Tuesday, May 25, 2010

52 Tahun Merdeka, SPR Masih Kabur apakah itu RASUAH?Ya Ampun.....

Ini logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM.

Ini pulak logo SPR...Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia


SPR ‘kabur’ perbezaan janji pilihan raya, rasuah


Oleh Norfatimah Ahmad



2010/05/26

Suruhanjaya dapatkan penjelasan terkini Jabatan Peguam Negara



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui masih ‘kabur’ dalam membezakan antara pengagihan peruntukan pembangunan atau janji untuk pembangunan dengan perlakuan rasuah sepanjang kempen pilihan raya dan memberi jaminan mengkaji perkara itu dalam masa terdekat.



Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata sebagai badan pengendali pilihan raya yang bertanggungjawab, pihaknya akan berbincang dan mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berhubung perkara itu dalam masa terdekat. “SPR menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini, sama ada menerusi surat, blog, portal berita dan orang ramai secara langsung. “Berikutan itu, SPR berpendapat adalah penting untuk mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara itu yang mempunyai kaitan langsung dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya SPR dapat menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan dengan lebih tersusun tanpa sebarang keraguan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ini ialah orangnya,Datuk Wan Ahmad Wan Omar,Timbalan Pengerusi SPR.

Baru-baru ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kasim Mohamed, berkata suruhanjaya itu sudah membuka kertas siasatan berhubung beberapa aduan berkaitan rasuah yang diterima sepanjang berlangsungnya pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini.

Ini lah orangnya,Datuk Seri Abu Kasim Mohamed,Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Abu Kasim berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung perkara itu dan kini sedang menjalankan siasatan mengenainya.



Wan Ahmad berkata, selama ini kes yang dirujuk membabitkan pilihan raya kecil Pengkalan Kota, Pulau Pinang pada 1981 apabila Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan di mana mahkamah memutuskan janji yang dibuat tidak ditafsir sebagai rasuah tetapi atas kapasiti sebagai menteri yang tugasnya menyediakan peruntukan pembangunan.

“Walaupun kes berkenaan boleh diguna pakai untuk SPR berhujah dan menjelaskan kepada sesiapa saja, tetapi kerana perubahan zaman adalah wajar untuk SPR dapatkan penjelasan terkini daripada Jabatan Peguam Negara, mungkin juga perlu diubah beberapa perkataan yang terkandung dalam peruntukan terbabit supaya SPR, parti politik dan pengundi lebih jelas,” katanya.



Beliau berkata, terpulang kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi nasihat dan menjelaskan kekeliruan yang berbangkit berkaitan perkataan dalam akta berkenaan kerana keadaan sudah banyak berubah.



“SPR perlu lebih jelas dan tidak salah untuk bertanya lebih lanjut kerana seboleh-bolehnya SPR mahu mengelak berlakunya sebarang perselisihan faham dengan parti politik,” katanya.



Katanya, SPR juga mahu memahami dengan jelas setakat mana kuasa Menteri Kewangan serta berkaitan janji untuk mengagihkan peruntukan pembangunan kepada sesuatu tempatan sama ada ia boleh dianggap sebagai memancing undi atau sebaliknya.

* Kesimpulannya,Jadi Pak Menteri bagi Pemerintah boleh beri duit,bantuyan,suapan kerna kapasiti sebagai Menteri dan tanggungjawab memberi peruntukkan kepada rakyat.

*Persoalannya,kenapa Pak Menteri mesti tiba tiba dengan ghairah hanya di Pilihanraya Kecil sahaja beriya iya menabur 'peruntukkan rakyat' dan bersungguh sungguh menunaikan janji tertunggak berpuluh puluh tahun ketika Pilihanraya Kecil semata.Ini memancing undi dan dana yang dikeluarkan merupakan duit rakyat iaitui duit cukai dan hasil negara!!!!

*Kita memerlukan pendefinisian semula takrif SUAPAN,RASUAH dengan Peruntukkan Kewangan.Duit rakyat yang ditabur puluhan Juta saban hari ketika Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor,Sibu dan lain lain wajar dipandang serius kerna melibatkan kestabilan ekonomi,sentimen pengundi dan integriti.

* Sesiapa pun kita termasuklah  YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak atau semua ahli2 Politik termasuklah Pak Menteri serta Exco Kerajaan Negeri tidak terkecuali perlu diambil tindakan seandainya 'peruntukkan' yang ditabur semasa kempen Pihihanraya Kecil berbaur Rasuah!!!

*Anak muda dan pengundi masa kini sudah bijak menilai.Kami mahu pengorbanan ikhlas dan serius daripada Pemimpin Negera tidak kira Parti Pemerintah atau Parti Opposisi bekerja keras ,menunaikan tangunggjawab sebaiknya,realistik dan mendepani zaman dan paling penting Ahli Politk perlu mengembalikan keyakinan Rakyat bahawa Malaysia perlu melangkah setapak lagi kehadapan dalam kerangka Pembangunan Negara dalam segenap aspek terutamanya ekonomi dan sosial rakyat yang semakin meruncing....

The Think TANKER



No comments:

Post a Comment