Thursday, August 26, 2010

Isu Mahasiswa Menyertai Parti Politik...Dari sudut Pandangan TTT

Salam Mahasiswa Peduli


Terpanggil TTT untuk memberi sedikit pencerahan mengenai Isu Mahasiswa Berpoltik.

1.Premis yang sebenarnya untuk kita memerlukan Pindaan Auku bagi Seksyen 15(1a) ialah Membenarkan Mahasiswa MENYERTAI Parti Politik. Ini dibawa sebagai suatu cadangan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Cdangan ini adalah sangat bertepatan dengan tuntutan Perlembagaan Malaysia iaitu pada Perkara 119 Secara jelas menyebut bahawa Tiap-tiap warganegara yang berumur 21 tahun pada rarikh kelayakan berhak mengundi di dalam Pilihanraya. Cadangan Maahsiswa dibenarkan menyertai Parti Poltik ialah kesinambungan tuntutan perlembagaan ini.


2. Cadangan Mahasiswa dibenarkan menyertai Parti Poltik merupakan cadangan yang cukup jelas untuk menyuburkan dan mematangkan DEMOKRASI dengan cara meningkatkan partisipasi dalam membuat keputusan. Mahasiswa wajar diberikan pendedahan sebenar dan pendidikan Poltik Arus Perdana bermula di usia muda lagi. Kenapakah ia dihalang semata mata hujjah dangkal bahawa Mahasiswa perlu fokus pada pelajaran dahulu(Lihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin).Ini semua meunujukkan betapa Pihak Kerajaan sangat takut dengan wibawa dan potensi Maahsiswa untuk menggugat Kerajaan sebagai Third Voice.


3.TTT beranggapan bahawa Mahasiswa wajar diberi kebebabsan memilih dan menyertai Parti Poltik. Ini ialah HAK yang dijamin Perlembagaan. Cuma,TTT masih berasakan bahawa Pemimpin Mahasiswa wajar bersikap Non-Partisan dan memperjuangakan Agenda Mahasiswa secara Universal. Ini merupakan tuntutan yang membolehkan Idealisem Mahasiswa tidak akan dipesongkan dengan kefahaman Poltik Kepartian. Contoh: Walaupun si A ialah Ahli Parti UMNO,sebagai Pemimpin Mahasiswa,si A wajar bersuara dan berjuang sebagai Pemimpin Mahasiswa dan Idealisme yang universal. Ini penting agar Idealisme Maahsiswa terus relevan dan mempunyai nilai tersendiri.



4. Sebagai Aktivis Maahsiswa dan Mantan Pimpinan MPP UMP,TTT berasakan kita mesti mengetahui bagaimana ingin meletakkan peranan masing masing. Perjuangan Mahasiswa akan tetap dikenang dan diterima seandainya kita berjuangan dengan Idealisme sendiri,tidak berjuang berdasarkan warna kulit semata dan berjiwa besar.Kepintaran adalah anugerah tetapi Berjiwa besar ialah Usaha yang berpanjangan.

5.Secara tuntas, cadangan Mahasiswa dibenarkan Menyertai Parti Poltik ialah langkah tepat untuk menyuburkan kembali semangat demokrasi yang matang kepada generasi Muda.Selain itu,Pemimpin Mahasiswa akan dapat menguasai isu nasional dan antarabangsa dengan lebih jitu dan tepat pandnagan sisinya apabila banyak bergaul dengan orang yang labih makan garamnya. Soal Mahasiswa akan menyertai UMNO,PAS atau BN,Pakatan Rakyat bukan isu yang utama,Isu utama ialah Sejauh mana Mahasiswa akan mengambil Partispasi secara serius di dalam Politik Arus Perdana dengan membawa elemen Poltik Baharu,Politik Ilmu,Poltik Segar dan menyahkan fahaman lama iaiatu Poltik Ampu,Poltik Ragu...

