Tuesday, November 17, 2009

Disebalik Suara Siswa RTM 17 November 2009

Alhamdulilllah,selesai sudah sesi wacana Suara Siswa di Studio 1 Angkasapuri. Para penonton yang terdiri daripada Mahasiswa UMP,UM,KLIUC,Kolej Komuniti Teluk Intan, Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,Kuala Lumpur Metropolitan University(KLMU),Segi College dan semua yang hadir memberi respon yang sangat positif dan berpuas hati dengan kupasan semua ahli panel.

  • 1.Saya mendapat sms daripada Penerbit Suara Siswa, Abang Shahzil tepat jam 10pm hari Isnin 16 November 2009 dan beliau meminta MPP UMP menjadi panel Siaran Selasa 17 November 2009. Bayangkan,tak sampai 24 Jam saya dimaklumkan dan saya terpaksa mengadakan mesuarat MPP di Kafeteria KK1 tepat jam 11.30pm untuk selesaikan beberapa program terdekat.
  • 2. Pada pukul 4 Pagi 17 November,saya dan sdr Takiyuddin bergegas pulang ke Kuala Lumpur dan sampai di rumah Taman Permata jam 7 Pagi. Solat Subuh Berjemaah di Hentian Petronas Genting Sempah.
  • 3. Saya hanya mempunyai masa kurang 10 Jam untuk mencari maklumat dan melakukan sedikit research mengenai Topik 'Budaya Fanatik'. Terima kasih kepada Sdr Izyannisa' Sarjuni( S/U MPP UMP),Sdr Rasydan Rais(UKM Geology),Sdr Takiyuddin (Presiden Kelab In Smartive n Aktivis Mahasiswa UMP), Sdr Hafiza Razak,Encik Saharuddin Ramli (Pen Pendaftar HEP),Barisan MPP UMP n semua yang membantu membawa saya dan teman2 mahasiswa UMP untuk hadir n menjayakan Suara Siswa Budaya fanatik.
  • 4. Saya membawa gagasan bahawa Fanatik ada dua perkara yang harus dititik beratkan iaitu Fan-Ethics dan Fan-Atik. Saya menjelaskan kepada sidang dewan bahawa kita harus jelas menyokong yang mempunyai Etika(Fan-Ethics) dan mendatangkan kebaikan. Sebaliknya,kita boleh juga memilih menjadi Fan-Atik(Atik dalam bahasa Turkey iaitu sampah atau waste). Menyokong membabi buta dan menyokong yang membawa rebah.
  • 5. Saya juga menjelaskan budaya yang diserap ke dalam jiwa umat melayu khususnya iaitu melalui kisah hidup Hang Tuah yang begitu taat setia(fanatik) kepada arahan Sultan Melaka walaupun Sultan tidak berlaku adil kedapa Hang Tuah. Dr Fazley bingkas memotong dan menambah bahawa kesan daripada sifat Hang Tuah iaitu Hang Rusuh.
  • 6. Mengenai gelaran Hang Rusuh yang diberikan kepada Penyokong Bola Sepak Kelantan amat saya kurang bersetuju. Saya faham niat Dr Fazley mungkin hanya dituju kepada segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan tapi saya menyatakan hanya segelintir daripada 65000 penyokong setia Kelantan yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) yang melakukan onar dan merusuh.
  • 7. Saya ingin menjelaskan bahawa ada penyokong Kelantan di UMP yang pergi ke SNBJ berasa sangat kecewa dengan keputusan kekalahan Pasukan Kelantan dan insiden yang menimpa. Saya menganggap bahawa insiden ini berlaku kerna sebahagian besar penyokong Kelantan yang hadir ke SNBJ bukan sekadar menyokong tetapi awal-awal lagi beranggapan bahawa Kelantan sudah meraih dan meraikan kejayaan membawa Piala Malaysia yang paling berprestij. Apabila sudah kena 3-0,ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima oleh segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan.
  • 8. Saya juga sempat menyatakan isu Fanatik Siber@ Permainan Talian dan sebagainya. Malah isu fanatik Siber ini bukan sahaja berleluasa di semua Cyber Cafe membarah kepada pemikiran dan cara hidup kanak-kanak dan remaja di seluruh Malaysia tetapi juga merebak ke sebahagian besar Mahasiswa di seluruh IPT. Kurang aktivisisme dan hanya ada budaya indivisualisme dalam masyarakat kampus. Ini yang sangat membimbangkan.
  • 9. Saya menegaskan bahawa budaya mengejar semata-mata 4.00 hanyalah budaya songsang Mahasiswa dan hanya terperap di bilik kuliah dan bilik hostel melalui hidup individualisme. Saya menyarankan dengan tegas bahawa seandainya aktivis Mahasiswa di Universiti dan pimpinan Mahasiswa tidak memandang serius isu ini akan melarat hingga ke akar umbi.
  • 10. Isu fanatik Berhibur saya memberi penjelasan bahawa kita harus bersederhana dalam berhibur. Takrifan Kesederhanaan dalam berhibur perlu dibahaskan secara ilmiah dan Pihak Kerajaan dan NGO2 yang berkepentingan perlu membuka seluas-luas ruang perbahasan. Kita perlu mengambil pandangan pemimpin negara, ahli akademik,para Ulama',para penggiat seni,para pemimpin Mahasiswa dll. Kita tiada perbahasan secara jujur Apakah dia konsep Hiburan bersederhana yang dianjurkan Islam dan penyelesaian dala masyarakat Majmuk seperti Malaysia.
  • 11.Saya agak terkejut kerna dapat berdiskusi dengan sdr Syafina Ghazi,Mahasiswa Universiti Hokkaido yang juga sama-sama sekolah di Sek Men Sains Kuala Selangor(KUSESS 0105) di talian Skype.Syafina masih ingat lagi bahawa zaman aktif saya sewaktu di KUSESS ialah Rugby(Johan MSSM 2004 Selangor U-18 di Kuala Terengganu) dan Syafina Ghazi merupakan Pelajar Aktif (Olahgarawati KUSESS) dan Ratu Pecut 100m KUSESS.Tahniah!
  • 12. Akhir kalam, Saya memberi pendirian tegas bahawa Mahasiswa seluruh Malaysia perlu berjiwa aktivisme dan jangan sesekali melakukan program unutk tujuan populariti semata-mata. Turunlah ke kampung-kampung, Felda-felda,Kawasan-kawasan setinggan dan dimana-mana sahaja di Bumi Malaysia ini dan berbaktilah tanpa mengira upah dan polulariti. Mahasiswa Malaysia Mahasiswa Peduli!!!!
Rabu 18 November 2009
4.05 am di Tbun Cafe,Syeksen 2,Wangsa Maju

