Thursday, December 30, 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2011



1. Anak muda raikan Tahun 2011 dengan kesyukuran dan berdoa agar tahun ini ekonomi Malaysia akan bertambah baik,peluang pekerjaan terbuka luas,rezki melimpah ruah,PTPTN dapat convert kepada Biasiswa, kes buang bayi dapat di kurangkan.

2. Anak muda mesti jadikan Tahun 2011 sebagai tahun kebangkitan anak muda baik di Kampus IPT,di Felda & Felcra, Baik pemimin muda di persatuan belia n di JKKK setiap kampung.

3. Anak muda mesti menggunakan kesempatan Tahun 2011 sebagai tahun untuk kita bangkit bersama masyarakat menangani setiap masalah n beban tak tertanggung rakyat biasa. Anak muda tak boleh selfish lagi. Jangan terikut ikut budaya adu domba n fitnah oleh Politikus dan media jahat ini. Kita mesti berikan pemangkin sebenar bahawa Malaysia bukan untuk Sang Politikus semata. Ini negara bukan untuk Perdana Menteri Malaysia semata. Ini negara bukan untuk artis cun melecun dan artis lelaki yang jambu2 semata.

4. Mari raikan usia muda dan tenaga muda kita dengan melakukan perkara terbaiik untuk tahun 2011 yang akan menjelma. Mari buktikan anak muda ialah mangkin sebenar Malaysia bukannya Korporat yang kaya raya itu. Mari berbakti kepada semua.Tanpa mengira bangsa,usia,agama.

5.Sebarkan mesej bahawa Anak muda sudah jelik dengan budaya adu domba,fitnah memfitnah yang tidak menguntungkan Malaysia sebenarnya.Anak muda sudah jelik dengan maksiat,gejala sosial,buang bayi,seks bebas yang tiada dapat dibendung virusnya.

Tahun 2011 ialah tahun meraikan Anak Muda Malaysia.

This new year celebrations for all young man for the better Malaysia we loved....

TTT

Thursday, December 23, 2010

Sajak Pakatan Rakyat Harapan Rakyat Malaysia~

SAJAK PAKATAN RAKYAT


Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi)



Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:






Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat


Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat
Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat


Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat


Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat



Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat




Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat

Sunday, December 19, 2010

Susun Kembali Fikrah dan Idealisme

1. Hampir 3 minggu berturut turut Dusun TTT di Hulu Langat penuh dengan tetamu daripada pelbagai peringkat dan kumpulan.Kesempatan ruang waktu TTT memanfaatkan masa hujung minngu ini bersama keluarga dan sahabat2 yang tidak henti kunjung tiba di dusun yang tidak seberapa. Alhamdulillah,walaupun kesibukan menjadi tenaga pengajar di English For Fun di Felda Sg Panching Selatan,TTT sempatkan diri pulang ke Kuala Lumpur dan menghadiri beberapa event keluarga dan 2,3 hal lain.

2.TTT hamburkan pujian kepada teman2 seperjuangan  yang sudi hadir ke dusun TTT dan sama-sama beraktiviti dan berdiskusi serta menyusun kembali Idealisme yang semakin hari semakin mencabar. Kesempatan waktu berbincang dengan beberapa ahli pimpinan Mahasiswa di peringkat nasional memberi sedikit sebanyak ruang untuk kita mencari formula berharga untuk meneruskan perjuangan di medan realiti yang lebih mencabar. Inilah yang akan menjadi pedoman buat semua pejuang muda yang akan melangkah ke hiruk pikuk dan sepak terajang medan sebenar.

3.Kunjungan terbaru ialah kesempatan mengeratkan ukhwah dengan teman lama TTT sewaktu di sekolah rendah,Mohd Nor Syafiq,Mahasiswa IPG Kedah bersama sama keluarga beliau di dusun. Walaupun singkat sekali,tapi pertemuan ini dapat merapatkan kembali hubungan sesama keluarga.Deraian air sungai yang sejuk beku menambahkan lagi selera anak kecil,kaum bapa dan ibu berendam berjam-jam beraktiviti bersama sama anak-anak. Subhanallah,sesungguhnya ia lebih nikmat daripada tinggal di Hotel 5 bintang dan mandi di kolam renang luxury yang penuh klorin airnya.Semoga kita akan terus bersama sama eratkan tali silaturrahim sesama insan.

4. Tangan ini tidak akan pernah berhenti menulis dan akan terus menulis tanpa mengharapkan sesiapa memuji apatah lagi mengambil peduli akan penulisan ini. TTT melemparkan nasihat,kritikan dan apa jua ruang diskusi di blog TTT ini untuk teman-teman Mahasiswa dan sesiapa sahaja yang sudi berkongsi. Usah rasa terguris akan setiap kata-kata TTT baik di Facebook ataupun di blog kerna kita hadir di lapangan ini bukan untuk bersenang senang bahkan kita hadir sebagai pejuang untuk melakukan perobahan demi kebaikan ummah.Justeru,berlapang dada dan TTT berjanji akan memperkemaskan penulisan,idea serta cambahan kritikan yang lebih segar demi kebaikan generasi Mahasiswa Peduli UMP.

Nukilan berharga buat teman-teman yang disayangi

TTT ialah Mahasiswa Peduli!

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432


  • 1.Hijrah bukan sekadar laungan ucapan tanpa pengorbanan dan tindakan. Hijrah mesti disusulkan dengan perbuatan,tingkah dan perobahan. Hijrah mesti dijadikan asas dalam perjuangan agar sentiasa ada perobahan dan kebaikan.Hijrah bukan bagi Tokoh Maal Hijrah semata.
  • 2.Mahasiswa mesti melakukan Hijrah yang jelas.Hijrah yang ikhlas.Hijrah yang bisa meletakkan martabat Islam ke tempat selayaknya.Bukan tempat si Adu Domba yang akan laungkan Berhijrah saban Tahun tapi tiada tindakan perobahan yang berlaku.
  • 3. Salam Maal Hijrah 1432 drpd The Think Tanker....
TTT ialah Mahasiswa Peduli!
  



Sunday, December 5, 2010

Aku Bukan Mahasiswa BACUL!

 TTT dan teman2 bersama Sdr Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub

1. Rentetan peristiwa dan siri penindasan pihak pemerintah dalam menentukan nasib si rakyat marhaen amat mendukacitakan. Seharian,rakyat menghadapi fenomena harga Barangan Naik(BN) yang tentunya membebankan rakyat kebanyakan. Mahasiswa pasti akan merasa terbeban sekali kerna kita juga rakyat dan masyarakat yang terbabit di dalam sosio ekonomi di Malaysia ini. Mahasiswa tidak boleh berdiam diri. Mahasiswa mesti menggunakan segenap peluang,sisi pandnagan dan apa jua kudrat muda untuk menekan si Sang Penguasa yang terus menerus melakukan pembantaian kepada rakyat kebanyakan.



 Pedih mata dan luluh hati dek bedilan asap dan water cannon~


2. Ahad 5 Disember, Mahasiswa anak muda telah membuktikan kita tidak tuli,bisu dan pekak terhadapa isu yang berlaku di sekeliling. Kita bersama sama menyahut seruan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim yang memerlukan suara anak muda dan rakyat. 

 Kami Mahasiswa Anak Selangor membantah Dasar Penswastaan Air yg Bebankan Rakyat!

3.Mahasiswa tidak gentar dan berani menyatakan kebenaran. TTT dan teman2 seperjuangan bersama sama front2 Maahsiswa laen bukan menyokong mengkhinzir buta.Kita ada Idealisme dan pemikiran.Kita punya bahan bacaan dan timbang tara sebagai seorang intelektual. Kita berada di Universiti bukan sekadar menjadi Mat Library,Mat Masjid,Mat KakiAmpuPensyarah,Mat SkemaKejar4.00  atau Mat Cintan Cintun.Alahai~ Kita Mahasiswa punya tanggungjawab besar pada agama,bangsa dan negara. Mahasiswa mesti bercita cita besar,mesti punya pemikiran matang lagi kontruktif,mesti berani menyatakan kebenaran dan Mahasiswa mesti kehadapan,turun bersama sama Rakyat menyatakan Hak yang terpinggir.

