Monday, March 28, 2011

Pandangan Aku tentang Politik Baru & Masa Hadapan Malaysia

1.Kini,usia sudah meningkat ke umur 23 tahun.Seusai jejak ke alam dewasa ini,masih terdetik di hati TTT mengenai persiapan diri TTT sebagai anak muda,bakal graduan(kalau UMP bagi graduate la) dan perlbagai lagi tuntutan yang masih perlu dipenuhi dan dicapai.Persoalan kerjaya atau peluang pekerjaan masih berlegar legar mengisi kotak fikiran.Masakan tidak,kita berhempas pulas mempertahankan Latihan Industri 6 Bulan di akhir semester(GEMPUR) dengan menyatakan sistem LI di akhir semester masih relevan sebagai kurikulum yang bersesuaian dengan kehendak Industri dan sebegainya,takkan lah kita hendak berakhir dengan tidak mendapat pekerjaan.Sedaya upaya TTT mengerahkan tenaga muda,kebijakan dan segala input dan softskills yang ada untuk belajar,melaksanakan segala urusan di tempat kerja dengan sedaya upaya.Dilema kerjaya akan terus menerus menghambat orang muda bila mana landasan pengurusan politik,ekonomi dan sosial masih lagi diambang kritikal di bumi Malaysia terchenta ini.


Kupasan isu Video Seks oleh Dato' Trio

2.Saya mengikuti dengan penuh iltizam setiap rencana-rencana.komentar dan ulasan penganalisis politik,Ahli Politikus(kecuali Dato' Ibrahim Ali),alim ulama dan NGO mengenai isu penyebaran video seks yang dikatakan Pemimpin Utama Pakatan Rakyat.Satu Malaysia mengetahui bahawa modus operandi Dato' Trio ini amat menghairankan seolah olah tiada undang-undang di Bumi Malaysia yang berdaulat ini.Bila melibatkan penyebaran video seks yang begitu berani ini terserlahlah bahawa PASTI ada Sang Penguasa dibelakang Dato' Trio ini. Apa pun andaian dan spekulasi membabitkan video seks ini,pendapat TTT ialah ia telah bermula dnegan cara yang salah dan menyalahi undang-undang.Masalahnya undang-undang kita ditafsirkan sendiri oleh Pak Menteri yang tidak asing lagi,Dato' Seri Nazri Aziz.Beliau yang dahulunya menyatakan kuasa spekaer di Dewan Undangan Negeri Perak bukan keputusan muktamad dan boleh dicabar sehingga Kudetta Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh,tetapi di dalam kes pergantungan Brother Anwar Ibrahim,kuasa Speaker Dewan Rakyat paling tertinggi dan tidak boleh dicabar di mahkamah n etc.Alahai~Kini dengan penuh karismatik,Dato' Seri Nazri Aziz menafsirkan lagi undang-uandang berdasarkan versi beliau bahawa tindakan Datuk Trio ini boleh dianggap legal dan dilindungi.Alahai~

3.Politik Malaysia yang tidak pernah suram dengan skandal,isu yang tidak sudah sudah sejak dari PRU 12 atau Tsunami Politik MAC 2008. Jika tidak keterlaluan,TTT mengganggap ia bermula sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri & Timbalan Presiden UMNO akibat krisis keyakinan Tun Dr Mahathir(dahulu Datuk Seri) kepada anak didik kesayangan beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Syeikh.Siapa yang dapat menyangkal gelombang reformasi diseluruh negara terutama di Lembah Klang begitu memuncak dan menyentuh hati rakyat marhaen di bawah. Semua rakyat di Malaysia tahu Malaysia hanya diperintah oleh Parti Tunggal yang bergabung membentuk Barisan Nasional(dahulu Parti Perikatan) yang dikepalai oleh PEKEMBAR atau nama bahasa Inggerisnya United Malays National Organization atau UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar dan juga teraju lain daripada MCA,MIC,PPP,GERAKAN dan banyak lagi.Sejarah yang terchipta dan warisan pemerintahan yang diperoleh menjadikan Barisan Nasional terus utuh dengan segala sokongan wang ringgit,media yang dikawal seluruhnya baik Utusan Malaysia,New Straits Times,Berita Harian,Star dan siri televisyen  seperti RTM,TV3,NTV7 apatah lagi rancnagan tv berbayar seperti Astro.Gergasi UMNO yang mengawal segala bentuk media sedikit tergugat dengan kehadiran insan yang bernama Lebai Google ataupun Enchik Internet.Dua insan ini yang menjadi kegilaan dan trend masyarakat kini telah membuka ruang seluas luasnya kepada rakyat (mana yang cerdik jer la) untuk membaca catatan sejarah benar dan berita daripada sisi yang berbeza. Suka TTT hendak menyelitkan akhbar Harakah yang wujud sejak 1987 sebagai wadah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) dan rakan-rakan Parti Pembangkang lain untuk menumpang kasih kepada berita di dalam akhbar 2 kali seminggu itu.

