan, namun Alhamdulillah, semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak termasuk pelajar, fakulti dan pihak industry sendiri. Walau bagaimanapun, kami akan mengambil serius cadangan saudara untuk menggunakan kemudahan tersebut di Unit LI-PPA pada masa akan datang, insya Allah.


3. Pengisian borang sebanyak 2 kali. Untuk makluman saudara, semua maklumat berkenaan tatacara serta proses kerja pelaksanaan LI boleh dirujuk melalui Buku Log LI dan juga melalui taklimat persediaan LI yang dilaksanakan oleh pihak PPPA dengan kerjasama fakulti. Taklimat tersebut diadakan sebanyak 2 kali, iaitu sebaik sahaja pelajar layak untuk mendaftarkan kursus LI dan juga sebelum pelajar berangkat ke industry. Taklimat pertama melibatkan penerangan serta penjelasan tentang tatacara pendaftaran kursus (BPA dan fakulti) dan permohonan mendapatkan tempat di industry (PPPA dan industry). Maklumat berkenaan tempat atau industry yang menawarkan kekosongan tempat pula boleh dirujuk ke portal PPPA di bawah Direktori Industri yang memuatkan maklumat syarikat serta agensi yang telah dan mempunyai kekosongan tempat bagi pelajar LI. Setakat ini terdapat hampir 600 buah syarikat yang tersenarai di dalam direktori tersebut. Senarai tersebut termasuklah syarikat-syarikat IKS, multinasional, antarabangsa, dan EUMCCI (European Union Malaysia Commerce Chambers Industry). Setakat ini, terdapat juga syarikat atau industry yang memohon pelajar LI daripada UMP dan mereka biasanya menghubungi PPPA, dan kami akan menaikkan iklan atau pengumuman di dalam E-comm yang merupakan satu saluran maklumat rasmi di UMP. Juga ingin dijelaskan di sini bahawa, PPPA akan menghubungi pihak industry berdasarkan pangkalan data yang kita miliki itu akan hasrat UMP untuk menghantar pelajar di syarikat atau agensi mereka seawal satu semester sebelum sesuatu kohort pelajar layak mengambil kursus LI. Bagi pengisian borang yang pertama iaitu PLI (Permohonan LI), pelajar dikehendaki menyediakan satu resume (salinan keputusan peperiksaan yang disahkan oleh PA, biodata diri dan surat iringan mengenai hasrat untuk menjalankan LI di tempat tersebut). Proses ini sebenarnya merupakan latihan kepada pelajar untuk memohon kerja selepas tamat pengajian nanti. Semua maklumat tersebut boleh diisi secara ýonlineý dan maklumat tersebut akan ýtriggerý ke pangkalan data di Unit LI. Selain itu, pelajar dikehendaki mencetak maklumat tersebut untuk dihantar ke industry. Pihak PPPA pula akan mengeluarkan surat pengesahan pelajar (students verification letter) sebagai surat iringan dan pengesahan kepada pihak industry bahawa penama surat adalah pelajar UMP yang sah dan layak menjalankan LI di syarikat tersebut. Selepas permohonan ke industry dihantar oleh pelajar, dalam jangkamasa tertentu, pihak industry akan membincangkan permohona tersebut dan ada juga pihak industry yang memaklumkan kepada kami bahawa perkara tersebut dijadikan agenda di dalam mesyuarat pengurusan mereka. Seterusnya, mereka memberikan jawapan sama ada mereka mempunyai kekosongan atau tidak. Biasanya jawapan ini akan dihantar oleh pihak industry ke Unit LI-PPPA melalui email, fax, panggilan talipon atau surat rasmi. Namun, terdapat juga pihak industry yang terus menghubungi pelajar tanpa melalui PPPA. Tanggungjawab pelajar pada peringkat ini ialah melaporkan status sama ada diterima atau ditolak. Pelajar boleh membuat semakan dikaunter PPPA, atau memaklumkan kepada PPPA jika industry menghubungi terus pelajar tanpa PPPA. Selain itu, PPPA juga turut bekerjasama dengan pihak industry mengendalikan temuduga di UMP bagi pemilihan pelajar. Biasanya, kaedah temuduga ini dijalankan oleh syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Elektriksola, MyWarisan dan Fujitsu. Kaedah ini dilakukan kerana mereka ingin memilih pelajar yang layak sahaja menjalankan LI ditempat mereka dan biasanya para pelajar ini diletakkan dibawah program perintis mereka seperti yang dilakukan oleh Sime Darby. Manakala calon-calon temuduga pula akan dinamakan oleh pihak fakulti, dan sering juga peluang tersebut dibuka kepada mana-mana pelajar yang berminat. Sebaik sahaja pelajar membuat keputusan muktamad untuk memilih syarikat atau agensi bagi menjalankan LI, mereka dikehendaki memaklumkan kepada Unit LI-PPPA bagi kemaskini data dan maklumat. Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki mengisi boring yang kedua iaitu SLI (Sah LI). Tujuan pengisian SLI ini ialah untuk memastikan bahawa data pelajar dan tempat LI dapat dikemaskini di dalam pangkalan data Unit LI. Proses ini penting bagi tujuan pengesahan tempat, status dan juga untuk urusan cetakan surat Idemniti (Insuran) dan juga untuk peluang menjalankan LI bagi kohort akan datang. Setelah semua urusan tersebut selesai, Unit LI akan mengadakan satu lagi taklimat kepada pelajar sebelum berangkat ke tempat LI. Melalui taklimat ini, para pelajar akan didedahkan dengan tatacara serta etika semasa mereka berada di industry.


4. Harga Buku Log LI yang mahal Untuk makluman, modal untuk mencetak Buku Log LI diambil daripada harga buku tersebut. Dengan kata lain, pihak kami tidak mempunyai sebarang keuntungan di dalam proses penjualan buku tersebut. Pihak kami dinasihatkan oleh Pejabat Bendahari akan memastikan harga jualan tersebut adalah sekadar ýbalik modalý dan juga sama sekali mengelakkan memberi subsidi. Secara mudahnya ialah, modal yang dikeluarkan akan dapat ditampung semula dengan harga jualan, sebagai contoh, jika modal yang dikeluarkan untuk sebuah buku ialah RM 10, maka harga jualan juga tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada RM 10, kerana kami tidak berorientasikan keuntungan (profit oriented). Selain itu, kami juga berpendapat bahawa kualiti bahan buku tersebut dan jumlah muka surat buku tersebut adalah berbaloi dengan jumlah harga yang dikenakan. Setakat ini, modal yang dikeluarkan untuk mencetak buku tersebut adalah RM 13, maka harga jualan juga adalah RM 13.


5. Persoalan ýape keje staff kat BPA[ @PPA?] Just filing dokumen je ke?ý Saya mengucapkan terima kasih atas pandangan tersebut kerana ianya memberikan satu peringatan kepada semua staf di PPPA agar terus mempertingkatkan kualiti kerja supaya lebih efektif dan efisien pada masa-masa akan datang. Untuk makluman saudara, kami sentiasa cuba menjalankan amanah dengan kadar yang terbaik bagi memastikan semua pelajar kami mendapat bantuan serta kemudahan yang sepatutnya. Ini kerana, kami sangat menyedari bahawa saudara semua adalah pelajar yang mesti dibantu umpama orang buta yang perlu dipimpin tangannya supaya tidak terjatuh ke dalam gaung atau terjatuh ke dalam longkang yang kotor. Selain itu, saudara juga merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara, agama dan bangsa ini pada masa akan dating. Justeru, kami akan sentiasa memastikan saudara akan dibantu, dilengkapi serta dibimbing secukupnya agar dapat mengisi dan mengurus negara ini termasuk anak-anak dan cucu-cucu kami pada masa akan datang. Namun, jika saudara memahami secara sedar pepatah Cina bahawa, kita akan lebih cepat faham akan sesuatu jika terlibat dengan proses kerja sesuatu berbanding mengharapkan orang lain menyediakan atau melakukannya untuk kita, ataupun satu lagi pepatah Cina yang mengatakan, seorang guru tidak perlu memberi ikan atau pancing kepada muridnya, tetapi mengajarnya cara-cara membuat pancing untuk mengail ikan. Ini kerana, jika guru memberi ikan, pelajar tidak akan tahu cara menangkap ikan. Jika guru memberi pancing, pelajar tidak tahu cara membuat pancing. Justeru, kami beranggapan bahawa proses kerja dan tatacara menjalankan LI ini adalah proses belajar membuat pancing, supaya saudara tidak mati kebuluran jika guru tidak memberikan ikan. Mengenai tugas kakitangan PPPA yang dikatakan sekadar membuat ýfiling dokumen je ke?ý, kami akui kebanyakan tugas kakitangan kaunter PPPA ialah mengemaskini maklumat dan data sama ada secara hard copy mahupun soft copy. Selain itu, mereka bertugas menghubungi pihak industry, menguruskan temuduga, mesyuarat, bengkel, sama ada dalaman mahupun luaran, menguruskan lawatan ke industry dan juga tugasan lain yang berkaitan dengan unit-unit lain di PPPA dan JHEAA. Untuk makluman dan pengetahuan saudara, di PPPA terdapat 3 unit yang juga besar skop dan tanggungjawabnya iaitu Unit Pembangunan akademik, Unit Kemahiran Insaniah dan Sekretariat Penasihatan Akademik.


