Tuesday, February 22, 2011

Sang Raja di Rimba VS Pejuang Mahasiswa di Tahun 2011


Jangan biarkan kepercayaan Mahasiswa terhadap PRK terhakis dgn sikap angkuh Sang Raja di Rimba

1.Pilihanraya Kampus 2011 atau sinonim dengan PRK 2011 telah selamat melabuh tirai. Pastinya kehangatan bermanifesto,kempen dan sebagainya dikalangan calon bertanding amat dirasai oleh Mahasiswa UMP yang peduli dengan fenomena Politik Kampus. TTT yakin ada dikalangan mereka yang di sepanjang PRK ini yang tidak tidur malam,berhempas pulas,menyorak calon sehingga demam-demam dan habis suara anak tekak dan sebagainya. Wang ringgit,keringat jantan dan masa yang dikorbankan pastinya sudah terlerai dengan keputusan rasmi di laman e-community Universiti Malaysia Pahang. Pastinya coretan suka dan duka sepanjang kempen PRK 2011 ini sewajarnya menjadi iktibar buat semua penggerak Mahasiswa sekalian.

2.Dalam pengamatan TTT,walaupun diri dan batang tubuh TTT tidak berada di bumi Gambang mahu pun Kuala Pahang,keberadaan pemikiran dan semangat muda TTT tetap meresap di segenap pelosok bumi UMP terchenta. Hatta,dengan pelbagai rencam yang dihadapi,kita percaya solidariti mahasiswa tetap kekal utuh atas semangat Mahasiswa Peduli. Sepanjang PRK 2011,TTT meratapi dengan penuh tekun beberapa blog hangat antaranya Pasar Malam Banjir,UMPleaks,Gerabak Mekanikal dan e-community UMP sendiri. Pelbagai cerita,gosip dan berita dihamburkan dalam blog-blog terhangat sepanjang PRK 2011 yang mewarnai kempen kita. Pada hemat TTT, kita memerlukan sekumpulan penulis muda yang akan menulis dan melaporkan sesuatu isu dengan berdasarkan asas yang kukuh dan menjaga kualiti tulisan demi tatapan para mahasiswa yang membacanya.Bukan tulisan picisan,bercampur baur dengan bahasa rojak apatah lagi dengan disiplin serta etika penulisan yang tidak dijaga dengan fitnah melata amat dikesalkan TTT.Cumanya,jika mahu diukur dari sudut kebebasan bersuara,berani menyatakan sesuatu,serta memeriahkan PRK 2011,TTT kira anda semua yang terlibat cukup berjaya sehingga Politik Persepsi begitu meluas telah dibudayakan sepanjang PRK kali ini.

Peratus Mengundi Menurun,Suasana Mengundi Suram & Kekangan Keterlaluan Petugas UMP

3. Pihak penaja Jawatankuasa PRK 2011 yang dipengerusikan Prof Dr Badrulhisham Abd Aziz serta pengendali utama iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni atau TTT lebih gemar bahasakan dengan HEP beserta PNC HEP UMP,Prof Dr Yusserie perlu meneliti kembali ketempangan PRK 2011 bermula dengan insiden mesyuarat tergempar pada pagi Khamis 17 Februari 2011 yang memutuskan TIADA jentera di peringkat Mahasiswa dibentuk.Ini amat mengejutkan bagi semua Mantan-Mantan MPP kerna ia amat bertentangan dengan amalam Politik Kampus UMP yang kita junjung selama ini.Pada hemat TTT,perbuatan dan keputusan mesyuarat tersebut amat menjijikkan kerna pada sesi mesyuarat pagi tersebut,tiada seorang wakil mahasiswa diperingkat Jentera Mahasiswa dipanggil masuk mesyuarat.HEP,kamu mahu putuskan sesuatu yang melibatkan mahasiswa,tetapi wakil kami TIADA langsung dipanggil masuk mesyuarat dan kamu bermesyuarat mempertikaikan peranan Jentera Mahasiswa.Isu 'bias' atau akan ada 'conflct of interest' adalah tuduhan keterlaluan kamu kepada Jentera Mahasiswa.Sila buktikan.Jangan menuduh ibarat Sang Raja di Rimba yang bisa jatuhkan hukuman sebelum perbicaraan diadakan.Malu kamu yang bergelar Profesor,Doktor serta Pegawai lulusan luar negara dan sebagainya.Alahai

