JHEPA, Andai Kami Tutup Mulut
Mana mungkin keadilan dan Hak Mahasiswa akan terbela
Bila mana fitnah melanda dan menjalar jalar ke pelosok pejabat anda
Bila segala keputusan tidak mahu Suara Mahasiswa diambil kira
Suara Mahasiswa ibarat api dalam sekam, ibarat duri dalam daging, ibarat bisa menusuk ke tulang
Namun,TTT ingin bertanya
Bukankah lebih baik jujur dan lantang daripada hipokrit dan si adu domba
Bukankah bisa ular itu jua penawar derita
Bukankah lebih baik berlapang dada daripada bermuka muka
TTT sedar penulisan ini akan membangkitkan seribu tanda tanya buat pejuang2 Mahasiswa
Apa yang berlaku dalam JHEPA? Malah tak terkejut ada yang akan bertanya,JHEPA ini apa???
Bukan TTT mencari salah tetapi mari kita berhujjah,
Kita buka Minda agar biar Terbina budaya di dalam Universiti Malaysia Pahang,Tak semua yang diucapkan oleh Sang Penguasa itu semua nya betul belaka
Kita bina budaya agar jangan sesekali Sang Penguasa bisa lakukan apa sahaja dan terus membodohkan Mahasiswa
Kita bangkit LAWAN dengan terhormat dan berani berhujjah,Jika salah Betulkan,Jika Kami benar, Sila buat Perobahan
Kita buka Minda jadi Mahasiswa Cakna
Khusus TTT nukilkan buat mereka Pejuang2 Mahasiswa...
- 1. Ketika jari jemari TTT menulis nukilan ini,timbul 1001 persoalan bahawa seakan tidak percaya senario yang berlaku dalam Politik JHEPA. Pelbagai peristiwa yang telah berlaku seakan akan merobek benak kepercayaan TTT kepada Sang Penguasa. Berdasarkan pengalaman dalam hampir 4 Tahun di Universiti Terchinta,inilah merupakan kali pertama krisis menyekat Suara Mahasiswa sehinnga begitu terkesan kedalam jiwa sebilangan kecil Pemimpin Mahasiswa. Rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam Politik JHEPA sangat mempengaruhi TTT.Sebelum itu,TTT ingin membuat sedikit pencerahan bahawa segala apa yang dinukilkan ini berdasarkan pengalaman sebagai Pemimpin Mahasiswa Peduli dan juga berdasarkan maklumat dan fakta2 mengikut kronologi penceritaan yang TTT akan rahsiakan identiti mereka. Tulisan ini bertujuan untuk mengkritik, berhujjah,meluahkan kehampaan jiwa muda TTT serta sebagai perkongsian kepada adik2 bakal pejuang Generasi Mahasiswa Peduli! Bila anda berada di Medan Pejuang,pastinya Mehnah Tribulasi serta fitnah akan menjadi butiran peluru yang akan menusuk kedalam jiwa Mu!
- 2.Seawal TTT menjadi Pemimpin Mahasiswa Peduli,kita telah bertekad bahawa empowerment atau penghakupayaan Mahasiswa wajar diletakkan tempat tertinggi dalam menaikkan kembali Student's Power. Antara yang menjadi agenda utama kita ialah agar Minggu Induksi Siswa atau MINDS serta penganjuran Expoconvo diberi hak mutlak 100% kepada Mahasiswa. Perdebatan berlaku kerna mana bisa Mahasiswa melakukan MINDS tanpa bantuan Staff. Pastinya ini akan menimbulkan polemik dan salah faham diantara Pihak Staff terutama JHEPA dan Pihak MPP(ini MPP zaman TTT). Anda boleh salah faham dan memfitnah yang bukan2 cumanya TTT ingin perjelaskan bahkan TTT juga telah menjelaskan perkara yang sama kepada Dato' Naib Canselor bahawa 100% MINDS dibawah kelolaan Mahasiswa ialah:
- i) Mahasiswa diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam MINDS. Yeah,keputusan boleh dibantah oleh sesiapa sahaja baik drpd Pihak JHEPA atau PTJ lain tetapi bantah lah dengan hujjah dan fakta bukannnya bantah seoalah olah Idea Mahasiswa ini jelik dan tidak boleh dipakai.Ini memalukan!
