Wednesday, October 20, 2010

Kemanakah Hala Tuju UMP & Nilai Teras yg semakin Dipinggirkan!




1. Usia TTT di UMP(Dahulu dikenali sebagai KUKTEM) hampir mencecah 4 Tahun. Bermula sebagai Mahasiswa Tahun 1 sehingga kini,UMP masih memerlukan ruang perobahan yang sesuai dengan Nilai Teras UMP yang pada hemat TTT semakin hari semakin tenggelam dek zaman. Kita tidak pasti dimana kesilapannya? Adakah berpunca bertukarnya Naib Canselor maka berubahlah Polisi dan kesungguhannya? Atau sikap segelintir Sang Penguasa yang lelah dengan Nilai Teras UMP yang begitu retorikal dan tidak bersesuaian dengan realiti budaya kerja UMP itu sendiri? TTT tiada jawapan,maka apa yang labih bermakna bagi TTT ialah kita perlu kembali kepada fokus sebenar kewujudan UMP itu sendiri dan 'bring back the soul of University' ke dalam warga Kampus. Kembalilah kepada penghayatan Nilai Teras UMP itu sendiri!

2. Apakah ia Nilai Teras UMP dan Kenapakah Ia amat penting sekali bagi setiap warga UMP?

TTT tegas  mengingatkan kepada Naib Canselor, seluruh Pengurusan Tertinggi Universiti,pegawai-pegawainya dan seluruh Teman2 Mahasiswa bahawa kita tidak boleh berganjak sedikit pun dengan hala tuju dan Nilai Teras UMP ini. Kewajaran ini mestilah diterjemahkan melalui komitmen Pentadbir UMP terutamanya iaitu sebagai punca kuasa untuk melakukan program-program yang benar-benar bermanfaat kepada pembentukan modal insan dan kebaikan kepada UMP itu sendiri. TTT amat kecewa dengan prestasi beberapa siri program UMP yang dikelolakan sama ada di peringkat Pejabat Naib Canselor atau mana-mana jabatan yang kadangkala amat dangkal sekali untuk dibawa ke dalam tempat bernama UMP ini. Cth:

i. Berlambaknya siri-siri hiburan/nyanyian/karoeke di setiap acara makan malam/Dinner Konvokesyen amat merisaukan jiwa TTT. Sebaiknya,usahlah Pentadbir UMP memperlihatkan perilaku terdesaknya untuk mengampu 'sesetengah' pihak seperti Ahli Politik dengan menggadaikan tempat mulia ini dengan acara2 murahan. Sudah lah begitu,Majlis-majlis Ilmu dipinggirkan,Program-program memupuk budaya intelektual semakin pupus di Bumi UMP terchenta ini. Pandnagn TTT tegas,andai ia tidak bermanfaat dan tidak selari dengan Nilai Teras UMP maka hormatilah walau siapa pun anda! Ini UMP dan punyai Nilai Teras yang wajar dipatuhi tidka kira siapa pun anda!

3. TTT sempat berbicara dengan beberapa tokoh pengurusan UMP yang menyatakan suasana kini di UMP amat berlainan dengan suasana ketika KUKTEM mula ditubuhkan. Sebagai contoh,Isu bacaan Ayat Al Quran sebelum bermula nya Konvokesyen dihapuskan sama sekali. TTT ingin mempersoalkan Pengurusan UMP kini,mengapakah ia ditiadakan?Atas faktor apa bacaan Al-Quran ini dihapuskan walhal KovokesyenHubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta. Sebelum2 ini tiada masalah. Adakah bacaan Al Quran akan menghilangkan status kita sebagai Universiti Berfokus? Bukankah bacaan Al Quran amat mendekati Prinsip Nilai Teras UMP yang pertama iaitu Hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta.