4.Bukan itu sahja,Jentera Mahasiswa ini telah melakukan kerja-kerja awal dengan menghubungi bakal calon, memujuk mereka bertanding,memastikan calon bertanding cukup,berhempas pulas dan berusaha.Natijahnya,HEP lempar Jentera Mahasiswa seperti sampah.HEP jatuhkan hukuman sebelum sempat mendengar apa hujjah kami sebagai Mantan-mantan Pimpinan Mahasiswa.Apakah kami tidak punya maruah?Apakah selama ini PRK UMP tidak berjalan dengan baik? Jika benar,sila berhujjah,berhadapan dengan kami,panggil kami mesyuarat kamu,kita duduk dan berbincnag.inilah etika seorang Penjawat Awam,bukannya menjatuhkan hukuman memkhinzir butta.Apa yang boleh TTT huraikan ialah HEP secara terang terangan telah tersilap langkah dengan menafikan hak mahasiswa. Merendahkan martabat Pimpinan Mahasiswa yang selama ini bekerja dan bekorban untuk UMP tanpa mengira waktu dan ketika.Alahai UMP ku~

5. TTT mendapat makluman bahawa peratus yang keluar mengundi hanya sekitar 74% sahaja. Jika kita mahu bandingkan dengan sesi PRK tahun lepas,peratus mengundi ialah sehingga 80 %.Kemerosotan ini pastinya hadir dengan pelbagai analisa tersendiri. TTT yakin,bagi mereka yang sudah masak dengan sepak terajang Politik Kampus,pasti kita berasa mual dengan tindak tanduk segelintir Pegawai dan Sang Penguasa yang mabuk kuasa,menjadi Sang Raja di Rimba serta kekangan dan hambatan keterlaluan ibarat Mahasiswa ini seperti budak tadika yang perlu dikekang.

6.Banyak rungutan yang kita terima,antaranya lambakkan calon di sesuatu tempat manifesto sehingga 30 orang bagi satu-satu masa sehingga sesi manifesto sesetengah calon terpaksa dipendekkan sehingga 4 minit walhal calon diberi masa 7 minit seperti kebiasaannya. Pentas dan PA System yang lambat pasang serta beberapa insiden dan format manifesto yang diubah sesuka hati Sang Raja di Rimba. Ada sesetengah tempat manifesto seperti di Kolej Kediaman Ke-2 dan Kolej Kediaman Ke-4 yang sangat suram dengan tiada calon yang mahu bermanifesto. Inilah pengendalian PRK yang carca marba dengan segala peraturan ditukar tukar ikut suka hati Sang Raja di Rimba.Aduhai~

7.Nasehat TTT ialah Pihak Penaja PRK 2011 serta barisan penggerak Sang Raja di Rimba perlu cermat dalam setiap tindak tanduk kamu.Ingat,ini Universiti  buka Hutan Rimba yang kamu bisa ubah mengikut selera kamu. Sebab itu,Jentera Mahasiswa sangat penting agar kami yang dibarisan Mantan Pimpinan Mahasiswa bisa memberi pandnagan di dalam mesyuarat-mesyuarat,membantu dari sudut idea,pengalaman kami serta menyumbang kudrat kami.Kita bukan mahu bermain Agenda Politik,atau bermain unsur2 sensitif atau bersikap 'bias'.Inilah yang menjadi kebimbangan TTT bila mana trend menjatuhkan hukuman ibarat Sang Raja di Rimba berleluasa di UMP.

Ayuh,teguhkan Idealisme,susunkan Saf Kepimpinan dan Satukan Fikrah Mahaisiswa!