"Biar Berdebat tanpa Keputusan daripada Membuat Keputusan tanpa Berdebat"


The Think Tanker ialah Mahasiswa Peduli

Tuesday, August 17, 2010

Mahasiswa Peduli: Satu Penelitian Semula Buat Teman Pimpinan Mahasiswa

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera



Ramai teman Mahasiswa mengajukan dan mempersoalkan niat saya dan teman2 Kepimpinan MPP UMP 08/09 menggagaskan Gagasan Mahasiswa PEDULI. Tiada lah niat lain selain demi menyatu padukan kepimpinan Mahasiswa membawa Idealisme yang jelas tanpa ada kefahaman politik sempit sehingga mengabaikan kepentingan bersama.



Saya melihat bahawa Politik Kampus di Universiti Premier seperti UM,UIA,UPM,USM,UKM melalui zaman politik kampus yang cukup haru biru dan penuh dengan mehnah tribulasi sehingga Kepimpinan Mahasiswa terpaksa melaksanakan kempen Agenda Mahasiswa yang kadang kala tidak dapat diterima akal hanya kerna ingin mendapat undi simpati. Percanggahan dan persepesi pelbagai daripada Gerakan Pro Aspirasi yang kebiasaannya dirujuk sebagai Wakil Mahasiswa yang menghala pandangan secara menyokong kepada Pihak Kerajaan/Universiti/HEP secara amnya. Gerakan Mahasiswa yang bingkas berjuang kerna tidak berpuas hati dengan pelaksanaan AUKU dan penindasan Pihak Universiti terutama Pihak HEP menyebabkan Gabungan Mahasiswa atau lebih dikenali dengan Pro Mahasiswa diluncurkan dengan lebih berstrategi.Ditambah lagi dengan sokongan dan sambutan panas mcm pisang goreng oleh Pihak Media Massa memberi ruang publisiti seluas luasnya kepada Kepimpinan Mahasiswa baik di Pro A dan Pro M. Sedikit bingkasan pandangan peribadi The Think Tanker.



Namun begitu teman teman sekalian,sebagai sebuah Universiti Teknikal dengan perjuangan idealisme yang masih baru,saya dengan rendah diri menyatakan betapa UMP akan hanya merugikan diri seandainya kita terjerumus ke dalam fahaman politik partisan sebegini. Kepimpinan Mahasiswa UMP telah melakukan pelbagai transformasi perubahan dengan membawa suara suara Mahasiswa dengan kebih lantang dan jauh ke hadapan. Kepimpinan Mahasiswa UMP di peringkat MPP,Persatuan dan Kelab,Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman atau PEKA seharusnya terus melakukan perubahan atau Islah demi meremajakan Gerakan Kepimpinan Mahasiswa agar terus kekal relevan di hati sanubari Mahasiswa UMP.



Nah,seiringan dengan itu,atas dasar kesedaran dan kepedulian saya dan teman2 Kepimpinan Mahasiswa yang lain,Gagasan Mahasiswa PEDULI bimgkas menjadi idealisme yang cukup terkesan membawa kepada bersatunya Gerakan dan Suara Mahasiswa UMP. Apakah dia Mahasiswa PEDULI ini?





1.Mahasiswa PEDULI wajar bergerak dengan Idealisme yang jelas dan memperjuangkan perkara yang penting buatMahasiswa dan masyarakat sekeliling.Jangan sesekali terjerumus kedalam fahaman politik sempit kerna ia hanya merugikan Gerakan Mahasiswa sedangkan masa yang diperuntukkan sangat singkat nilainya.



2.Mahasiswa PEDULI harus jadi Mahasiswa pemberani dengan menjuarai isu kebajikan Mahasiswa dan menjadi pressure group paling efektif dalam masyarakat kampus. Hanya cara ini sahaja Kepimpinan Mahasiswa akan dapat belajar dan seterusnya menjadi pressure group kepada Politik Semasa dengan menyuarakan dan membela hak Mahasiswa dan Masyarakat secara umumnya. Jangan pentingkan diri dan hanya ingin meraih populariti kerna Kepimpinan seperti ini hanya akan memburukkan lagi persepsi Mahasiswa kita kepada Kepimpinan Mahasiswa.



