Wednesday, May 22, 2013

Undangan Ke Majlis Perkahwinan Suffi & Izyan

Jemput hadir.Majlis 2 June 2013 di Dusun Silaturrahim,Hulu Langat,Batu 19 1/2 bersebelahan dengan Nur Lembah Pangsun Eco Resort. Peta ke lokasi adalah seperti berikut:



InsyaAllah kehadirsan teman2x akan memberkati majlis. Terima kasih.

Ikhlas,

Suffi Kamari                                                                                                                            

Friday, January 11, 2013

#KL112 Himpunan Kebangkitan Rakyat Demi Rakyat

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Adalah Untuk Rakyat Demi Rakyat



1.Ini posting pertama TTT ditahun 2013 tahun Pilihan Raya Umum ke 13(PRU13) yang tidak dapat tidak istilahnya 'terpaksa' Datuk Sri Najib Tun Razak membawa usul ke Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen seterusnya di dalam masa 60 hari ruang kepada Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) melaksanakan Pilihanraya secara mandatori tanpa bertangguh lagi.

2.HKR kali ini di tahun 2013 ialah manifestasi kepada tuntutan Bersih,Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang ketiga tiganya dianggap amat membekas dan memberi lonjakan kesedaran kepada rakyat terhadap isu isu nasional dan setempat. Bahkan dengan keadaan Lembah Klang sekitar kawasan Pandan, Taman Dagang,Ampang yang ketiadaan bekalan air disebabkan Rumah Pam Air Wangsa Maju yang rosak dan tidak dibaiki atau diselenggara oleh Pihak Syabas pasti menambah garam di luka sedia ada.

3. TTT telah hadir Demo Air Selangor di Masjid Negara,Bersih 2.0 dan terakhir di Bersih 3.0 yang mencatatkan 1001 asam garam dalam kehidupan para demonstrator aman yang terdiri daripda seluruh lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Kepada yang masih terlupa kepada tuntutan Bersih 3.0 Duduk dan Bantah Mari kita 'refresh' dibawah:

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)- BANYAK KELEMAHAN
2. Reformasikan Undi Pos-PERLU DIBAIKI
3. Gunakan Dakwat Kekal-TIADA GUNA LAKSANA SEKIRANYA DAFTAR PEMILIH TAK SELESAI
4. Akses Media Yang Bebas & Adil-BELUM DILAKSANA
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam-BELUM DILAKSANA
7. Hentikan Rasuah- BELUM DILAKSANA
8. Hentikan Politik Kotor-BELUM DILAKSANA & NO POLITICAL WILL


4.Banyak isu utama mengenai perjalanan sistem pilihanraya yang perlu ditransform,reformasi n etc dan 8 tuntutan ini adalah tuntutan yang sangat relevan.Bahkan orang awam yang tiada Ijazah Sarjana  Muda & Diploma juga bisa memahami senario Malaysia yang mengamalkan kempen  dan penggunaan media sebagai contoh yang keterlaluan jelik dan bias.

5.Apa yang dijuzukkan oleh Pembesar Negara,Sang Penguasa dan media aparat ialah

i) Datuk Ambiga ini Hindu,sokong LGBT dan beliau ini India

ii)Kalau SPR tak adil kenapa Pembangkang boleh menang 5 Negeri

iii)Isu isu remeh dan sampingan yang menjelikkan,keganasan demonstrator n etc walhala kami yang hadir tahu segenap cerita sebenar dan bahkan Bersih 2.0 OKT semuanya tidak bersalah dan dilepaskam oleh Mahkamah. Tidakkah kita semua belajar tentang ketidak adilan terhadap isu pokok.

6.Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung dalam beberapa jam daripada sekarang akan menunjukkan petanda aras manifestasi sokongan rakyat kepada perhimpunan ini. Sama ada ia sukses,raksanan,1 Juta atau apa sahaja hasilnya,maka yang menentukannya pastilah kita semua yang bergelar rakyat marhaen di bumi bertuah Malaysia.

