Monday, May 31, 2010

Terima Kasih ISRAEL!


TERIMA KASIH ISRAEL LAKNATULLAH!!





  • 1.TTT mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada Israel Laknatullah kerna menyerang dan menyebabkan 19 Syahid di Freedom Flotilla.
  • 2.Terima Kasih kerna Regim Israel telah membuat wake call dan menyedarkan seluruh Ummat Dunia termasuk Kesatuan Eropah supaya sedar bahawa Israel ini bukan negara yang bisa di bawa berbincang secara damai.Bahasa peperangan dan JIHAD merupakan bahasa terbaik untuk menyedarkan mereka ini.Bahkan,TTT yakin kuasa hegemoni Amerika Syarikat dan sekutunya Israel pasti menunggu masa untuk membaham seluruh ummat dunia yang bangun mengutuk serangan yang menyalahi undang undang keselamatan.
  • 3.Terima Kasih Israel kerna anda telah menyebabkan Anak Muda Malaysia dan Islam seluruhnya sedar bahawa Regim Israel ini bukan bermain main bila berbicara soal kuasa dan pengaruh.
  • 4.Terima Kasih Israel kerna menyebabkan Dunia tidak senang duduk.Pemimpin2 Dunia yang dahulunya malas dan kelu berbicara soal Palestin dan nasib dunia terpaksa bingkas menyuarakan bantahan keras dan kutukan kepada serangan ganas ini.
  • 5.Terima Kasih Israel kerna bantahan dan demonstrasi besar besaran di seluruh dunia.4 June ini bantahan serangan ganas akan diadakan dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat. TTT seru teman2 seluruh Malaysia bingkas bersama sama turun menyatkan simpati dan bantahan kepada insiden ini.
  • 6.Terima Kasih Israel kerna dengan serangan ganas ini mengiya kan janji Allah bahawa Islam akan bangkit semula dan mengusai al;am buana ini.Sudah sudahlah Amerika Syarikat yang kono0nya menjadi Polis Dunia sebaliknya hanya menjadi tnggangan Regim Israel yang jelas meyalahi undang undang keselamtan PBB.
Apa Anak Muda Malaysia wajar lakukan???

  • 1.Jihad di dalam pelajaran wajar dititik beratkan oleh Ibu Bapa. Serulah dan nasihatlah anak anak supaya belajar pandai2 menjadi Doktor,Engineer,Lawyer,Majistret,Ahli Komposer, Polis, Arkitek, Pensyarah, Cikgu,Tentera bahkan Usahawan bukan semata mata urusan dunia tetapi kerna tanggungjawab kita sebagai Ummat Islam menunujukkan Islam sebuah agama yang hebat kerna pengikut pengiokutnya yang hebat dan mempunyai disiplin pelbagai.Janganlah tugas mempertahankan maruah Islam dan dakwah terletak diatas bahu Ulama dan Ustaz semata.Ini bisa merosakkan akidah ummat Islam seluruhnya.
  • 2.Idealisma dan isu Palestine dan Siapakah Israel wajar dititik beratkan. Anak muda tidak kira siapa pun anda ,anda hip hop,rockers,penari Istana Budaya ka,anda penyanyi kelab Dangdut ka,anda penebar roti canai ka,anda pekerja DBKL ka,bahkan anda Mahasiswa wajar mengambil PEDULI kerna kunci keselamatan dunia terletak pada isu Palestin dan Israel.Jangan isu ini seperti hangat tahi ayam kerna betapa malunya kita disis Allah bila mana isu yang sudah melebiohi 60 tahun ini kita sampahkan dan kita tidak ambil cakna
  • 3.Sudah sampai masanya Ummat Islam bersatu. Seluruh Anak muda di Arab Saudi, Syria,Mesir, MALAYSIA, Indonesia dan seluruh negara Ummat Islam wajar mengambil iktibar.Atas dasar aqidah yang sama,pegangan yang sama,peranan yang sama,kita wajar kehadapan dalam isu Palestin dan kesedaran Umaat Islam seluruhnya.
Apa Pemerintah Malaysia serta pemimpin Malaysia Wajar LAKUKAN?
  • 1.Sidang Khas Parlimen WAJIB dilakukan secepatnmya agar kutukan dan kecaman secara rasmi dapat meredakan ketegangan Ummat Islam di Malaysia.Perbahasan mengenai isu serangan keatas Freedom Flotilla ini wajar dilakukan tanda Malaysia tidak berstuju dengan regim Israel apatah lagi Amerika Syarikat yang menjadi tunjang ekonomi Israel.
  • 2.Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan silibus mengenai isu PALETIN Dan kekejaman Israel sebagai silibus utama kepada anak muda Malaysia supaya sedar akan tuntutan menjaga keamanan negara.
  • 3.Demonstrasi bantahan dan Solat Hajat Besar besaran wajar dilakukan disuluruh Malaysia.Inilah masanya Pemimpin Negara terutama Yang Dipertuan Agung,Sultan Mizan,Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak,pemimpin2 Parti Opposisi melupakan sebentar seteru di arena Poltik Negara tetapi bersama sama tunduk menadah tangan kepada Tuhan Yang Maha Esa mohon diberi kekuatan kepada seluiruh Ummat Islam terutama di Palestin.Buangkan ego dan serulah rakyat MALAYSIA Bersama sama menunaikan solat hajat.



