Tuesday, July 27, 2010

Mahasiswa Tahun Akhir: Sejauh Mana Persediaan Kita?


1.TTT dan teman2 seperjuangan Mahasiswa di Tahun Akhir Pengajian selesai menyiapkan Resume untuk urusan Unit Latihan Industri dan juga untuk memohon tempat Latihan Industri(LI) di seluruh dunia. Girang TTT melihat kesungguhan teman2 Mahasiswa Tahun Akhir yang berhempas pulas untuk menyiapkan resume apatah lagi ini merupakan masa depan Mahasiswa Tahun Akhir. Terbenak di hati TTT,adakah cukup training yang kita peroleh sepanjang berada di UMP Terchenta ini? Menghantar resume dan mendapat pekerjaan adalah merupakan satu perkara,manakala meneruskan kelangsungan pekerjaan dan cara hidup baharu di tempat bekerja merupakan satu perkara yang lain. Adakah secebis pengalaman kehidupan kemahasiswaan kita di UMP ini sudah cukup ranum untuk kita melangkah ke Alam Realiti yang penuh sepak terajang?

2. Mahasiswa Tahun Akhir rata ratanya kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan.Malah,TTT berani nyatakan,kebanyakkan Mahasiswa hanya menjadi tempelan bagi sesuatu aktiviti. Tidak ramai teman-teman Mahasiswa Tahun Akhir bertindak sebagai Think Tank atau Master Mind sesuatu aktiviti.Kebanyakkan hanyalah sandaran,pembantu dan 2,3 perkara remeh dan mudah sahaja diberikan kepada Mahasiswa. Banyak faktor yang kita boleh bahaskan dan implikasi jangka masa panjang akibat layanan dan sikap kita ini. Sebab itu,sewaktu TTT menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP),kita sedaya upaya menggerakkan usaha agar Mahasiswa diberikan peluang bukan sahaja sebagai tempelan,pembantu semata.Mahasiswa harus melakukan lebih daripada itu iaitu sebagai Penggerak Utama,Think Tank dan Master Mind terutama bagi program universiti malah program di peringkat kelab dan persatuan. Kita telah berjaya meletakkan kepentingan urus tadbir MINDS di bawah kelolaan Mahasiswa. Ya,walaupun banyak cakap2 belakang dan tidak puas hati dengan MINDS 2010 baru baru ini dengan banyaknya campur tangan pegawai JHEPA yang seakan akan tidak percaya akan kredibiti Mahasiswa. TTT tidak mahu mengulas panjang isu ini kerna kita hanya akan melibatkan dan membicarakan 2,3 kerat Pegawai2 yang tidak faham maknanya 'Menghak Upaya Mahasiswa' seperti mana saranan Dato' Saifuddin Abdullah. TTT ingin mmembincnagkan survival Mahasiswa di masa hadapan seandainya kita terus pasif dan menerima segala apa yang berlaku di dalam UMP Kini.TTT sangat yakin,andai suasana ini terus berlaku,kita susah hendak melahirkan Kader2 UMP yang keluar bergraduan UMP yang mempunyai perwatakan kemas lagi karisma.

3.TTT juga ingin menyentuh sikap Mahasiswa terutamanya Mahasiswa Tahun Akhir yang baru sedar kepentingan aktiviti berpersatuan dalam mengasah Core Values kita. Berulang TTT sarankan bahawa Mahasiswa menjadi Think Tank,Master Minds atau Penggerak Utama dalam setiap aktiviti bukan kerna hendak sekeping sijil,atau hendak memperoleh sesuatu pulangan,tetapi ia bertujuan jangka masa panjang sebagai added value sebagai manusia dan pemimpin masa hadapan. Cita-cita materealistik tidak akan banyak membantu perkembangan diri Mahasiswa dalam mengutip saki baki kehidupan penuh Idealisma di UMP. Selama ini,kita berjuang,kita bertungkus lumus menjayakan sesuatau aktiviti,kita mengeluarkan wang poket kita sendiri untuk menduhulukan pembelian,kita berkorban wang minyak kereta dan motor dan sebagainya,inilah yang menjadi latihan Sangat berguna kepada Mahasiswa. Majikan kita Manusia,Client kita juga manusia,Technician kita juga manusia,semuanya melibatkan elemen kemanusiaan yang kuat seandainya Mahasiswa mahu terus berjaya meneruskan kelangsuangan hidup di Alam Realiti.

4. Akhirnya,bila kita menjejak kaki di firma-firma pekerjaan,semuanya terletak di atas bahu kita sendiri.Latihan KeMahasiswaan yang kita peroleh di Universiti akan diukur bukan sahaja semasa Interview,malah sepanjang kehidupan dan career kita. TTT sangat optimis,graduan yang melakukan banyak perkara di Univeristi,Mahasiswa yang menjadi agen perubahan minda dan gerak kerja di Universiti,InsyaAllah juga akan menjadi agen perubahan kepada dunia realiti. Ia sangat bergantung kepada bagaimana kita melakukan aktiviti KeMahasiswaan kita.Sama ada kita hanya menjadi tempelan, pembantu semata,ataupun kita Merupakan Penggerak Utama,Think Tank atau Master Mind sebenar. Sejauh Mana Persediaan Kita?

The Think Tanker

No comments:

Post a Comment