4.Kita merasa bedilan peluru asap dan water cannon yang sangat memedihkan,membuat TTT muntah2 dan merah mata. Rasa nak pengsan dan sakit dada keterlaluan.Persoalannya,apa yang menajdi kesalahan sehingga diperlakukan begitu rupa kepada Rakyat Malaysia yang berdaulat? Ini Negara apa? Israel ka? Kenapa demonstrasi GAPS dan Geng Songkok Tinggi mendapat layanan anak raja? Layanan TUAN Melayu? Layanan 1st class tanpa bedilan? Apakah mereka lebih patriotik dan lebih 'ketuanan Melayu' daripada kami semua? Kami juga rakyat Malaysia. Usahlah diperlakukan rakyat yang tidak berdosa.

5 Hak perlembagaan menyatakan kami berhak berhimpun.Kenapa kamu Sang Polis membedil sehingga ke Masjid Negara.Ada demonstrar yang patah kaki.Muslimat jatuh dikejar dek polis  dan dipijak pijak oleh tempiakkan rakyat yang takut akan bedilan. Orang tua yang hanya ingin berhimpun secara aman .Ini adalah satu penghinaan kepada demokrasi di Malaysia!


6.TTT menyeru agar seluruh Mahasiswa Peduli di seluruh Malaysia bangkit dan berdiri dengan berani menentang kebrobrokan Sang Penguasa. Mahasiswa Peduli usah lagi berpeluk tubuh dan berdiam diri bak si Bacul yang takut dengan bayang2 AUKU. Jika kita benar,kita punya idealisme,kita membaca sejarah benar,kita lakukan analisis dan kajian awal,Usah gentar dan melangkahlah dengan penuh keberanian!

7.Hari ini 5 Disember 2010 sudah menjadi sejarah. TTT menggesa agar kepimpinan Mahasiswa UMP juga berubah dengan lebih berani,vokal dan peduli terhadap masalah rakyat dan Mahasiswa.Kita perlukan pembelaan dan gerakan yang terpimpin dan tersusun. Usah toleh kebelakang melihat AUKU yang sudah lapuk dek zaman,kita melangkah ke era baharu Mahasiswa Peduli yang responsif lagi berani!

Hidup Mahasiswa! Daulat Tuanku!

TTT ialah Mahasiswa Peduli!

Thursday, December 2, 2010

Isu Keselamatan Mahasiswi UMP: Durjana sapa Punya Kerja?

 Apakah nasib siswi UMP mengenai keselamatan mereka?

1. TTT mendapat makluman bahawa berlaku satu insiden  pada Selasa 30 November 2010 di Kolej Kediaman Ke-3 UMP diceroboh oleh orang asing yang mengambil video atau gambar Mahasiswi UMP yang sedang mandi di dalam tandas. Ini merupakan satu kes yang menunujukkan isu keselamtan pelajar siswi kita masih ditahap membimbangkan.

2. Kita semua sedia maklum,mutakhir ini isu keselamatan  UMP sangat kurang dititik beratkan.Mana tidaknya, orang luar entah siapa sangat mudah keluar dan masuk ke dalam Kolej Kediaman Mahasiswi.Tidak kira siapa pun anda baik pekerja ka,pak cik cleaner ka,hatta Dato' Naib Canselor UMP sendiri pun tidak boleh berada di dalam kawsan siswi sewenang wenangnya. Berikut sedutan maklumat ringkas yang TTT peroleh drpd sahabat TTT di UMP Gambang:

1.kes berlaku pada hari selasa jam 1tghari...
2.terlihat h.phne sony warna putih ketika sdg mandi...
3.menjerit dan, suspek terus lari..
4.mgsa melporkan kpd pihak kolej kediaman...
5.pihak kolej kediaman mnta melaporkan kpd pihak keselamatan......

‎6.setelah selesai melaporkan kpd pihak keselamatan, stff kolej kediaman mnangkp seorg lelaki yg berada di bwh blok c4.
7. lelaki itu mngatakan ingin mngmbil brg adik di blok c2...
8. peg.keselamatn bertnya lelaki itu, nma adiknya..apbila dic...ek di dlm std, tiada nma adik lelaki itu.
9. mgsa ditemani seorg senior tidak tahu ap tlh berlaku slps itu.
10.mgsa dan akak senior terus ke balai polis gambang..
1.peg.polis di gmbng meminta melaporkan di IPD Ktn.
12. hmpir sejam menunggu di IPD, akhirnya peg.polis disana mengatakan, yang mereka tidak blh mngmbil kes ini disbbkan oleh tdak tahu suspeknya.



3.TTT masih belum mengetahui lebih detail siapa mangsa,siapa pengawal keselamatan yang terbabit,siapa suspek yang ditahan dan disoal siasat dan siapa pegawai polis yang menyatakn tidak boleh mengambil apa2 tiondakan kerna tiada suspek. Kita mengalami saat2 sukar di UMP kerna isu kelematan siswi amat merucing dan pastinya ia amat membimbangkan kita semua.

4.Pada hemat TTT,sudah sampai masanya sistem keselamatan di UMP dikaji semula. Modus operandi,tata cara kerja Pengawal Keselamtan kita dinilai agar lebih efisyen dan sebagainya. Isu ini amat berat kerna ia  melibatkan maruah siswi kita.Jika tidak kita yang berjuang dan mempertahankan hak Mahasiswi kita, Siapa lagi yang hendak bertanggungjawab?

5.TTT menggesa agar Pihak Pegawai Keselamatan UMP,Pendaftar UMP,  PNC HEP UMP,Prof Yusserie dan hatta Naib Canselor,Ayahanda Profesor Dato' Daing dapat memberi perhatian serius mengenai isu keselamtan di Kolej Kediaman esp di Kolej Siswi.

6.Kita akan pastikan isu ini diuruskan dengan sebaiknya oleh pihak berwajib.Sekiranya hangat2 tahi ayam atau tiada tindakan susulan yang serius.Mahasiswa Peduli akan turun padang di UMP Gambang dan kita BERSUARA demi kebaikan dan keselamatan Mahasiswi kita!

Jangan sudah terhantuk,Baru terngadah....
TTT ialah Mahasiswa Peduli!

Tuesday, November 30, 2010

Kalau Berasa Diri Kurang Cerdik, Membacalah lebih sikit!

*Komentar berharga daripada Sdr Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub untuk bacaan mencerah minda....Air Untuk Rakyat!

AHAD 5 DISEMBER DI MASJID NEGARA




PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.


Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.


Caranya bagini:


Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli sham.


Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini


Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.


Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.


Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.


Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.


Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?


Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.


Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.


Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?


Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!


Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !


Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.


Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.


Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.


Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?


Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.


Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit ‘tenggelam lesap’ entah kemana.


Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.


Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.


Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.


Justru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.


Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.
( TT )

Saturday, November 13, 2010

Khusus Buat semua Anak muda,Mahasiswa yang bercouple~

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan


Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).
Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)


2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. 


6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini

Sekian, Wallahu'alam.


Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
15 Disember 2006

Thursday, November 4, 2010

Mudahan The Think Tanker akan Terus Kekal Relevan...

 Ingat,Mahasiswa UMP,Mahasiswa Peduli!-TTT

1. Tarikh 4 November 2010 merupakan hari mengundi Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi.Pastinya kedua dua PRK ini tiada kena mengena dengan TTT dan mahasiswa tahun akhir khususnya Fakulti Mekanikal.Ini  kerana kami semua kesuntukan masa menyiapkan Draf pertama Thesis penuh Projek Sarjana Muda kami. Dateline ialah pada 4 November 2010 jua. Pastinya kelihatan seluruh anak muda berjuang berhabisan di hadapan laptop masing-masing memperkemas, finalize, analyze the final result dan sebagainya.Alhamdulillah, TTT berharap agar pemeriksa dan penyelia PSM kami semua dapat memberikan komitmen 100% membetulkan Draft pertama kami dan sebagainya. Pastinya tekanan jua buat pensyarah. Apa pun,ia sudah selesai. Dalam seminggu dua ini,TTT dan teman-teman hanya melakukan rutin sebagai mahasiswa biasa. Tiada yang menarik untuk diperkatakan. Cuma ada beberapa usikan daripada teman-teman TTT bahawa selepas ini bila mana sudah bergraduan,pastinya blog TTT akan pudar Idealisme. Sejauh mana kebenarannya,TTT juga tiada jawapan...

