Thursday, May 12, 2011

Memaknakan KONVOKESYEN bagi Mahasiswa Peduli!


Konvokesyen dengan bergambar sakan sambil memegang skroll semata?Gambar ehsan Hilmi.



1. Suka TTT mahu bangkitkan beberapa persoalan bagi teman-teman Mahasiswa Peduli seawal bulan Mei ini mengenai Memaknakan Konvokesyen yang akan berlangsung sekitar bulan Oktober atau November bergantung kepada Mesyuarat Tertinggi Universiti dan kekosongan tarikh Tengku Abdullah selaku Canselor UMP dan sebagainya.Rata-rata penggerak kepada Expoconvo dan Konvokesyen pastinya pemain-pemain utama Jabatan di UMP seperti Jabatan Pendaftar,Unit Alumni,JPPH,dan yang tersibuk sekali tentulah tidak asing lagi Jabatan kesayangan Mahasiswa sekalian iaitu Hal Ehwal Pelajar.Pastinya Mahasiswa seperti MPP dan penggerak Expoconvo dan juga kami yang bakal graduan akan diletakkan sebagai picisan semata seperti raptai angkat skrol,makan-makan dan hepy-hepy semata,dan buat aktiviti-aktiviti santai yang menggumbirakan.Setiap tahun memang macam tu yang berlaku.Mahasiswa yang punya Idealisme yang mahu melakukan perubahan dan mencabar status quo akan dipandang seperti budak hingusan,tak matang dan merosakkan program-program yang sedia ada yang telah pun dirancang secara 'rapi' oleh segelintir insan yang bernama Pegawai dan sebagainya.Ye lah,pegawai beb,ada degree,master,PhD,dah kerja 10 tahun,dah kerja dengan Agensi itu dan ini,ada yang berjawatan dalam Parti Politik dan dekat dengan Dato' tu dan Dato ni,ada pegawai yang tinggi general knowlegenya dek kerna banyak membaca bacaan tulisan mat salleh,takkan mereka-mereka ini yang TTT gelarkan sebagai Pegawai Kehormat mahu tunduk semudah makan cendol kat Kuantan area sebelah restoran Taj dan dihadapan Maybank Kuantan tu denagn idealisme 'picisan' insan yang bergelar Mahasiswa.Mahasiswa tak matang,Maahsiswa hingusan,Mahasiwa ni pembangkang,Mahasiswa ni Agen itu dan ini,label lah sampai anda puas hati.(TTT tidak kata semua Pegawai Kehormat sebegini,siapa makan cili dialah terasa pedasnya).

2.Jadi penulisan ini sebagai satu pendekatan dan lontaran awal TTT yang sudah pun di tahun akhir semester 8 dan sedang menjalani Latihan Industri 6 Bulan di Akhir semester(Kami perjuang habis habisan LI akhir semester dan sentiasa konsisten dengan sistem LI UMP di akhir semester amat signifikan dan terbaik berbanding desakan EAC yang cemburu dengan prestasi keboleh pasaran graduan kita) mengenai KONVOKESYEN UMP dan apa yang kita mahukan sebagai bakal graduan dan Mahasiswa itu sendiri?

3. TTT akan kupas apakah strategi dan perancnagan TTT tetapi yang lebih penting ialah TTT mahukan buah fikiran teman-teman Mahasiswa Peduli(yang driver UMP ker,pegawai HEP ker,bleh jer nak komen skali) mengenai Memaknakan Konvokesyen UMP akan datang....

Kalau Mahasiswa Peduli,Ayuh usah gentar,luangkan buah fikiran demi kebaikan Generasi Mahasiswa Peduli!

TTT
13 Mei 2011