4. Budaya kerja para staff dan Pegawai UMP amat menduka citakan.Seingat TTT, kita mempunyai Pelan Transformasi yang digagaskan oleh Dato' Naib Canselor kita dengan harapan dapat menigkatkan mutu kerja dan sistem penyampaian dan perkhidmatan di UMP ini.Malangnya, kita dapat lihat secara jelas karenah birokrasi sekali lagi mematikan usaha murni UMP. TTT mendapat meklumat sebagai contoh Pegawai di JHEPA selalu tiada,staff keluar makan sesuka hati dan budaya kerja yang sangat lambat.Tidaklah TTT katakan semuanya tetapi hakikatnya bila kita melihat kembali suasana di Gambang amat ketara sekali. Ada yang breakfast sehingga jam 9.30pagi( ini kes staff bukan lecture),menghisap rokok secara terbuka,keluar office sehingga balik lewat.Terjejasnya ialah urusan orang lain seperti Mahasiswa itu sendiri.  Persoalannya, dimanakah amanah dan disipilin penjawat awam UMP? Adakah stigma 'kerja kerajaan biasalah bro' ini benar dan tepat sekali? Nah, suka atau tidak,inilah hakikat sebenar. Inilah kegagalan pemantauan oleh Pihak Naib Canselor dalam memastikan mutu penyampaian dan perkihidmatan di UMP berada dalam keadaan terbaik. 

5. Berbalik persoalan kita,kemanakah UMP mahu membawa diiri ke era menjadi Universiti Teknikal berteraskan kompentensi bertaraf dunia walhal kepincangan baik di sistem penyampaian dan mutu akdemik UMP tidak terjaga sepenuhnya. Kita tidak memanfaatkan program Softskills sebagai contoh untuk melonjakkan Mutu Mahasiswa kita. TTT sendiri berbicara dengan bekas koordinator Softskills iaitu Puan Haslinda(dulu lebih sinonim dengan Miss Has),beliau berkata dahulu peruntukkan untuk Program Softskills sangat banyak sehinnga banyak keperluan dari sudut modul dapat dilaksanakan untuk kebaikan Mahasiswa.Kini,Program Soft Skills hanya indah khabar dari rupa. Ia bersifat public lecture semata sehinga ada yang berasakan Speaker yang dijemput oleh pengurusan Sftskills hanya membaca slaid dan beromong kosong di hadapan tanpa mempedulikan respon Mahasiswa.( Yang outstanding hanya Puan Haslinda dan En Podzi). Dimanakah peruntukkan besar sebelum ini? Adakah Pihak Pentadbir UMP terutama Naib Canselor cuba menghadkan potensi Soft Skills sebagai nadi utama kepada pembentukan Modal Insan Mahasiswa UMP???

6.TTT dan teman seperjunagan berasa kepincangan ini harus diberi perhatian serius terutamanya Sang Penguasa dan pemimpin Maahsiswa. Isu yang menyentuh prestasi akademik,pembangunan pensyarah dan Maahsiswa,program-program diskusi dan Wacana Ilmu dan hak-hak Maahsiswa amat sedikit sekali disentuh.Yang banyak hanyalah program besar/majlis keraian yang menampakkan kita sedang MENGAMPU,menunjukkan kedangkalan kita sebagai Gedung Ilmu, Institusi Ilmu dan sebagainya.Suka atau tidak,terimalah hakikat bahawa Mahasiswa kita bukan seperti Mahassiwa yang diungkapkan oleh Profesor Abu Bakar dalam bukunya Mahasiswa Menggugat. Peranan dan pembangunan Maahssiwa menjadi teras kepada pembangunana negara akan terbantut sama sekali andai budaya di universiti tidak diubah baik di peringkat tertinggi sehingglah ke bawah.Renungkanlah dan Berubahlah~

7.Kita hidupkan kembali Nilai teras UMP dan perhebatkan Wacana untuk memperhalusi pelaksanaannya di Bumi UMP terchenta ini. UMP milik kita semua! Salam perjuangan daripada TTT.

TTT Mahasiswa Peduli
Khamis 21 Oktober 2010
Kolej Kediaman Ke-5
Universiti Malaysia Pahang Darul Pekan.

Thursday, October 14, 2010

Muslimah Terpuji: Aurat ialah Tuntutan, Usah terpedaya dgn Kecantikan

1.Dari Atha Bin Abi Rabah,ia berkata padaku, " Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?" Aku menjawab ,"Ya". Dia berkta. "Wanita hitam itulah byang datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata, " aku menderita penyakit epilepsi dan auratku tersingkap saat penyakitku mula menyerang.Doakanlah untukku agar Allah menyembuhkannya."

Nabi s.a.w bersabda," Jika engkau mahu,engkau mahu,engkau bersabar dan bagimu syurga,dan jika engkau mahu ,aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkannya."