Akhir kata, sekali lagi kami ucapkan terima kasih atas kesudian saudara memanjangkan komen pelajar berkenaan pelaksanaan Latihan Industri di UMP umumnya dan di PPPA khasnya. Segala teguran, kritikan serta pandangan yang diberi, kami sangat alu-alukan supaya dapat memberi peluang kepada kami untuk sentiasa melakukan tambahbaik pada masa-masa akan datang. Mudah-mudahan, kita semua diberi kekuatan dan rahmat-Nya untuk meneruskan tugas-tugas mulai ini membantu anak bangsa kita, insya Allah. Sekian, terima kasih.


Jamal Rizal bin Razali (0286)

Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Akademik,

Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa,

Universiti Malaysia PAHANG.

09-5492026/2624/019-9322292 ý


Semua jawapan dan maklumat di atas adalah dirujuk kepada Buku Log LI, Portal PPPA dan minit mesyuarat JK LI.

Nah,Seluruh Mahasiswa UMP yang ada kesedaran,Mari kita berlapang dada dan kita tampil kehadapan seandainya ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan atas prinsip keadilan dan hak Mahasiswa Bersuara!Saya mengalu-alukan sebarang komen dan maklum balas daripda Mahasiswa UMP!!!

Mohamad Suffi Bin Kamari
Mahasiswa Peduli

24 November 2009 Jam 12.59am
Cyber Loft Cafe,Syeksen 2 Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

Friday, November 20, 2009

Pertemuan Sesingkat di Padang,Indonesia.





TTT di Lapangan Terbang Antarabngsa Minangkabau,Padang,Indonesia.


Kehadiran saya dan ibu di Minangkabau International Airport pada 19 November 2009 amatlah bererti. Kami hanya mempunyai masa selama 4jam sebelum penerbangan balik ke Malaysia pada hari yang sama iaitu pada jam 2.35pm(waktu indonesia).

Saya menemani ibu bertemu saudara yang berada di Kerinchi(7 jam perjalanan daripada Bandar Padang). Padang yang teruk dilanda gempa dibeberapa tempat pendalaman mempunyai bandaraya yang pesat membangun.Pertemuan sesingkat ini amatlah bermakna untuk saya terus menjalinkan hubungan erat sama teman-teman Mahasiswa di Indonesia.

Sempat saya menggunakan kartu yang dibeli di Jogjakarta tempoh hari untuk berbalas sms sama Ady UGM dan juga aktivis KAMMI,Gunawan Presiden BEM UNS,Dita Universitas Padjajaran, Pandu Wicaksono UGM,Dina Wakil presiden BEM UNS dan teman2 lain.

Terima kasih sama Mira,Tante Mis dan Isteri Pak Nasharuddin kerna sudi menemankan masa terluang dan bersama-sama kami.

Saya dan Ibu pulang pada jam 2.45pm ke Malaysia(waktu Indonesia).
Kapan-kapan ketemu lagi ya!!!Wassalam.



Antara gambar-gambar kesan gempar di Kota padang,Indonesia. Runtuhan di hadapan Masjid Nurul Iman,Padang,Indonesia.




Antara Akhbar yang utama di padang,Indonesia.


Selera gerai masakan makanan Padang walaupun simple gerainya...





Wanita-wanita besi di pasaraya(Pasar) di Padang,Indonesia.




Menu: Nasi puteh,Bermacam2 jenis lauk masakan padang,Teh Es dll...







Dari kiri: Mira,Tante Mis,Isteri Pak Nasharuddin dan Mak.








Sekitar pasar raya di Kota Padang.








Namanya Kuda Pedati ini di Padang digelar 'Bendi'.




Begitu teruja kerna Orang Indonesia begitu patriotik dengan bahasa mereka...Orang malaysia bagaimana??lebih mengagungkan bahasa Inggeris walaupon hanya boleh bercakap sepatah dua perkataan shj.Alahai...























