Wednesday, March 31, 2010

Minggu2 Terakhir Semester Yang Mencabar!



SELAMAT MENDUDUKI MINNGU PEPERIKSAAN DI SELURUH IPTA/IPTS


  • 1.Ketika ini,TTT bersama sama teman teman yang lain sedang bertungkus lumus menyiapkan Report Projek Sarjana Muda 1 atau PSM1 untuk dibentangkan dihapadan panel pada 12-15 April ini.

  • 2.Selain itu,teman teman yang lain juga sibuk mengulang kaji pelajaran akhir semester,melunaskan Lab Report yang tertunggak,kuiz dan assignment yang tetiba sahaja menggunung tinggi akibat sikap suka bertangguh.huhuh. Ini termasuk dengan minggu Test 2 yang melanda warga Kampus UMP. Semua memerlukan kebijakan dan kesabaran kendiri Mahasiswa sendiri.

  • 3.Nasihat TTT,jangan mengeluh tetapi tetap terus melangkah kehadapan walaupun kita tidak cukup persediaan.Kerja yang bertangguh walaupun sudah tertangguh,tetap perlu dilunaskan dan diselesaikan agar carrymark tidaklah seteruk mana.Dunia dunia~huhuhuhu.

  • 4.Peperiksaan Akhir Semester akan bermula pada 19April 2010 sehingga 30 April 2010.Satu tempoh masa yang memeritkan tetapi perlu dilalui oleh semua Mahasiswa.

  • 5.Demam peperiksaan dan penyakit Insomnia pasti menjelma.Cumanya,jangan sampai sakit melanda diri sehingga kita tak dapat buat yang terbaik untuk Final Exam kita. Mari kita bertungkus lumus memerah keringat muda kita untuk menyelesaikan urusan akademik seterusnya memecut dengan halaju tertinggi pada semester hadapan(semester Akhir sebelum Latihan Industri)

  • 6.Minta lah pada Allah Maha Bijaksana,rajin rajinlah menelefon orang tua kita di kampung,(Kurang kurangkan telefon pakme~pakwe dan makwe),kita minta restu dan keampunan agar dipermudahkan segala urusan.Kita minta pada Tuhan agar urusan akademik tidak membelenggu kita sehingga lupa nak Solat Jemaah,lterlalu sibuk nak siapka PSM sampai Al Quran tak terbaca dan tak pernah nak luangkan masa mendengar majlis Ilmu di Masjid dan surau.Astaghfirullah,batapa kita banyak lalai dengna urusan dunia semata.

  • 7.TTT ucapkan selamat maju jaya dan mari kita teruskan aktiviti Kemahasiswaan kita walau di mana kita berada!Hidup Mahasiswa!

Monday, March 29, 2010

Next,Takkan UMP Pekan IPTA seterusnya?

Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera




KUALA TERENGGANU, 29 Mac — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.



Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.



Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.
Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.
Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini. — Bernama


Jangan UMP jd sudah terhantuk,baru terngadah
 
TTT

Wednesday, March 24, 2010

Taklimat & Perbincangan Isu Penginapan Sidang Akademik 2010/2011

Hebahan kepada seluruh Mahasiswa Peduli, malam ini:

Khamis 25 MAC 2010


8.15PM


Auditorium Perpustakaan UMP Gambang

Dekan JHEPA Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin
turut hadir menyampaikan taklimat.


Seluruh Pimpinan Mahasiswa WAJIB hadir dan kita suarakan HAK kita dan suara kita.

TTT hadir lewat kerna ada class Mechanical Vibrations jgk malam ni.

The Think Tanker

Tuesday, March 23, 2010

(UPDATE)Isu UMP Pekan: Mahasiswa Bakal MEREMPAT lagi???

Gerakan Mahasiswa Jangan Berpecah,Kita Bersatu Perjuang Hak Bersama 

  • 1.TTT mendapat maklum balas yang sangat positif daripada teman2 Mahasiswa mengenai pendedahan awal TTT mengenai beberapa keputusan di Peringkat JHEPA berkenaan perpindahan Mahasiswa Tahun 3 & 4 FKM dan FKEE ke UMP Pekan.TTT perlu mengucapkan jutaan penghargaan komentar teman2 Mahasiswa UMP yang cukup lantang menyuarakan kebimbangan kita mengenai perkembangan terbaru ini.
 