2.Kesempatan waktu sebagai pemerhati di laman sesawang dan internet ini banyak memberi pengajaran kepada jiwa anak muda apatah lagi sebagai seorang mahasiswa. TTT tidak terlalu bimbang dengan kebarangkalian blog TTT akan pudar dengan sambutan dan tulisan yang menghambat perkembangan Politik kampus dan sebagainya.Walhal,selama ini pun,kita menulis dan menggerakkan usaha kesedaran tanpa habuan daripada mana-mana pun. Semuanya datang daripada kesedaran dan wibawa sebagai seorang pejuang mahasiswa. Apa yang lebih membimbangkan TTT ialah Mahasiswa masa hadapan@generasi Mahasiswa Peduli akan menjadi bisu,pekak,buta walhal mereka tidak sedemikian sifatnya. TTT lebih bimbang andai Mahasiswa tidak bisa menentukan di mana kepentingan menjuarai isu kebajikan dengan populariti semata. TTT lebih bimbang akan kemerosoton prestasi kepimpinan Maahsiswa yang kelihatan lesu akibat dek disibukkan dengan pelajaran semata sehinggat isu kebajikan tidak terbela sebaiknya, tekanan dan hambatan Sang Pennguasa yang mabuk kuasa dan suka melayan Mahasiswa dengan kebudak budakan. TTT lebih bimbang sehingga kini gejala sosial dan mutu disiplin Mahasiswa kita amat rendah.Baik dari sudut  pakaian kuliah,pergaulan bebas,penguatkluasaan undang-undang yang amat lemah.Ini semua menyumbang kepada meningkatnya gejala yang tidak baik dan  Mahasiswa akan di khayalkan dengan perkara enteng sedangkan terlalu banyak perkara yang perlu kita pelajari di Universiti ini. Kita semua bertanggungjawab akan setiap perkara yang berlaku dan TTT bukan sekadar beretorik kosong tetapi kita ada matlamat yang jelas untuk menjadi modal insan bermutu tinggi,kita memerlukan anjakan yang lebih jauh dalam setiap aspek kehidupan di Universiti.

3. Pandangan TTT konsisten.Kita mahu Mahasiswa diberi penghakupayaan yang lebih luas atas dasar prinsip Mahasiswa berhak melakukan lebih daripada sekadar pemerhati,pemenuh kerusi program-program universiti,hanya mejadi tempelan dan menggunakan tenaga muda untuk kerja yang 'mat bangla' pun boleh lakukan. Bila bercakap soal menghak upaya Maahasiswa,kita perlu jelas dan bersifat objektif. Suka TTT mengungkap antara kata-kata Dato' Saifuddin Abdullah bahawa kita mesti menyelesaikan masalah orang muda dengan cara orang muda bukannya bersifat cara lama semata. Cth: Pegawai-pegawai di setiap IPT perlu memberi peluang kepada barisan kepimpinan Mahasiswa terutama MPM berperanan lebih luas dalam menyelesaikan isu kebajikan,masalah mahasiswa dan kita perlu bertindak sebagai pemudah cara bukannya memberi 1,2 peraturan yang amat menjengkelkan. Ini bukan sekdar peranan HEP semata malah ia meliputi setiap jabatan dan Pusat Tanggungjawab agar sistem penyampaian lebih jelas dan efektif. TTT melontarkan kritikan selama ini berdasarkan pengalaman saya dan teman-teman dalam kepimpinan Mahasiswa. Kita jelas bahawa terlalu banyak isu dan birokrasi yang memerlukan kerja keras dan hati yang murni untuk berhadapan.

Ada Apa Dengan TTT selepas 4 Tahun di UMP?

1. Pastinya terlalu banyak perkara/pengalaman/isu dan sebagainya yang boleh TTT dan teman seperjuangan TTT kongsikan denagan teman-teman Mahasiswa. Apatah lagi dengan junior yang bakal melangkah denagn sepak terajang dunia Poltik Kampus dan sebagainya. Pokoknya, perjalan TTT dan teman2 masih panjang. Kita memerlukan masa yang lebih untuk memastikan Gagasan Mahasiswa UMP,Mahasisw Peduli terus kekal relevan. TTT tiada manfaat. Honestly, kita  berjuang selama ini dalam segenap aspek dan isu adalah kerna nama dan jenama Mahasiswa.Betapa TTT bersyukur dan menghargai jenama Mahasiswa ini. Mahasiswa ialah perkataan keramat untuk kita hayati dan kita selami. Kepimpinan Mahasiswa Peduli wajar pergi jauh setinggi langit agar kita bisa memayungi lautan manusia yang bakal kita dekati. Inilah medannya.Inilah masanya. Universiti ialah tempat terbaik seluruh Mahasiswa bereksperimentasi,melakuakan perobahan dan paling penting ialah tempat kita mengangkat martabat Mahasiswa.

2. TTT tidak lari daripada melakukan kesilapan.Apatah lagi,kita hany manusia biasa.  Pastinya,peluang berbaki kurang setahun ini sebagai Mahasiswa akan terus TTT gunakan dan garapkan sebaik mungkin. Nah,kita punya tenggungjawab besar kepada negara kita. Kepada agama kita.Kepada bangsa kita. Mahasiswa lah yang menjadi tonggak dan pemain utama kepada perobahan ini. Ayuh,teman-teman sekalian yang membaca sehingga sejauh ini, usah toleh kebelakang lagi.Tanamkan azam.Bulatkan tekad. Perkukuhkan langkah.Sematkan ilmu dan pengalaman. Mari kita berbakti ke medan masyarakat pula.  Kita berikan segenap kemampuan untuk mendidik,merasi sepak terajang dunia yang penuh dengan lautan dugaan. 

3.Terima kasih atas sokongan selama ini kepada TTT. Baik yang menggunakan artikel TTT sebagai subjek agenda mesyuarat di jabatan anda,yang memuji dan mengkritik apatah lagi mengherdik,yang hanya sekadar pemerhati senyap tetapi cukup setia, TTT amat hargai ini semua. TTT dan teman-teman bertekad kita akan maju selangkah demi selangkah. Membawa obor-obor dan jenama UMP denagn Nilai Terasnya. Kita ialah penggerak,pemain utama dan paling penting ialah kita Mahasiswa UMP,Mahasisw Peduli!


TTT nukilkan beberapa komentar forumer yang menyokong,mengutuk dan sebagainya di UMP life forum untuk teladan kita semua:

From Nazkill~
haha..tak perasan ada thread nih.. ..tq cicok menaikkan balik topic ni..hehe

Wahai suffi ku...hahaha..(ku) digunakan adalah sebab anda adalah DYP n MPP..so bagi aku, anda juga adalah milik setiap student UMP selagi memegang jawatan tu..haha..boleh yer~ ^ ^

Sebenarnya,sejak aku meletak jawatan2ku ketika aku berada di tahun 3, aku cuba untuk memencilkan diri dari aktiviti2 UMP..sengaja nak menjadi pasif setelah lebih kurang 2,3 tahun aku begitu sibuk dengan aktiviti UMP..pada masa ini,banyak perkembangan UMP tidak aku ketahui..haha

Namun,cubaan aku untuk memekakkan telinga dinafikan oleh gelombang perubahan yang dilakukan oleh MPP 08/09. Aku cuba untuk tidak mengambi kisah tentang isu2 UMP...namun aku terdengar tentang demonstrasi aman Air Mata Palestin..(aku terjoin sama plak tu..haha)..aku cuba lagi untuk buat2 xtahu, namun terdengar lagi demonstrasi aman di blok W.MPP bersama2 student mempertahankan hak2 student terhadap pendirian EAC. Banyak lagi isu2 lain seperti masalah KK4,masalah UMP Pekan,operasi pemantauan harga makanan di cafe UMP dan lain2 yang tak sempat aku fikir ketika ini.

Ketika gelombang2 ini seakan2 hampir reda, aku terkesima lagi. Pakcik Fajar Cafe di KK2 memberi tahu "Jangan lupa nanti tengok Siaran Langsung Suara Siswa di TV1.DYP kita Suffi masuk tv"....Apakah semua ini?! aku gagal memekakkan telinga atau daya pendengaran aku bertambah kuat?? ..haha..sekali lagi aku gagal menghalang gelombang perubahan tersebut dari menggangu hidup pasifku. Perkataan Mahasiswa UMP,Mahasiswa Peduli seakan2 sentiasa berlegar2 dipemikiranku ketika berada di UMP.