Tuesday, November 17, 2009

Disebalik Suara Siswa RTM 17 November 2009

Alhamdulilllah,selesai sudah sesi wacana Suara Siswa di Studio 1 Angkasapuri. Para penonton yang terdiri daripada Mahasiswa UMP,UM,KLIUC,Kolej Komuniti Teluk Intan, Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,Kuala Lumpur Metropolitan University(KLMU),Segi College dan semua yang hadir memberi respon yang sangat positif dan berpuas hati dengan kupasan semua ahli panel.

  • 1.Saya mendapat sms daripada Penerbit Suara Siswa, Abang Shahzil tepat jam 10pm hari Isnin 16 November 2009 dan beliau meminta MPP UMP menjadi panel Siaran Selasa 17 November 2009. Bayangkan,tak sampai 24 Jam saya dimaklumkan dan saya terpaksa mengadakan mesuarat MPP di Kafeteria KK1 tepat jam 11.30pm untuk selesaikan beberapa program terdekat.
  • 2. Pada pukul 4 Pagi 17 November,saya dan sdr Takiyuddin bergegas pulang ke Kuala Lumpur dan sampai di rumah Taman Permata jam 7 Pagi. Solat Subuh Berjemaah di Hentian Petronas Genting Sempah.
  • 3. Saya hanya mempunyai masa kurang 10 Jam untuk mencari maklumat dan melakukan sedikit research mengenai Topik 'Budaya Fanatik'. Terima kasih kepada Sdr Izyannisa' Sarjuni( S/U MPP UMP),Sdr Rasydan Rais(UKM Geology),Sdr Takiyuddin (Presiden Kelab In Smartive n Aktivis Mahasiswa UMP), Sdr Hafiza Razak,Encik Saharuddin Ramli (Pen Pendaftar HEP),Barisan MPP UMP n semua yang membantu membawa saya dan teman2 mahasiswa UMP untuk hadir n menjayakan Suara Siswa Budaya fanatik.
  • 4. Saya membawa gagasan bahawa Fanatik ada dua perkara yang harus dititik beratkan iaitu Fan-Ethics dan Fan-Atik. Saya menjelaskan kepada sidang dewan bahawa kita harus jelas menyokong yang mempunyai Etika(Fan-Ethics) dan mendatangkan kebaikan. Sebaliknya,kita boleh juga memilih menjadi Fan-Atik(Atik dalam bahasa Turkey iaitu sampah atau waste). Menyokong membabi buta dan menyokong yang membawa rebah.
  • 5. Saya juga menjelaskan budaya yang diserap ke dalam jiwa umat melayu khususnya iaitu melalui kisah hidup Hang Tuah yang begitu taat setia(fanatik) kepada arahan Sultan Melaka walaupun Sultan tidak berlaku adil kedapa Hang Tuah. Dr Fazley bingkas memotong dan menambah bahawa kesan daripada sifat Hang Tuah iaitu Hang Rusuh.
  • 6. Mengenai gelaran Hang Rusuh yang diberikan kepada Penyokong Bola Sepak Kelantan amat saya kurang bersetuju. Saya faham niat Dr Fazley mungkin hanya dituju kepada segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan tapi saya menyatakan hanya segelintir daripada 65000 penyokong setia Kelantan yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) yang melakukan onar dan merusuh.
  • 7. Saya ingin menjelaskan bahawa ada penyokong Kelantan di UMP yang pergi ke SNBJ berasa sangat kecewa dengan keputusan kekalahan Pasukan Kelantan dan insiden yang menimpa. Saya menganggap bahawa insiden ini berlaku kerna sebahagian besar penyokong Kelantan yang hadir ke SNBJ bukan sekadar menyokong tetapi awal-awal lagi beranggapan bahawa Kelantan sudah meraih dan meraikan kejayaan membawa Piala Malaysia yang paling berprestij. Apabila sudah kena 3-0,ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima oleh segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan.
  • 8. Saya juga sempat menyatakan isu Fanatik Siber@ Permainan Talian dan sebagainya. Malah isu fanatik Siber ini bukan sahaja berleluasa di semua Cyber Cafe membarah kepada pemikiran dan cara hidup kanak-kanak dan remaja di seluruh Malaysia tetapi juga merebak ke sebahagian besar Mahasiswa di seluruh IPT. Kurang aktivisisme dan hanya ada budaya indivisualisme dalam masyarakat kampus. Ini yang sangat membimbangkan.
  • 9. Saya menegaskan bahawa budaya mengejar semata-mata 4.00 hanyalah budaya songsang Mahasiswa dan hanya terperap di bilik kuliah dan bilik hostel melalui hidup individualisme. Saya menyarankan dengan tegas bahawa seandainya aktivis Mahasiswa di Universiti dan pimpinan Mahasiswa tidak memandang serius isu ini akan melarat hingga ke akar umbi.
  • 10. Isu fanatik Berhibur saya memberi penjelasan bahawa kita harus bersederhana dalam berhibur. Takrifan Kesederhanaan dalam berhibur perlu dibahaskan secara ilmiah dan Pihak Kerajaan dan NGO2 yang berkepentingan perlu membuka seluas-luas ruang perbahasan. Kita perlu mengambil pandangan pemimpin negara, ahli akademik,para Ulama',para penggiat seni,para pemimpin Mahasiswa dll. Kita tiada perbahasan secara jujur Apakah dia konsep Hiburan bersederhana yang dianjurkan Islam dan penyelesaian dala masyarakat Majmuk seperti Malaysia.
  • 11.Saya agak terkejut kerna dapat berdiskusi dengan sdr Syafina Ghazi,Mahasiswa Universiti Hokkaido yang juga sama-sama sekolah di Sek Men Sains Kuala Selangor(KUSESS 0105) di talian Skype.Syafina masih ingat lagi bahawa zaman aktif saya sewaktu di KUSESS ialah Rugby(Johan MSSM 2004 Selangor U-18 di Kuala Terengganu) dan Syafina Ghazi merupakan Pelajar Aktif (Olahgarawati KUSESS) dan Ratu Pecut 100m KUSESS.Tahniah!
  • 12. Akhir kalam, Saya memberi pendirian tegas bahawa Mahasiswa seluruh Malaysia perlu berjiwa aktivisme dan jangan sesekali melakukan program unutk tujuan populariti semata-mata. Turunlah ke kampung-kampung, Felda-felda,Kawasan-kawasan setinggan dan dimana-mana sahaja di Bumi Malaysia ini dan berbaktilah tanpa mengira upah dan polulariti. Mahasiswa Malaysia Mahasiswa Peduli!!!!
Rabu 18 November 2009
4.05 am di Tbun Cafe,Syeksen 2,Wangsa Maju