Wanita itu menjawab,"Aku pilih bersabar." Lalu dia berkata lagi ,"Tatkala penyakit ini menimpaku,auratku terbuka,doakanlah agar aurat ku tidak tersingkap." Maka Nabi pon mendoakannya." ( Riwayat Bukhari & Muslim)


2.Kalau kisah ini kita bawa ke zaman moden kini,Rasulullah SAW berjumpa dengan muslimah/anak gadis remaja /Mahasiswi kita ini dan berpesan," Sesungguhnya pakaian yang labuh,tudung yang meliputi dirimu dan tidak berlebih lebihan dalam wangian serta make up adalah lebih baik bagi mu wahai wanita",agak agaknya apalah respon wanita moden kini. Bolehkan Rasulullah saw melihat keadaan fashion dan trend muslimah kita yang begitu membarah? Kegilaan kepada make up dan kecantikan sehingga syariat diabaikan? Ya Allah,lemahnya diriku kerna sebagai Pemuda Pewaris agama daku tidak berdaya berbuat apa sekalipun.
 

3.TTT bukanlah Ulama atau Ustaz apatah lagi Wali besar,cuma sekadar Pemuda Islam yang sangat bimbang dan risau kepada trend Muslimah kini yang begitu tersasar dengan syariat Islam. Di UMP sebagai contoh,Maahsiswi terutama nya berpakaian sangat mencolok mata sehingga menjadi mata sasaran kenakalan muda mudi kita.Bertudung tapi dada terdedah. Bertudung tapi tak cukup menutup sebahagian badan. Berseluar ketat sehingga menjadi perhatian segenap alam. Isu alat makeup,lihat cara Maahsiswi berpakaian semasa Majlis Gala Night Dinner sebagai contoh,Malam Graduasi dans ebagainya.Ya Allah,pening TTT dibuatnya.Semoga kita semua kembali kepada syariat dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala galanya. Bermula dengan kesedaran,nescaya Kita bisa berubah...

Thursday, October 7, 2010

Kenyataan Media Untuk Edaran


Kenyataan Media  Untuk Edaran

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahasiswa Peduli


Rapat Umum Suara Mahasiswa ini diadakan bagi membolehkan  kami sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana “Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah kita sudah bersedia?”  menyatakan pendirian tegas bahawa kami tidak bersetuju dan membantah sekeras kerasnya  tindakan  Pihak  Pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(JHEPA) yang telah menafikan hak kami untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar,isu semasa dan menyentuh perihal Politik dan demokrasi. Lebih malang lagi, ia berlaku di dalam sebuah Institusi  Ilmu yang sewajarnya bersifat terbuka,relevan kepada isu semasa dan menyentuh Hak Mahasiswa.



Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa  Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik berpendirian demokrasi dan keterbukaan Universiti Malaysia Pahang terhadap isu yang menyentuh politik,demokrasi hanyalah retorik semata. Saya melihat tindakan Pihak Naib Canselor,Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Bin Ibrahim  yang tidak bersetuju dengan tajuk Mahasiswa Berpolitik membuktikan UMP hilang wibawa untuk membahaskan secara terbuka isu yang amat penting ini kepada survival  generasi muda.Bayangkan,Mahasiswa  IPT yang punya kesedaran ditekan  sewenang-wenang seandainya ingin mengadakan Wacana Ilmu  yang menyentuh Politik dan demokrasi. Saya juga ingin menegaskan bahawa tindakan JHEPA  yang tidak bersetuju dengan jemputan barisan panelis Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik  terdiri daripada Ketua Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi amat mendukacitakan. Panelis lain yang berada dalam senarai jemputan ialah Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia),Dr Sarjit S.Gill (Pensyarah UPM) dan Sdr Idris(Presiden GAMIS). Walaupun pindaan AUKU 2009 telah dilaksanakan,saya masih menganggap AUKU tetap menjadi senjata ampuh  sebagai penghalang kepada demokrasi yang subur di  Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.


Justeru, sebagai Mahasiswa Tahun Akhir UMP yang punya kesedaran,saya menyeru teman-teman Mahasiswa di seluruh Malaysia agar tidak sesekali tunduk kepada beberapa siri penindasan hak untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar,isu semasa dan menyentuh Hak Mahasiswa. Saya menggesa Menteri Pengajian Tinggi,Datuk  Seri Khaled Nordin  dan Naib Canselor UMP,Profesor Dato’ Dr Daing Nasir agar bersikap lebih adil kepada program Wacana Ilmu  yang melibatkan Politik dan demokrasi. Kesedaran anak muda terutamanya golongan Mahasiswa di IPT terhadap isu semasa,politik dan demokrasi akan terbantut andai budaya ilmu tidak diraikan.

Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli

Mohamad Suffi Bin Kamari
Pengarah Program “Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah Kita Sudah Bersedia?”
Khamis, 7 Oktober 2010
Kafeteria Kolej Kediaman 1

Tuesday, October 5, 2010

Rapat Umum Suara Mahasiswa: Dimanakah HAK Kami?

1. Saya dan beberapa teman2 penaja Jawatankuasa Pelaksana  Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah kita sudah bersedia? berasa tersinggung dengan modus operandi Pihak Pengurusan Universiti Malaysia Pahang terutamanya Pihak Hal Ehwal Pelajar( JHEPA) UMP yang terus menerus melakukan pembantaian demokrasi dan Hak kepada Mahasiswa melaksanakan Wacana Ilmiah dengan tajuk2 yang bebas,kontemporari,isu semasa dan menyentuh secara langsung Hak Mahasiswa.

2. Saya Mohamad Suffi Bin Kamari,berumur 22 Tahun warganegara Malaysia yang telah cukup umur dan sah sebagai pengundi bagi Pilihanraya Umum ke-13 menyatakan bahawa sebagai Mahasiswa UMP Tahun Akhir,saya melihat hegemoni JHEPA dan Pihak Pentadbiran UMP amat mengecewakan kami. Niat murni saya dan teman seperjuangan untuk mengadakan satu Forum Wacana Ilmu berkisarkan Poltitik & Demokrasi dengan jemputan wakil panelis daripada Pihak Kerajaan,Parti Pembangkang dan Akademik serta NGO terus dinafikan oleh Pihak JHEPA UMP. Isu ini amat mendukacitakan saya secara peribadi kerana Pihak JHEPA secara terang terangan menolak hasrat Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau terbuka seandainya Isu Mahasiswa berpolitik ini dibincangkan lebih lanjut. Ini belum lagi mengambil kira kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,Dato' Saifuddin Abdullah yang begitu bersungguh sungguh meletakkan Hak Mahasiswa kembali ke tempat asalnya.Persoalannya,Kami dan teman2 AJK Pelaksanan ahanya ingin mengadakan Wacana Ilmu yang segar,bersifat semasa dan dekat dengan isu Mahasiswa dan anak muda.Tapi sekali lagi saya nyatakan,Hak kami dinafikan.

3.Rentetan kronologi dan permainan Pihak Pentadbiran UMP terutamanya Pihak JHEPA mengenai isu membenarkan panelis jemputan kami yang asal iaitu daripada UMNO,Dato' Saifuddin Abdullah, Wakil Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Ustaz Nasrudin Hassan Al Tantawi,wakil Akademik,Dr Sarjit Singh dan wakil NGO,Presiden GAMIS,Sdr Idris ditolak mentah mentah atas pelbagai alasan TIDAK munasabah.Apatah lagi Universiti Malaysia Pahang merupakan Institusi Ilmu terulung di Negeri Pahang dinafikan Hak Mahasiswa nya untuk mengadakan Wacana ini. Saya hairan lagi bingung bagaimana seorang Professor di Universiti Awam yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia( Duit Rakyat n duit cukai) masih lagi bercakap dan mengingatkan saya soal menjaga kepentingan melayu,Hak Melayu dan tanggungjawab kita memastikan Melayu terus verada di Universiti Awam.Masalahnya,Isu dan tajuk Wacana ini TIADA kena mengena denagn Melayu n etc.Kami mahu mengadakan satu Wacana Ilmu yang bebas,segar dan mendekati isu Mahasiswa.Tiada kena mengena dengan Hak Melayu,menjaga kepentingan melayu dan etc.Ini sangat menghairankan saya. 

4.Untuk makluman pembaca blog The Think Tanker,saya sendiri dan beberapa orang teman seperjuangan telah hadir sendiri ke Universiti Malaya mengikuti satu Wacana Ilmu menngenai Penyubuiran Demokrasi yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang Parti Poltik daripada UMNO,PAS,PKR dan DAP duduk bersama sama berwacana mengenai Penyuburan Demokrasi di Malaysia.Nah,persoalannya, kenapa bila kami dan teman2 Maahsiswa yang punyai kesdaran dan ingin mengadakan Wacana Ilmu yang segar dinafikan semata-mata. Adakah ada perbezaan Universiti Malaysia Pahang dengan Universiti Malaya atau Universiti Islam Antarabangsa? Apakah bezanya Mahasiswa di UMP dengan Mahasiswa UIA & UM? 