  • 2.Secara tuntas,kita sebagai Mahasiswa perlu meneliti kembali beberapa fakta penting untuk rujukan bersama:
  • i)Perpindahan Mahasiswa FKM & FKEE ke Kampus UMP Pekan mesti diteruskan walaupun jadual asal perpindahan ke UMP Pekan ialah pada Bulan Disember 2009.Selain itu dengan kapasiti kemasukan Mahasiswa Baharu Intake Julai yang dianggarkan sekitar 2000 pelajar menyebabkan Kolej Kediaman di UMP Gambang tidak dapat menampung semua Mahasiswa UMP.

  • ii)Fasa 1 Kolej Kediaman UMP Pekan yang boleh memuatkan Mahasiswa seramai 640 orang telah mengalami kelewatan dari sudut dateline siap.Jika kita buka balik minit mesyuarat MPP yang lepas,telah dinyatakan tarikh asal Kolej Kediaman Fasa 1 siap pada bulan Disember 2009 sebelum dilanjutkan kepada bulan Mac 2010.Berdasarkan kondisi semasa Kolej Kediaman Fasa 1 ini,TTT menganggarkan siap sepenuhnya pada bulan June 2010.Ini belum lagi diambil kira pemasangan bekalan Air,Eletrik,Internet dan Sijil Layak Menduduki atau CF dan sebagainya.Bahkan,banyak lagi perkara yang perlu difikirkan oleh Pihak Pengurusan UMP terutama JHEPA dan JPPH mengenai kemudahan asas,kefeteria( takkan nak terus menerus makan sepanjang hari di Kafe Kanopi 5 Bintang?),trasnportation dll. Pokoknya,masih banyak keraguan di hati Mahasiswa FKM & FKEE mengenai pelan perpindahan ke UMP Pekan ini. Tidak juga dinafikan bahawa perpindahan ini memudahkan bagi kami Mahasiswa Tahun Akhir menyiapkan Projek Sarjana Muda 2 kami dengan lebih berfokus.Tidaklah TTT ingin menafikan kebaikan cuma kekurangan serta kepincangan yang terlalu menghantui benak pemikiran TTT yang menyebabkan hampir semua Mahasiswa berfikiran sedemikian.
  • 3.TTT menyeru dengan cara baik dan berhemah dengan kebijaksaan yang masih waras kepada seluruh Mahasiswa UMP terutama FKM & FKEE agar kita bersatu hati dan elak perpecahan sesama kita.Ini hanya menguntungkan pihak pihak tertentu yang cukup suka melihat Gerakan Mahasiswa UMP berbalah sesama kita,menuding jari semata tanpa ada sifat berlapang dada.\
 
  • 4.TTT berpeluang berjumpa dengan Sdr Khaliq,Naib Yang Dipertua MPP UMP sesi 2009/2010 untuk mengadakan seberapa segera pertemuan bersama Pimpinan Mahasiswa di peringkat Persatuan Fakulti dan kita tentukan hala tuju perjuangan Mahasiswa di UMP Pekan.
 
  • 5.Kemudian,marilah kita bergandingan mencari solusi terbaik agar tuntutan Mahasiswa dapat diambil jalan penyelesaian yang terbaik. Bagi teman2 Mahasiswa yang bergelojak hati muda ingin mengadakan Rapat Umum,TTT mengambil jalan tengah agar kita berikan kepercayaan kita dahulu kepada teman2 Pimpinan Mahasiswa untuk mereka menyelesaikan beberapa perkara seperti soal tuntutan dan memorandom yang tepat untuk dibawa ke Pihak Pengurusan UMP.
 
  • 6.Ayuh,tekadkan hati,bulatkan muafakat,satukan Idealisme Mahasiswa PEDULI dan kita bertindak pada masa yang PALING sesuai.
 
  • 7.Sudah sampai masanya kita perbanyakkan Pidato Mahasiswa mengenai isu terkini UMP,forum2 bebas yang berdiskusi mengenai hala tuju UMP dari perspektif pandang sisi Mahasiswa,majlis majlis ilmiah berbicara soal masa depan UMP terchenta,debat Mahasiswa yang bicara soal dasar dasar yang menekan Mahasiswa selama ini dan sebagainya.
Hidup Mahasiswa!