- ii) Bahawa kita mahu Pengarah MINDS dan seluruh Jawatankuasa Pelaksana diberikan hakupaya kepada Mahasiswa sendiri dan Dato' telah memberi amanah kepada MPP 2008/2009 untuk memikul tanggungjawab ini. Apa maknanya? Maknanya ialah kita ada kuasa untuk menentukan siapa Pengarah MINDS,siapa pelaksana MINDS dan siapakah fasilitator MINDS dan sebagainya. Kalau dahulu,MINDS kita hanya terlibat dalam Jawatankuasa Fasiliator semata,tetapi kita berjuang supaya Mahasiswa diberi hak upaya yang lebih untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna sesuai dengan gelaran MAHASISWA!!!
- 3.Anda bayangkan keadaan kami ketika itu,bila mana Pengurusan Tertinggi memberi kepercayaan kepada Mahasiswa bahawa kita deserve untuk kelola MINDS sebagai Pelaksana bukan sahaja sebagai Jawatankuasa Fasilitator semata. Tiada pengalaman.Tiada panduan.Yang ada,hanyalah berbekalkan Idealisme Anak Muda yang percaya dan Yakin sekiranya Mahasiswa diberi sedikit kepercayaan dan amanah,PASTI akan dilakukan dengan bersungguh sungguh.
- 4.Itu sedikit bingkasan Idealisme bagaimana kita berjaya menuntut MINDS dikelolakan oleh Mahasiswa sendiri. Namun,apa yang berlaku kini? Poltik cantas mencantas berleluasa dan sesuka hati.Sang Penguasa bisa lakukan apa sahaja walaupun kadangkala hujjah yang diberikan tidak wajar dan membodohkan serta merendah rendahkan Mahasiswa!!!!
- 5.TTT ingin mendedahkan ramai teman teman rapat TTT telah dianiaya dan ditekan tanpa usul periksa. Seawal 1hb April 2010, teman rapat TTT telah dipanggil di Pejabat JHEPA dan dibawa ke bilik mesyuarat dan terdapat segerombolan Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) disoal siasat secara mengejut bahawa adakah TTT mempunyai apa-apa rancangan untuk membatalkan Konsert Matahari. Teman rapat TTT ini kelu lidah berbicara,fobia dan ketakutan kerna begitu ramai Pihak PDRM soal siasat beliau dan ini sangat mengejutkan TTT.Kita boleh bersabar dengan tekanan tetapi menuduh dan memfitnah TTT dan teman2 akan menganjurkan Demonstrasi Bantahan Konsert Matahari adalah keterlaluan dan satu tindakan memalukan serta menjatuhkan wibawa Pemimpin Mahasiswa seperti kami yang chentakan UMP!Alahai Sang Penguasa~ Yang tambah peliknya,kenapa tidak panggil terus TTT dan tanya terus TTT apakah rencana dan pendirian TTT.Kan lebih mudah dan tidak perlu bermadah cara. Sudah sudahlah,TTT ingin membuat pendirian bahawa seandainya TTT ingin mengadakan Demonstrasi atau apa2 Rapat Umum,pasti TTT akan rancang sebaiknya,maklumkan kepada Sang Penguasa dan kita akan umumkan terlebih awal tarikh,tempat dan tujuan.Bukan secara penakut dan secara tergopoh gapah tanpa tujuan!Muktamad!
- 6.Keduanya,dalam penganjuran MINDS 2010,Pada 15hb April 2010,sewaktu pembentangan MINDS dihadapan Dato' Naib Canselor , TTT ingin mendedahkan dengan secara tiba tiba Sang Penguasa telah memaklumkan seisi sidang mesyuarat termasuk Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa bahawa ada 3 syarat baharu untuk masuk kedalam Jawatankusa MINDS 2010:
- i)Pointer 2.5 ke atas syarat minimum menjadi Fasilitator MINDS 2010
- ii) Mahasiswa Tahun Akhir TIDAK dibenarkan masuk kedalam Jawatankuasa pelaksana atau Fasilitator MINDS 2010
- iii) Mantan MPP juga tidak dibenarkan menjadi Fasilitator MINDS 2010
- 7.Wow! Ini sesuatu keputusan dan cadangan terburu buru Sang Penguasa tanpa berhujjah terlebih dahulu secara terperinci.TTT ingin berhujjah kenapa 3 syarat ini( sebenarnya ada 1 syarat tambahan iaitu maksimumkan Jawatankuasa Pelaksana MINDS kepada ahli MPM semata,Sayarat ini ditambah selepas mesyuarat hari seterusnya) tidak valid sebenarnya:
- i) 3 Syarat ini dibuat dalam keadaan terburu buru seolah olah ada niat jahat untuk mencantas Mahassiwa Tahun Akhir terutamanya Mantan MINDS 2009 dan apatah lagi Mantan MPP. Syarat ini dibentangkan tanpa perbincangan dan ruang berbahas yang lebih awal dengan Pihak MPM. Untuk pencerahan,Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010 yang terdiri drpd beberapa Mahasiswa UMP diakhir pengajian telah melakukan kerja kerja awal sebagai Pelaksana MINDS 2010.Bayangkan perasaan mereka seandainya mereka mendengar Sang Penguasa secara bermaharaja lela mengeluarkan syarat yang akan menghiris dan mematikan keinginan anak muda ini untukberbakti kepada MINDS 2010.
- ii) Relevan kah syarat 2 ini terutamanya Mahasiswa Tahun Akhir dan Mantan MPP TIDAK dibenarkan menyertai MINDS 2010??? Malah penganjuran MINDS ketika TTT sebagai pengarah tidak pernah Sang Penguasa ketika itu (Profesor Dr Abd Jalil B Borham) atau bapak penyuluh kami( En Abdul Shukur B Ishak) mengeluarkan syarat2 sebegitu rupa yang tidak difikirkan oleh pemikiran waras lagi intelektual.
- iii) Jika alasan Sang Penguasa kini bahawa kehadiran Mantan MPP akan hanya mempengaruhi keputusan MPM Jawatankuasa pelaksana MINDS 2010, ini satu tuduhan yang merendah rendahkan wibawa Kepimpinan MPM dibawah Sdr Aedlan. Sebagai Pemimpin Mahasiswa,mempunyai akal budi dewasa dan cukup matang,mana mungkin MPM akan dipengaruhi oleh Mantan MPP. TTT hendak bertanya,mana buktinya dan apakah faktanya???Jangan tuduh sebaranagn kerna ia akan menampakkan seolah olah Sang Penguasa yang hendak menguasai dan mempengaruhi MPM! Jelas bukan...
- 8.Sekarang sudah jelas lagi bersuluh,surat kuasa telah dikeluarkan dan ditanda tangani oleh Sang Penguasa bahawa menguatkuasakan 4 Syarat Baharu(termasuk 1 syarat tambahan iaitu Maksimumkan MPM dalam Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010).Kini surat kuasa itu ada pada tangan MPM dan situasi kini membuatkan adik2 MPM berbelah bahagi.Ibarat Hendak diluah mati emak,hendak ditelan mati bapak,kalau dikumam meracun diri. TTT sangat kasihan dengan situasi MPM tetapi inilah adat orang berjuang dan orang berjuang jangan sesekali takut pada Sang Penguasa andai HAK Mahasiswa ditindas dan dibodohkan.
- 9. TTT bertanggungjawab sepenuhnya atas penulisan ini.Kita sedia berdebat dan berhujjah kewajaran 4 Syarat ini dikenakan. Sangat memalukan dan menjatuhkan wibawa Mahasiswa. Seharusnya,peluang wajar dibuka lagi kepada teman2 Mahasiswa Tahun Akhir terutamanya Senior2 MINDS kerana mereka ada pengalaman dan kematangan bersama sama adik2 Fasilitator baharu untuk menaikkan nama UMP ke persada yang digeruni.Malah bilangan mereka tidak sampai 10 pun yang mahu terus berbakti dalam MINDS 2010 seperti Izyan Sajian, Law Kok Sin,Khairul Fkiri Pendaftaran, Irsyad Disiplin dan lain lain menunjukkan komitmen yang tinggi malah ada diantara mereka yang sudah melakukan kerja2 awal sebagai Pelaksana MINDS 2010 hanya kerna sayangkan MINDS dan ingin membuktikan bahawa Mahasiswa juga boleh melakukan sebaik mungkin amanah.
Apa tuntutan kita sebagai Mahasiswa PEDULI???
- i) Kita mendesak supaya 4 Syarat ini dimansuhkan serta merta terutama syarat ke 3 dan ke 4 iaitu Mahasiswa Tahun Akhir dan Mantan MPP TIDAK boleh menyertai MINDS. Dalam pengalaman TTT sebagai Mahasiswa UMP,inilah kali pertama syarat yang begitu sombong dan tidak rasional dikeluarkan oleh Sang Penguasa.Alahai~
- ii) Kita minta ruang perbahasan dan penghujjahan yang lebih autonomi diberikan kepada pemimpin Mahasiswa dalam mana mana keputusan yang melibatkan Mahasiswa secara khususnya.Bukan hanya melalui Sang Pnguasa menggunakan autonomi kuasa semata dan melukakan banyak pihak terutama Mahasiswa.
- iii) Kita menggesa agar Politik Dalam JHEPA yang suka mencantas Pemimpin Mahasiswa dihentikan serta merta. TTT teringat amanat Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa "HEP perlu lebih profesional dan bertanggungjawab meningkatkan peranan Mahasiswa itu sendiri". TTT tidak fikir 4 syarat yang dikenakan dan dikuat kuasakan ini akan membantu Teman2 Mahasiswa untuk lebih berperanan dan matang.Sebaliknya ia menunjukkan manifestasi kebobrokan Sang Penguasa dalam membawa hala tuju HEP.
- Mana pergi slogan Enrichment,Enlightend dan Empowerment yang dahulu dilaung laungkan.Sekali lagi Jangan Bodohkan Mahasiswa!Apatah lagi Mahasiswa peduli!!!
- 10.Jarang sekali TTT mengkritik JHEPA atau Sang Penguasa secara terbuka.Namun,apabila melihat terlalu besar kepincangan dan campur tangan Sang penguasa dalam urusan MINDS sehingga lelah MPM sebagai Pelaksana utama.Apa yang wajar TTT tegur dan dedahkan perlu kita sama sama teliti dan nilai kembali peranan HEP itu sendiri.Jangan jadi seperti ketam mengajar anak nya berjalan.
- 11. TTT tegas perkara ini WAJIB diperbetulkan.Dan anak muda yang membakar semangat pejuangnya TIDAK bisa membiarkan Sang Penguasa terus berkuasa tanpa menghormati HAK MAHASISWA PEDULI!!!
TTT membuka ruang Perbahasan....
The Think Tanker
4.10 pagi
29 April 2010
Kolej Kediaman 1
( TTT mempunyai Paper Mechanical Vibrations hari Jamaat 30 April 2010 jam 9 pagi. TTT sudah lama bersabar dan menunggu masa sesuai untuk menulis kerna keterbatasan waktu akibat jadual Exam yang mendesak. TTT tidak boleh biarkan perkara ini akan terus menghambat Pemimpin Mahasiswa Peduli.Jika Tulisan ini mengguris perasaan sesiapa,TTT tiada niat cuma ingin menegur dan mengkritik Dasar yang pada hemat TTT tidak wajar dan memburukkan suasana Mahasiswa sendiri. Doakan agar TTT dapat melakukan terbaik Paper Mechanical Vibrations ini)