Thursday, November 5, 2009

Kepimpinan Mahasiswa: Keberanian,Kebijaksanaan & Ketelusan













Pertemuan Bermakna bersama PM Malaysia bersama Sdr Suffi Kamari


Saya dan Teman2 Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMP sesi 2008/2009 diberi amanah menjadi Perwakilan Mahasiswa UMP pada 16 Oktober 2008. Saya mengakui masa setahun yang diberikan apalah sangat nak dibandingkan dengan usaha kami selama ini.

Namun,saya komited bahawa ada satu usaha yang baik dan terancang yang telah kami laksanakan di barisan kepimpinan MPP UMP supaya diberi ruang seluas luasnya supaya Suara Mahasiswa dihormati dan didengar.
Ada beberapa perkara menarik yang berlaku di sepanjang Kepimpinan MPP UMP sesi 2008/2009:
  • 1.Pertemuan antara MPP UMP bersama Naib Canselor UMP,Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Ibrahim diadakan selama 5 kali sepanjang setahun tampuk kepimpinan kami di Kediaman Rasmi Naib Canselor di Bukit Istana. Pelbagai isu yang bersifat urgency atas dasar Kebajikan Mahasiswa UMP diberi penekanan.
  • 2.Isu yang berlingkar disetiap benak Mahasiswa UMP seperti Perpindahan Pekan, Isu Sandwich Latihan Industri, Isu Kafeteria,Isu Wireless UMP, Isu yang berkisarkan elaun Tertunggak Pelajar, Isu Keselamatan Pelajar di Kampus Pekan,Kampus Gambang, Isu yang berkisar di sepanjang kepimpinan Naib Canselor mengenai Hala tuju UMP dsb.
  • 3.Saya berpendirian bahawa kita berjaya secara teknikal untuk membawa bersama-sama Pihak Pengurusan Tertinggi UMP supaya meneliti beberapa tuntutan Mahasiswa UMP antaranya Resolusi Rapat Umum Suara Mahasiswa UMP mengenai Kafeteria, Memorandom Gerakan Mahasiswa UMP Mempertahankan Latihan Industri selama 6 Bulan (GEMPUR) dan Isu Keselamatan Pelajar dsb.
  • 4. Barisan Kepimpinan MPP UMP merupakan kabinet pertama dalam sejarah kepimpinan MPP UMP diberi lanjutan sebagai Executive Caretaker sehingga bulan Januari 2010. Persetujuan ini dibuat oleh Dato' Naib Canselor,Dekan JHEPA Baharu dan Barisan MPP supaya memberi khidmat kepada Mahasiswa UMP. Ia memberi sedikit ruang kepada saya dan teman2 melaksanakan agenda yang tertunggak dan terus menyuarakan Suara Mahasiswa
  • 5. MPP UMP sesi 2008/2009 diberi pertanggungjawaban membentangkan Kertas Kerja di Konvensyen MPP Kebangsaan(Tajuk Kepimpinan) dan Membentangkan Kertas Kerja Transformasi Ekonomi di Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK 2009).
Saya menyuarakan kebimbangan kepada pelapis Kepimpinan Mahasiswa di UMP. Saya tegas dengan pendirian saya bahawa kepimpinan Mahasiswa WAJIB diberi peluang untuk memimpin tanpa ada sebarang pengaruh Politik Kepartisan . Di sinilah tempat kita mempraktikkan dan memperjuangkan suara Mahasiswa di saluran yang sebaiknya.

Saya mencabar Kepimpinan Mahasiswa UMP supaya menyuburkan semangat Mahasiswa Peduli atas dasar Keberanian,Kebijaksanaan dan Ketelusan kerna kita tiada jalan mudah untuk mengangkat kembali Suara Mahasiswa di persada yang sewajarnya.

Kepimpinan Mahasiswa seharusnya menjadi Suara Alternatif,Suara Pendesak dan Suara Ketiga kepada Pimpinan Negara,Pimpinan Universiti dan Pimpinan Masyarakat. Jangan jadikan MPP dibiarkan dengan sentimen politik sempit dan hanya bertunjangkan Kepimpinan Politik Partisan semata-mata.


Dato' Saifuddin, Naib Canselor dan YDP MPP UMP

Sdr Afif,Sdr Naim,Dato' Dr Hj Fadilah Kamsah dan saya di Kem Transformasi UMP.


Bersama Profesor Dr Aziz Bari di Dewan Banquet UMP






Bersama Profesor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim di Wacana Tokoh Negara

Saya menghargai sebarang ulasan,pandangan serta kritikan daripada teman yang singgah di Blog saya. Mari kita wujudkan satu Wacana Bebas mengenai sebarang Isu dan Permasalahan demi kebaikan Negara Malaysia.

The Think Tanker

No comments:

Post a Comment