3.Mahasiswa PEDULI wajar merasai kepayahan dan kejerihan kehidupan Mahasiswa di Kampus dan sebagainya.Jangan terlalu bermewah dan mengejar nama semata,sebaliknya terus jujur memperjuangan nasib dan membela Mahasiswa kita.Mahasiswa PEDULI mesti ada budaya kerja yang efektif,tidak berkira dari sudut mengorbankan wang ringgit,masa dan tenaga. Proses ini sangat penting demi menambah nilai dalam diri dan Sifat Kepimpinan Mahasiswa.



4.Mahasiswa PEDULI seharusnya berbudaya dengan budaya yang baik dan mempunyai jati diri yang kuat.Santun dalam tutur bicara dan berhikmah dalam segala tindakan. Kalau keras dalam tindakan mesti ada susulan kelembutan dalam bicara.Kdangkala tidak dinafikan,sentimen kemudaan mencabar kita melakukan sesuatu di luar duga. Inilah ruang dan peluang untuk kita bertindak sedikit keras etapi niat yang baik dan untuk memberi kesan yang segera dan jelas. Apapun tindakan Mahasiswa PEDULI,mesti ada rencana kesan dan cara mengendurkan kembali.Mesti bertanggungjawab dan menggunakan kebijakan meramal kesan masa hadapan.



5.Mahasiswa PEDULI jangan sesekali berputus asa dan terus meneruslah berjuang.Kehidupan di dunia ini maknanya ialah terus berjuang sehingga ke liang lahad. Kita tidak lihat Nabi Muhammad SAW berehat sepanjang hidup baginda.Sehingga ke akhir usia,Idealisme Rasulullah SAW iaitu menyayangi Ummah sangat terharu dan memberi 1001 keinsafan buat pengikutnya. Apakah kita boleh hidup senang sdengan bebanan dan amanah yang Tuhan telah berikan? Malu pada Rasulullah dan malu pada diri sendiri andai Kepimpinan Mahasiswa tidak berasa bebanan yang dipikul untuk merubah masyarakat kepada yang lebih baik.Pokoknya,Mahasiswa PEDULI mesti ada idealisme perjuangan yang jelas dan bukan semata hanya menjadi pengikut kepada fahaman politik sempit .



Justeru,Marilah kita murnikan kembali.Jangan biarkan sentimen kemudaan Mahasiswa kita luntur dek kerana diri kita sendiri.Mantapkan ukwwah dan eratkan tali silaturrahim sesama Mahasiswa tanpa mengira warna kilit, fahaman agama,bahasa dan sebagainya.Selagi kita bergelar Mahasiswa PEDULI,kita akan terus berbakti tanpa mengira soal lumayan pulanngannya.Bersatulah wahai teman Mahasiswa ku sekalian,andai esok tiada lagi,pasti kita akan menyesali kerna tiada melakukan apa apa perobahan kepada Generasi Muda Malaysia kini.Mulakan dengan diri sendiri dan teman rapat,sebarkan dan fahamkan bahawa kita Mahasiswa PEDULI!!!



Saya Mahasiswa PEDULI...Anda bagaimana??



The Think Tanker
Isnin 25hb Januari 2010
10.15 pagi di Kolej Kediaman 1

P/S: TTT ambil tulisan kembali yang ditulis sewaktu TTT masih di dalam MPP dahulu untuk renungan bersama.Tidak mengubah sedikit pon semangat asal Idealisma kita.Mahasiswa Peduli dan Siapakah Kita?Renung renungkan lah...

Nota Buat Pejuang Mahasiswa di Bulan Ramadan Kareem

1.Hari ini genaplah seminggu Umat Islam berpuasa di Bulan Ramadan. TTT dan teman2 seperjuangan mengahrungi kehidupan Ramadan dengan suasana baharu di UMP Pekan terchenta. Ramadan yang di dalamnya terkandung 1001 ganjaran pastinya tidak akan dilepaskan oleh kita semua. Surau FKM yang fully air conditioned amat memberi kesan besar kepada Mahasiswa di Pekan ini.Bumi Pekan sangat bertuah kerna dikelilingi suasana Pantai yang harmoni,gerombolan Lembu,Kerbau dan kambing yang berkeliaran sehingga masuk ke kawasan Kolej Kediaman.Amat lucu bukan? Ini semua amat unik bagi TTT dan teman seperjuangan mengharungi kehidupan yang kegersangan di UMP Pekan.