The Think Tanker

Tuesday, May 25, 2010

52 Tahun Merdeka, SPR Masih Kabur apakah itu RASUAH?Ya Ampun.....

Ini logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM.

Ini pulak logo SPR...Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia


SPR ‘kabur’ perbezaan janji pilihan raya, rasuah


Oleh Norfatimah Ahmad



2010/05/26

Suruhanjaya dapatkan penjelasan terkini Jabatan Peguam Negara



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui masih ‘kabur’ dalam membezakan antara pengagihan peruntukan pembangunan atau janji untuk pembangunan dengan perlakuan rasuah sepanjang kempen pilihan raya dan memberi jaminan mengkaji perkara itu dalam masa terdekat.



Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata sebagai badan pengendali pilihan raya yang bertanggungjawab, pihaknya akan berbincang dan mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berhubung perkara itu dalam masa terdekat. “SPR menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini, sama ada menerusi surat, blog, portal berita dan orang ramai secara langsung. “Berikutan itu, SPR berpendapat adalah penting untuk mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara itu yang mempunyai kaitan langsung dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya SPR dapat menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan dengan lebih tersusun tanpa sebarang keraguan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ini ialah orangnya,Datuk Wan Ahmad Wan Omar,Timbalan Pengerusi SPR.

Baru-baru ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kasim Mohamed, berkata suruhanjaya itu sudah membuka kertas siasatan berhubung beberapa aduan berkaitan rasuah yang diterima sepanjang berlangsungnya pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini.

Ini lah orangnya,Datuk Seri Abu Kasim Mohamed,Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Abu Kasim berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung perkara itu dan kini sedang menjalankan siasatan mengenainya.



Wan Ahmad berkata, selama ini kes yang dirujuk membabitkan pilihan raya kecil Pengkalan Kota, Pulau Pinang pada 1981 apabila Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan di mana mahkamah memutuskan janji yang dibuat tidak ditafsir sebagai rasuah tetapi atas kapasiti sebagai menteri yang tugasnya menyediakan peruntukan pembangunan.

“Walaupun kes berkenaan boleh diguna pakai untuk SPR berhujah dan menjelaskan kepada sesiapa saja, tetapi kerana perubahan zaman adalah wajar untuk SPR dapatkan penjelasan terkini daripada Jabatan Peguam Negara, mungkin juga perlu diubah beberapa perkataan yang terkandung dalam peruntukan terbabit supaya SPR, parti politik dan pengundi lebih jelas,” katanya.



Beliau berkata, terpulang kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi nasihat dan menjelaskan kekeliruan yang berbangkit berkaitan perkataan dalam akta berkenaan kerana keadaan sudah banyak berubah.



“SPR perlu lebih jelas dan tidak salah untuk bertanya lebih lanjut kerana seboleh-bolehnya SPR mahu mengelak berlakunya sebarang perselisihan faham dengan parti politik,” katanya.



Katanya, SPR juga mahu memahami dengan jelas setakat mana kuasa Menteri Kewangan serta berkaitan janji untuk mengagihkan peruntukan pembangunan kepada sesuatu tempatan sama ada ia boleh dianggap sebagai memancing undi atau sebaliknya.

* Kesimpulannya,Jadi Pak Menteri bagi Pemerintah boleh beri duit,bantuyan,suapan kerna kapasiti sebagai Menteri dan tanggungjawab memberi peruntukkan kepada rakyat.