The Think Tanker


Terlalu Bersabar,Jangan sampai Pijak Kepala Kami!!!
  • 1.Isu perpindahan UMP Pekan akan terus menjadi isu hangat dihati setiap Mahasiswa Fakulti Mekanikal dan Fakulti Eletrik & Eletronik. Seingat TTT banyak kepincangan yang telah didedahkan sama ada isu kelewatan dateline kampus UMP Pekan siap,siling bocor hampir mencederakan Mahasiswa kita,isu perkhidmatan bas catar UMP yang hampir meragut nyawa Mahasiswa dengan kondisi bas yang tidak selayaknya dinaiki apatah lagi insiden kemalangan demi kemalangan dengan alasan bas catar tiada break... 
  • 2.Terlalu banyak perkara yang boleh menyebabkan kemarahan darah muda Mahasiswa boleh meletus kerna isu yang telalu menghambat kehidupan Mahasiswa UMP apatah lagi di peringkat pengurusan. Yang peliknya,TTT salute kerna dalam hambatan isu yang tidak sudah sudah,kita masih lagi boleh berfikir secara waras dan matang tanpa sebarang provokasi melampau kepada pengurusan UMP.
  • 3.TTT mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Pihak Pengurusan Kolej Kediman atau lebih tepat lagi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(JHEPA) telah bermesyuarat pada 18 Mac 2010 dan diikuti pad 19 Mac 2010 dan keputusan Mesyuarat telah memutuskan secara tidak rasmi bahawa Mahasiswa FKM & FKEE Tahun 3 dan 4 tidak boleh request untuk duduk di UMP Gambang sebaliknya perlu menduduki kediaman baharu di UMP Pekan terchenta.

  • 4.TTT sangat terkejut dengan pendedahan ini dan kita semua sedia maklum bahawa status Kolej Kediaman di UMP Pekan amat menyedihkan.

  • 5.Seingat TTT,sepanjang bermesyuarat dengan Pihak JHEPA,tarikh sebenar Pihak Kontraktor perlu menyiapkan Kolej Kediaman di UMP Pekan ialah pada bulan Disember 2009. Dan atas beberapa sebab teknikal daripada pihak kontraktor,mereka meminta dilanjutkan dan Pihak UMP bersetuju melanjutkan lagi tarikh perpindahan Mahasiswa ke UMP Pekan ini.

  • 6.Dekan JHEPA,Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin dalam satu pertemuan bersama MPP dan Presiden Kelab & Persatuan Fakulti pada 30 Oktober 2009 di Conference JHEAA telah menyatakan tarikh siap Kolej Kediaman di UMP Pekan ialah pada bulan Mac 2010. TTT sangat bimbang kerna kita semua menyaksikan proses pembinaan Kolej Kediaman di UMP Pekan amat menyedihkan dan ia seperti penyeksaan dalaman yang berterusan apabila dikhabarkan Pendaftaran secara Online untuk penempatan di KK1,KK2,KK4 di UMP Gambang tidak dibuka pada Mahasiswa Tahun 3 & 4 FKM dan FKEE.

  • 7.TTT juga mendapat maklumat bahawa tarikh sebenar Kolej Kediaman di UMP Pekan ialah hanya pada bulan April atau sehingga bulan June 2010.Apakah ini?

  • 8.TTT ingin bertanya,siapakah yang berhak memutuskan bahawa Mahasiswa FKM &FKEE akan berpindah ke UMP Pekan tanpa ada plan komfirmasi bahawa bilakah tarikh sebenar Kolej Kediaman UMP Pekan siap sepenuhnya. Ini belum lagi bicara soal utiliti seperti api dan air,kemudahan Internet yang sangat mendesak dan sebagainya.

  • 9.TTT ingin melontarkan apakah Mahasiswa kita terpaksa merempat sekali lagi apabila tarikh janji nak pindah terpaksa dipostpone sehingga ke suatu tarikh yang tidak pasti??? Apakah pengurusan UMP ingin mengulang sejarah pahit Kolej Kediaman ke 4 yang dilemparkan 1001 janji dan akibatnya Mahasiswa tidak dapat berpindah dan merempat dengan dahsyatnya di KK1 dan KK2??

  • 10.TTT bercakap sebagai seorang Mahasiswa Peduli yang berasakan Pihak Pengurusan UMP telah terlalu mengabaikan kami selama ini dalam segala segi.Saya ingin mengadu bagi pihak Mahasiswa yang belajar di UMP Pekan bbahawa kita telah sangat PENAT dan sangat BERSABAR selama ini. 

  • 11.Andai isu Kolej  Kediaman UMP Pekan ini meletus dan TTT ingin bagi amaran kepada pegawai pegawai UMP yang masih tidur disiang hari bahawa sudah sampai masanya Mahasiswa mengetuk pintu pejabat anda yang berhawa dingin dan menyampaikan mesej jelas>>Mahasiswa Menuntut Hak Kebajikan Sewajarnya!!!!

 Ini merupakan gambar terbaru bertarikh 23hb Mac 2010 mengenai progress Kolej Kediaman UMP Pekan.