2.Selepas berbuka puasa berhampar tikar getah,TTT dikelilingi oleh beberapa tokoh Pimpinan Mahasiswa di UMP Pekan ini. Kelibat Presiden Mechapro Sdr Mamu,Presiden EEES & Timbalannya Faris dan Fathi, Presiden PEKA KK5 dan teman2 lain amat mengujakan TTT.Inilah kali pertama TTT dapat bersua dan berbincang mengenai Hal Universiti(secara tak sengaja) bersama sama teman Pimpinan Mahasiswa. Entah kenapa di mana silapnya,walaupun TTT dan teman2 seperjuangan sedaya upaya mengelak diri daripada campur tangan hal Politik Kampus UMP,tetap jua kami Mantan Pimpinan Mahasiswa ,mendapat tempias.Apatah lagi bila mana ura ura Sesi Dialog & Rapat Umum mengenai Kafeteria KK5 ditangguhkan atas sebab teknikal(nak tahu apa sebab sebenar tanya Mamu n the gang).

3.Sdr Presiden Mechapro menyuarakan tidak puas hati Pimpinan Mahasiswa di Pekan dengan beberapa siri perang dingin dengan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Untuk pembaca blog TTT yang masih belum mengetahui,TTT ialah Mantan MPP sesi lepas.Jadi TTT menerima secara terbuka segala luahan dan isi hati beberapa Pimpinan Mahasiswa terutama daripada Mechapro dan EEES dengan prestasi MPP sesi baharu. TTT hendak menegaskan bahawa menjadi Pimpinan MPP amat payah kerna semua orang akan mengharapkan kita menyelesaikan masalah walaupun sekecil kecil masalah. Ini normal. Pemimpin mesti berjiwa rakyat dan menyelami denyut nadi Rakyatnya.Dalam konteks di Universiti,rakyat pastilah Mahasiswa.Bukannya Pegawai JHEPA dan seantero dengannya.

4.Ketiga tiga figura Pimpinan Mahasiswa baik di Mechapro,EEES dan PEKA KK5 mengeluh panjang dengan karenah birokrasi yang sering dikenakan oleh Pimpinan MPP. Pendapat dan nasihat TTT ialah sebagai Pemegang Amanah terbesar Mahasiswa iaitu MPP,kita mesti bersedia menghadapi dan berhadapan dengan Mahasiswa. Mesti terbuka dan paling penting sekali ialah mengurangkan Birokrasi sebaiknya. Contoh,TTT mendapat aduan mesti ada hitam putih dan mesti jemput 3 hari sebelum program atau mesyuarat.Apa ni? Takkan sesama Pimpinan Mahasiswa kita wujudkan barrier yang pastinya amat menyusahkan semua.

5. TTT dengan terbuka ingin memberikan nasihat kepada Pemimpin Mahasiswa tidak kira MPP,Persatuan Fakulti dan Kelab Persatuan bahawa kita mesti tahu apakah prioriti persatuan kita ditubuhkan. Siapakah pemegang taruh yang wajar kita beri perhatian. Di mana-mana universiti di Malaysia atau luar negara, faktor priotitizing amat mendesak bagi Pimpinan Mahasiswa dalam memastikan prestasi kita sentiasa konsisten. Pemimpin Mahasiswa wajar punya kebijakan dan Idealisma dalam berhadapan dengan masalah dan situasi bukannya memberikan alasan demi alasan.Ini semua pasti amat melelahkan Mahasiswa yang sentiasa memerhati prestasi kita.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang Sesi 2009/2010