Kini gelombang tersebut benar2 akan tamat setelah bermulanya peralihan tampuk MPP 08/09 pada 28 Jan ini. Kita sebagai mahasiswa sepatutnya berasa bangga dengan usaha2 MPP memperdengarkan masalah mahasiswa sendiri. Tindakan2 tersebut secara jelas menunjukkan kita mahasiswa mempunyai hak di UMP dan bukan hanya sebagai 'pak turut'. Kenyataan atau tindakan yang dibuat oleh staff2 UMP menunjukkan mereka terasa akan kewujudan hak2 mahasiswa di UMP (sebagai contoh isu Yuran LI..kenyataan yang dikeluarkan 2 orang staff..lihat blog suffi)..

Sama ada betul atau tidak tindakan MPP, pentadbiran UMP mula memandang serius luahan masalah mahasiswa2. Kalau boleh,biarlah sampai terkeluar perkataan.."haishh..tengok,MPP dah buat hal lagi.." dari mulut mereka. "That's the phenomenon dude!!"

Sekarang ni aku risau..adakah MPP 09/10 akan meneruskan gelombang2 perubahan di UMP selepas ini? seperti yang aku katakan di topic lain sebelum ni, para pengkritik dan penyokong pasti akan merindui MPP 08/09..Tapi jangan lupa kata-kata "Belum cuba,belum tahu"..Gud lark kepada yang berjaya terpilih!..


p/s:InsyaAllah aku akan datang di pemilihan nanti..merasai pemilihan di Dewan besar..tentu nervous..^ ^..

*sorry Suffi aku post dalam bahasa Melayu..takut Englishku akan menjejaskan kefahaman ayat2ku ini..huhu..


 Ini pula pandangan daripada seorang warga UMP mengenai Rapat Umum Pertama yang TTT dan teman2 seperjuanagn laksanakan iaitu mengenai isu kafeteria KK1:


fROM ALIEN53:
 
tidakkah anda semua berfikir bahawa perbuatan MPP pada pagi td dgn megadakan rapat umum agak melampau????? memanglah nak tunjuk kt pelajar2 bhw kafe perlu perubahan, tapi adakah mereka fikir tentang perasaan pihak kafe. Degan pelbagai pihak menghemtam pihak kafe bertubi2, tanpa memberi peluang pihak kafe mempertahankan diri mereka. Dimakah keadilan?? apa yang mereka fikir mereka dapat dgn buat mcn ni??? x boleh ke mereka mengandakan perbincangan secara rasmi dgn pihak kafe dan mencapai persetujuan kedua2 belah pihak.. buat la secara sistematik dan bernas dimana dua2 pihak dapat manfaat. kate mahasiswa bejaya. x kan itu pun x boleh pikir. memalukan betul. saya mendengar fakta bahawa pihak kafe sendiri telah bersetuju utk menurunkan harga cuma menunggu tarikh pelaksanaan. so perlu ke buat camni??? x bole ke berbincang. saya tgk muka abang2 dan akak2 kafe sedih je mase rapat umum td.. weh. diorang pun nak cari makan jugak.... Sama la mcn buat rapat umum utk palestin.. ape yang pikir diorang dapat buat. memekak sana sini macamla perang akan tamat mcm tu je. walhal ramai jugak orang yang terkorban. buang mase je. .ajak semua orang buat solat hajat tiap2 hari lagi baik. kutip derma satu malaysia ke. sekarang x pulak mereka nak buat aktiviti bantu orang2 palestin sedangkan mereka masih lagi sengsara.. tujuan dah baik namun caranya x berapa betul. Nampaknya MPP tidak berfikir degan bijak. Lu pikir la sendiri

Klik utk membaca lebih banyak komentar hangat di UMP life~

http://www.umplife.com/ump-news-f28/majlis-perwakilan-pelajar-universiti-malaysia-pahang-t871-0.htm

Wednesday, October 20, 2010

Kemanakah Hala Tuju UMP & Nilai Teras yg semakin Dipinggirkan!




1. Usia TTT di UMP(Dahulu dikenali sebagai KUKTEM) hampir mencecah 4 Tahun. Bermula sebagai Mahasiswa Tahun 1 sehingga kini,UMP masih memerlukan ruang perobahan yang sesuai dengan Nilai Teras UMP yang pada hemat TTT semakin hari semakin tenggelam dek zaman. Kita tidak pasti dimana kesilapannya? Adakah berpunca bertukarnya Naib Canselor maka berubahlah Polisi dan kesungguhannya? Atau sikap segelintir Sang Penguasa yang lelah dengan Nilai Teras UMP yang begitu retorikal dan tidak bersesuaian dengan realiti budaya kerja UMP itu sendiri? TTT tiada jawapan,maka apa yang labih bermakna bagi TTT ialah kita perlu kembali kepada fokus sebenar kewujudan UMP itu sendiri dan 'bring back the soul of University' ke dalam warga Kampus. Kembalilah kepada penghayatan Nilai Teras UMP itu sendiri!

2. Apakah ia Nilai Teras UMP dan Kenapakah Ia amat penting sekali bagi setiap warga UMP?

TTT tegas  mengingatkan kepada Naib Canselor, seluruh Pengurusan Tertinggi Universiti,pegawai-pegawainya dan seluruh Teman2 Mahasiswa bahawa kita tidak boleh berganjak sedikit pun dengan hala tuju dan Nilai Teras UMP ini. Kewajaran ini mestilah diterjemahkan melalui komitmen Pentadbir UMP terutamanya iaitu sebagai punca kuasa untuk melakukan program-program yang benar-benar bermanfaat kepada pembentukan modal insan dan kebaikan kepada UMP itu sendiri. TTT amat kecewa dengan prestasi beberapa siri program UMP yang dikelolakan sama ada di peringkat Pejabat Naib Canselor atau mana-mana jabatan yang kadangkala amat dangkal sekali untuk dibawa ke dalam tempat bernama UMP ini. Cth:

i. Berlambaknya siri-siri hiburan/nyanyian/karoeke di setiap acara makan malam/Dinner Konvokesyen amat merisaukan jiwa TTT. Sebaiknya,usahlah Pentadbir UMP memperlihatkan perilaku terdesaknya untuk mengampu 'sesetengah' pihak seperti Ahli Politik dengan menggadaikan tempat mulia ini dengan acara2 murahan. Sudah lah begitu,Majlis-majlis Ilmu dipinggirkan,Program-program memupuk budaya intelektual semakin pupus di Bumi UMP terchenta ini. Pandnagn TTT tegas,andai ia tidak bermanfaat dan tidak selari dengan Nilai Teras UMP maka hormatilah walau siapa pun anda! Ini UMP dan punyai Nilai Teras yang wajar dipatuhi tidka kira siapa pun anda!

3. TTT sempat berbicara dengan beberapa tokoh pengurusan UMP yang menyatakan suasana kini di UMP amat berlainan dengan suasana ketika KUKTEM mula ditubuhkan. Sebagai contoh,Isu bacaan Ayat Al Quran sebelum bermula nya Konvokesyen dihapuskan sama sekali. TTT ingin mempersoalkan Pengurusan UMP kini,mengapakah ia ditiadakan?Atas faktor apa bacaan Al-Quran ini dihapuskan walhal KovokesyenHubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta. Sebelum2 ini tiada masalah. Adakah bacaan Al Quran akan menghilangkan status kita sebagai Universiti Berfokus? Bukankah bacaan Al Quran amat mendekati Prinsip Nilai Teras UMP yang pertama iaitu Hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta.

4. Budaya kerja para staff dan Pegawai UMP amat menduka citakan.Seingat TTT, kita mempunyai Pelan Transformasi yang digagaskan oleh Dato' Naib Canselor kita dengan harapan dapat menigkatkan mutu kerja dan sistem penyampaian dan perkhidmatan di UMP ini.Malangnya, kita dapat lihat secara jelas karenah birokrasi sekali lagi mematikan usaha murni UMP. TTT mendapat meklumat sebagai contoh Pegawai di JHEPA selalu tiada,staff keluar makan sesuka hati dan budaya kerja yang sangat lambat.Tidaklah TTT katakan semuanya tetapi hakikatnya bila kita melihat kembali suasana di Gambang amat ketara sekali. Ada yang breakfast sehingga jam 9.30pagi( ini kes staff bukan lecture),menghisap rokok secara terbuka,keluar office sehingga balik lewat.Terjejasnya ialah urusan orang lain seperti Mahasiswa itu sendiri.  Persoalannya, dimanakah amanah dan disipilin penjawat awam UMP? Adakah stigma 'kerja kerajaan biasalah bro' ini benar dan tepat sekali? Nah, suka atau tidak,inilah hakikat sebenar. Inilah kegagalan pemantauan oleh Pihak Naib Canselor dalam memastikan mutu penyampaian dan perkihidmatan di UMP berada dalam keadaan terbaik. 