8.Kita yakin zaman anak muda bangkit menjadi penegak keadilan serta membela mereka yang tertindas telah tiba.Anak muda di Tunisia,Mesir,Bahrain,Yaman dan terkini di Libya telah memberi suntikkan baharu gerakan anak muda agar terus mempertajamkan hunusan pedang untuk bertempur di medan yang penuh dugaan.Persoalannya,dengan hambatan serta sikap dingin Sang Raja di Rimba kepada anak muda telah menambah luka lama yang belum sembuh. Sepatutnya,Universiti menjadi medan mendidik generasi Anak Muda agar melakukan partisipasi Politik Kampus secara maksima.Bukannya menekan,melabel dan bersikap Raja di Rimba sehingga sesuka hati mengubah beberapa peraturan PRK yang selama ini kita junjung dengan baik dan dihormati

9.Kita sudah tidak punyai masa.Kita memerlukan Kader-Kader muda yang berjiwa pejuang serta berani menghadapi ancaman dan risiko. Bagi hemat TTT,Universiti lah tempat terbaik untuk kita mengasah dan melakukan perobahan demi kebaikan mahasiswa. Usah gentar,pertajamkan daya bacaaan,teguhkan Idealisme serta susnkan kembali saf kepimpinan Mahasiswa dan satukan fikrah kita agar senada sekata.TTT sangat yakin sampai masanya kita memperlihatkan produk dan kualiti Pimpinan Mahasiswa UMP yang dinamik seta penuh Idealisme. UMP hanya boleh maju,kehadapan,dan dihormati andak Pimpinan Mahasiwa yang dibentuk penuh trampil,kuat dan teguh.

10. Semoga tahun 2011 ialah Tahun Maahsiswa Peduli Bangkit dari tiduryang panjang. Usah toleh ke belakang lagi.Melangkah lah,kepakkan lah sayap mu seluas luasnya dan payungi ribuan Mahassiwa yang menanti setiap tindak tandukmu. Salam Perjuangan daripada TTT dan teman seperjuangan.

HIDUP MAHASISWA!

TTT ialah Mahasiswa Peduli
Selasa
22 Februari 2011
Taman Permata,Hulu Klang.

*Kesilapan tulisan TTT di perenggan ke 10 telah dibetulkan.Mohon maaf atas kesilapan. Tulisan di perenggan yang lain tidak akan sesekali TTT padamkan atau tukar sebiji zarah pun demi menegakkan kebenaran yang akan terserlah jua!

Monday, February 14, 2011

PRK UMP 2011: HEP VS Sistem Pilihanraya Kampus




Prof Yusserie selaku PNC HEP UMP wajar meneliti kembali sejarah PRK UMP dan memahami lanskap politik kampus di UMP sebelum bertindak membuat sebarang keputusan.

Isu Pilihanraya Kampus Universiti Malaysia Pahang 2011 ( PRKUMP2011 )



*TULISAN INI TELAH KELUAR DI AKHBAR BERITA HARIAN RUANGAN VARSITI M/S 14 PADA TARIKH 17 FEBRUARY 2011
1. Persatuan Kelab Fakulti telah diberi 'softcopy' mengenai tarikh Annual Grand Meeting (AGM) dimana setiap Jawatankuasa Kelab & Fakulti perlu memberi commitment untuk membuat pemilihan di peringkat kelab & fakulti sebelum tarikh AGM dijalankan.



2.Maka setiap Jawatankuasa bagi Kelab & Fakulti perlu menjalankan pemilihan selari dengan tarikh AGM yang diberikan pleh HEP.



3.Permasalahannya ialah tarikh Pilihanraya Kampus(PRK) Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) dimaklumkan lewat dan pihak MPM terlepas pandang bahawa tarikh PRK MPM dilakukan selepas pemilihan bagi Kelab & Fakulti.Ini menimbulkan kecelaruan dan carca marba di pihak Mahasiswa kerna akan ada beberapa implikasi bila mana pemilihan Kelab & Fakulti dibuat terlebih awal berbanding tarikh PRK UMP.



4. Pihak JHEPA telah menyatakan mahasiswa yang telah menang di peringkat kelab & fakulti boleh bertanding di peringkat PRK MPM.



5.Mahasiswa yang telah bertanding dan menang di Pemilihan Kelab & Fakulti dibenarkan bertanding di dalam PRK MPM dan adakah mahasiswa tersebut masih lagi boleh memegang jawatan di Pemilihan Kelab Fakulti setelah menang di peringkat MPM?