Ini zaman,zaman orang muda yang rajin membaca dan terbuka hatinya!

4.Justeru,berbalik kepada maudhuk perbincangan, adalah Politik Malaysia sejak dahulu kala lagi banyak dicorak oleh mereka-mereka yang bernaung di bawah kuasa Gergasi UMNO kerna disitu lubuk rezki,lubuk emas,lubuk kerjaya(siapa pegi BN Youth Jobs Fair???) ,lubuk mak janda dan anak dara dan bermacam macam lagi lubuk-lubuk yang akan terus menerus menjadi pemancing berharga buat mereka yang sukakannya. Bila TTT cuba menyingkap dan membaca sejarah,apatah lagi di dalam beberapa buku Fikrah Politik yang baik seperti Politik Baru karya Datuk Saifuddin Abdullah(sapa mahassiwa tak kenal ini nama,sila terjun lombong ya!), Cerminan Dekad tulisan Ustaz Ridhuan Mohd Nor(sapa Pemuda PAS yang tak kenal ustaz ni sila....apa-apa jer la) dan beberapa lagi buku fikrah yang penuh dengan fakta dan idealisme akan menyentuh dan memberi peranan yang besar kepada golongan yang bernama PEMUDA.Asalkan kamu belia remaja,tenaga yang juat,bercita -cita besar,tangkas pemikiran,hebat idealisme dan sebagainya,kamu bisa digelar PEMUDA. Ironinya,negara berhadapan dengan golongan muda yang sukar dibaca karektornya. Sebagai contoh,jika kita perhatikan,anak muda di Institut Pengajian Tinggi amat tidak menggemari Politik Kampus kerna pelbagai persepsi. Natijahnya,kita kekurangan pemimpin pelapis yang mempunyai karektor dan wibawa serta pengalaman yang cukup kepada kepimpinan negara. Ada beberapa sebab utama antaranya sikap pentadbir dan suasana mahasiswa di 'tarbiyyah' dengan pelbagai ugutan,sekatan,pendekatan legalistik dan sebagainya.Sehingga mereka yang bangkit berjuang,bersuara,yang peduli akan terus dipandang serong dan jelik di mata penguasa. Ingat,sikap dingin dengan anak muda@mahasswa akan menyebabkan generasi muda yang bergraduan dan ditempatkan di dalam masyarakat akan jadi lumpuh dan hanya memikirkan isi perutnya sendiri.Tiada sumabangan pada masyarakat,tiada sumbangan pada surau dan kariah,tiada sumbangan pada sekolah lama dan yang lebih menyedihkan tiada sumbangan kepada ibu bapa dan keluarga.


5.Mahu atau tidak mahu,masa hadapan Malaysia sebagai bumi yang sangat bertuah ini perlu disandarkan kepada budaya Politik Baru yang lebih dinamik,integriti dan berlandaskan kepada keadilan yang hakiki.Siapa yang mahu ambil peduli? Takkan nak harapkan Perdana Menteri Malaysia semata.Takkan Dato' Sri Najib nak bergantung pada slogan 1Malaysia sampai ke akhir usia.Syndrome hanya Perdana Menteri bisa merubah segala galanya perlu dibuang jauh alam kotak fikiran pemuda Malaysia.Kita lah yang bertanggungjawab untuk meletakkan budaya Politik Baru di dalam kerangka yang lebih jelas dari sudut pelaksanannya.Usah merendah diri dengan kebolehan sebagai Pemuda(walaupun ramai Sang Penguasa,Orang berpngkat tinggi n Profesor Kangkung yang suka merendah rendah martabat orang muda@mahasiswa) kerna kita bukan sahaja perlu mewarisi bebanan yang akan ditinggalkan oleh mereka bahkan kita perlu mentadbir dan  melaksanakan perubahan baharu. InsyaAllah,saya suka mengungkap kata-kata dariapda Profesor Madya Dr Abu Hassan bahawa jika baik Politik,maka baiklah Ekonomi dan juga baiklah sosial.

