Tuesday, September 27, 2011

Meluncur Suara Apresiasi Graduan(SAG) 2011

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Graduasi


1.Alhamdulillah,setelah hampir 3-4 bulan sesi brainstorming dan sesi perbicangan dilakukan baik di teratak TTT di Nur Lembah Pangsun,Hulu Langat mahupun di dalam perbicangan alam maya,maka sebulat suara teman-teman Mahasiswa Peduli berdiri sama teguh sepakat bulat pemikiran meluncurkan Suara Apresiasi Graduan(SAG) 2011 sebagai satu medan solidariti antara para graduan UMP dan juga mahasiswa kini.

Kenapa perlunya SAG 2011?

2.Acapkali mahasiswa dibelenggu dengan pelbagai masalah dan dilema mengenai pelbagai isu melanda.Isu pekerjaan,kompetensi,keboleh pasaran kerja,masalah komunikasi bahasa Inggeris,isu gaji,pengalaman interview,peluang lanjut pelajaran,dan banyak lagi isu selepas bergraduan menimpa mahasiswa kita. TTT dan teman-teman Mahasiswa Peduli antara batch terakhir daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM) yang merasa bagaimana suasana 6 bulan Latihan Industri Akhir Semester dilaksanakan. SAG ialah ruang untuk kami daripada pelbagai disiplin ilmu akan mendengar, memberikan ucapan, komentar,diskusi,bertukar tukar pandangan dan pelbagai rencam lagi yang bisa dilakukan dengan manfaat bersama teman-teman Mahasiswa UMP.

3.Ingin TTT mengingatkan dan melakukan pencerahan sebaiknya bahawa SAG 2011 bukanlah agenda 'street shouting' atau 'sesi hentam HEP mahupun UMP' malah matlamat SAG ialah merungkai pelbagai isu berbangkit di dalam persekitaran UMP dan juga pengalaman teman-teman graduan.TTT tetap berasakan betapa besarnya ruang antara para graduan dengan teman-teman Mahasiswa Tahun Satu( usah gelarkan adik atau budak Tahun 1 kerna mereka ialah Mahasiswa dan Mahasiswa perlu dihormati statusnya!). Maka SAG diluncurkan khusus untul solidariti bersama para graduan dan juga mahasiswa.

Berikut ialah promo pertama SAG 2011 untuk tatapan teman-teman pembaca:


Tempat: Dataran Mahasiswa (berdekatan Kompleks Sukan)
Masa: 12pm-1pm
Tarikh: 1 Oktober 2011


Objektif Suara Apresiasi Graduan(SAG) 2011

i) Memberi kesedaran kepada para Mahasiswa UMP mengenai cabaran-cabaran di alam pekerjaan+ realiti hidup dan bagaimana mahassiwa wajar berperanan dalam menghargai setiap inch saat kehidupan di UMP.

ii) Mendengar ucapan terima kasih,penghargaan dan kritikan membina kepada UMP dan seluruh mahasiswa setelah 4 tahun di UMP terchenta.

iii) Mewujudkan solidariti mahasiswa dengan para graduan dalam usaha merapatkan jurang agar para Alumni tidak berasa terasing dengan mahassiwa di UMP sendiri.

iv) Membangkitkan semangat kepedulian Mahasiswa kepada setiap isu yang berlaku baik di dalam UMP mahupun di luar dan berusaha sedaya upaya menyelesaikan setiap isu kerna ia akan memberi merit/nilai tambah kepada Mahasiswa

v) Memastikan mahassiwa menggunakan kesempatan di UMP dengan memperkembang potensi diri sehingga ke tahap paling maksimum(bukan kembangkan badan k).

Sesi Bacaan 5 Tuntutan SAG 2011

4. SAG bukan slogan bersifat retorik semata.Kami akan menyediakan 5 tuntutan SAG 2011 dan membaca tuntutan ini untuk direalissikan oleh Pihak Pengurusan UMP. Pastinya gelojak kebangkitan anak muda di seluruh Malaysia tidak dapat dibendung oleh Sang Penguasa baik daripada pegawai-pegawai Jabatan tertentu sehinggalah ke Menteri Pengajian Tinggi sekalipun. Isu kritikal yang melanda pelajar di Universiti memerlukan perhatian dan dokongan penuh daripada pihak mahasiswa sendiri untuk mengangkat perobahan.

Isu nya ialah kita mahu berkumpul setelah mengambil skroll(Mechanical,FKEE sebelah pagi),ada satu event yang sangat relax tapi ditunggu-tunggu dan PALING mustahak ia datang daripada graduan+Mahasiswa sendiri.Betapa megahnya Mahassiwa akan melihat senior-senior memakai jubah konvo UMP dan bersama-sama Mahasiswa UMP berbicara soal kerjaya,bertukar-tukar kad kerja,kongsi pengamalan interview,masalah UMP yang perlu diselesaikan segera,isu mahasiswa dan BANYAK lagi bro untuk dikongsi bersama. Masa itu barangkali matahari terik di kepala dan pastinya peluh jantan/betina akan meleleh jatuh membasahi Kompleks Sukan UMP dan membangkitkan semangat solidariti.(Korang semua bleh bayangkan tak ni???haish).

5.Justeru,TTT selaku penaja utama SAG 2011 bersama-sama teman Mahasiswa Peduli UMP menyeru agar semua mahasiswa UMP tidak kira Tahun 1,2,3,malah 4 lebih dialukan bersama-sama kami di Dataran Mahasiswa berdekatan Kompleks Sukan UMP.Segala hiruk pikuk dan penat lelah kita di UMP baik di Gambang mahupun di Pekan perlulah dihargai sewajarnya. Kitalah Mahasiswa,Graduan harapan Negara Malaysia!

P/S: Sebanyak 200 button badge Mahasiswa Peduli akan diberikan kepada teman-teman yang hadir dan berkumpul bersama sempena SAG 2011. Button Bagde ini adalah sumbangan bersama teman-teman penganjur menggunakan biaya sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana Parti Politik ataupun Dato' Datin yang kami kenali. Peace No War Bro!

JUMPA DI SAG 2011 & KONVOKESYEN UMP KE-6!

Mohamad Suffi Kamari
Penaja SAG 2011
TTT ialah Mahasiswa Peduli...Anda pula bagaimana?