5. Berbalik persoalan kita,kemanakah UMP mahu membawa diiri ke era menjadi Universiti Teknikal berteraskan kompentensi bertaraf dunia walhal kepincangan baik di sistem penyampaian dan mutu akdemik UMP tidak terjaga sepenuhnya. Kita tidak memanfaatkan program Softskills sebagai contoh untuk melonjakkan Mutu Mahasiswa kita. TTT sendiri berbicara dengan bekas koordinator Softskills iaitu Puan Haslinda(dulu lebih sinonim dengan Miss Has),beliau berkata dahulu peruntukkan untuk Program Softskills sangat banyak sehinnga banyak keperluan dari sudut modul dapat dilaksanakan untuk kebaikan Mahasiswa.Kini,Program Soft Skills hanya indah khabar dari rupa. Ia bersifat public lecture semata sehinga ada yang berasakan Speaker yang dijemput oleh pengurusan Sftskills hanya membaca slaid dan beromong kosong di hadapan tanpa mempedulikan respon Mahasiswa.( Yang outstanding hanya Puan Haslinda dan En Podzi). Dimanakah peruntukkan besar sebelum ini? Adakah Pihak Pentadbir UMP terutama Naib Canselor cuba menghadkan potensi Soft Skills sebagai nadi utama kepada pembentukan Modal Insan Mahasiswa UMP???

6.TTT dan teman seperjunagan berasa kepincangan ini harus diberi perhatian serius terutamanya Sang Penguasa dan pemimpin Maahsiswa. Isu yang menyentuh prestasi akademik,pembangunan pensyarah dan Maahsiswa,program-program diskusi dan Wacana Ilmu dan hak-hak Maahsiswa amat sedikit sekali disentuh.Yang banyak hanyalah program besar/majlis keraian yang menampakkan kita sedang MENGAMPU,menunjukkan kedangkalan kita sebagai Gedung Ilmu, Institusi Ilmu dan sebagainya.Suka atau tidak,terimalah hakikat bahawa Mahasiswa kita bukan seperti Mahassiwa yang diungkapkan oleh Profesor Abu Bakar dalam bukunya Mahasiswa Menggugat. Peranan dan pembangunan Maahssiwa menjadi teras kepada pembangunana negara akan terbantut sama sekali andai budaya di universiti tidak diubah baik di peringkat tertinggi sehingglah ke bawah.Renungkanlah dan Berubahlah~

7.Kita hidupkan kembali Nilai teras UMP dan perhebatkan Wacana untuk memperhalusi pelaksanaannya di Bumi UMP terchenta ini. UMP milik kita semua! Salam perjuangan daripada TTT.

TTT Mahasiswa Peduli
Khamis 21 Oktober 2010
Kolej Kediaman Ke-5
Universiti Malaysia Pahang Darul Pekan.

Thursday, October 14, 2010

Muslimah Terpuji: Aurat ialah Tuntutan, Usah terpedaya dgn Kecantikan

1.Dari Atha Bin Abi Rabah,ia berkata padaku, " Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?" Aku menjawab ,"Ya". Dia berkta. "Wanita hitam itulah byang datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata, " aku menderita penyakit epilepsi dan auratku tersingkap saat penyakitku mula menyerang.Doakanlah untukku agar Allah menyembuhkannya."

Nabi s.a.w bersabda," Jika engkau mahu,engkau mahu,engkau bersabar dan bagimu syurga,dan jika engkau mahu ,aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkannya."

Wanita itu menjawab,"Aku pilih bersabar." Lalu dia berkata lagi ,"Tatkala penyakit ini menimpaku,auratku terbuka,doakanlah agar aurat ku tidak tersingkap." Maka Nabi pon mendoakannya." ( Riwayat Bukhari & Muslim)


2.Kalau kisah ini kita bawa ke zaman moden kini,Rasulullah SAW berjumpa dengan muslimah/anak gadis remaja /Mahasiswi kita ini dan berpesan," Sesungguhnya pakaian yang labuh,tudung yang meliputi dirimu dan tidak berlebih lebihan dalam wangian serta make up adalah lebih baik bagi mu wahai wanita",agak agaknya apalah respon wanita moden kini. Bolehkan Rasulullah saw melihat keadaan fashion dan trend muslimah kita yang begitu membarah? Kegilaan kepada make up dan kecantikan sehingga syariat diabaikan? Ya Allah,lemahnya diriku kerna sebagai Pemuda Pewaris agama daku tidak berdaya berbuat apa sekalipun.
 

3.TTT bukanlah Ulama atau Ustaz apatah lagi Wali besar,cuma sekadar Pemuda Islam yang sangat bimbang dan risau kepada trend Muslimah kini yang begitu tersasar dengan syariat Islam. Di UMP sebagai contoh,Maahsiswi terutama nya berpakaian sangat mencolok mata sehingga menjadi mata sasaran kenakalan muda mudi kita.Bertudung tapi dada terdedah. Bertudung tapi tak cukup menutup sebahagian badan. Berseluar ketat sehingga menjadi perhatian segenap alam. Isu alat makeup,lihat cara Maahsiswi berpakaian semasa Majlis Gala Night Dinner sebagai contoh,Malam Graduasi dans ebagainya.Ya Allah,pening TTT dibuatnya.Semoga kita semua kembali kepada syariat dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala galanya. Bermula dengan kesedaran,nescaya Kita bisa berubah...

Thursday, October 7, 2010

Kenyataan Media Untuk Edaran


Kenyataan Media  Untuk Edaran

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahasiswa Peduli


Rapat Umum Suara Mahasiswa ini diadakan bagi membolehkan  kami sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana “Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah kita sudah bersedia?”  menyatakan pendirian tegas bahawa kami tidak bersetuju dan membantah sekeras kerasnya  tindakan  Pihak  Pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(JHEPA) yang telah menafikan hak kami untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar,isu semasa dan menyentuh perihal Politik dan demokrasi. Lebih malang lagi, ia berlaku di dalam sebuah Institusi  Ilmu yang sewajarnya bersifat terbuka,relevan kepada isu semasa dan menyentuh Hak Mahasiswa.



Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa  Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik berpendirian demokrasi dan keterbukaan Universiti Malaysia Pahang terhadap isu yang menyentuh politik,demokrasi hanyalah retorik semata. Saya melihat tindakan Pihak Naib Canselor,Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Bin Ibrahim  yang tidak bersetuju dengan tajuk Mahasiswa Berpolitik membuktikan UMP hilang wibawa untuk membahaskan secara terbuka isu yang amat penting ini kepada survival  generasi muda.Bayangkan,Mahasiswa  IPT yang punya kesedaran ditekan  sewenang-wenang seandainya ingin mengadakan Wacana Ilmu  yang menyentuh Politik dan demokrasi. Saya juga ingin menegaskan bahawa tindakan JHEPA  yang tidak bersetuju dengan jemputan barisan panelis Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik  terdiri daripada Ketua Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi amat mendukacitakan. Panelis lain yang berada dalam senarai jemputan ialah Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia),Dr Sarjit S.Gill (Pensyarah UPM) dan Sdr Idris(Presiden GAMIS). Walaupun pindaan AUKU 2009 telah dilaksanakan,saya masih menganggap AUKU tetap menjadi senjata ampuh  sebagai penghalang kepada demokrasi yang subur di  Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.


Justeru, sebagai Mahasiswa Tahun Akhir UMP yang punya kesedaran,saya menyeru teman-teman Mahasiswa di seluruh Malaysia agar tidak sesekali tunduk kepada beberapa siri penindasan hak untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar,isu semasa dan menyentuh Hak Mahasiswa. Saya menggesa Menteri Pengajian Tinggi,Datuk  Seri Khaled Nordin  dan Naib Canselor UMP,Profesor Dato’ Dr Daing Nasir agar bersikap lebih adil kepada program Wacana Ilmu  yang melibatkan Politik dan demokrasi. Kesedaran anak muda terutamanya golongan Mahasiswa di IPT terhadap isu semasa,politik dan demokrasi akan terbantut andai budaya ilmu tidak diraikan.

Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli

Mohamad Suffi Bin Kamari
Pengarah Program “Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah Kita Sudah Bersedia?”
Khamis, 7 Oktober 2010
Kafeteria Kolej Kediaman 1

Tuesday, October 5, 2010

Rapat Umum Suara Mahasiswa: Dimanakah HAK Kami?

1. Saya dan beberapa teman2 penaja Jawatankuasa Pelaksana  Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah kita sudah bersedia? berasa tersinggung dengan modus operandi Pihak Pengurusan Universiti Malaysia Pahang terutamanya Pihak Hal Ehwal Pelajar( JHEPA) UMP yang terus menerus melakukan pembantaian demokrasi dan Hak kepada Mahasiswa melaksanakan Wacana Ilmiah dengan tajuk2 yang bebas,kontemporari,isu semasa dan menyentuh secara langsung Hak Mahasiswa.

2. Saya Mohamad Suffi Bin Kamari,berumur 22 Tahun warganegara Malaysia yang telah cukup umur dan sah sebagai pengundi bagi Pilihanraya Umum ke-13 menyatakan bahawa sebagai Mahasiswa UMP Tahun Akhir,saya melihat hegemoni JHEPA dan Pihak Pentadbiran UMP amat mengecewakan kami. Niat murni saya dan teman seperjuangan untuk mengadakan satu Forum Wacana Ilmu berkisarkan Poltitik & Demokrasi dengan jemputan wakil panelis daripada Pihak Kerajaan,Parti Pembangkang dan Akademik serta NGO terus dinafikan oleh Pihak JHEPA UMP. Isu ini amat mendukacitakan saya secara peribadi kerana Pihak JHEPA secara terang terangan menolak hasrat Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau terbuka seandainya Isu Mahasiswa berpolitik ini dibincangkan lebih lanjut. Ini belum lagi mengambil kira kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,Dato' Saifuddin Abdullah yang begitu bersungguh sungguh meletakkan Hak Mahasiswa kembali ke tempat asalnya.Persoalannya,Kami dan teman2 AJK Pelaksanan ahanya ingin mengadakan Wacana Ilmu yang segar,bersifat semasa dan dekat dengan isu Mahasiswa dan anak muda.Tapi sekali lagi saya nyatakan,Hak kami dinafikan.

3.Rentetan kronologi dan permainan Pihak Pentadbiran UMP terutamanya Pihak JHEPA mengenai isu membenarkan panelis jemputan kami yang asal iaitu daripada UMNO,Dato' Saifuddin Abdullah, Wakil Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Ustaz Nasrudin Hassan Al Tantawi,wakil Akademik,Dr Sarjit Singh dan wakil NGO,Presiden GAMIS,Sdr Idris ditolak mentah mentah atas pelbagai alasan TIDAK munasabah.Apatah lagi Universiti Malaysia Pahang merupakan Institusi Ilmu terulung di Negeri Pahang dinafikan Hak Mahasiswa nya untuk mengadakan Wacana ini. Saya hairan lagi bingung bagaimana seorang Professor di Universiti Awam yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia( Duit Rakyat n duit cukai) masih lagi bercakap dan mengingatkan saya soal menjaga kepentingan melayu,Hak Melayu dan tanggungjawab kita memastikan Melayu terus verada di Universiti Awam.Masalahnya,Isu dan tajuk Wacana ini TIADA kena mengena denagn Melayu n etc.Kami mahu mengadakan satu Wacana Ilmu yang bebas,segar dan mendekati isu Mahasiswa.Tiada kena mengena dengan Hak Melayu,menjaga kepentingan melayu dan etc.Ini sangat menghairankan saya. 

4.Untuk makluman pembaca blog The Think Tanker,saya sendiri dan beberapa orang teman seperjuangan telah hadir sendiri ke Universiti Malaya mengikuti satu Wacana Ilmu menngenai Penyubuiran Demokrasi yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang Parti Poltik daripada UMNO,PAS,PKR dan DAP duduk bersama sama berwacana mengenai Penyuburan Demokrasi di Malaysia.Nah,persoalannya, kenapa bila kami dan teman2 Maahsiswa yang punyai kesdaran dan ingin mengadakan Wacana Ilmu yang segar dinafikan semata-mata. Adakah ada perbezaan Universiti Malaysia Pahang dengan Universiti Malaya atau Universiti Islam Antarabangsa? Apakah bezanya Mahasiswa di UMP dengan Mahasiswa UIA & UM? 

5.Malah,kami di peringkat Ahli Jawatankuasa Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpoltik telah bermesyuarat pada 2 September 2010 dan bersetuju untuk mengubah Panelis asal dan mengikut selera Pihak JHEPA. Akhirnya,setelah beberapa kali perubahan dilakukan kerna pihak JHEPA tidak senang dengan objektif kamilah,panelis daripada Parti Pembangkang lah dan etc amat mendukacitakan.Seolah olah kami sebagai Jawatankuasa Pelaksana apatah lagi Mahasiswa tidak tahu berfikir,punyai kebijakan sendiri melaksanakan Program seperti ini.Alahai~

6.Rentetan pergelutan antara kami denagn Pihak JHEPA dan pengurusan tertinggi UMP memuncak apabila Pihak Pengurusan Tertinggi UMP tidak bersetuju denagn Tajuk Mahasiswa Berpoltik ini atas dasar tajuk ini sudah lapuk dan Pihak Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa tidak membenarkan Mahasiswa Berpoltik. Nah,satu lagi bentuk tindakan autokratik yang bertentangan denagn landas Instiusi Ilmu terulung di Pantai Timur.Saya menyatakan bahawa kita hanya mahu mengadakan satu Wacana Ilmu dan ingin menyedarkan Mahasiswa dan Orang Muda tentang Hak dan isu yang kadang kala Mahasiswa sendiri payah hendak fahami. Apatah lagi denagn Pilihanraya Umum yang akan berlansung setahun dua lagi,kami dengan niat murni ingin membangkitkan semangat bahawa kesedaran berpartisipasi dengan proses demokrasi masih lagi rendah. Masalah terbesar yang saya lihat di peringkat JHEPA dan Pengurusan Tertinggi UMP ialah betapa prejudisnya Isu Maahsiswa Berpoltik dan betapa saya dan teman seperjuangan yang cuba melaksanakan Wacana Ilmu ini seperti melakuakn dosa besar,jenayah dan sebagainya. 

7.Oleh yang demikian,kami ingin mempertahankan Priinsip kami bahawa Isu Mahasiswa Berpoltik dan juga Proses Demokrasi akan terus kekal relevan dan penting untuk dibahaskan. Saya ingin memaklumkan bahawa kami di peringkat Jawatankuasa Pelakasana telah membatalkan Wacana Ilmu ini kerna mempertahankan Prinsip dan mengutuk sekeras kerasnya percobaan pihak JHEPA dna pegawai pegawainya serta Pihak Pengurusan Trtinggi UMP yang dilihat begitu tidak terbuka,menyukarkan Jawatankuasa kami melaksanakan Wacan Ilmu ini. Oleh yang demikian, saya dan teman2 seperjuanagn akan mengadakan satu sesi Rapat Umum Suara Mahasiswa untuk menjelaskan perkara sebenar serta menyatakan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi UMP bahawa kita TIDAK berstuju denagan layanan kepada Mahasiswa UMP sendiri yang bertungkus lumus menjayakan Wacana Ilmu ini. Ingat,Wacana Ilmu Maahsiswa Berpiltik ini datang daripada Idealisma Mahasiswa sendiri,penggeraknya ialah Mahasiswa dan pelaksana nya ialah Mahasiswa. Namun Hak Mahasiswa terus dinafikan....

8.Berikut ialah makluman awal Rapat Umum Suara Mahasiswa: Dimanakah Hak kami?



Teman Mahasiswa yang berasa tersinggung dengan beberapa keputusan Pihak Pengurusan UMP & JHEPA terutamnya soal kelulusan program,soal kewangan, Isu Periuk Nasi kena kompaun,isu Baju KK2 kena beli, Jamuan Raya pun kena paksa bayar n sebagainya.Ayuh kita ramai2 turun ke Kafeteria Kolej Kediamana 1 Untruk menyatakan pendirian kita bahawa Mahasiswa TIDAK rela di perlakukan seperti BUDAK SEKOLAH RENDAH.....!