The Think Tanker

Monday, November 16, 2009

The Think Tanker AKAN MUNCUL DI SUARA SISWA!

Salam Mahasiswa buat semua

The Think Tanker akan menjadi panel dalam siaran langsung Suara Siswa RTM di TV1.

Tajuk: Budaya Fanatik

Tarikh: 17 November 2009(SELASA)

Panel: UM,KLIUC,UMP

Moderator: Sdr Dr Fazley Yaakob

Tempat: Studio 1 Angkasapuri

Masa: 10 Malam-11 Malam

Ayuh mari kita berwacana ilmiah dan kita segarkan budaya Ilmu!!!

Monday, November 9, 2009

Mahasiswa KUIS Demonstrasi Bantah Kenaikan Yuran Semester!!Mahasiswa UMP...?


Tolong Dengar Suara dan Kehendak Mahasiswa



Teman2 Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang!!!

  • Mahasiswa KUIS bangkit membantah dan melancarkan Gerakan Mahasiswa Sedar(GMS) mengenai yuran semester yang membebankan daripda RM 2776.50 kepada RM 3800.00 pada semester yang baharu.
  • Saya memerhatikan isu KUIS yang sekian lama terdesak dengan yuran pengajian yang melambung tinggi tidak bertepatan dengan hasrat meletakkan Pendidikan Negara pada Hala Tuju yang sebaiknya. Ketepikan isu KUIS di bawah Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat atau Jabatan Pembangunan Mahasiswa(JPM) yang pro kepada UMNO/BN. Saya memandang ini isu Mahasiswa anak bangsa yang ingin belajar di Bumi Tanah Air sendiri tetapi dinafikan hak atau seolah tertindas.
  • Ada Apahal pulak dengan Universiti Malaysia Pahang(UMP)???
  • 1.Yuran Latihan Industri sebanyak RM 760 untuk pelajar Sarjana Muda amat membebankan dan meragukan.
  • 2.Perbandingan dengan pelajar Diploma untuk Latihan Industri hanya RM300. Menurut beberapa senior yang telah bekerja, tiada banyak perbezaan diantara Latihan Industri Degree n Diploma. Malah,Phk UMP tiada menyatakan secara detail apakah komponen bayaran sebanyak RM 760 oleh pelajar yang menjalankan Latihan Industri ini.
  • 3.Tidak Berbaloi!!! Saya menyatakan pendirian sebagai Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli kerna setakat ni kos permohonan Latihan Industri,Printing dan Fax, Kos menghubungi Pihak Industri(Bill atau Prepaid HP) terpaksa ditanggung oleh Mahasiswa Final Year buat sekian lama.
  • 4.Saya menuntut Teman2 Mahasiswa UMP terutama di Tahun 3 dan 4 agar kita mendesak Pihak Pengurusan UMP , Unit Latihan Industri dan secara khusus kepada Pihak Jabatan Bendahari UMP agar menjawab serta kita berdialog segera.
  • 5. Mana2 Pegawai UMP atau sesiapa yang terbaca Article saya ini agar diperiksa semula,sila print article ini dan mari kita berbahas dan mencari jalan penyelesaian.
Apa Tuntutan Mahasiswa UMP mengenai Isu Latihan Industri:

  • 1.Kita Mahukan Sesi Dialog dan Penjelasan Secara terbuka mengenai detail Yuran Latihan Industri. Apa Justifikasi RM 760 bagi Sarjana Muda dan RM 300 bagi Diploma??? Tindakan: Jabatan Bendahari UMP
  • 2. Seandainya Pihak Bendahari UMP gagal untuk memberikan penjelasan terbuka mengenai isu kadar Yuran LI, saya dan Teman2 Mahasiswa UMP akan mendesak agar Dato' Naib Canselor ,Dekan JHEPA campur tangan dan MENURUNKAN YURAN LATIHAN INDUSTRI SERTA MERTA!
  • 3.Kita mendesak agar Unit Latihan Industri lebih peka terhadap kebajikan Mahasiswa Final Year. Seingat saya,rungutan Mahasiswa Tahun Akhir seperti kebnyakan semua Kos dan proses permohonan latihan Industri ditanggung oleh Mahasiswa sendiri. Kami mempertikai apakah justifikasi Yuran LI yang begitu rumit untuk difahami.
  • 4.Kita menggesa agar UMP dan Unit LI agar menyediakan kemudahan Printing,Fax dan Menelefon Pihak Industri agar proses dapat dibuat dengan lebih mudah.
Sekian Dahulu dan Mari kita Lihat Sejauh Mana proaktif Pegawai UMP dan Pengurusan UMP menjawab Isu Yuran Latihan Industri!!!

Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli

Mohamad Suffi Bin Kamari
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009
Executive Caretaker

H/P: 013 9966 389

Saya pohon mana2 Mahasiswa yang membaca article ini untuk kita beri respon dan komen agar Isu Yuran LAtihan Industri dan Mutu Perkhidmatan Unit Li dapat terus dipertingkatkan demi Kebajikan Mahasiswa UMP!!

KALAU KITA DIAM ORANG AKAN TERUS BODOHKAN MAHASISWA!!!

Thursday, November 5, 2009

Kepimpinan Mahasiswa: Keberanian,Kebijaksanaan & Ketelusan













Pertemuan Bermakna bersama PM Malaysia bersama Sdr Suffi Kamari


Saya dan Teman2 Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMP sesi 2008/2009 diberi amanah menjadi Perwakilan Mahasiswa UMP pada 16 Oktober 2008. Saya mengakui masa setahun yang diberikan apalah sangat nak dibandingkan dengan usaha kami selama ini.