The Think Tanker

8 comments:

  1. Salam Satu Malaysia.
    Tahniah kepada saudara sufi atas penampilan anda dalam suara mahasiswa buat sekian kalinya.
    bagi pembaca blog anda,ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan UMP di mata rakyat Malaysia.
    tetapi saya ada satu kemusykilan,sejak Suara Mahasiswa diperkenalkan dan anda terlibat dalam memberikan pendapat sebagai ahli panel,sejauh manakah keberkesanan program ini memberi impak kepada mahasiswa khususnya?
    adakah anda berjaya membuat perubahan dalam corak pemikiran mahasiswa UMP sendiri.apabila saya bertanya kepada adik- adik tahun satu,rata-rata dikalangan mereka kenal anda sebagai pandai berkata- kata tetapi tiada perubahan yang dijalankan.mungkin anda ada membuat perubahan tetapi adakah ia memberi impak kepada semua mahasiswa MP sendiri?
    Tentang perhimpunan yang anda buat dalam UMP,saya amat hargai kerana ini merupakan satu usaha untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa UMP tentang kezaliman barat kepada islam tetapi apakah hasil yang diperolehi selepas berpanas pada tengahari tersebut?adakah usaha atau tindakan susulan telah dijalankan?
    Tugas menjadi seorang pemimpin adalah berat tetapi apabila pemimpin telah diberikan mandat oleh rakyat,pemimpin perlulah menunaikan tanpa memberi banyak alasan.kerana pemimpin yang suka bagi alasan adalah pemimpin yag tidak berkaliber.
    Selama saya duduk di UMP,banyak isu pelajar telah berlaku tetapi saya pelik mengapakah pemimpin yang telah dipilih seperti melepas batuk di tangga.Antara isu menarik UMP
    1.Isu kafe yang tidak sudah-sudah.Isu ini seperti biasa manifesto bakal MPP UMP.tetapi selepas menjadi MPP dan cuba menyelesaikannya mesti akan ada alasan.adakah alasan memadai?
    2.Isu mahasiswa bercinta yang tidak disukai rakan masjid.Semakin ramai pasangan di UMP ini sehinggakan ada yang berani bercumbuan dalam kafe(saya nampak sendiri dan lapor pada felo).jangan sampai ada yang sudah terlanjur baru nak bertungkus-lumus menyelesaikannya.
    3.Isu pengangkutan Gambang-Pekan.Kawan-kawan saya berkongsi cerita tentang pengalaman mereka ulang-alik antara UMP.Mereka dah tak kisah nak ke Pekan tetapi biarlah pengangkutan yang dikhabarkan sewa sebanyak RM300,000.00 tu adalah memberi manfaat kepada mahasiswa sendiri.kalau nak senaraikan apa masalah pengangkutan pekan-gambang saya pasti anda pernah merasinya kecualilah anda selalu guna kereta sendiri ke sana.
    Cadangan saya selain menanti masalah-masalah pelajar yang akan disalurkan melalui E-COMM adalah;
    1.membuat persidangan anatara pemimpin mahasiswa untuk mengetahui apa masalah yang dihadapi.
    2.membuat bual bicara ilmiah dengan semua mahasiswa untuk bertanyakan apa masalah yang mereka hadapi sendiri.
    3.membuat satu web atau blog khusus selain UMP-life yang dijaga oleh MPP sendiri bagi membenarkan mahasiswa memberi kritikan atau komen atau ucapan kerana cara ini lebih bersifat terbuka dan tidak mengongkong pelajar.
    Saya berharap anda dapat mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan nama MPP UMP dalam UMP sendiri.
    Kalau benar MAHASISWA PEDULI, apa yang sedang dipedulikan dan diusahakan.
    Sekian~Gadis KL-