Monday, September 6, 2010

Bukan Dodol yang dimahukan sangat,Tetapi Silaturrahim Terjalin yang Berharga!


1. Ketika artikel ini ditulis,Umat Islam sedang mengikuti Ibadah Puasa hari ke 27. TTT yang baru pulang ke kampung halaman di Hulu Langat selama 2 hari( Sabtu,Ahad) amat bererti. Manakan tidak,kita berpeluang masak masakan tradisional melayu iaitu dodol. TTT akur bahawa tidak ramai anak muda Melayu-Islam berpeluang mempelajari masakan dodol apatah lagi mengetahui secara detail bahan utama dodol kerna budaya membeli dikalangan Rakyat Malaysia amat tinggi.Apa nak susah-susah,beli jer kalau mengidam! TTT mengikuti dengan penuh teliti proses menghasilkan dodol. Bawa mak ke kedai Pekan Batu 18 Hulu Langat untuk kisar kelapa dan perah santannya dengan tangan sendiri amat melelahkan.20 biji kelapa diperlukan dan santan sangat diperlukan sebagai bahan utaman selain tepung pulut,gula kabung dsb.

2.Itu kita bicara mengenai prosesnya,TTT cuma ingin berkongsi dan bertanya kenapa Orang Tua dahulu kala berhempas pulas menyediakan dodol dan ia merupakan proses yang memenatkan,panjang masanya. Terfikir TTT bahawa zaman sekarang kita beli jer,tak payah nak buat dodol ker,lemang ker,wajik ker n etc.Semua ni memenatkan.Bila TTT dan sekeluarga membuat sendiri dodol,baharulah TTT sedar betapa pentingnya dodol kepada strata masayrakat orang melayu. Bagi pandnagan TTT,bukan dodolnya yang dimahukan sangat tetapi muafakat dan silaturrahim yang terjalin semasa proses membuat dodol amat terserlah. TTT bergilir gilir dengan abang Ipar,pembantu kebun TTT(orang Indonesia,Mamuk Ramadan) untuk ber'gadoh' dengan dodol. Istilah orang Melaka mengacau dodol ialah ber'gadoh'.Kasar betul. Bukan tugasan mudah mengacau dodol apatah lagi bila sudah masuk ke ja terakhir.Dodol bertambah likat,kekuatan tangan amat memerlukan. Petua nak tahu dodol dah siap masak ialah bila diangkat dengan Pengacau dodol,maka mudah diputus dodol dan boleh digulung gulung. Nah,hampir sudah masuk ke jam terakhir,kita tidak boleh leka.Mengacau dodol mesti konsisten dan ada cara dan gayanya.Jika tidak,hanya penat tangan semata.

3.Kesempatan menghadapi 10 Malam terakhir ini kita lakukan sebanyak mungkin ibadah yang termampu.TTT berpesan kat mak yang buat kuih tak salah tapi jangan sampai lewatsolat dan tak solat terawikh.Biarlah solat 2 rakaat terawikh asalkan kita niat ikhlas nak ambil keberkatan 10 Malam terkahir Ramadan Kareem ini. Sememangnya budaya Ummat Melayu meyambut dan meraikan 'Idulfitri bagitu teruja. Kita dipenuhi dengan lemang,dodol,ketupat,rendang dan sebagainya sehingga terlalu sibuk untuk munajat kepada Allah. Tidak TTT berpendapat salah cuma tak kena tempatnya.Kemeriahan wajar dirai tetapi jangan ibadah dikurangi takut takut kita alpa.wallhualam.

4.Kesempatan waktu sampai di Bumi UMP Gambang tatkala semua Mahasisswa tempatan sudah pulang ke kampung halaman amat bermkna.Masjid UMP Gambang di penuhi oleh Keluarga Pelajar dan Pensyarah daripada negara Serumpun dan negara lain. TTT berasa kagum dengan semangat dan method Pak Endonessy yang membawa seluruh ahli keluarga mereka termasuk anak kecil iktikaf di Masjid dan bersahur bersama-sama. Inilah sunnah Rasuliullah yang perlu kita raikan. TTT berazam jika punyai keluarga,anak isteri pasti TTT bawa ke Rumah Allah dan kita iktikaf sama-sama.Bila jam 5pagi,Pak Endonessy iaitu Pak Anwar dan Dr Sugeng serta kumpulan pelajar antarabangsa yang lain makan sahur masakan mereka sendiri dengan talam bersama sama.Kebetulan TTT berada di Masjid turut sama dirai.Alhamdulillah,inilah keberkatan Ramadan Kareem. Tiada sengketa,tiada beda sama ada Malaysia,Indonesia,Iraq,Pakistan dan sebagainya,kita semua makan sahur berdama,iktikaf di Masjid bersama dan sama sama meraikan Malam terakhir Ramadan.

5.Marilah kita ambil pengajaran dalam setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita.Anak muda terutama Mahasiswa wajar ambil kesempatan 'Idulfitri agar kita ziarah menziarahi,kenal saudara mara,sepupu sepapat dan sebagainya,bertandanglah kerumah orang yang lebih tua dan bertanyakan khabar serta bergurau senda,inilah Nikmat bersaudara yang jika kita tidak ambil berkatnya,rugilah kita. Semoga perjalaan TTT dan kita semua di atas muka bumi Allah mendapat naungan-Nya.Wallhualam.

Selamat Hari Raya 'Idulfitri Maaf Zahir & Batin

TTT ialah Mahasiswa Peduli!

Thursday, August 26, 2010

Isu Mahasiswa Menyertai Parti Politik...Dari sudut Pandangan TTT

Salam Mahasiswa Peduli


Terpanggil TTT untuk memberi sedikit pencerahan mengenai Isu Mahasiswa Berpoltik.

1.Premis yang sebenarnya untuk kita memerlukan Pindaan Auku bagi Seksyen 15(1a) ialah Membenarkan Mahasiswa MENYERTAI Parti Politik. Ini dibawa sebagai suatu cadangan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Cdangan ini adalah sangat bertepatan dengan tuntutan Perlembagaan Malaysia iaitu pada Perkara 119 Secara jelas menyebut bahawa Tiap-tiap warganegara yang berumur 21 tahun pada rarikh kelayakan berhak mengundi di dalam Pilihanraya. Cadangan Maahsiswa dibenarkan menyertai Parti Poltik ialah kesinambungan tuntutan perlembagaan ini.


2. Cadangan Mahasiswa dibenarkan menyertai Parti Poltik merupakan cadangan yang cukup jelas untuk menyuburkan dan mematangkan DEMOKRASI dengan cara meningkatkan partisipasi dalam membuat keputusan. Mahasiswa wajar diberikan pendedahan sebenar dan pendidikan Poltik Arus Perdana bermula di usia muda lagi. Kenapakah ia dihalang semata mata hujjah dangkal bahawa Mahasiswa perlu fokus pada pelajaran dahulu(Lihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin).Ini semua meunujukkan betapa Pihak Kerajaan sangat takut dengan wibawa dan potensi Maahsiswa untuk menggugat Kerajaan sebagai Third Voice.


3.TTT beranggapan bahawa Mahasiswa wajar diberi kebebabsan memilih dan menyertai Parti Poltik. Ini ialah HAK yang dijamin Perlembagaan. Cuma,TTT masih berasakan bahawa Pemimpin Mahasiswa wajar bersikap Non-Partisan dan memperjuangakan Agenda Mahasiswa secara Universal. Ini merupakan tuntutan yang membolehkan Idealisem Mahasiswa tidak akan dipesongkan dengan kefahaman Poltik Kepartian. Contoh: Walaupun si A ialah Ahli Parti UMNO,sebagai Pemimpin Mahasiswa,si A wajar bersuara dan berjuang sebagai Pemimpin Mahasiswa dan Idealisme yang universal. Ini penting agar Idealisme Maahsiswa terus relevan dan mempunyai nilai tersendiri.



4. Sebagai Aktivis Maahsiswa dan Mantan Pimpinan MPP UMP,TTT berasakan kita mesti mengetahui bagaimana ingin meletakkan peranan masing masing. Perjuangan Mahasiswa akan tetap dikenang dan diterima seandainya kita berjuangan dengan Idealisme sendiri,tidak berjuang berdasarkan warna kulit semata dan berjiwa besar.Kepintaran adalah anugerah tetapi Berjiwa besar ialah Usaha yang berpanjangan.