Namun,saya komited bahawa ada satu usaha yang baik dan terancang yang telah kami laksanakan di barisan kepimpinan MPP UMP supaya diberi ruang seluas luasnya supaya Suara Mahasiswa dihormati dan didengar.
Ada beberapa perkara menarik yang berlaku di sepanjang Kepimpinan MPP UMP sesi 2008/2009:
  • 1.Pertemuan antara MPP UMP bersama Naib Canselor UMP,Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Ibrahim diadakan selama 5 kali sepanjang setahun tampuk kepimpinan kami di Kediaman Rasmi Naib Canselor di Bukit Istana. Pelbagai isu yang bersifat urgency atas dasar Kebajikan Mahasiswa UMP diberi penekanan.
  • 2.Isu yang berlingkar disetiap benak Mahasiswa UMP seperti Perpindahan Pekan, Isu Sandwich Latihan Industri, Isu Kafeteria,Isu Wireless UMP, Isu yang berkisarkan elaun Tertunggak Pelajar, Isu Keselamatan Pelajar di Kampus Pekan,Kampus Gambang, Isu yang berkisar di sepanjang kepimpinan Naib Canselor mengenai Hala tuju UMP dsb.
  • 3.Saya berpendirian bahawa kita berjaya secara teknikal untuk membawa bersama-sama Pihak Pengurusan Tertinggi UMP supaya meneliti beberapa tuntutan Mahasiswa UMP antaranya Resolusi Rapat Umum Suara Mahasiswa UMP mengenai Kafeteria, Memorandom Gerakan Mahasiswa UMP Mempertahankan Latihan Industri selama 6 Bulan (GEMPUR) dan Isu Keselamatan Pelajar dsb.
  • 4. Barisan Kepimpinan MPP UMP merupakan kabinet pertama dalam sejarah kepimpinan MPP UMP diberi lanjutan sebagai Executive Caretaker sehingga bulan Januari 2010. Persetujuan ini dibuat oleh Dato' Naib Canselor,Dekan JHEPA Baharu dan Barisan MPP supaya memberi khidmat kepada Mahasiswa UMP. Ia memberi sedikit ruang kepada saya dan teman2 melaksanakan agenda yang tertunggak dan terus menyuarakan Suara Mahasiswa
  • 5. MPP UMP sesi 2008/2009 diberi pertanggungjawaban membentangkan Kertas Kerja di Konvensyen MPP Kebangsaan(Tajuk Kepimpinan) dan Membentangkan Kertas Kerja Transformasi Ekonomi di Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK 2009).
Saya menyuarakan kebimbangan kepada pelapis Kepimpinan Mahasiswa di UMP. Saya tegas dengan pendirian saya bahawa kepimpinan Mahasiswa WAJIB diberi peluang untuk memimpin tanpa ada sebarang pengaruh Politik Kepartisan . Di sinilah tempat kita mempraktikkan dan memperjuangkan suara Mahasiswa di saluran yang sebaiknya.

Saya mencabar Kepimpinan Mahasiswa UMP supaya menyuburkan semangat Mahasiswa Peduli atas dasar Keberanian,Kebijaksanaan dan Ketelusan kerna kita tiada jalan mudah untuk mengangkat kembali Suara Mahasiswa di persada yang sewajarnya.

Kepimpinan Mahasiswa seharusnya menjadi Suara Alternatif,Suara Pendesak dan Suara Ketiga kepada Pimpinan Negara,Pimpinan Universiti dan Pimpinan Masyarakat. Jangan jadikan MPP dibiarkan dengan sentimen politik sempit dan hanya bertunjangkan Kepimpinan Politik Partisan semata-mata.


Dato' Saifuddin, Naib Canselor dan YDP MPP UMP

Sdr Afif,Sdr Naim,Dato' Dr Hj Fadilah Kamsah dan saya di Kem Transformasi UMP.


Bersama Profesor Dr Aziz Bari di Dewan Banquet UMP






Bersama Profesor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim di Wacana Tokoh Negara

Saya menghargai sebarang ulasan,pandangan serta kritikan daripada teman yang singgah di Blog saya. Mari kita wujudkan satu Wacana Bebas mengenai sebarang Isu dan Permasalahan demi kebaikan Negara Malaysia.

The Think Tanker

Wednesday, November 4, 2009

Pertemuan Dengan Dekan JHEPA UMP Baharu


Kafeteria UMP di Kolej Kediaman1 & 3: Kalau Perasan TV yang kat belakang tu memang tak digunakan or USELESS buat sekian tahun lamanya.Alahai UMP~!


Assalamualaikum wbt dan Salam Mahasiswa


Satu pertemuan Empat mata dengan Dekan JHEPA UMP yang baharu,
Profesor Dr Rizduan Bin Nordin diadakan di bilek beliau pada Hari Isnin 1 November 2009 pada jam 5.45pm-7pm.

Ada beberapa perkara yang diberi penekanan dan diketengahkan oleh saya di dalam pertemuan ini.