Apa tuntutan kita??
  • 1.Pihak Pengurusan UMP dan Fakulti perlu segera mengadakan dialog dan penerangan semasa mengenai isu perpindahan ke UMP Pekan.Berdialog lah dengan Mahasiswa FKM & FKEE mengenai UMP Pekan dan status terkini.
  • 2.Kita minta supaya keputusan mesyuarat tempoh hari yang menyatakan Mahasiswa Tahun 3 & 4 FKM dan FKEE pindah ke UMP Pekan ditarik balik dan perlu ada kutipan suara secara referendum agar semua suara kami didengar dan keputusan dapat dibuat bersama.
  • 3.Mahasiswa FKM & FKEE sudah banyak bersabar dan kami inginkan respon seberapa segera oleh pihak Pengurusan UMP sendiri diketuai oleh Pihak Dato' Naib Canselor,Ayahanda kami.Terima kasih.
Hidup Mahasiswa!

The Think Tanker

Saturday, March 20, 2010

Perkasakan Suara Mahasiswa,Bukan Mengugut Ikut Telunjuk!!!


Bahagian II:Berani Kerana Benar,Takut Kerana Jahil & Bacul





  • 1.Pimpinan Mahasiswa mesti mempunyai karakter dan hujjah yang perlu ditegakkan untuk terus kekal relevan di hati Mahasiswa dan masyarakat. Pandangan pimpinan Mahasiswa mesti jelas mendukung prinsip keadilan dan membawa perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik di peringkat kampus atau sekitar kehidupan masyarakat.

  • 2.Pimpinan Mahasiswa mesti tegas mempertahankan prinsip dan usah gentar dengan cabaran andai kita di pihak yang benar.Lakukan tugas kita dengan matang,ikhlas dan penuh passionate tanpa mengira waktu,wang ringgit dan sebagainya.

  • 3.Pandangan TTT mudah, Pimpinan Mahasiswa tidak boleh terikat dengan mana mana pihak sehingga menyebabkan sukar untuk memperjuangkan hak Mahasiswa dan menyatakan kebenaran. Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sudah acapkali mengingatkan bahawa tugas universiti atau lebih khusus lagi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni perlu melakukan transformasi segera dan membantu membangunkan Mahasiswa. Ia sebagai tempat memudahkan bukan menyusahkan,memberi nasihat bukan amaran, memberi optional bukan arahan, membuka ruang praktik demokrasi bukan menghimpit Pimpinan Mahasiswa dengan retorik AUKU semata.

  • 4.TTT berpendapat bahawa Pimpinan Mahasiswa boleh berjumpa dengan mana mana penjawat awam atau sesiapa sahaja tanpa perlu rasa takut dan ragu ragu.Pokoknya,Pimpinan Mahasiswa mesti tahu apa tujuan dan apa yang dilakukan dapat memberi mafaat kepada seluruh Mahasiswa dan masyarakat.

  • 5.Ingatlah,kuasa Mahasiswa atau Student Power merupakan kuasa keramat yang tidak mungkin dapat dilemahkan dengan kekangan dan halangan si Penghimpit Demokrasi yang jelik di Universiti. Mesti suburkan demokrasi dengan amalan diplomasi yang tinggi,ruang lingkup perbahasan dan perbincangan yang terbuka seperti debat,pidato,forum,bedah buku,diskusi terbatas dan semestinya amalan berhimpun dan menyatakan pendirian mesti diamalkan kerna perlembagaan Malaysia memberi peuntukkan dan kita mesti menggunakan sebagai amalan demokrasi yang sehat.

  • 6.Pimpinan Mahasiswa wajib membaca dan meneliti perkembangan terkini didalam kampus atau dunia mengenai isu pelbagai seperti kebajikan Mahasiswa terutama soal keperluan seharian,peluang pekerjaan,keadaan ekonomi semasa negara dan pelbagai lagi perkara yang berfaedah.

  • 7.Terlalu banyak perkara  dan masa yang ada untuk pimpinan Mahasiswa memupuk budaya ilmu yang sehat dan menfaat kepada perkembangan intelektual Mahasiswa kita. TTT sangat terkejut dan kecewa apabila sudah mula budaya chintakan kepada hiburan menjadi jadi. Apalah hina sangat pimpinan Mahasiswa yang dihidangkan dengan konsert mini murahan yang prosedur pelaksaannya meragukan, struktur organisasi penganjur yang kurang meyakinkan dan paling penting mencabar kewibawaan Nilai Teras UMP yang kita junjung selama ini. Atau pihak penganjur program sudah lupa asas UMP ini datang daripada Nilai teras UMP. Jangan setiap kali kalau hendak menghalalkan acara hedonisme seperti konsert mini ini asyik2 menggunakan nama Dato' Naib Canselor dan diselang selikan dengan dendangan nasyid penyedap hati.TTT naik muak dengan alasan yang cukup murahan.Alahai murahnya sogokan kepada Mahasiswa.TTT hampir mengalir air mata kerna si Penganjur terlalu berani.Anda sedang mencabar kewibawaan Pimpinan Mahasiswa Peduli.

