Monday, March 29, 2010

Next,Takkan UMP Pekan IPTA seterusnya?

Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera




KUALA TERENGGANU, 29 Mac — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.



Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.



Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.
Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.
Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini. — Bernama


Jangan UMP jd sudah terhantuk,baru terngadah
 
TTT

14 comments:

  1. mintak la dijauhkan..wat smbahyang hajat..itu lagi perlu..bukan nk predict2..xsemestinye bangunan dh siap baru nk smbhyg hajat..dlm pembinaan pon perlu mtk selamat, cpt siap and dipermudahkan segala kerja.

    ReplyDelete
  2. knaper sumer kes runtuh yg teruk byk kat terengganu??hrmm...mslh contractor or mslh negeri??

    ReplyDelete
  3. -some1-
    nauzubillah..

    slm TTT,
    minta izin post ini dipaparakn di TGM..

    kpd zorrow,
    sy stuju sgt2..tp masyrkt mmng biase mcm tu..
    contoh trbaik,dibuat majlis besar2 n dbace yasin ketika seseorng meninggal, tp bukannya ketika seseorng itu tgh sakit lagi agar disembuhkn or sebaliknya oleh-Nya..sesungguhnya Dia Maha Menetahui yg terbaik bg hamba-Nya..

    ReplyDelete
  4. kes baru jadi, polis dah habis siasat ka? mad said terus kata pekerja2 yg cuai... ingat dia bagus sgt ka? x ingat ka kat org yg mati tu???

    ReplyDelete
  5. “Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.===yang pi duduk pade konkrit yang belum keras tu sape suruh,.pantang ade isu terus nak amek tempat,tah hape2 tah,..bace tu biar bukak mate luas2 skit,.

    ReplyDelete
  6. nie kes tanah tak ssuai nih...

    ReplyDelete
  7. masalahnye mnde nie dah jadi..
    konkrik dah tentu keras..
    diorg xjangka mnde nie jadik..
    maybe dah bajet expert,relex2 jek kut

    ReplyDelete
  8. this still under construction..
    what if when stdnt have already stay in this buildng..maybe its even worst..
    think thanx and take..wahaha

    ReplyDelete
  9. btw..i'm pray to Gods this shouldn't hppn to our newly build hostel in Pekan..Amin

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...
    astaghfirullahalazim... moga2 djauhkn dri prkara2 mcm ni... skrg ni admin kne fkir kselamtan n kbjikan pljr mhupun pkerja bknnye pmbangunan semate2... subhanallah... nyawa manusia xde tukar gntinye...
    wassalam.. ~(^_^)~

    ReplyDelete
  11. all I wanna say is that they don`t really care about us !!!March 30, 2010 at 6:59 AM

    all I wanna say is that they don`t really care about us !!!
    haha..layan dulu lagu mikail ni blog TGM..

    http://mechanicalfiles.blogspot.com/



    "quote lyric"

    All I wann say is that
    They dont really care
    about us
    All I wann say is that
    They dont really care
    about us

    Tell me what has become
    of my rights

    Am I ivisible cause you
    ignore me?
    Your proclamation
    promised me free liberty
    Im tired of bein the victim
    of shame
    Theyre throwinme in a
    clas with a bad name
    I cant believe this is the
    land from which I came
    The government dont
    wanna see, but if
    Roosevelt was livin he
    wouldt let this be, no,no

    ReplyDelete
  12. really2 dont care !!!March 30, 2010 at 7:01 AM

    all I wanna say is that they don`t really care about us !!!
    haha..layan dulu lagi mikail ni blog TGM..

    http://mechanicalfiles.blogspot.com/



    "quote lyric"

    All I wann say is that
    They dont really care
    about us
    All I wann say is that
    They dont really care
    about us

    Tell me what has become
    of my rights

    Am I ivisible cause you
    ignore me?
    Your proclamation
    promised me free liberty
    Im tired of bein the victim
    of shame
    Theyre throwinme in a
    clas with a bad name
    I cant believe this is the
    land from which I came
    The government dont
    wanna see, but if
    Roosevelt was livin he
    wouldt let this be, no,no

    ReplyDelete
  13. kepade yang berdoa moga dijauhkan perkara ini dan mencari penyelesaian yang baik, moga di muliakan hatinya dari Allah SWT,.kepada yang mengambil isu ini sebagai agenda untuk menaikkan kemarahan org, moga di bersihkan hatinya dari Allah SWT,. aminnn,.

    ReplyDelete
  14. Harap semua bersabar... sama2 doakan yg terbaik. semua org ada peranan masing2..jadi laksanakan dgn amanah...

    ReplyDelete