*Persoalannya,kenapa Pak Menteri mesti tiba tiba dengan ghairah hanya di Pilihanraya Kecil sahaja beriya iya menabur 'peruntukkan rakyat' dan bersungguh sungguh menunaikan janji tertunggak berpuluh puluh tahun ketika Pilihanraya Kecil semata.Ini memancing undi dan dana yang dikeluarkan merupakan duit rakyat iaitui duit cukai dan hasil negara!!!!

*Kita memerlukan pendefinisian semula takrif SUAPAN,RASUAH dengan Peruntukkan Kewangan.Duit rakyat yang ditabur puluhan Juta saban hari ketika Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor,Sibu dan lain lain wajar dipandang serius kerna melibatkan kestabilan ekonomi,sentimen pengundi dan integriti.

* Sesiapa pun kita termasuklah  YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak atau semua ahli2 Politik termasuklah Pak Menteri serta Exco Kerajaan Negeri tidak terkecuali perlu diambil tindakan seandainya 'peruntukkan' yang ditabur semasa kempen Pihihanraya Kecil berbaur Rasuah!!!

*Anak muda dan pengundi masa kini sudah bijak menilai.Kami mahu pengorbanan ikhlas dan serius daripada Pemimpin Negera tidak kira Parti Pemerintah atau Parti Opposisi bekerja keras ,menunaikan tangunggjawab sebaiknya,realistik dan mendepani zaman dan paling penting Ahli Politk perlu mengembalikan keyakinan Rakyat bahawa Malaysia perlu melangkah setapak lagi kehadapan dalam kerangka Pembangunan Negara dalam segenap aspek terutamanya ekonomi dan sosial rakyat yang semakin meruncing....

The Think TANKER



Monday, May 24, 2010

AUKU VS Kebebasan Mahasiswa Berpolitik?????

PENDAHULUAN






Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Hilman Idham (Presiden), Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor.



Turut ditahan bersama mereka adalah tiga orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van). Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen. Kemudian pada 23 April 2010, sekitar jam 10 malam, Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah empat orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.



Atas kejadian ini, keempat-empat mahasiswa ini akan di dakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi :



15 (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-



a. Mana-mana parti politik sama ada di ada di dalam atau di luar Malaysia.



Walau bagaimanapun, keempat-empat mereka akan didakwa pada tarikh yang berbeza. Hilman Idham akan didakwa pada 2 Jun 2010 manakala yang lain akan didakwa pada 3 Jun 2010, pada jam 9 pagi di Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6, Bangunan Canselori UKM.



KEBEBASAN BERSUARA MAHASISWA



Tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap empat orang mahasiswa ini jelas mencabuli hak mahasiswa. Selain itu, tindakan tersebut juga tidak mencerminkan kebebasan akademik oleh universiti. Universiti sepatutnya mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan keadaan konduksif yang menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam lapangan bidang yang mahasiswa pilih di universiti.



Universiti juga perlu menggalakkan mahasiswa-mahasiswa menglibatkan diri secara aktif lapangan yang merangsang pemikiran mahasiswa. Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak seharusnya mengehadkan sebarang aktivism mahasiswa atas alasan berunsurkan politik. Sebaliknya, pihak universiti perlu menggalakkan mahasiswa berkomunikasi dan berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan ideologi dan ini merupakan entiti mahasiswa selaku 3 force dalam masyarakat. Dengan menghadkan penglibatan mahasiswa dan mengenakan tindakan AUKU sebegini, jelas memberikan kesan yang buruk terhadap kredibiliti universiti.



KEBEBASAN AKADEMIK DISEKAT



Kita juga kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengorientasikan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah. Ini jelas ditunjukkan oleh HEP UKM yang mendakwa pelajar ini sedangkan pelajar yang dituduh adalah Mahasiswa Jurusan Sains Politik, UKM.



SMM merasa kecewa kerana mahasiswa yang mengambil jurusan Sains Politik sendiri tidak dibenarkan dan hadir untuk menyaksikan pilihan raya untuk pengaplikasian dan memperkukuhkan pemahaman di dalam kos yang mereka ambil dan ini jelas bertentangan dengan hak dan kebebasan akademik mahasiswa itu sendiri.



Jika mahasiswa disekat dengan sebegini rupa, bagaimana daya keintelektualan dan pengembangan akademik dapat diterapkan dan sekaligus memacu pemahaman yang berkesan di dalam sesuatu bidang yang diambil oleh mahasiswa. Tambahan pula, tindakan ini juga telah mencacatkan penjenamaan UKM sebagai universiti penyelidikan.



SMM DESAK GUGUR PERTUDUHAN



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan front-front mahasiswa yang lain dengan lantang mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar UKM menarik balik segala pertuduhan yang dikenakan ke atas pelajar yang berkenaan kerana telah menyimpang daripada norma-norma kebebasan akademik dan hak dan kebebasan untuk bergerak selaku warganegara di Malaysia ini.



Seluruh mahasiswa mengutuk tindakan HEP UKM yang dengan sengaja dan tidak bertanggungjawab cuba untuk menakut-nakutkan mahasiswa dengan peraturan dan tindakan yang jauh menyimpang dengan nilai intelektual yang seharusnya diterapkan oleh pentadbiran universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).



TUNTUTAN MAHASISWA



Justeru itu, mahasisswa berpendirian bahawa beberapa tuntutan dan perubahan harus dilaksanakan dengan kadar segera, iaitu;



1. Membatalkan semua tuduhan dan tindakan tatatertib terhadap empat orang mahasiswa serta-merta dan tanpa sebarang syarat.



2.Menghormati autonomi mahasiswa dalam dalam keterlibatan mahasiswa di lapangan masyarakat serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa-mahasiswa.



3.Mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia.



4. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara di dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).



Justeru, Mahasiswa pada hari ini menggesa agar memorandum ini dapat diambil perhatian dengan sewajarnya oleh pihak SUHAKAM untuk diketengahkan dan dibincangkan dari sudut undang-undang dan hak asasi manusia dan tidak ditolak mentah-mentah.



Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai generasi pelapis kepimpinan negara yang bakal menerajui kemajuan dan ketamadunan Malaysia pada masa akan datang. Hak dan kebebasan mahasiswa seharusnya tidak wajar disekat dan diikat. Justeru, tidak seharusnya kebobrokan dalam kampus terus dibiar berleluasa yang mana ianya melambangkan pentadbiran yang tidak profesionalisme dan korup. Usaha yang gigih tanpa disulami kepentingan politik perlu digarap oleh setiap segmen masyarakat demi melahirkan mahasiswa yang berjiwa pemimpin yang bakal mencorakkan kegemilangan negara.



Mahasiswa menaruh harapan yang besar kepada pihak SUHAKAM bagi membawa tuntutan dan pendirian ini kepada pihak kerajaan. Kerjasama dan perhatian segera dalam perkara ini sangatlah kami hargai.



PENUTUP



Di peringkat mahasiswa, kita akan melancarkan segala bentuk strategi dan cuba untuk meraih sokongan dari dalam dan luar negara Malaysia berkenaan dengan tindakan pihak Hal Ehwal Pelajar UKM. SMM secara konsisten akan terus membantu dan menyokong penuh perjuangan membela empat orang mahasiswa ini. SMM juga akan melakukan mobilasi untuk menghimpunkan mahasiswa sepanjang tempoh perbicaraan kes ini berlangsung.



Kita yakin bahawa teman-teman kita yang akan didakwa ini telah bersedia untuk berhadapan dengan kes ini. SMM juga dengan ini menyeru seluruh pergerakan mahasiswa dan anak muda termasuk seluruh Persatuan Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti di Malaysia untuk bangkit menyatakan pendirian masing-masing berhubung kes pendakwaan ini.



*Disediakan oleh SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM).

*TTT ambil di Merdeka Review nyer site dan post kan untuk tatapan teman2 mahasiswa bahawa inilah perkembangan terbaru mutakhir politik kampus...Hrm....Kita ambil pengajaran dan sewajarnya Pemimpin Mahasiswa wajar mengetahui kaedah Tatatertib AUKU dan juga hak kita didalam perlembagaan Malaysia. Selain itu,Pihak pentadbiran Universiti wajar bersikap terbuka dan bukannnya menghukum sewenang wenangnya kepada Mahasiswa yang ingin berpolitik.Apatah lagi dorang 4 orang ini Mahasiswa Sains Politik.

*TTT masih lagi menunggu pertuduhan sebenar yang akan didakwa di bawah AUKU ini. Mari kita memberi sokongan moral pada teman2 Mahasiswa kita ini.....

Thursday, May 20, 2010

Kenapa Mahasiswa Tak Amik Pot Speaker Corner???

Ini Mat Adolf Hitler..kalau dia mula berpublic speaking,semua terpaku dan terpukau,penuh idealisme n jati diri!



Respon kepada Tulisan Dato' Saifuddin Abdullah mengenai Speakers' Corner Needs Voices di akhbar The Star pada 20 May 2010.

Pada hemat TTT,kenapa Speaker Corner tidak begiti diambil peranan atau bahasa lain Mahasiswa tak amik pot dengan kewujudan Speaker Corner kerna:

1. Kesan pentarbiyahan minda yang dididik kedalam minda anak muda bahawa berpolitik adalah DILARANG sama sekali.Malah,kebanyakkan majoriti Mahasiswa akan didedahkan slogan masuk Universiti kene belajar bersungguh sungguh,dapatkan dulu ijazah tu baru la nak memandai kritik atau berpolitik.Semasa TTT seforum bersama TanSri Dato' Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Syah,Mantan NC UiTM,beliau dengan tegas memberi amaran kepada mahasiswa supaya nak BERPOLITK dapatkan dulu ijazah.alahai~

2.AUKU yang dipinda pada 2009 yang 'kononnya' diberi ruang kebebasan seluas luasnya kepada Mahasiswa dan pensyarah untuk lebih bebas bergerak TIDAK dihayati sepenuhnya oleh penjawat penjawat awam terutamanya PTJ seperti Hal Ehwal Pelajar dan mana2 bahagian pusat tanggungjawab. Bila mana pegawai atau penolong pegawai tidak begitu menghayati semngat pindaan AUKU 2009 maka, berbuat apa sahajalah nanti pasti Mahassiwa yang lantang akan terus dimandomkan dan lebih sdih lagi dinafikan hak nya.

Contoh:

MPP mempunyai hak untuk bersuara dalam mana2 mesyuarat yang berkepentingan kepada hak Mahasiswa tapi realitinya MPP atau Mahasiswa itu sendiri tidak diendahkan peranannya.Contoh jelas bila mana yuran penggunaan Kompleks Sukan UMP dikuatkuasakan 1 April 2010,tiada wakil mahasiswa dijemput untuk berbincang dahulu dasar pelaksanaannya dan implikasi. TTT pernah bersuara kan perkara ini kepada Dekan JHEPA,Profesor Dr Ridzuan B Nordin bahawa isunya bukan jumlah wang yang perlu dibayar keatas sewa Kompleks Sukan,tetapi isunya ialah Hak Wakil Mahasiswa dibawa berbincang terlebih dahuilu sebelum apa apa dasar hendak dikuatkuasakan.Tidak cukup hanya memanggil wakil HEP dalam menyuarat yang melibatkan hak mahasiswa kerna KAMI memngundi MPP bukan mengundi HEP!!!Hakikatnya,tiada sebarang tindakan dan kesannya seluruh Mahasiswa UMP terpaksa hadapi keputusan ini.Yang panas punggung nak menjawab ialah adik2 MPP yang tersepit ditengah tengah.Alahai~

Contoh lain ialah syarat murahan Fasilitator MINDS yang setahu TTT masih berkuat kuasa iaitu Mahasiswa Tahun Akhir Tidak dibenarkan menyertai MINDS dan juga Mantan MPP juga tidak dibenarkan. Semua buat pekak dan bisu buta juga tuli.Bila kita menulis di blog TTT,dibilang TTT tidak mengenang budi.Budi apa ni???Budi sampai maruah diri pemimpin Mahasiswa boleh dipermainkan???Ini Universiti bukan JKKK Kampung Bongek atau lain2 kawasan yang boleh diperlakukan sewenang wenangnya.Bila anak muda yang penuh idealisme dihalang dengan cara paling murahan,TTT tiada apa hendak berbicara melainkan kasihan dengan dasar sedia ada.Nah,banyak lagi ketidak adilan yang oleh kita senaraikan cuma TTT tidak mahu memanjangkan polemik ini kerna isunya disini ialah Kenapa Mahasiswa Tak Amik Pot Speaker Corner???