TheThinkTanker
*Pimpinan Mahasiswa TTT tujukan kepada seluruh Mahasiswa PEDULI

Wednesday, March 17, 2010

Bila Pemimpin Leka di Putrajaya, rakyat tak berdosa menjadi MANGSA!!!

'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya







Penduduk halang TNB dirikan menara







  • 1.Bila kita perhalusi,inilah realiti dan hakiki.Terlalu banyak peristiwa tidak puas hati dan tidak berlaku adil dilakukan kepada rakyat yang lemah.

  • 2.Mahasiswa yang membaca artikel ini berasa sangat terpanggil untuk menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia wajib melakukan lebih daripada apa yang telah ada sekarang.Semakin tinggi taraf pendidikan dan kualiti hidup,semakain tinggi expectation rakyat teruatama golongan Mahasiswa dan golongan kelas pertengahan. Adakah diam membisu akan mengubah semuanya? Tidak sama sekali.

  • 3.Apakahjawapan para pemimpin???>>Manakala Shafie(Dato' Sri Shafie Apdal) pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'

  • 4.Ya Allah Pak Menteri,tolonglah jangan buat statement sebegini lagi di masa hadapan. Peringatan jua ditujukan kepada Pemimpin Mahasiwa dan sapa jua anda yang bergelar Pemimpin. Bertanggungjawab lah dan berilah kenyataan yang benar dan adil serta serius. Berkatalah benar walaupun ia PAHIT.

  • 5.Yeah kemungkinan penyerahan memorandom daripada penganjur Demonstrasi sedikit aman tapi bukanlah itu maksudnya perjalanan demonstrasi seramai 2000 orang asli teraniaya ini sia sia semata hanya ingin berjalan jalan?Ya Ampun...

  • 6.Inilah penangan media baharu,kalau kia lihat laman web Utusan Malaysia,TIADA langsung ditonjolkan berita atau peristiwa sebegini.Adakah Malaysia ini sememangnya doktirin media berkempen bahawa Malaysia sungguh aman tanpa ada masalah yang serius??

  • 7.Mari kita bongkar isu rampasan TANAH Orang Asli ini dan bantahan penduduk Kampung Sg Terentang, Rawang terbela...
The Think Tanker....

Friday, March 12, 2010

Dato' Sri Najib,Sila Singgah Santai Ke UMP Pekan!!!

Najib Bersantai Dengan Warga UKM, Dapat Reaksi Positif





Dato' Sri,seandainya Pegawai Dato' Sri ada terbaca blog saya,atau terlihat mana mana rayuan ini, Saya pohon dengan penuh rendah diri sebagai Mahasiswa Mekanikal di UMP Pekan,Tempat khidmat bakti Dato' Sri Najib agar dapat singgah sebentar beramah mesra dengan MAHASISWA UMP di Pekan  yang hilang semangat untuk rasionalkan diri bahawa Perpindahan UMP Pekan merupakan suatu rancangan yang successful.

Saya mencadangkan agar Dato' Sri hadir dan melihat sendiri ,berbicara sendiri dengan Mahasiswa UMP bahawa segala kelengkapan n kemudahan di UMP Pekan terabai dek kerana keputusan mengkehendaki Fakulti Mekanikal dan Eletrik berpindah ke Pekan dengan tergesa gesa tanpa referendum dibuat dan didengar suara hati kecil Mahasiswa Mekanikal dan Eletrikal.

Saya penuh rendah diri menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia wajar datang melawat dan memberi inspirasi kepada Mahasiswa bakal Jurutera di UMP Pekan.


The Think Tanker...


Thursday, March 11, 2010

After 3 Idiots,Hindi Movie Taare Zameen Par is next to watch!!!


Taare Zameen Par

The film tells the story of eight year old Ishaan (Darsheel Safary) who suffers greatly until a teacher (Aamir Khan) identifies him as dyslexic. Both commercially and critically acclaimed, Taare Zameen Par is the winner of the 2008 Filmfare Best Movie Award and the 2008 National Film Award for Best Film on Family Welfare. It was declared tax free by the Government of Delhi.










TTT syorkan semua Mahasiswa peduli mencari di sharing atau di kedai CD untuk membeli dan menonton filem ini. Sebuah hasil produksi Aamir Khan yang menyentuh perasaan.