Kenapa Perlu Hadir dan Beri Sokongan?

7.Ada beberapa tuntutan utama dan asas seperti golongan Kunung NGO Bersih dengan tuntutan 8 untunk Pilihanraya Umum ke 13, Golongan Hijau dengan NGO Anti-Lynas,Golongan Merah NGO 'R' daripada Kelantan dengan tuntutan Royalti Minyak sekian lama di bumi Serambi Mekah dan juga Golongan Oren NGO Anak pimpinan Mazlan Aliman untuk nasib warga Felda. Bahkan 4 yang asas ini hanya sebahagian semata. Kesedaran berpolitik dan menuntut hak sekian lama diperjuangan oleh Mahasiswa dan anak muda dengan pelbagai isu yang rencam seperti Hapuskan AUKU, Mansuhkan PTPTN dan buka ruang lebih segar dan luas kepada IPT wajar difkirkan amat sesuai sekali untuk digandingkan bersama Himpunan Kebangkitan Rakyat.

8. Selebihnya,perlbagai tuntutan secara kolektif dan berbentuk persepsi kukuh dikalangan rakyat seperti kenaikkan harga minyak selepas PRU13 dan mandat 2/3 oleh Kerajaan Barisan Nasional, Cukai 6% daripada syarikat Telco, Kenaikan harga gula, Saman AES yang masih panas,Isu Air Syabas di Lembah Klang, masih belum terlupa dengan Good Service Tax(GST) 4% yang ditangguhkan dan banyak lagi isu isu semasa dan setempat yang bermain main di minda rakyat Malaysia.

 9.Nah, dengan semua senarai isu nasional,semasa dan setempat yang TTT sempat titipkan disini,apatah lagi dengan kerosakan moral pimpinan Menteri dan Kabinet Datuk Sri Najib Tun Razak terus membelenggu Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pelbagai skandal RM Billion Billion yang melibatkan sejarah pimpinan United Malays Nation Organization(UMNO) dalam dekad kebelakangan ini amat membuka ruang kepada rakyat Malaysia dan anak muda yang membaca sejarah benar akan buka mata. Buta kah kita dengan bailout Perwaja Steel RM13 Billion, Forex Fiasco, Bailout MAS RM 8 Billion, skandal Bank Bumiputera di Hong Kong dan anak beranak pimpinan UMNO yang maha dahsyat. Rompakan kolar putih dan siang hari didiamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dengan penuh slogan muluk seperti Hak Keistimewaan Orang Melayu, Wawasan 2020 dan sebagainya walhal kerosakkan ekonomi Malaysia dengan Belanjawan Defisit menghantui Malaysia. Yang ditutup dengan BRIM,KRIM,TRIM,AZAM dan banyak lagi bantuan berbentuk menuntup muka secara sementara dan tidak menyelesaikan masalah sebenar iaitu rasuah dan kronisme keterlaluan yang membengkak dalam pentadbiran Kerajaan kita.

10. Justeru, celiklah mata hati dan kita bangkit susun kesedaran kepala otak kita yang masih waras ini untuk mentelaah dan memerhati wajah dan politik Malaysia dan mulakan dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 January 2013.Adakah Pimpinan Pakatan Rakyat di negeri jajahan takluk lebih baik,pandangan jujur TTT ialah masih jauh daripada 'expectation' dan harapan besar rakyat kepada kepimpinan baharu. Pihak Polis Diraja Malaysia juga belajar daripada kesilapan dan modus operandi sebelum ini dan mula praktikkan amalan sewajarnya kepada hak berhimpun yang sememangnya dijamin Perlembagaan Malaysia.

Derap langkah berani Kita Muntahkan Amarah dengan berjalan dan Himpun secara Aman Demi Malaysia Terchenta!

Kepada Allah Aku Berserah

Ikhlas,

TTT

3.35AM di Taman Permata,Hulu Klang.