Rutin Kehidupan sebagai Pejuang di atas Muka Bumi Allah...

6.Bagi teman-teman TTT yang sedang berlatihan industri mahupun telah bekerja,inilah saat dan ketikanya kita berperanan sebagai Maahssiwa yang berbakti kepada masyarakat tanpa mengira lapisan apa jua. Kini,TTT sedang berhempas pulas menyiapkan pasukan nasyid Soutul Jawahir daripada Sek Kebangsaan Taman Permata(dahulu TTT bersekolah di sini sejak Tahun1 sehingga Tahun 6) untuk ke Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Gombak.Adik-adik yang mejadi penasyid ini seramai 9 orang amat komited dengan setiap latihan. Dengan percussion lagi,betapa sukarnya kita mahu membentuk pasukan nasiyd sekolah rendah yang benar-benar mantap baik segi vokal,gaya dan percussion. TTT juga sedaya upaya mendisplinkan diri mengikut usrah,siri ceramah baik ceramah Politik mahupun agama agar tidak luntur minat kepada senario Politik Malaysia.Beberapa pertemuan bersama tokoh dalam lapangan masing-masing sempat TTT usahakan seperti pertemuan bersama Sdr Ahmad Lutfi Othman,Ketua Pengarang Harakah,Dato' Seri Mustapha Mohamed,Menteri MITI di kediaman beliau,YB Saari Sungib(Adun Hulu Klang) dan sebagainya agar kita terus upaya menyampaikan pesanan dan nasihat bersama.

7.Apa jua cabaran di alam baharu ini,pasti TTT akan terus merindui suasana kampus yang lebih dinamik dan idealis.Solat jemaah,usrah,pertemuan dnegan tokoh Pemimpin Universiti,sumbang saran dengan ustaz dan ulama sekitar Kuantan,beberapa siri rapat umum,latihan Suksis dan kepolisan,pergelutan dengan Sang Penguasa,memperjuangkan hak mahasiswa,study dan assignemnet(teringat ker???) amat memberi kesan kepada siapa diri TTT ini.Semoga kita akan diperytemukan lagi di bumi Gambang dan Pekan nanti.

The Think Tanker
29 Mac 2011;12:09am di Taman Permata Hulu Klang

Thursday, March 24, 2011

GERAKAN ANTI HIBURAN MELAMPAU (GERAM)


BERHUBUNG PERSEMBAHAN PENTARAMA PADA 23 MAC 2011

 
Kepada:


YH. Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim
Naib Canselor
Universiti Malaysia Pahang

 
 
Spesifikasi program adalah seperti di bawah:


 
Tarikh: 25 Mac 2011 (Hari ini)


Masa: Sejurus selepas solat Jumaat


Tempat: Perkarangan Masjid UMP, Gambang


Tema Pakaian: Merah, Hitam, atau Merah + Hitam

 


OLEH DEMIKIAN, SEMUA MAHASISWA & STAFF UMP DIJEMPUT HADIR KE TAPAK PROGRAM SEBAGAI TANDA SOKONGAN DAN PRIHATIN ANDA SEBAGAI WARGA UMP


 

 
 
“Solidariti Mahasiswa UMP”

Tuesday, March 1, 2011

Meneruskan Perjalanan Yang Semakin Sukar

Kita tidak akan tahu apa yg berlaku di hadapan kita,maka teruslah melangkah dengan berani,usah gentar dengan cabaran dan teruskan perjuangan dengan tabah!

1. Sebelum mengulas lebih lanjut,suka TTT mengucapkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada komentar yang telah memberikan sokongan,kritikan,menasihati dan mendoakan agar diri TTT sentiasa berada dalam golongan orang yang mendapat pengampunan.Secara peribadi,TTT sangat menghargainya.

2.Juga tidak dilupakan kepada Sang-Sang Anonymous yang begitu lanchang menghina peribadi TTT dan ibu bapa TTT,kita serahkan kepada Tuhan Yang Maha Memberi Penghakiman di timbangan Al Mizan kelak. Sesungguhnya,bila mana kita berada di landasan manusia yang mehu melakukan perubahan,menjadi penggerak kepada budaya bersuara kritikal di dalam kampus,pastinya banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita hadapi. Rentetan itu,TTT menekuni setiap komentar dan kita yakin bahawa kebenaran suara Mahasiswa akan tertegak juga dan dipandang berat oleh Sang Penguasa.

3.Sebelum itu,belum terlewat TTT mengucapkan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) sesi 2011/2012 dibawah kepimpinan Sdr Fazli sebagai Yang di-Pertua MPM Baharu dengan barisan kabinet yang akan menggalas suara Mahasiswa UMP. Tahun 2011 akan menjadi tahun yang sangat mencabar dan nasihat TTT ialah antum semua perteguhkan idealisme,eratkkan ukhwah sesama teman-teman MPM dan berjuanglah atas dasar kepentingan mahasiswa UMP.Peduli lah dengan setiap aduan walaupun ia sekecil kecil aduan.

4.TTT mendapat panggilan telefon daripada seorang Pegawai HEP UMP pada minggu lepas yang menyatakan beliau sudah dilantik memegang MPM pada sesi kali ini.Sesungguhnya inilah berita baik dan kemenangan kepada para Mahasiswa Peduli UMP yang lantang mengkritik pegawai HEP yang tidak kompeten,tidak mesra Mahasiswa apatah lagi banyak birokrasinya dan bermacam macam ragam lagi.TTT menyambut baik hasrat Pegawai HEP tersebut yang menghubungi TTT menyatakan kesudian beliau mendengar pandnagan daripada mantan YDP mengenai MPM dan sebagainya.

5. Kita akui bahawa hubungan yang baik di antara HEP dan MPM akan sangat menguntungkan Mahasiswa secara amnya.Namun,perlu kita waspada bahawa HEP dan MPM merupakan entiti yang sangat berbeda. MPM merupakan badan eksekutif Mahasiswa yang dipilih secara demokrasi oleh Mahasiswa untuk berbakti kepada Mahasiswa dna menjaga kebajikan Maahsiswa.Manakala HEP merupakan Jabatan yang pegawai-pegawainya merupakan penjawat awam dan mempunyai komitmen kepada Pihak Pentadbiran Universiti dan Kerajaan Malaysia.Justeru,jika bertembung sesuatu isu dan pergeseran yang tidak favour kepada Pihak UMP mahupun Kerajaan Malaysia,TTT yakin 100% pihak HEP akan dominan menyokong dan mempertahankan Pihak UMP /Kerajaan Malaysia. Suka TTT ingatkan bahawa MPM ialah sangat berbeda dan kita bisa bergerak sendiri atas kepasiti Pemimpin Mahasiswa dan boleh membuat keputusan,merancang dan sebagainya.Inilah yang menjadi sangat kritikal kepada Pimpinan Mahasiswa kini.

6. Jika mengimbau zaman TTT menjadi salah seorang di dalam Pimpinan Mahasiswa,kita meminta secara terbuka kepada Dato' VC untuk meng'hak upaya' Mahasiswa di dalam beberapa aktiviti penting seperti MINDS dan Expoconvo dan sebagainya. Makna meng'hak upaya' Mahasiswa ialah Mahasiswa bisa merancang,membuat keputusan,mengendalikan mesyuarat Induk atau sekurang kurangnya partisipasi di dalam setiap mesyuarat tertinggi dan menggerakkan aktiviti di Kampus. Bukan lagi Mahasiswa hanya menjadi 'buruh kerja' yang akan ditugaskan di tempat-tempat yang hanya memerlukan 'tenaga muda' Mahasiswa semata. Lebih melelahkan lagi,Mahasiswa hanya berperanan menjadi mengisi tempat kosong di dalam sesuatu majlis dan menjadi penghabis makanan yang disediakan.Ini amat menyedihkan seandainya peranan Mahasiswa hanya diiktiraf sedemikan rupa.

