Friday, July 16, 2010

Re-Union Mega Sek Keb Taman Permata 2010...

Re-Union Mega SKTP 2010

1.TTT baru selesai menghadiri Mesyuarat Pertama Re-Union Mega SKTP 2010 di Bilik Gerakan SKTP bersama sama Yang Dipertua PIBG,Tuan Hj Isa,Ustaz Wan Azarimy,En Mohd Nor(PIBG), teman2 yang hadir mesyuarat antaranya Syahidah Shamsuddin dan Maszuan Sukor dan cikgu-cikgu muda yang TTT tak berapa kenal lagi.InsyaAllah lain kali.

2.Keputusan Mesyuarat telah memutuskan Re-Union Mega SKTP 2010 akan diadakan pada:

Hari: Sabtu

Tarikh: 9 Oktober 2010

Tempat: Sek Keb Taman Permata

Masa: 8am-12pm (Tertakluk pada perubahan)

Yuran: RM 30 shj ( Sesiapa ex-SKTP nak bayar lebih di alu alukan)
Bayaran termasuk T-Shirt Re-Union yang sempoi di design oleh Maszuan Sukor dan beserta makanan.




3.Objektif Re-Union Mega SKTP 2010 ialah untuk menjalinkan kembali silaturrahim antara bekas murid,bekas guru dan warga SKTP.Selain itu,hasrat PIBG dan sekolah ialah untuk mengumpul kembali bekas-bekas murid seawal Batch SKTP 1990-2009. Pastinya ada yang sudah berkahwin,bersingle,yang sudah bekerja,sedang menganggur,sedang belajar dan sebagainya pasti boleh menghadiri ke SKTP dan beramah mesra serta menghidupkan kembali zaman-zaman suka ria kita di SKTP.

4.Jawatankuasa Penaja di peringkat murid akan diselaras oleh TTT dan teman2 yang sudi menawarkan sumbangan idea,tenaga apatah lagi wang ringgit.Kami masih kekurangan lagi tenaga untuk AJK2 yang berkenaan.Satu mesyuarat atau perjumpaan ringkas lanjutan akan dibuat antara bekas-bekas pelajar sahaja pada:

Sabtu 31 Julai 2010

Tempat: Oldtown White Coffee Shop di Taman Permata

Masa: Akan dimaklumkan kemudian

Tujuan:

  • i)comfirmkan design T-Shirt Re-Union Mega SKTP 2010 dan design Banner
  • ii)Pembentangan aktiviti atau acara semasa Hari Re-Union nanti. Sebarang cadangan amatlah dialu alukan.
  • iii) Pembahagian dan penentuan Ajk2 yang berkenaan. Kita ada Beberapa Ajk yang masih kosong tiada isi lagi.Antaranya, Ajk Promosi,Ajk Logistik,Ajk Persiapan Tempat,Ajk Pendaftaran,Ajk Acara dan banyak lagi.
  • iv) Cadangan hadiah untuk lucky draw nanti.
5.Bayaran boleh dibuat pada 31 Julai ini bertempat di Oldtown  White Coffee Shop nanti terus kepada TTT atau Cik Najwa Nasir. Sebar-sebarkanlah aktiviti Re-Union Mega SKTP 2010 yang dibuat julung julung kalinya untuk bekas murid,bekas Guru dan bekas segala bekas Taman Permata. Segala kerjasama anda semua amatlah diharap harapkan. TTT yang hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Bekas Murid yang Peduli.

PERMATA...CEMERLANG!!!
       


3 comments:

  1. Pn Mazalifah na sponsor banner. boleh ke TTT?

    ReplyDelete
  2. Peh, besar2an rupe nye. igt batch kita jek. keh3x..

    ReplyDelete