Friday, June 17, 2011

UMP,Gah di Mata,Berduri di Hati~


Ini merupakan email TTT terima dan TTT post kan agar setiap warga UMP sama ada teman2 mahasiswa mahupun Pengurusan tertinggi UMP daripada Naib Canselor sehinggalah ke Pensyarah supaya sama-sama kita renung isu Latihan Industri kita yang sudah di'sandwich'kan dek kerana syarat2 EAC yang berat sebelah dan pelbagai lagi isu yang telah TTT lalui.Jujur, seingat TTT di kala kita membentuk GEMPUR(Gerakan Mahasiswa Mempertahankan Latihan Industri 6 Bulan Akhir Semester) telah mendapat sambutan dan sokongan daripada teman2 yang sudah berLI dan juga daripada mahasiswa.

Selepas itu,pihak Senat UMP telah memberi laluan kepada GEMPUR yang diwakili drpd Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) oleh saya sendiri bersama sama teman2 Presiden Fakulti berbincang dengan Profesor Megat wakil drpd EAC.Hampanya,ia hanya perbicnangan yang tidak akan mengubah dasar EAC walhal Latihan Industri UMP 6 Bulan Akhir semester telah bermula sejak penubuhan KUKTEM dahulu lagi. Perbincangan idea ini bukan datang daripada Profesor semata malah input daripada Pemain Industri utama juga di ambil kira berdasarkan testimonial mereka kepada UMP.

Bukan untuk melawan keputusan Senat UMP,tetapi inilah dia dunia pendidikan tinggi di negara kita.Sewajarnya,UMP sebagai Universiti Teknikal perlu diberi ruang seluasnya dalam merangka kurikulum kita sendiri sejajar dengan kehendak Industri dan sebagainya. Saya,Mohamad Suffi Bin Kamari selaku insan yang bertanggungjawab membangkitkan isu GEMPUR ini akan terus kekal dengan pendirian kami semua di bahawa GEMPUR tidak akan pernah sesekali bersetuju dengan keputusan Pihak Senat UMP yang tunduk dengan desakan EAC dalam isu Latihan Industri Akhir Semester ini. Tulisan ini dan beberapa minit mesyuarat GEMPUR akan saya dedahkan untuk tatapan dan rujukan serta bahan bukti bahawa kami,Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli tidak pernah bersetuju denagn keputusan Senat UMP mengenai isu Latihan Industri ini. Pendirian jelas dan tidak akan pernah berganjak...

TTT

EMAIL~

Assalamualaikum..


utk pngetahuan TTT.. sudah sebulan kebanyakan kami pelajar tahun akhir fakulti kimia sesi kemasukan 2007 atau mungkin boleh kami katakan sebagai bahan ujikaji bagi latihan di pertengahan semester ( LI sandwich) masih menganggur dan sibuk mencari lubuk lubuk pekerjaan yang bak kata pepatah untug nasib timbul.. untung batu tenggelam..


mungkin nasib kami agak berbeza dengan senior yang lepas.. sebelum konvo kebanyakan dari mereka telah diterima bekerja di tempat LI mereka.. kami pula ada yang terpaksa menghantar kembali resume dan cover letter untuk memohon pekerjaan di tempat kami LI dulu.. boleh dikatakan tidak sampai separuh daripada kami yang telah mendapat pekerjaan.. tak tahu berapa lama akan menjadi " penanam anggur" mungkin 2 bulan...dan mungkin jugak boleh jadi 2 tahun..ini lah mungkin nasib yang kami terima .. pihak fakulti berhempas pulas ingin memenuhi kehendak EAC dgn alasan untuk mendapat pengiktirafan.. tapi nasib kami yang digadaikan.. ada juga rakan rakan kami yang telah beberapa kali menempuhi sesi interview.. tapi apalah sangat hanya menilai dalam tempoh 20 minit. sedangkan jika masih dikekalkan LI di akhir semester sudah pastinya kami dapat menunjukkan performance yang baik untuk terus diterima bekerja.. mungkin banyak perkara perlu difikirkan sebelum keputusan yang melibatkn hak pelajar ini diambil...






wasalam..

p/s:TTT yakin dan percaya masih ramai teman2 mahasiswa yang turut sama merasa akan kejadian ini.Lontarkan lah idea dan pandnagan supaya sekurang kurangnya kita menjadi sejarah dan rujukan kepada teman2 kita di UMP kini.wallahualam~TTT sayang UMP!

Wednesday, June 15, 2011

KALAU KAMU JAHIL MURAKAB,MESTI LAH KENA RAJIN MEMBACA!


  • KALAU TAKUT DENGAN HANTU AUKU,JANGAN TURUN KE JALAN RAYA.SILA DUDUK DI BILIK,HOSTEL,DAN MENGHADAP LAH LAPTOP SAMBIL BERFESBUK.

  • KALAU TAKUT DENGAN NAIB CANSELOR,TNC HEP,ATAU HANTU PEGAWAI HEP,SILA DUDUK DIAM2 KAT BILIK DAN TERUSLAH DENGAN DUNIA KAMU SENDIRI.

  • KALAU TAKUT DENGAN PIHAK POLIS,SPECIAL BRANCH DAN SIAPA SAHAJA HANTU2 YANG KAMU TAKUT,SILA DUDUK RUMAH,MAKAN KEROPOK LEKOR,SAMBIL TENGOK AKADEMI FANTASIA KONSERT ULANGAN.

  • KALAU KAMU ANAK MUDA ADA KEBERANIAN,ADA SIFAT PEDULI AKAN MASA DEPAN NEGARA,AYUH,KITA KE JALAN RAYA LAKSANAKAN PERHIMPUNAN AMAN DEMI MERUBAH LANSKAP POLITIK MALAYSIA DAN MELAKUKAN PEROBAHAN!

  • KALAU KAMU MAHASISWA PEDULI,KAMU MESTI TAHU TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA MALAYSIA DAN NASIB ANAK BANGSA KITA.KALAU TAKUT TERJEJAS STUDY DAN ASSIGNMENT(WOIT,SKRG CUTI SEMESTER LA DER!!!,JANGAN NAMPAK SANGAT JAHIL MURAKAB TU),AYUH KITA SEMUA PAKAT2 MEMAKAI BAJU KUNING,BAJU RASMI BERSIH 2.0 DAN TURUN KE JALAN RAYA.

  • MANA YANG TAK TAHU BERSIH 2.0 & 9 JULAI TU MENATANG APA?PEGI PEJABAT HEP UNIVERSITI ANDA DAN PI TANYA MEREKA....

TTT