5.Secara tuntas, cadangan Mahasiswa dibenarkan Menyertai Parti Poltik ialah langkah tepat untuk menyuburkan kembali semangat demokrasi yang matang kepada generasi Muda.Selain itu,Pemimpin Mahasiswa akan dapat menguasai isu nasional dan antarabangsa dengan lebih jitu dan tepat pandnagan sisinya apabila banyak bergaul dengan orang yang labih makan garamnya. Soal Mahasiswa akan menyertai UMNO,PAS atau BN,Pakatan Rakyat bukan isu yang utama,Isu utama ialah Sejauh mana Mahasiswa akan mengambil Partispasi secara serius di dalam Politik Arus Perdana dengan membawa elemen Poltik Baharu,Politik Ilmu,Poltik Segar dan menyahkan fahaman lama iaiatu Poltik Ampu,Poltik Ragu...

"Biar Berdebat tanpa Keputusan daripada Membuat Keputusan tanpa Berdebat"


The Think Tanker ialah Mahasiswa Peduli

Tuesday, August 17, 2010

Mahasiswa Peduli: Satu Penelitian Semula Buat Teman Pimpinan Mahasiswa

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera



Ramai teman Mahasiswa mengajukan dan mempersoalkan niat saya dan teman2 Kepimpinan MPP UMP 08/09 menggagaskan Gagasan Mahasiswa PEDULI. Tiada lah niat lain selain demi menyatu padukan kepimpinan Mahasiswa membawa Idealisme yang jelas tanpa ada kefahaman politik sempit sehingga mengabaikan kepentingan bersama.



Saya melihat bahawa Politik Kampus di Universiti Premier seperti UM,UIA,UPM,USM,UKM melalui zaman politik kampus yang cukup haru biru dan penuh dengan mehnah tribulasi sehingga Kepimpinan Mahasiswa terpaksa melaksanakan kempen Agenda Mahasiswa yang kadang kala tidak dapat diterima akal hanya kerna ingin mendapat undi simpati. Percanggahan dan persepesi pelbagai daripada Gerakan Pro Aspirasi yang kebiasaannya dirujuk sebagai Wakil Mahasiswa yang menghala pandangan secara menyokong kepada Pihak Kerajaan/Universiti/HEP secara amnya. Gerakan Mahasiswa yang bingkas berjuang kerna tidak berpuas hati dengan pelaksanaan AUKU dan penindasan Pihak Universiti terutama Pihak HEP menyebabkan Gabungan Mahasiswa atau lebih dikenali dengan Pro Mahasiswa diluncurkan dengan lebih berstrategi.Ditambah lagi dengan sokongan dan sambutan panas mcm pisang goreng oleh Pihak Media Massa memberi ruang publisiti seluas luasnya kepada Kepimpinan Mahasiswa baik di Pro A dan Pro M. Sedikit bingkasan pandangan peribadi The Think Tanker.



Namun begitu teman teman sekalian,sebagai sebuah Universiti Teknikal dengan perjuangan idealisme yang masih baru,saya dengan rendah diri menyatakan betapa UMP akan hanya merugikan diri seandainya kita terjerumus ke dalam fahaman politik partisan sebegini. Kepimpinan Mahasiswa UMP telah melakukan pelbagai transformasi perubahan dengan membawa suara suara Mahasiswa dengan kebih lantang dan jauh ke hadapan. Kepimpinan Mahasiswa UMP di peringkat MPP,Persatuan dan Kelab,Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman atau PEKA seharusnya terus melakukan perubahan atau Islah demi meremajakan Gerakan Kepimpinan Mahasiswa agar terus kekal relevan di hati sanubari Mahasiswa UMP.



Nah,seiringan dengan itu,atas dasar kesedaran dan kepedulian saya dan teman2 Kepimpinan Mahasiswa yang lain,Gagasan Mahasiswa PEDULI bimgkas menjadi idealisme yang cukup terkesan membawa kepada bersatunya Gerakan dan Suara Mahasiswa UMP. Apakah dia Mahasiswa PEDULI ini?





1.Mahasiswa PEDULI wajar bergerak dengan Idealisme yang jelas dan memperjuangkan perkara yang penting buatMahasiswa dan masyarakat sekeliling.Jangan sesekali terjerumus kedalam fahaman politik sempit kerna ia hanya merugikan Gerakan Mahasiswa sedangkan masa yang diperuntukkan sangat singkat nilainya.



2.Mahasiswa PEDULI harus jadi Mahasiswa pemberani dengan menjuarai isu kebajikan Mahasiswa dan menjadi pressure group paling efektif dalam masyarakat kampus. Hanya cara ini sahaja Kepimpinan Mahasiswa akan dapat belajar dan seterusnya menjadi pressure group kepada Politik Semasa dengan menyuarakan dan membela hak Mahasiswa dan Masyarakat secara umumnya. Jangan pentingkan diri dan hanya ingin meraih populariti kerna Kepimpinan seperti ini hanya akan memburukkan lagi persepsi Mahasiswa kita kepada Kepimpinan Mahasiswa.



3.Mahasiswa PEDULI wajar merasai kepayahan dan kejerihan kehidupan Mahasiswa di Kampus dan sebagainya.Jangan terlalu bermewah dan mengejar nama semata,sebaliknya terus jujur memperjuangan nasib dan membela Mahasiswa kita.Mahasiswa PEDULI mesti ada budaya kerja yang efektif,tidak berkira dari sudut mengorbankan wang ringgit,masa dan tenaga. Proses ini sangat penting demi menambah nilai dalam diri dan Sifat Kepimpinan Mahasiswa.



4.Mahasiswa PEDULI seharusnya berbudaya dengan budaya yang baik dan mempunyai jati diri yang kuat.Santun dalam tutur bicara dan berhikmah dalam segala tindakan. Kalau keras dalam tindakan mesti ada susulan kelembutan dalam bicara.Kdangkala tidak dinafikan,sentimen kemudaan mencabar kita melakukan sesuatu di luar duga. Inilah ruang dan peluang untuk kita bertindak sedikit keras etapi niat yang baik dan untuk memberi kesan yang segera dan jelas. Apapun tindakan Mahasiswa PEDULI,mesti ada rencana kesan dan cara mengendurkan kembali.Mesti bertanggungjawab dan menggunakan kebijakan meramal kesan masa hadapan.



5.Mahasiswa PEDULI jangan sesekali berputus asa dan terus meneruslah berjuang.Kehidupan di dunia ini maknanya ialah terus berjuang sehingga ke liang lahad. Kita tidak lihat Nabi Muhammad SAW berehat sepanjang hidup baginda.Sehingga ke akhir usia,Idealisme Rasulullah SAW iaitu menyayangi Ummah sangat terharu dan memberi 1001 keinsafan buat pengikutnya. Apakah kita boleh hidup senang sdengan bebanan dan amanah yang Tuhan telah berikan? Malu pada Rasulullah dan malu pada diri sendiri andai Kepimpinan Mahasiswa tidak berasa bebanan yang dipikul untuk merubah masyarakat kepada yang lebih baik.Pokoknya,Mahasiswa PEDULI mesti ada idealisme perjuangan yang jelas dan bukan semata hanya menjadi pengikut kepada fahaman politik sempit .



Justeru,Marilah kita murnikan kembali.Jangan biarkan sentimen kemudaan Mahasiswa kita luntur dek kerana diri kita sendiri.Mantapkan ukwwah dan eratkan tali silaturrahim sesama Mahasiswa tanpa mengira warna kilit, fahaman agama,bahasa dan sebagainya.Selagi kita bergelar Mahasiswa PEDULI,kita akan terus berbakti tanpa mengira soal lumayan pulanngannya.Bersatulah wahai teman Mahasiswa ku sekalian,andai esok tiada lagi,pasti kita akan menyesali kerna tiada melakukan apa apa perobahan kepada Generasi Muda Malaysia kini.Mulakan dengan diri sendiri dan teman rapat,sebarkan dan fahamkan bahawa kita Mahasiswa PEDULI!!!



Saya Mahasiswa PEDULI...Anda bagaimana??



The Think Tanker
Isnin 25hb Januari 2010
10.15 pagi di Kolej Kediaman 1

P/S: TTT ambil tulisan kembali yang ditulis sewaktu TTT masih di dalam MPP dahulu untuk renungan bersama.Tidak mengubah sedikit pon semangat asal Idealisma kita.Mahasiswa Peduli dan Siapakah Kita?Renung renungkan lah...