Monday, June 25, 2012

Peluncuran "Islam Dan Melayu" karya Ustaz Dr Siddiq Fadzil

Sekitar Majlis Peluncuran & Wacana Buku "Islam Dan Melayu" tulisan Ustaz Dato' Dr Siddiq Fadzil 25 June 2012 di Hotel De'Palma Ampang.

....Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang hamba Melayu,alamatnya negerinya akan binasa.-Tun Seri Lanang


Exco Kerajaann Negeri Selangor,YB Dr Yaacob Sapari menerima buku
"Islam Dan Melayu" daripada penulis Ustaz Dato' Dr Siddiq Fadzil.turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim n diperhatikan Presiden Abim.

1.Pada tengah hari 25 Jun secara tidak sengaja TTT tweet geng Anwar Ibrahim Club(AIC) untuk hadir dan mereka secara terbuka menjemput secara umum kepada diri TTT untuk hadir ke majlis peluncuran buku Ustaz Siddiq Fadzil di Hotel De'Palma,Ampang.

2.Ada 2 sebab utama kenapa TTT mestu hadir ke majlis ini. Yang Pertama sebab ingin membeli buku "Islam Dan Melayu" dan sebab kedua ingin mendengar wacana Ustaz Dr Siddiq Fadzil dan Ketua Pembangkang Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3.Ungkapan penulis buku Ustaz Dr Siddiq Fadzil amat membugar dan penuh iltizam. Beliau memberi nasihat usah keterlaluan memuji karya beliau apatah lagi keterlaluan mengeji karya. Selain itu ungkapan beliau yang mengatakan " Bangsa hancur jika takut menyatakan kebenaran dan keadilan,ibarat si Labu Labi yang takut dengan pemerintahan Pak Haji Bakhil dan hanya berani di dalam mimpi semata" mengundang ketawa hampir keseluruhan hadirin.

4.Ramai tetamu kehormat daripada parti politik dan NGO terutamanya seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(Presiden PKR),YB Datuk Kamaruddin Jaafar(Ajk PAS Pusat,MP Tumpat),YB Salahuddin Ayub(MP Kubang Kerian n Naib Presiden PAS),YB Azmin Ali(MP Gombak n Adun Bukit Antarabangsa,Timbalan Presiden PKR),Dr Mohamed Manuty,YB Dr Yaacob Sapari(Exco Kerajaan Negeri Selangor),Sdr Fahmi Shamsuddin(Presiden PKPIM), Sdr Abu Qasim( ABIM),dan paling menyntuh TTT ialah kehadiran Mantan Timbalan Presiden PKR merangkap MP Senator,Dr Syed Hussein Ali yang santai dn sederhana.


Senator Dr Syed Hussein Ali yang amat santai,humble dan sederhana begitu memikat.Tak perlu pemimpin yang tunggu DSAI siang malam,cium tangan bagai n harapkan pujian dan nama semata tapi berjuang tidak ikhlas. Dr Syed Hussein Ali telah membuktikan gaya pemimpin melayu contoh.

5.Seperti biasa,pidato apresiasi Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) tidak mengecewakan. Beliau tidak canggung untuk menarik seluruh hadirin menyelami gaya pemikiran dan kupasan beliau walaupun banyak perkara seperti contoh sarjana dan beberapa buku yang dikeutarakan DSAI jarang jarang didengar anak muda. Bahkan,DSAI menyentuh soal utama dan paling penting dalam kupasan buku "Islam Dan Melayu" ini ialah soal akhlak yang perlu diberdayakan kembali. Tidak cukup dengan meluncur dan membeli bahkan membaca juga tidak cukup,DSAI seru kepada anak muda untuk mentelaah dan diwacanakan secara meluas dikalangan rakyat. Bahkan DSAI mencadankan agar buku "Islam Dan Melayu" versi pelajar yang lebih ringkas dan murah disebar luas dengan harapan pemikiran baik di dalam buku "Islam Dan Melayu" bisa diterjemahkan kelak.

6.Selain kupasan buku "Islam Dan Melayu",DSAI telah mengangkat penulis buku Ustaz Dr Siddiq Fadzil bukan sekadar seorang intelektual tetapi sebagai Public Intelectual yang bisa menyelami permasalahan rakyat secara kritis. DSAI memberi contoh di dalam dewan ini iaitu kehadiran Sasterawan Negara Dato' A Samad Said yang bukan sahaja sasterawan  tetapi juga sebagai Sasterawan Rakyat yang mendukung prinsip kebenaran dan keadilan.



Kesimpulannya,buku Islam Dan Melayu karya agung Ustaz Dr Siddiq Fadzil perlu dijadikan buku utama sebagai silibus tarbiyah kepada anak muda untuk memahami keperluan Islam di dalam melayu. Tidak cukup dengan membaca anak muda perlu mentelaah setiap perincian di dalam buku ini dan diwacanakan secara kritikal dan baik demi masa hadapan Malaysia. Sudah sampai kita buang jauh jauh Politik kotor dan lucah dan kita angkat wacana ilmu dan budaya ilmu yang baik di dalam amalan Politik arus perdana.

Sekian dan Ikhlas,

TTT
26 June 2012
Ampang,Selangor.

Friday, June 22, 2012

Sekitar Debat Sinar Saifuddin Abdullah vs Salahuddin Ayub

Datuk Saifuddin Abdullah(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,MT UMNO) vs YB Salahuddin Ayub(Naib Presiden PAS & Bakal Menteri Besar Johor)

Sdr Kamarulbahrin and abang suhaimi drpd Astro Awani juga turut hadir 

Antara penonton yang hadir di Dewan Auditorium Karangkraf Syeksyen 15 Shah Alam

Antara Dif kehormat yang hadir(Dr MAZA,Datuk Seri Dr Shahidan Kassim n Dato' Mustaffa Ali Setiausaha Agung PAS)

Sesi PC selepas debar selesai.Dato' Hussamuddin n Dato' Abdul Jalil Ali 2 orang kuat disebalik Debat Sinar ini.

Datuk Takiyuddin Hassan(Exco Kerajaan Negeri Kelantan juga hadir) dibelakang beliau Sdr Sani daripda Pemuda PAS Pusat.



Sempat TTT snap shot bersama pendebat Datuk Saifuddin Abdullah.terima kasih kpd Datuk sebab sudi beri peluang kpd TTT untuk hadir sebagai kapasiti anak muda.Kita Peduli! credit kpd Sdr Radzi Razak Wartawan The Sun yang sudi snap gambar ini.