The Think Tanker

Wednesday, March 10, 2010

Bahana Pemimpin Mahasiswa ikut telunjuk seperti Kerbau dicucuk Hidung!


Bahagian I


Pemimpin Mahasiswa Perlu Lantang Untuk Terus Kekal Relevan!


  • 1.Sepanjang pengalaman TTT dipilih oleh Mahasiswa sebagai MPP,banyak perkara dan insiden telah berlaku. Pastinya corat coret rentetan apa yang telah berlaku mematangkan dan mendewasakan Kepimpinan TTT dan teman teman yang lain. 

  • 2.TTT ingin melontarkan beberapa perkara yang terjadi untuk kutipan pengalaman dan pengajaran buat Pemimpin Mahasiswa yang lain. Pertamanya,Pemimpin Mahasiswa mesti lantang bersuara dan bersifat kritikal andai ingin terus kekal relevan di hati Mahasiswa UMP. Isu dan permasalahan di setiap benak hati Mahasiswa perlu dibela dan diperjuangkan walau diri kita akan dipalit kritikan dan tohmahan oleh sesetnganh pihak tetapi Pemimpin Mahasiswa perlu ada prinsip yang jelas dan mapan tanpa kompromi. Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP bukan badan membuat aktiviti semata. Ini jelas dan muktamad. Kalau kita rujuk AUKU sekalipun,MPP bertujuan untuk memperjuangkan kebajikan Mahasiswa dan hak hak yang tidak terbela.Kalau tidak MPP ,siapa lagi yang boleh diharapkan? Lantang tidak bererti kita derhaka,Lantang tidak bererti kita tidak patuh,tetapi lantanglah bersuara dengan hujjah dan penyelesaian. Pemimpin Mahasiswa tidak boleh hidup dalam keadaan playsave atau hendak win win sentiasa.

  • 3.Sepanjang kepimpinan TTT,banyak perkara sama ada perkara baik atau tidak baik telah berlaku dan banyak mendidik kewibawaan kita sebagai Pemimpin Mahasiswa. Ada suatu ketika,TTT pernah dimarahi oleh Dato' Naib Canselor dan Datin Fazia kerna tidak bertndak cepat memaklumkan kepada mereka tentang fitnah mengenai perpindahan Mahasiswa KK2 yang diberi notis 24 jam. Masih terngiang ngiang bicara Dato' Naib Canselor bahawa MPP tidak bertindak cepat dan hanya ingin playsave atau menyembunyikan perkara yang benar semata agar semua nampak chantek di mata pentadbir UMP. Ini jelas mencabar kewibawaan TTT sebagai YDP ketika itu. 





  • 4.Sewaktu dialog di rumah Dato' Naib Canselor,tidak semua perkara yang baik dan dipersetujui bersama dibincangkan. Ada beebrapa isu yang TTT bertegas dan tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Naib Canselor. Sebagai contoh isu kebudayaan dan hiburan di UMP.Banyak kali TTT bertegas bahawa isu kebudayaan dan hiburan di UMP perlulah ada mesej apatah lagi bersesuaian dengan status UMP sebagai gedung ilmu dan dipenuhi dengan ilmuwan dan Mahasiswa. Selain itu,pihak UMP perlu pastikan semua dasar dan aktiviti mengikut semangat Core Values UMP. Apalah guna Core Values UMP andai kita mendiamkan diri dan tidak bertegas dari sudut pelaksaannya. Bila bercakap soal moral,sahsiah dan kurikulum,kita bicara soal Core Values,tapi bila bercakap soal kebudayaan dan Hiburan di UMP,Core Values seakan akan dianak tirikan macam sampah yang tiada nilai. Perkara ini bukan main main,dan TTT telah bertegas tanpa kompromi untuk terus kekal konsisten mengenai perkara ini walaupun Dato' sendiri tiada berapa bersetuju dengan hujjah TTT. Tapi,apa yang TTT hendak sampaikan ialah Pemimpin Mahasiswa mesti ada sifat dan prinsip tersendiri. Apalah guna jawatan yang diamanahkan oleh Mahasiswa agar kita membela dan memperjuangkan nasib Mahasiswa sebaliknya kita terus sibuk dengan program dan aktiviti2 yang pada pandangan TTT,badan MPP bukanlah yang membuat program semata.





  • 5.Persoalannya sekarang,adakah kita Pemimpin Mahasiswa hendak mendengar nasihat atau terus disibukkan dengan aktiviti aktiviti yang hanya bersifat program semata. Apakah isu yang telah Pemimpin Mahasiswa respon seperti Isu Mengenakan bayaran Untuk sewaan Kompleks Sukan, Isu pendaftaran Penyewa Kereta dan sebagainya. Jangan bertindak kerna mendapat telunjuk sesetangah pihak semata.Pemimpin Mahasiswa perlu ada prioriti dan memlilih untuk memperjuangkan kebajikan Mahasiswa UMP. Contoh: Isu mendaftar penyewa kereta,TTT tidak nampak ini merupakan isu yang perlu diutamakan.Apakah selama penubuhan KUKTEM n UMP,penyewa kereta ini tidak berlaku? Apakah sebab sewa kereta ini berlaku di UMP?Ini kerna faktor kewangan terhad yang dialami oleh Mahasiswa kita.Adakah selama ini,UMP ada menanggung kos kerosakan kenderaan penyewa kereta? TIADA. Jadi,kenapa Pemimpin Mahasiswa perlu kerahkan tenaga muda kita untuk melakukan perkara perkara yang hanya merugikan Mahasiswa kita.Walaupun TTT tahu ia illegal,tetapi perkara ini bukan isu priority yang perlu diperjuangkan oleh Pemimpin Maahasiswa.





  • 6.TTT tidak berapa gembira dengan perkembangan semasa yang berlaku di dalam pengurusan UMP kini. Ayuh Pemimpin Mahasiswa,jangan hanya menunggu bulan jatuh keriba barulah hendak tersedar. TTT khuatir masa yang sesingkat ini tidak mampu memberi pengajaran dan hikmah kepada Pemimpin Mahasiswa. Jangan biarkan idealisme Mahasiswa mati dek kerana sesetenagh pihak yang suka mencucuk hidung Pemimpin Mahasiswa demi kepentingan sendiri.Pemimpin MAHASISWA perlu tahu siapakah yang perlu mereka perjuangkan. ingin skali TTT ingatkan bahawa batas kuasa MPP ialah langit.Sky is the limit. Pemimpin Mahasiswa boleh bertindak lebih efektif andai tidak terlalu terikat dengan karenah birokrasi. Kenapa ada sesetangah pihak cuba meracun pemikiran Pemimpin Mahasiswa bahawa perlu berjumpa dengan Pegawai A terlebih dahulu sebelum hendak berjumpa dengan Pihak B. Perlu bawak berbincang dahulu dengan Pihak B sebelum dibawak isu ini ke Pihak Atasan.Apakah ini?Adakah sesetengah pihak tidak percaya dengan kewibawaan Pemimpin Mahasiswa?





  • 7.TTT tidak akan berasa penat atau lelah untuk bercakap dan menasihati Pemimpin Mahasiswa agar Idealisme Mahasiswa tidak mati begitu sahaja. Teruslah melangkah dengan berani dan tanpa perlu takut dengan ancaman dan cabaran. Dimarahi atau dimaki,itulah lumrah dan adat orang berjuang.Fitnah dan dicaci dibelakang merupakan asam garam perjuangan.Kita sebagai Pemimpin Mahasiswa patut lebih bimbang dan risau andai semua yang dilakukan semuanya tidak mendapat tentangan oleh sesetangah pihak malah kita patut risau kalau semuanya selamat dan sempurna. Kepimpinan tidak statik dan perlu ada lonjakan,baharulah kita sedar bahawa terlalu banyak perkara yang Pemimpin Mahasiswa wajib perjuangankan.Bukan kerna kita MPP,atau PEKA,atau Presiden Kelab n Fakulti semata,tapi kita berjuang kerna Kita Generasi Mahasiswa PEDULI!!!




The Think Tanker
Penulisan ini ditujukan kepada seluruh Pemimpin MAHASISWA












Saturday, March 6, 2010

What is The Think Tanker Think???

  • 1.Alhamdulillah,we managed to gather the big family of Mahasiswa UMP in Majlis Apresiasi Kepimpinan Mahasiswa. With our honourable guest Dato' Saifuddin Abdullah,Deputy Minister of Higher Learning Education inspired the members of the floor the important of being a student leader in University. Profesor Dr Ridzuan Nordin,Dean of Student Affairs and Alumni Department also here with us.

  • 2.TTT was really happy with the surrounding and the environment tonite.It was 'santai' or relax.We didnt talk too much of Politic Agenda. We do focus on the developtment of Student leadership.

  • 3.On previous day,I'd sms Dato' Saifuddin's special officer,Brother Shamsul about Dato's schedule on Saturday nite 6 March 2010 at Temerloh. TTT really wanna please the student leader how apreciate and important we to the Nation Agenda.