6.Berikut ialah beberapa 'break down' yang telah terkesamping yang memburukkan lagi sistem PRK 2011 yang telah menjadi carca merba:



i) Peraturan baharu dimana pointer calon PRK hanya menggunakan term 'memuaskan' mengikut perkara sedangkan pihak universiti berhak menentukan pointer untuk setiap calon..Ini berbeza dengan PRK MPM sebelum2 ini yang tertera secara jelas mahasiswa yang hendak mencari calon MPM mesti melepasi pointer 2.6 keatas.



ii) Terdapat segelintir staff yang telah mempertikaikan Jentera di peringkat mahasiswa atas asbab keraguan bakal berlaku 'conflict of interest' ataupun 'bias' kepada sesetengah calon MPM yang menjadi ‘favourite’ ( untuk pengetahuan, di UMP tidak mempunyai Pro Aspirasi ataupun Pro Mahasiswa. Jentera diperingkat mahasiswa adalah untuk semua calon yang bertanding ). Persoalannya mereka di pihak staff tidak benar2 memahami suasana politik kampus di UMP yang selama ini dibantu secara teknikalnya oleh jentera di peringkat mahasiswa yang bukan sahaja membantu kelicinan PRK malah memudahkan semua calon untuk berkempen sepanjang PRK UMP. Hanya mereka yang pernah menjadi calon MPP sepanjang zaman sahaja yang berhak untuk menyatakan atau meragui kredibiliti jentera di peringkat mahasiswa sekiranya pandangan staff itu benar. Sedangkan selama 7 tahun ini kerjasama diantara Jentera diperingkat Mahasiswa telah merangka dan membantu sedaya upaya gerak kerja Pilihanaraya kampus MPM. Soal jentera mahasiswa akan cenderung kepada pembangkang dan sebagainya,saya berasa ia adalah tuduhan amat dangkal dan tidak mempunyai asas yang kuat.Janganlah menuduh mahasiswa sebegitu rupa.Alahai penjawat awam UMP~



7)Isu melabel mahasiswa sebagai pro pembangkang atau ditaja pihak2 tertentu perlu dijauhkan kerna ini merupakan tuduhan2 yang sangat melelahkan dan sangat bersangka buruk.Berilah kepercayaan mahasiswa yang menghormati idealisme dan kelantangan anak muda yang mahu mencabar status quo dan sebagainya.



8)Ini ialah satu perumpamaan kes yang akan berlaku di dalam PRK 2011 :



Calon A yang sudah menang di dalam pemilihan Kelab & Fakulti dan kemudian bertanding juga didalam PRK MPM dan ditakdirkan menang juga di dalam PRK MPM.Adakah dengan menang di dalam PRK MPM perlu meletak jawatan didalam pemilihan Kelab & Fakulti.Seandainya ini berlaku ,siapa yang akan 'replace' kerusi Calon A yang ditinggalkan di Pemilihan Kelab & Fakulti ?Adakah melalui lantikan terus daripada calon yang telah kalah bertanding sebelum ini atau pemilihan semula dilakukan di peringkat fakulti.

Satu contoh dimana diperingkat JHEPA telah mengeluarkan arahan supaya membekukan dahulu AGM setiap kelab persatuan namun ada fakulti yang telah rancang dan akan melaksanakan pemilihan dan bertanya kepada seorang pegawai di HEP UMP tentang perkara ini dan beliau menjawab tiada masalah utk teruskan. Disini kita Nampak kepincangan dan tidak keselarasan dari segi maklumat dan pelaksanaan arahan diperingkat pengurusan HEP. Untuk pengetahuan semua, 5 fakulti telah melakukan pilihanraya diperingkat fakulti masing-masing iaitu PETAKOM ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Sains Komputer dan Perisian), EEES ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik), PERKASA ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam) , SCITEX ( Persatuan Mahasiswa Sains & Teknologi Industri ) & CHEST ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli ).



Implikasi carca merba PRK 2011



9) PRK MPM akan hilang kredibiliti ,maruah dan semangat demokrasi yang kita junjung selama ini di UMP akan menjadi celaru disebabkan beberapa perubahan yang sangat dikesalkan.



10)Pandangan saya ialah ini pastinya disebabkan segelintir pegawai di HEP yang tidak kompeten di HEP akan menambah bahana dek kerana kini pegawai di HEP tiada pengalaman menguruskan PRK MPM sebelum ini,



Kita minta secara berhemah dan berlapang dada agar isu ini dibangkitkan dan dihujjah dengan saksama berdasarkan pengalaman kita mengendalikan PRK MPM sebelum ini.