    ReplyDelete
  2. Terima kasih actvetech

    Saya sangat positif Suara Mahasiswa akan dihayati dan mendapat tempat seandainya semua Mahasiswa terutamanya di UMP adalah seperti anda.

    2.Saya tidak akan berfikir terlalu mendalam apakah usaha kami MPP UMP mendapat tempat di hati Mahasiswa kerna apa yang penting USAHA n kita cuba buat yang terbaik menyelesaikan beberapa isu yang mendasari Mahasiswa.

    3.Kita telah mengadakan sesi pertemuan diantara semua Presiden n Pimpinan Mahasiswa Kelab & Persatuan bersama-sama Dato' Naib Canselor,Dekan JHEPA yang baharu dll. Sesi dialag n diskusi ini dobuat sekerap yang mungkin utk kita lontarkan beebrapa isu tertunggak n kebajikan Mahasiswa. Cuma kelemahan dari sudut publisiti. Saya akan mendedahkan seberapa segera pertemuan2 beserta minit ringkas perbincangan untuk rujukan.

    4. Saya akan kupas lebih lanjut dalam kupasan yang selnjutnya. Terima Kasih banyak kerna anda cakna.

    Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli.

    The Think Tanker

    ReplyDelete
  3. Salam...
    kepada actvetech, maaf saya ingin membela sahabat saya (Suffi) dalam kes yang saudari persoalkan sebelum ini. Saya tidak salahkan saudari dengan pandangan saudari terhadap sahabat saya kerana setiap perlaksanaan yang dilakukan pasti ada orang yang tak berpuas. Ketika Nabi Muhammad menyampaikan dakwah dan mengajak kepada kebaikan pun masih ada yang tidak puas hati...inikan pula sahabat saya yang byk kekurangan. Tetapi saya sebagai roommate suffi rasa tidak senang dengan pandangan salah yang terdapat pada segelintir rakan mahasiswa yang menilai kerja beliau tanpa penelitian yang telus. Saya melihat sendiri kesungguhan dan kesusahan beliau dalam menyelesaikan setiap isu mahasiswa UMP. Ada satu ketika...saudara suffi keluar 7pg berbincang, jumpa pihak atasan... jumpa mahasiswa...untuk settle kan masalah isu2 mahasiswa hingga pulangnya pada pukul 7pg esoknya... jadi tidak adil saudari menyatakan suffi just 'gebang je lebih'. Setiap suara kita telah sampai ke pihak atasan...tapi jagan la terlalu mengharap setiap suara kita tu akan dituruti. Kuasa menyampaikan suara mahasiswa memang kita telah memberi mandat kepada saudara suffi..tapi kuasa meluluskan setiap kehendak yang kita suarakan bukan bidang kuasa suffi.
    Walau bagaimanapun... saya memuji saudari actvetech kerana saudari seorang mahasiswa peduli. Saya menyarankan saudari bertanding pilihanraya MPP akan datang. UMP memerlukan pemimpin yang cakna. Mungkin saudari boleh memimpin dan melakukan lebih baik daripada sahabat saya suffi.
    Cadangan yang saudari berikan...saya harap saudara suffi terima dgn berlapang dada and try buat...walaupun saya tahu, ada cadangan yang dikemukakan tu dah dilakukan dan sentiasa dilakukan..mungkin masih ada yang tidak perasan je... so harap saudara suffi memperkasakan lagi.
    Ok...sekian dulu dari saya. Kalau terkasar bahasa. saya mohon kemaafan.

    kepada sahabat saya suffi, sori la wei...dah serabutkan blog hang...aku rasa tak puas ati baca pandangan org kt hang sedangkan depa tak tau apa hang buat.

    k...wassalam...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih n saya hargai pandangan Anonymous mengenai saya dan teman2 yg lain.

    Pokoknya,isu Mahasiswa tidak pernah hilang bisa andai Mahasiswa bijak melakukan perobahan dalam diri.

    Selamatkan Suara Mahasiswa terletak di tangan Kita!!!

    ReplyDelete
  5. nama aku ada dlm post ni.. bangga gile.. haha

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada saudara Rasydan. Anda Aktivis Mahasiswa sangat saya kagumi.

    ReplyDelete
  7. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete