Thursday, July 1, 2010

MINDS 100% MILIK MAHASISWA...

1.Terima kasih TTT ucapkan kepada semua peng'comment'2 yang sudi membaca enrty di Blog TTT.


2.Jujurnya TTT berasa senang hati kerna wujud perdebatan yg sehat,cuma ada sedikit silap faham mengenai statement TTT iaitu MINDS Milik Mahasiswa!

3.Sewaktu TTT menjadi salah seorang fasilitator semasa MINDS 2008,kita berasa ada sesuatu yg masih tidak cukup walaupun gerak kerja MINDS 2008 dilakukan oleh Mahasiswa.TTT dan teman seperjuangan berasakan Mahasiswa WAJAR melakukan lbih drpd sekadar membantu mahasiswa,mengangkat kerusi,menjadi pengacara Majlis dan sebagainya.Ini semua kerja dan kepakaran anak muda yang mempunyai tenaga muda.

4.TTT berasa kan bahawa Mahasiswa harus berperanan lebih daripada sekadar menjadi Fasilitator MINDS.Mahasiswa sebagai Anak Muda yang mempunyai daya intelektual,tenaga wajar diberi ruang sebagai PERANCANG,pelaksana DAN MASTER MINDS kepada Minggu Induksi Siswa. Dalam arti kata yg laen,TTT berasa sudah sampai masanya Mahasiswa UMP diberi KUASA membuat DECISION MAKER.

5.Jadi,apabila TTT dan teman2 MPP tahun yg sama telah request dan mencadangkan perkara ini kepada Yang Hormat Dato' Naib Canselor UMP dan beliau sgt positif.Jadi wmpowerment lebih telah diberikan kepada Mahasiswa dan hasilnya MINDS 2009 telah dilaksanakan drpd Organisasi tertinggi drpd PENGARAH MINDS sehinggalah Ketua Fasilitator semuanya drpd Mahasiswa.

6.Slogan MINDS 100% Mahasiswa ,MINDS milik Mahasiswa yang dilontarkan oleh TTT dan teman2 semua membawa maksud bahawa Mahasiswa mempunyai Autoriti sebagai Pembuat Keputusan Penting atau Decision Maker dan bukannya sekadar fasilitator semata.TTT berbangga dgn prestasi MINDS 2009 dan seterusnya MINDS 2010 dan akan datang kerna inilah permulaan kepada Menghak upaya Mahasiswa ke peringkat paling Optimum.

7.TTT dalam perbincangan dgn Dato' Naib Canselor serta Dekan JHEPA ketika itu,Profesor Dr Abdul Jalil Bin Borham menerangkan bahawa MINDS dikelolakan 100% oleh Mahasiswa bukan bererti tiada bantuan drpd Pegawai dan staff UMP.TTT tidak pernah dalam mana2 statement TTT melontarkan kita menafikan usaha pegawai2 cuma kita TEGASKAN bahawa pegawai dan staff tetap berperanan spt biasa kerna mereka dah dibayar gaji,elaun dan sebagainya dan semamangnya Mahasiswa wajar bekerjasama dgn pegawai dan staff UMP.TTT no offense dgn perkara tersebut. Cuma sudah sampai masanya Mahasiswa berperanan lebih sebagai Perancang,Pelakasana dan Master Minds kpd event MINDS ini. Terima kasih.

*TTT tidak akan heran atau melatah dgn mana2 comment yang cuba menjatuhkan kredibiliti dan maruah TTT. Inilah lumrah perjuangan.Jujurnya,TTT tiada mendapat apa2 habuan pun dalam memperjuangkan Hak Mahasiswa ini sejak daripada dalam MPP sendiri.Kita berjuang,bertungkus lumus kerna kita SAYANGKAN UMP dan kita mahu mengangkat martabat Mahasiswa ke Peringkat Tertinggi. TTT dan teman2 optimis bahawa suatu hari nanti Mahasiswa UMP akan mempunyai karektor dan trademark dalam kepimpinan Mahasiswa kerna kita semua Mahasiswa Peduli...Terima kasih kepada semua prihatin kpd Isu Mahasiswa!

2 comments:

  1. kadang2 tenaga & kelebihan mahasiwsa dikesampingkan, lantaran usia agak mentah pada pandangan sesetengah pihak.
    Sekiranya demikian, maka pupuklah mahasiswa supaya dapat menyalurkan kelebihannya ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah TTT.
    teruskan citra pemuda/mahasiswa.4 the better future

    ReplyDelete