1. TTT sebagai abang atau insan yang bergelumang sehingga kini dengan Poltik Kampus amat memahami keadaan yang dialami oleh teman2 Pimpinan MPP sekarang. Kita jarang berjumpa malah TTT berani menyatakan bahawa TTT dan pimpinan MPP sekarang hampir tiada pertemuan empat mata membincangkan isu semasa dan nasional.Mungkin kerna kesilapan TTT sendiri yang terlalu agresif dan Idealis sehingga kurang selesa oleh Teman Pimpinan MPP sekarang yang diketuai oleh Sdr Presiden, Aedlan. Tidak kisah lah cuma TTT dan teman seperjuangan di dalam MPP berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Modus Operandi Gerak Kerja MPP. Adakah anda semua sudah salah menerima nasihat?Sudah termakan 'budi' oleh sesetengah Pihak sehingga lelah Idealisme Mahasiswa Peduli yang kita dokong bersama-sama sewaktu Kempen Pelihanraya dahulu? Atau tidak mahu dibayangi oleh zaman kami yang tidak seberapa ini? TTT tidak ambil kisah snagat cuma apa pun KUASA ada di tangan anda. Kuasa tidak akan ada gunanya jika tiada keberanian yang bisa menggugah sesuatu perkara.Keberanian hadir daripada Idealisme yang memuncak memperjuangkan sesuatu isu dan sebagainya.

2.Pendirian TTT dan teman2 seperjuangan amat konsisten dengan Idealisme Perjuangan Mahasiswa. Sebagai Pimpinan Mahasiswa tertinggi di Universiti,kita mesti bersifat Non-Partisan dan menjunjung tinggi siapa yang mengangkat kita sebagai Pemimpin Mahasiswa. TTT minta dengan cara baik dan cuba menulis dengan seadil adilnya agar Pimpinan MPP dapat membuat koreksi diri dan merenung kembali Idealisma yang kita junjung bersama-sama. Perang persepsi  mengenai MPP di kalangan Mahasiswa amat membarah. TTT khuatir kita hanya fokus pada isu picisan/program2 murahan sebaliknya isu hakiki yang melanda jiwa mahasiswa tidak dihayati dan diperjuangkan.

3.Tulisan ini tidak bermakna TTT bersifat offensive semata dan seperti tidak endahkan keperitan yang dialami oleh Pimpinan MPP sekarang. Perjuangan Mahasiswa sewajarnya terus kebal di dalam jiwa TTT dan teman seperjuangan. Kami yang rata ratanya sudah Keluar Universiti menjalani Latihan Industri,TTT dan teman2 yang berada di Pekan dan sebahagiannya di Gambang amat bimbang bahawa Kepimpinan Mahasiswa tidak bisa menongkah arus dan bersifat kritikal kepada sesuatu isu. Ingat,dalam mana2 sejarah Pimpinan Mahasiswa daripada era 60 an sehingga kini,Pimpinan Mahasiswa secara simboliknya bersifat anti-establishment,bersifat kritikal dan pendesak dan paling penting mempunyai keazaman dan Idealisme setinggi gunung Everest dalam menyusuri kehidupan.

4.TTT menyeru agar sesuatu perlu dilakukan.Sesi Dialog & Rapat Umum yang cuba dianjurkan oleh Mechapro,EEES dan PEKA KK5 mengenai Prestasi Kafeteria KK5 telah ditangguhkan. TTT ingin memuji kerna sekurang kurangnya punya usaha untuk Pemimpin Mahasiswa di peringkat fakulti dan Kolej Kediaman bersuara. Jangan fikirkan sangat kesan kerna ia hanya membantutkan budaya demokrasi segar di kampus.Asyik-asyik fikir tentang apa kesan tapi tiada tindakan drastik dan kritikal di buat.Ini masalah yang perlu diatasi bersama sebagai Pemimpin Mahasiswa.

5.Pandangan dan nasihat ini lahir daripada TTT sendiri dan terpulang kepada Pimpinan Mahasiswa menerima atau membakul sampahkan nasihat ini. TTT dan teman seperjuangan hanya Mahssiwa Peduli yang sayangkan Perjuaangan dan Idealisme segar Mahasiswa.Jangan kita sendiri yang menguburkannya....Ibarat Untung sekarung Rugi Seguni. Hidup Mahasiswa!

TTT ialah Mahasiswa Peduli.Anda yang membaca bagaimana?

Wednesday, August 4, 2010

Konvensyen MPP Se-Malaysia di Esset Bangi 2010



1.Minggu ni sehingga 8 Ogos 2010 bermula lah Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) 2010 yang diadakan di Esset,Bangi. Teman-teman kepimpinan Mahasiswa akan berkonvensyen,mendengar beberapa siri ceramah dan forum,berdiskusi mengenai isu semasa dan universiti serta bertukar tukar pandangan. Pada hemat TTT,di sinilah platform kepada Pemimpin Mahasiswa mengasah pemikiran dan ketajaman sensitiviti kepada perkara yang melibatkan kebajikan Mahasiswa.