7.Jika kita membaca buku Politik Baru tulisan Datuk Saifuddin Abdullah ,beliau secara terangan bersetuju bahawa Mahasiswa di Malaysia tidak begitu mahu partisipasi di dalam aktiviti yang berbetuk advokasi. Kaedah Mahasiswa berhadapan dengan pergeseran pendapat,idealisme dengan Pihak Kerajaan ataupun Pentadbiran Universiti seringkali di anggap tidak beradab ataupun kurang ajar.Walhal,perkara utama yang perlu diperhalusi ialah adakah isu yang diperdebatkan mempunyai asasnya ataupun tidak. Selain itu,kaedah legalisitik yang seringkali dihamburkan oleh Penguasa di Universiti kepada Pimpinan Mahasiswa hanya akan membantutkan budaya advokasi Maahsiswa.

8.TTT mempunyai teman dari Indonesia yang mengambil Political Science yang kini berada di dalam program Exchange Student di Universiti Malaya.Baru kelmarin TTT berkesempatan bertemu dan membawa teman TTT ini berjalan-jalan dan kami berbincnag mengenai hubungan Malaysia-Indonesia,isu-isu panas antaranya Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI),isu kes dera amah,isu Ganyang Malaysia dan sebagainya. Perkara yang paling memedihkan hati TTT ialah bila mana temanTTT dari Indonesia ini secara terbuka menyatakan bahawa Mahasiswa Malaysia sangat pasif di dalam kuliah. Dosen beliau sendiri memberi pesanan kepada teman perwakilan Indonesia agar tidak bercakap POLITIK di Malaysia kerna di Malaysia melarang mahasiswa bercakap dan berbincang politik. Ini pandangan realiti betapa rendahnya martabat Mahasiswa Malaysia bila mana kita orang muda terpelajar di kampus tidak bisa berpolitik ketika di Kampus dengan alasan mengganggu pelajaran,memecah belahkan mahasiswa dna sebagainya.Alahai~

9.Pandangan TTT  ialah AUKU yang digubal sejak 1971 ini telah membunuh budaya berfikir,bersuara secara lantang dan kritikal kepada golongan mahasiswa.Jangankan Mahasiswa Kejuruteraan tidak dibenarkan berpolitik,Mahasiswa Sains Politik pun seakan akan disekat oleh Sang Penguasa di Universiti. Bila mana AUKU dipinda secara serius pada tahun 2009 dan Speaker Corner mula dibuka kembali dengan harapan Mahasiswa kembali kritikal,TTT berasakan perjalanan untuk menghidupkan budaya Mahasiswa Kritikal ini masih terlalu awal.Apatah lagi masih ramai Sang Raja di Rimba di HEP dan di dalam Universiti yang terus menerus memperlekeh peranana dan kuasa Mahasiswa.Segalanya perlukan masa dan perubahan mesti dan Wajib hadir daripada Mahasiswa sendiri.

10. Kini,sudah masuk bulan ke-3 TTT berlatihan industri di Setiawangsa. Maka,tinggal lagi 3 bulan lagi TTT berkesempatan menggunakan gelaran Mahasiswa.Sesungguhnya,kehidupan Mahasiswa di dunia realiti dan lapangan masyarakat amat memerlukan daya tahan yang kuat. Mana mungkin kita bisa berbakti kepada masyarakat,mahupun menjadi pemuda yang kritikal sekiranya tangan dan kaki Mahasiswa ketika di kampus di'gari' dan terus diperlekeh seperti budak hingusan. Moga kita semua dapat meneruskan sisa sisa baki perjalanan hidup ini yang semakin sukar dengan penuh bermakna.


TTT sudah berumur 23 tahun dan berada di Tahun Akhir Pengajian di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaysia Pahang.Kini sedang menjalani Latihan Industri di Setiawangsa.


TTT ialah Mahasiswa Peduli,anda pula siapa???