*Isu e-Voting di PRK UMP 2011 bagi hemat TTT akan menjadi 'time bom' yang akan meletus andai Pihak Pentadbiran terutama PTMK dan Jawatankuasa Induk PRK tidak meneliti dan menerangkan status e-Voting dan sistem aturannya bila 2 tempat mengundi dikalankan.

Ayuh selamatkan Pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Mahasiswa 2011

~~~ Saya Mahasiswa Peduli ~~~



The Think Tanker

Tuesday, February 8, 2011

Antara PRK UMP dan prestasi MPM 2010/2011~Kita Peduli?

 Suasana PRK UMP sesi lepas amat menggalakkan dan mendapat perhaian meluas mahasiswa UMP.


Pilihanraya Kampus atau lebih sinonim dengan PRK merupakan pilihanraya terbesar bagi mahasiswa di IPT. Dalam bulan February ini pastinya persediaan dan kerancakkan mengadakan pilihanraya kampus terutama di kawasan Lembah Klang pastu sedang giat dijalankan. Tidak terkecuali pastinya Universiti Malaysia Pahang atau lebih dikenali sebagai UMP.Sebagai sebuah universiti teknikal yang mengamalkan dasar pilihanraya yanga adil lagi telus kepada mahasiswa,sewajarnya maahsiswa UMP memahami sedikit imbasan buat rujukan teman-teman di dalam Jentera Pilihanraya Kampus 2011/2012 :

1. Plihanraya kampus pada tahun lepas meningkat dari sudut peratusan mengundi dengan catatan lebih 80% mahasiswa kelauar menugundi

2.Kesemua 21 kerusi yang diperuntukkan pada sesi PRK UMP yang lepas ada pertandingan.Ini merupakan kali pertama PRK UMP di mana tiada kerusi menang tanpa bertanding

3.Sejarah juga tercatat bahawa kerancakkan PRK sesi lepas telah membuatkan mahasiswa UMP lebih cakna dan peduli dengan pemimpin mereka. Mahasiswa mengundi tanpa mengira warna kulit dan keturunan. Terdapat 3 calon daripada kaum Tiong Hua dan India berjaya menang dengan bertanding.Ini merupakan kayu ukur bahawa proses kesedaran demokrasi di kampus UMP pada PRK semakin matang.

4.Kemeriahan dan sambutan mahasiswa UMP amat menggalakkan teruatamanya semasa manifesto dan semasa pengumuman keputusan pilihanraya kampus.Bercambahnya penggunaan blog,facebook,kain rentang,poster tambahan dan beebrapa gimik semasa sesi pidato amat menghangatkan suasanana PRK.

Prestasi MPM 2010/2011 mempengaruhi mood mengundi PRK UMP ???

Kita sedia maklum bahawa barisan kepimpinan MPM 2010/2011 akan melabuh tirai kepimpinan mereka. Segala rencah dan sepak terajang dunia kepimpinan mahasiswa pasti sudah dirasa dan dilalui oleh kepimpinan MPM terdahulu.Ini antara lontaran persoalan yang sempat TTT fikirkan untuk dijawab oleh semua pembaca maahsiswa peduli:

 Semasa sesi pelantikan rasmi dan watikah MPM sesi lepas.

Apakah prestasi kepimpinan MPM 2010/2011 memuaskan hati mahasiswa secara persepsi umum?

Apakah usaha dan perjuangan MPM 2010/2011  dalam memperjuangkan isu dan hak kebajikan mahasiswa atau sekadar menjadi badan membuat program dan melancong secara percuma tanpa pulangan kembali nilai kepada mahasiswa UMP?

Apakah MPM 2010/2011 menggunakan segala kemudahan seperti bilik,ops bukan bilik tetapi office MPM yang chantek lagi selesa demi kebaikan mahasiswa UMP?

Sejauh mana mahasiswa UMP Pekan dibela dan didengar rintihan serta kepayahan mereka di tanah gersang tanpa bertuan itu?

TTT sangat percaya bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa atau MPM tetap menjadi badan tertinggi kepimpinan mahasiswa dalam memperjuangkan hak dan kebajikan kita semua.Malah,dengan beban amanah ini,wakil kita di MPM wajar mempunyai proriti sama ada memberi tumpuan kepada program-program elit dan mewah yang memaksa sebahagian  mahasiswa UMP wajib hadir atau MPM wajar kembali kepada idealisme sebenar dalam kepimpinan mahasiwa.

Ingatlah,mahasiswa UMP yang peduli turun mengundi bukan kerna mahu melihat MPM semata mata anjurkan program2 mewah serta kerahan tanaga secara wajib kepada mahasiswa tetapi kami mahu hak dan segala kebajikan kami terjaga. MPM tidak boleh dilihat elitis dan menjarakkan taraf kepimpinan seperti anda tuan, pimpinan Fakulti dan kelab persatuan itu seperti hamba kamu. Ini tidak betul. Barisan kepimpinan MPM yang baharu akan mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan keyakianan bahawa MPM ialah nadi sebenar mahasiswa,MPM ialah penyatu gerakan mahasiswa di setiap peringkat fakulti dan kelab persatuan,MPM ialah tempah bergantung maahssiwa kerdil yang tidak mempunyai apa2 kepentingan,MPM mesti dilihat berjiwa rakyat dan sedia mendengar rintihan dan menyelasaikan isu mahasiswa.

Nampak lekeh sahaja kan peranan MPM ini?Percayalah,bila anda memegang tampuk sebagai ahli MPM,nescaya ketika itu puluhan ribu mata mahasiswa akan memandang prestasi MPM.Puluhan ribu mahasiswa akan bergantung harap pada MPM baik sekecil perkara seperti tombol pintu dan langsir tingkap sehingga lah ke isu besar yang melibatkan kewangan dan sebagainya.MPM akan dijadikan kayu ukur sama ada MPM yang dilantik mahasiswa ini akan menjadi hamba HEP yang akan semata mata tunduk dan patuh kepada arahan Pegawai HEP atau MPM yang akan menjadi pejuang sejati mahassiwa yang diingini.

Seterusnya,dengan beberapa persepsi kepimpinan MPM sebelum ini,maka mood PRK akan jua berubah ubah dan sisi pandang mahasiswa muda(teman2 mahasiswa di tahun pertama) akan menjurus kepada MPM itu sendiri.Sewajarnya teman-teman mahasiswa UMP sewajarnya tidak mengundi berdasarkan rupa chantek semata,atau betapa handsomenya calon lelaki tersebut,sebaliknya nilai dan telitilah calon pemimpin mahassiwa yang punya track record kepimpinan,kualiti leadership yang baik dan agresif dan akhlak yang baik.

Cabaran TTT buat Jentera PRK UMP 2011/2012

Pastinya beban dan tanggungjawab yang dipikul oleh teman2 jentera PRK pasti bertambah dengan persedian last minute dan gerak kerja susun yang kurang dilakukan baik di peringkat mahassiwa hatta HEP. TTT mendapat makluman bahawa pembentukan jentera PRK hanya dibuat beberapa hari yang lepas dan beberapa ketetapan dari sudut calon yang bakal bertanding masih lagi kabur.Inilah cabaran buat teman2 yang sedang gigih bermesyuarat dan bertungkus lumus memerah segala keringat menjayakan PRK UMP kali ini.

Buat kepimpinan lama MPM iaitu diterajui oleh YDP MPM UMP 2010/2011 Sdr Aedlan dan teman2 seperjuangan,TTT ucap tahniah kerna berani memikul beban yang sebegini besar di dalam kehidupan anda. Ingat pesan TTT bahawa kita menjadi pemimpin bukan kerna jawatan dan wang ringgit,tetapi kita menjadi pemimpin kerna kita diangkat oleh teman2 maahsiswa dan perjaunagn ini tidak akan terhenti sehingga ini.Apapun,teruskanlah perjuangan di dalam apa jua bidang yang kita ceburi selepas ini.

Cukup dahulu kupasan TTT untuk respon kali ini.Pastinya kita akan bertemu. Kepada bakal calon Pimpinan MPM,pimpinan Fakulti ataupun kelab persatuan,kita semua ialah pemimpin kepada Mahasiswa dan kepada Maahsiswa kita berbakti!

Hidup Mahasiswa!

TTT ialah Mahasiswa Peduli UMP di Tahun Akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan.TTT juga pernah menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) sesi 2009/2010.Boleh berhubng denagn TTT di email: suffi_alfalah@yahoo.com.my