  1. Isu perpindahan ke Pekan pada Semester Hadapan 2010
  • >Profesor Dr Ridzuan menegaskan bahawa Blok Asrama di Pekan akan siap sepenuhnya dengan perabot dan selesa diduduki sekurang kurangya pada Mac 2010. Sewajarnya tiada perpindahan buat masa semester yang terdekat kerna waktu yang sangat singkat.
  • >Saya menegaskan bahawa pelajar yang akan berpindah di Pekan diberi keselesaan 2 orang 1 bilek. dengan suasana Pekan yang berbahang dan panas,amatlah dukacita andai perancangan untuk meletakkan lebih 2 orang 1 bilek dilaksanakan. Saya dimaklumkan oleh Profesor Dr Ridzuan Pihak Pengurusan Tertinggi UMP meluluskan 2 orang satu bilek bagi penginapan di Pekan. Terima Kasih Dato' NC.hehe
2.Isu Kafeteria Kolej kediaman 1 & 3
  • >Berulang kali saya memberi komitmen bahawa Pihak MPP UMP dan Pengurusan Tertinggi UMP dan kepimpinan baharu JHEPA dibawah Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin akan tetap memastikan kafeteria akan diberi perhatian serius.
  • >Saya bangkitkan polisi pemilihan tender Kafeteria yang meragukan. Saya tuntut agar Agreement perjanjian diantara pihak pengusaha kafe dengan pihak UMP segera dinyatakan. Siapa pihak yang bertanggungjawab membenarkan tender kafeteria yang baharu yang pada hemat saya tidak cukup kompeten dan tidak 'fit' untuk menyediakan makanan berdasarkan kehendak semasa Mahasiswa UMP. Saya hargai usaha pihak UMP n JHEPA yang berusaha melayan karenah kami Mahasiswa UMP demi kebaikan bersama.
Kalau perasan la,Dato Naib Canselor kita selalu berjalan2 dangan Datin Fazia terchinta pada waktu petang2 melihat2 progress Kafeteria kita yg baharu.huhuuh. Ntah la. Kalau Dato' datang waktu malam dengan makanan dah takde,saya pening kepala.
  • >Seperkara lagi,mengenai perkhidmatan kemudahan Televisyen di Kafeteria. Sangat menyedihkan kan??? Saya mencadangkan agar TV Plasma bersama langganan Astro diberikan di Kafeteria Kolej Kediaman 1 & 3
  • >Dengan penuh semangat dan iltizam,Profesor Dr Ridzuan terus bersetuju dan mencadangkan supaya TV Plasma 60 inch(WOW mcm tak percaya jer Dekan aku ni) bersertya Astro agar segera dibuat pembelian selama 2 minggu. Saya ulang 2 MINGGU.

3. Penstrukturan JHEPA demi kebaikan Mahasiswa UMP seluruhnya

  • >Saya menyokong penuh usaha dan hasrat Dekan JHEPA baharu untuk meneliti secara serius aspek Pembangunan Pelajar. Sudah sampai masanya , empowerment secara meluas diberi kepada Mahasiswa UMP agar lebih kreatif,proaktif.
  • >Kami di barisan MPP UMP sesi 2008/2009 pernah menyuarakan hasrat bahawa sudah masanya Pihak KPT, pihak JPA menimbang tara permohonan dan desakan kami mengenai penjawatan TNC HEP di semua IPTA.
  • >Pertemuan dengan Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen Malaysia pada June 2009, kami telah membawa kertas kerja dan sedikit kajian menganai keperluan penjawatan TNC HEP diseluruh IPTA. Mohon semua beri perhatian kerna ini langkah penting meningkatkan prestasi dan mutu khidmat JHEPA seterusnya memudahkan Mahasiswa UMP.

Dekan JHEPA UMP yang Baharu,Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin


Pertemuan dan Diskusi Bermakna saya dengan Dato' Saifuddin Abdullah(Tengah) di parlimen. Turut sama iaitu Saudara Mohd 'Afif Bin Abd Aziz,Timbalan Yang Dipertua MPP UMP(sebelah kiri)


Dato' Saifuddin Abdullah,saya dan Mahasiswa UMP sewaktu MINDS 2009
p/s: Saya tertawa kerna diusik oleh Dato' Saifuddin>>" Suffi, apsal ko jer badan besar kat UMP ni?"
Sabar je la Dato' Saifuddin ni.



Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli


The Think Tanker

Sunday, November 1, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Malaysia Negara Islam???


Gambar Ehsan drpd mStar

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Semalam, Mohd. Asri yang mengadakan sidang akhbar di sini mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Mohd. Asri yang juga kolumnis `Minda Dr. Maza’ dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

  • 1.Apakah motif sebenar pihak JAIS? Apa benda tauliah ni dan apa agenda JAIS?
  • 2.Saya n Teman2 Mahasiswa amat bimbang akan perkembangan terbaru ini. Seharusnya seluruh rakyat Malaysia bersabar dan Pihak JAIS dapat menjelaskan perkembangan ini.
  • 3.Ustaz Dr Asri dengan rancangan "Bahtera Perubahan" di Astro Oasis mempunyai peminat sendiri dan ramai saya pasti berasa resah.
  • 4.Harap Bersabar Ustaz Dr Asri
The Think Tanker