3.Realitinya,yang menggerakkan agenda berpersatuan dan kesedaran beraktivisme di universiti kebanyakkannya orang yang sama. Kelesuan Speaker Corner di IPTA berpunca kurangnya kesedaran majoriti Mahasiswa terhadap isu semasa baik isu kampus atau nasional. Majoriti kerna labih suka free style atau tak terlibat langsung."Buat aper susah susah beb,janji aku mengundi setiap kali Piliharaya dah la.yang lain tugas MPP la.Aku undi diorang untuk jaga kebajikan aku.aku nak study,aku nak main DOTA ni.aku nak men futsal ni.aku nak kangkang jer."Ini ayat2 lazim kedengaran.Hakikatnya semangat dan idealisme demokrasi jauh tersimpang dalam benak sanubari Mahasiswa kita.Semngat demokrasi bukan semata mengundi beb.Ia jauh lebih luas daripada itu. Semangat demokrasi merupakan partisipasi bersama pemerintah(dalam konteks kita di kampus ialah MPP lah).Partisipasi dalam setiap gerak kerja MPP dan kepimpinan Mahasiswa agar bersama sama bersuara.Daripada budaya ini lah akan lahir kesedaran dan semngat idealisme menjulang tinggi kerna semua amik tahu dan peduli kerna sedar bahawa sokongan Mahasiswa amat diperlukan untuk melakukan perubahan besar dalam Gerakan Mahasiswa!

Solusi:

1.Pemimpin Mahasiswa di setiap Universiti mesti berani kehdapan memulakan budaya bersuara lantang.Pemimipin Muda mesti bersuara lantang,dekat dengan Mahasiswa,layan kehendak dan karenah kawan2 kita,dengar isi hati dan rintihan Mahasiswa yang terseksa selama ini.Majlis Speaker Corner kene sempoi,santai,bersahaja,tetapi serius dan ada matlamat.Mesti mempunyai kerangka jelas perjalanan majlis agar pengucapan tidak terlalu emosi dan ada jalan penyelasaian.

2.Speaker Corner tidak boleh dibuat buat wujud.Mesti ada krisis dan isu dan ketika itu baharulah Speaker Corner WAJIB amiik peranan.Elemen bersuara tidak boleh disekat sekat oleh tangan2 ghaib dan bajingan2 yang suka suki hendak mencantas Pemimpin Mahasiswa lantang bersuara.Kalau ada fitnah dan fakta meleset,sila betulkan dan tegur..bukan CANTAS mengkhinzir butta....Pemimpin Mahasiswa serta Mahasiswa yang hendak bersuara mestilah biuat homework terlebih dahulu.Jangan sesuka hati dengan amarah anak muda bercakap,takut yang dicakapkan hanya fitnah maka kita yang malu.Rajin rajinkanlah gunakan Lebai Google dan bertanya pada mereka yang tahu.

3.Speaker Corner harus datang daripada Mahasiswa dan bukan Sang Penguasa yang terlebih sudah~Mahasiswa tidak kira siapa pon anda wajar diberi peluang bersuara dan semangat Mahasiswa Peduli wajar terus subur diterapkan.Hebahan di std,blog,facebook.skype,oovoo dan poster2 kecil wajar dilakukan agar semua tahu isu yang sedang dibicarakan dan tujuan homework dapat dibuat. Jangan sesekali syok sendiri. Pengalaman TTT dan teman2 seperjuangan melaksanakan Rapat Umum Suara Mahasiswa: 6 Tahun Penubuhan UMP Kafeteria masih ditakuk lama bukan himpunan main main atau syok sendiri.Lihat sahaja kehadiran Ayahanda Dato' Naib Canselor dan seluruh gerombolan pegawainya serta kehadiran lebih 500 warga Mahasiswa menunjukkan isu tersebut relevan dan mendesak. Apa yang TTT hendak tekankan ialah idealisme yang perlu diutamakan terlebih dahulu.Gagasan Mahasiswa Peduli tidak seharusnya berkubur malah perlu dikembangkan mengikut peredaran zaman Kepimpinan Mahasiswa! TTT yakin Sang Penguasa pasti lelah dan tercungap cungap andai Semangat Mahasiswa Peduli dihadamkan oleh setiap Pemimpin Mahasiswa dan anak muda akan terus bergerak tidak kenal penat lelah untuk memperbaiki sistem yang sedia lapuk dan tidak membantu perkembangan UMP.

"Saya boleh bersabar kalau melibatkan hanya diri saya sendiri,tetapi saya tidak akan membiarkan sekiranya mereka memperlekah seni mempertahankan diri orang Cina"

Master Hung dalam IP Man 2


"Saya boleh bersabar sekiranya hak saya dinafikan oleh mereka yang berkuasa,tetapi saya tidak boleh bersabar sekiranya mereka yang berkuasa memperlekeh Hak Mahasiswa keseluruhannya!!!" The Think Tanker

Hidup Mahasiswa,Hidupkan Idealisme Mahasiswa Peduli maka Hiduplah Speaker Corner!!!!

The Think Tanker
21 Mei 2010
12.30am di Orange Cyber Cafe di Taman Permata