  • "Please do come and meet the frontliner of Student Leaders in UMP. The young leader really appreciate if u willing to come and speak your idealism."

  • 4.TTT really know the consequences and effect to the UMP Managemnet. How possible a student leader can invite the Deputy Minister of Higher Learning Education with couple sms and negotiations. It needs through The CEO of UMP n etc..bla bla bla. I dont bother of criticsm and mumbles.I do have my target and I've to deliver. Then,Dato' reply " InsyaAllah sy akn hadir.Tq bro."

  • 5.In the first place,I would like to say TTT didnt really happy with current situation.How certain officer in UMP didnt do much for the sake of MAHASISWA. They didnt wanT to facilitate or help the student and yet only make hard for us.I do really disappointed with UMP Politicking that really disgust and made me sick. Listen! Student Leader in UMP are really sincere or 'budak juruh'. We Engineers just wanna do our best and show that we also can do better than everybody withourt hesitation. TTT had discuss the issues with current MPM UMP and remind that MPM UMP didnt need a false guidance and hatred advise. Please...I'd listen enough with so call of birocracy. Enough of Birocracy and please do deliver.

  • 6.Dato' Saifuddin mention about the Gagasan Mahasiswa Peduli and the importance the new university like UMP has their own identity. We do wanna help the student and Gagasan Mahasiswa Peduli was not only for MPM UMP but it is the Agenda Mahasiswa. The whole Mahasiswa UMP need to understand briefly and try our very best to impliment to our club and society.

  • 7.TTT would like to express my salutation and thank you to my MPP siblings, MPP UMP session 2008/2009.  TTT never write my speech formally.Even a single one. I do remember during the Watikah Pelantikan in my term,I speak without text and I deliver base on what I'd need to say. My target,to bring back the Power of Suara Mahasiswa and put it to the highest place. My speech seems very weird since I didnt mention u guyz indirectly but really,I do really miss the day we work together and fight together and etc,Its really tiring me but also very fun and give extra experienced to me and the rest. I would like to say how important you guys to me in person.

  • 8.Foods are plenty,many peoples satisfied and gather with happiness.To Director of Majlis Apresiasi Kepimpinan Mahasiswa,Mimi and members,TTT would really apreciate what u guyz done.Listen,please,be more careful and as Student Leader,we do need a dynamic character inside us.Dont ever static and let us experiment till we succeed. To Aedlan Mr YDP MPM UMP, and the frontliners of MPM UMP, TTT would like to advise

  • a)Plz be humble,
  • b)Be your self
  • c)Remember to fight for the student welfare and
  • d)Be self efficient then the success will follow behind.
Wallahu'alam and sory for everything...

Mahasiswa Peduli!!!

Friday, March 5, 2010

MAHASISWA UMP,JOM BERBONDONG BONDONG KE BLOCK W MALAM NI!!!

MAJLIS APRESIASI KEPIMPINAN MAHASISWA

TEMPAT: BLOCK W

MASA: 9pm

TARIKH: 6 MAC 2010 (SABTU)


Dato' Saifuddin Abdullah akan hadir secara santai bersama Pemimpin Mahasiswa

Dato' Naib Canselor telah hubungi TTT dan maklumkan beliau ada komitmen yang lain.Its ok Dato'.Thanks alot.

The Think Tanker juga hadir...makan free beb,heheh.Dan dapat bersama sama Pemimpin MAHASISWA itulah baru nikmat





  • Nasihat TTT mudah,kalau anda rasa anda Pemimpin MAHASISWA tidak kira apa jua lapangan,sila hadir dan dengar inspirasi talk daripada Dato' Saifuddin Abdullah....


  • Biar penuh ruang legar Block W,Biar jam jalan sepanjang block W,biar kan makanan tak cukop kerna ramai sangat Mahasiswa hadir, Asalkan Kita dapat buktikan bahawa Kita menghargai Kepimpinan Mahasiswa dan kita perkasakan Peranan Mahasiswa di UMP

 Hidup MAHASISWA!!!

Tuesday, March 2, 2010

ENGINEERSSS: PLZ..TTT BEG U ALL WATCH THREE IDIOTS THE MOVIE!!!

I SAID AS SIMPLY AS I CAN...PLZ JUST DONT WASTE UR TIME WATCHING HALIMAH JONGANG OR NIZAM KAMBING THE SERIES...OR WATCHING RAJA LAWAK 4 YANG DAH XBRAPA NAK KLAKA DAH NI.

PLZ WATCH DIZ...ITS WORTH FOR THE SAKE OF EDUCATION.





THREE IDIOTS