2.TTT hendak memberi beberapa komentar apakah sebenarnya Makna Konvensyen dan sewajarnya apakah yang perlu dilakukan oleh Pemimpin Mahasiswa. Seharusnya,kesempatan masa terluang ini Pemimpin Mahasiswa memperkemaskan gerakan dan Idealisma Mahasiswa. Tujuan kita sebagai Ahli Pemimpin Mahasiswa mestilah menyerlahkan kepimpinan kita dan deliver dalam tugasan kita kepada Mahasiswa dan masyarakat.

3.Pemimpin Maahasiswa wajar respon tentang beberapa isu berbangkit agar mendapat perhatian seterusnya di bawa ke Mesyuarat Kabinet Kerajaan Persekutuan:


  • i) Isu Mahasiswa Berpolitik,Pemimpin Mahasiswa terutamanya Jemaah YDP perlu selaras dan sekata dalam membahaskan isu ini agar kepentingan generasi Kepimpinan Mahasiswa pada masa hadapan terus berkembang maju.Pemimpin Mahasiswa wajar tampil kehadapoan,membentangkan syor dan memberi kata putus untuk memastikan Mahasiswa terus kekal relevan di Arena Politik arus perdana. Pemimpin Maahsiswa tidak perlu menunggu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah melakukan semuanya seorang diri.Malulah maruah Pemimpin Mahahsiswa tidak tahu HAK yang telah dilindungi Perlembagaan Malaysia.




  • ii)Beberapa isu semasa yang panas melanda rakyat terbanyak seperti kenaikan harga barangan 5 serangkai,penarikan subsidi dan isu yang menyentuh kepada Rakyat Terbanyak.Pemimpin Mahasiswa wajar memberi pandnagan,cadangan dan desakan supaya Pihak Kerajaan berbuat perkara yang sewajarnya. Masalah gejala sosial masih lagi menghambat Masyarakat Umum. Cadangan Hukuman Mati kepada Pesalah Rogol Kanak2 wajar dijadikan satu batu loncatan kepada penelitian semula undang2 Manusia dan kembali melaksanakan Undang2 Tuhan Yang Esa.




  • iii) TTT masih percaya bahawa AUKU yang dipinda pada 2009 masih lagi memerlukan aplikasi dan penerangan secara terus terang akan beberapa kelemahan. AUKU dalam suka atau tidak,Mahasiswa wajar menginsafi bahawa Perjuangan Mahasiswa tetap diperlukan dan betapa pentingnya Suara Mahasiswa.




  • iv) Model Ekonomi Baru(MEB) yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak memerlukan penelitian semula daripada sisi pandangan Pemimpin Mahasiswa. Feedback daripada Pemimpin Mahasiswa amatr diperlukan agar pelaksanaanya berkesan.




  • v)Gagasan 1Malaysia yang menjadi Agenda Politik memerlukan perbahasan dan sisi pandang Pemimpin Mahasiswa supaya aspirasi Orang Muda dapat diterjemahkan.Sehingga kini,1Malaysia masih boleh dianggap sebagai satu retorik Poilitik kerna Dasar Pelaksanaanya memerlukan Poltical Will yang kuat daripada segenap aspek.




  • vi) Isu kualiti graduan di IPT awam dan swasta dan keboleh pasaran graduan di alam pekerjaan wajar juga dibangkitkan. Sepanjang pengalaman diskusi TTT di dalam arena Pengajian Tinggi ini,apa yang TTT sedar bahawa beberapa kehendak Pihak Kerajaan terhadap Universiti, Badan2 Akreditasi dan Industri jauh berbeda.


  •  Contoh: Latihan Industri 6 Bulan di Penhujung Semester yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Pahang dikritik hebat oleh Engineeing Accredition Council(EAC) kerna bertentangan dengan Washington Accord dan sebagainya. EAC sebagai badan tunggal memberi akreditasi kepada Program Engineering di Malaysia begitu angkuh dan kesannya UMP telah melakukan reverse action, iaitu melakukan sistem sandwich Latihan Industri iaitu di pertengahan semester. Pokoknya,Latihan Industri 6 Bulan di Akhir Semester yang diamalkan oleh UMP atau KUKTEM(nama dahulu) amat memberi kesan positif kepada respon Pihak Indsutri seterusnya memberi pengalaman yang sangat berjharga kepada Mahasiswa.EAC tidak menyokong,tetapi Pihak Industri menyokong,yang pening ialah Profesor2 di Universiti yang begitu terdesak mendapatkan Akreditasi ini. Kesan langsung ialah kepada Mahasiswa sendiri. Alahai~
4.Semoga pejalanan Konvensyen MPP 2010 kali ini mendapat manfaat dan berguna kepada Pemimpin Mahasiswa.

P/s:Kenapa Pandangan Mahasiswa ni penting sangat? Jawapan TTT senang sahaja,kerna Mahasiswa ada style dan gaya pemikiran yang sangat berlainan dengan arus perdana.Tak Percaya?Jom kita diskusi di Konvenyen nanti...Hidup Mahasiswa!

The Think Tanker

Tuesday, August 3, 2010

TTT Salute Pada Ucapan Senator Dr Syed Husin Ali

AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA




Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismai. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.

Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.

Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?

Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.

AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.

Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?

Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?

Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?

Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.

Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.

Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.

Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.

Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.


Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara


03 Ogos 2010

Monday, August 2, 2010

Yang Kaya Terus Kaya,Yang Miskin Papa Kedana

Perbezaan antara apa yang diperolehi oleh golongan kaya dan yang miskin (jurang perbezaan pendapatan) terus melebar dan memerlukan perhatian segera daripada kerajaan, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang.


Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, dalam masyarakat yang adil dan saksama, pertumbuhan ekonomi seharusnya memberikan manfaat kepada semua.

"Malangnya ini tidak berlaku di Malaysia walaupun sudah bertahun-tahun mengalami pertumbuhan ekonomi.

"Kini kita mempunyai kekayaan aristokrat di mana sekumpulan kecil rakyat Malaysia terlampau kaya (22 bilionair) manakala yang lain masih ramai lagi sekadar cukup makan.

"Malah lebih malang masih lagi ada yang hidup dalam keadaan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

"Di satu pihak kita mempunyai orang yang tinggal di rumah yang mempunyai ruang yang begitu luas dengan nilai berjuta ringgit.

"Mmanakala di satu pihak lagi tinggal bersama dalam keadaan sesak dengan bilangan sehingga 21 orang di flat kos rendah yang sempit," kata Mohamed.

Menurutnya, statistik membuktikan bahawa jurang yang tidak seimbang kini menjadi masalah utama:


•40 peratus isirumah di bahagian bawah mempunyai purata pendapatan RM1,222 manakala 20 peratus sirumah di bahagian atas memperolehi pendapatan purata RM8,157.

•58 peratus isirumah memperolehi pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. (Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa mana-mana isirumah bandar dengan kurang daripada RM3,000 akan dianggap sebagai miskin.).

•Pertumbuhan pendapatan menjadi kuat hanya untuk mereka yang memperolehi pendapatan yang berada 20 peratus di bahagian atas terutama sekali sejak 1990.

•Perbezaan dalam kalangan kumpulan bandar kekal tinggi dengan tiada perubahan dalam dekad yang lalu.

"Pada 2007, Pekali Gini Malaysia adalah 0.441 pada 2007 ia itu satu perubahan daripada 0.462 pada 2004. Bagaimanapun pada 1990, Pekali Gini adalah 0.442, yang bermakna bahawa tidak banyak kemajuan dalam menangani masalah ketidakseimbangan pendapatan.

(Pekali Gini adalah ukuran ketidakseimbangan daripada 0 kepada 1, dengan 0 mewakili persamaan mutlak dan 1 mewakili ketidakseimbangan mutlak).


"Lebih banyak yang perlu dilakukan untuk membolehkan penduduk miskin bandar dan luar bandar bagi mengeluarkan mereka daripada lingkaran ganas kemiskinan," tambahnya.