5.Malah,kami di peringkat Ahli Jawatankuasa Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpoltik telah bermesyuarat pada 2 September 2010 dan bersetuju untuk mengubah Panelis asal dan mengikut selera Pihak JHEPA. Akhirnya,setelah beberapa kali perubahan dilakukan kerna pihak JHEPA tidak senang dengan objektif kamilah,panelis daripada Parti Pembangkang lah dan etc amat mendukacitakan.Seolah olah kami sebagai Jawatankuasa Pelaksana apatah lagi Mahasiswa tidak tahu berfikir,punyai kebijakan sendiri melaksanakan Program seperti ini.Alahai~

6.Rentetan pergelutan antara kami denagn Pihak JHEPA dan pengurusan tertinggi UMP memuncak apabila Pihak Pengurusan Tertinggi UMP tidak bersetuju denagn Tajuk Mahasiswa Berpoltik ini atas dasar tajuk ini sudah lapuk dan Pihak Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa tidak membenarkan Mahasiswa Berpoltik. Nah,satu lagi bentuk tindakan autokratik yang bertentangan denagn landas Instiusi Ilmu terulung di Pantai Timur.Saya menyatakan bahawa kita hanya mahu mengadakan satu Wacana Ilmu dan ingin menyedarkan Mahasiswa dan Orang Muda tentang Hak dan isu yang kadang kala Mahasiswa sendiri payah hendak fahami. Apatah lagi denagn Pilihanraya Umum yang akan berlansung setahun dua lagi,kami dengan niat murni ingin membangkitkan semangat bahawa kesedaran berpartisipasi dengan proses demokrasi masih lagi rendah. Masalah terbesar yang saya lihat di peringkat JHEPA dan Pengurusan Tertinggi UMP ialah betapa prejudisnya Isu Maahsiswa Berpoltik dan betapa saya dan teman seperjuangan yang cuba melaksanakan Wacana Ilmu ini seperti melakuakn dosa besar,jenayah dan sebagainya. 

7.Oleh yang demikian,kami ingin mempertahankan Priinsip kami bahawa Isu Mahasiswa Berpoltik dan juga Proses Demokrasi akan terus kekal relevan dan penting untuk dibahaskan. Saya ingin memaklumkan bahawa kami di peringkat Jawatankuasa Pelakasana telah membatalkan Wacana Ilmu ini kerna mempertahankan Prinsip dan mengutuk sekeras kerasnya percobaan pihak JHEPA dna pegawai pegawainya serta Pihak Pengurusan Trtinggi UMP yang dilihat begitu tidak terbuka,menyukarkan Jawatankuasa kami melaksanakan Wacan Ilmu ini. Oleh yang demikian, saya dan teman2 seperjuanagn akan mengadakan satu sesi Rapat Umum Suara Mahasiswa untuk menjelaskan perkara sebenar serta menyatakan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi UMP bahawa kita TIDAK berstuju denagan layanan kepada Mahasiswa UMP sendiri yang bertungkus lumus menjayakan Wacana Ilmu ini. Ingat,Wacana Ilmu Maahsiswa Berpiltik ini datang daripada Idealisma Mahasiswa sendiri,penggeraknya ialah Mahasiswa dan pelaksana nya ialah Mahasiswa. Namun Hak Mahasiswa terus dinafikan....

8.Berikut ialah makluman awal Rapat Umum Suara Mahasiswa: Dimanakah Hak kami?



Teman Mahasiswa yang berasa tersinggung dengan beberapa keputusan Pihak Pengurusan UMP & JHEPA terutamnya soal kelulusan program,soal kewangan, Isu Periuk Nasi kena kompaun,isu Baju KK2 kena beli, Jamuan Raya pun kena paksa bayar n sebagainya.Ayuh kita ramai2 turun ke Kafeteria Kolej Kediamana 1 Untruk menyatakan pendirian kita bahawa Mahasiswa TIDAK rela di perlakukan seperti BUDAK SEKOLAH RENDAH.....!