"Berada dalam kemiskinan menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai masalah yang berkaitan seperti pemakanan, kesihatan dan pendidikan.

"Sebahagian besar daripada kanak-kanak Malaysia masih lagi mengalami masalah kekurangan zat makanan dengan kira-kira 15 peratus didapati mempunyai kurang berat badan dan terencat pembesarannya.

"Apabila kanak-kanak ini membesar dengan tanpa kelayakan akademik yang baik, mereka berakhir dengan pekerjaan yang berpendapatan rendah.

Mereka terus miskin seperti ibu bapa dan begitulah seterusnya anak-anak dan cucu mereka melainkan lingkaran kemiskinan ini diatasi," tambahnya.

Mohamed berkata, ia bukan hanya persoalan ekuiti bahawa semua rakyat Malaysia perlu mendapat bahagian yang sama daripada pertumbuhan ekonomi negara.

"Jika masalah jurang perbezaan ekonomi ini tidak ditangani dengan serius, ia akan membawa kepada masalah sosial, contohnya peningkatan dalam kadar jenayah. Masyarakat yang adil dan saksama akan berkembang dengan lebih pantas berbanding dengan yang kurang adil.

"Jurang perbezaan pendapatan yang tidak diselesaikan jelas menunjukkan bahawa kita mempunyai masalah struktur.

'Kita perlu berhenti daripada meneruskan model pembangunan ekonomi yang diimport dari Barat tetapi sebagai ganti menggunakan model yang memenuhi keperluan kita sendiri dan memberikan manfaat kepada semua sektor penduduk.

"Oleh itu kerajaan perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk pendidikan dan program penjagaan kesihatan terutama sekali khusus untuk membantu golongan miskin.

"Ia juga perlu mengurangkan jurang perbezaan antara pelaburan bandar dan luar bandar dengan memastikan peluang pekerjaan boleh diperolehi dengan banyak di kawasan luar bandar," tegasnya.

Menurutnya, lebih banyak dana diperlukan untuk menjalankan program bagi merapatkan jurang ketidakseimbangan pendapatan yang seharusnya datang daripada golongan kaya, yang mempunyai kawajipan moral untuk membantu sesama insan yang tidak bernasib baik.

"Kami menyarankan cukai berikut digunakan untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan pendapatan:

a) Cukai Pewarisan/duti harta: Memperkenalkan sama ada cukai pewarisan (yang akan dibayar oleh orang yang mendapat faedah) atau duti harta (yang dibayar oleh harta si mati). Banyak negara (contohnya Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Belanda dan Kanada) telah melaksanakan cukai pewarisan atau duti harta. Malaysia juga mempunyai duti harta sehinggalah ia dimansuhkan pada 1991.

Cadangan cukai pewarisan/duti harta ini perlu mempunyai nilai permulaan yang rendah dan struktur progresif. Cukai ini akan dapat membantu negara menuju ke arah masyarakat yang lebih adil.

b) Cukai Peribadi: Kerajaan perlu menghentikan pengurangan kadar cukai pendapatan persendirian untuk mereka yang berpendapatan tinggi. Sebagai ganti ia seharusnya meningkatkan kadar untuk mengutip lebih banyak dana untuk pembahagian pendapatan.

P/S: TTT ambil artikel yang dikeluarkan di http://www.malaysiakini.com/news/138942 merupakan satu pendedahan dan luahan berani daripada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beberapa isu yang dibangkitkan merupakan realiti pahit yang terpaksa dihadapkan kepada Rakyat terutamanya. Justeru,penilitian kembali kepada beberapa keputusan kerajaan yang tidak mengutungkan rakyat kebanyakkan seperti kenaikan 5 serangkai dan penarikan beberapa subsidi amat membebankan. Malaysia sehingga kini tiada ketetapan Gaji Minimum.Masih ramai lagi Rakyat Malaysia yang bergaji murah,malah lebih murah di kalangan PATI. Mudah mudahan kita membuka fikiran kita dan mula memerah keringat memikirkan Rakyat Kebanyakkan yang amat memerlukan Pendekatan Baharu dalam  usaha membantu mnereka oleh Pihak Kerajaan.

The Think Tanker