Wednesday, April 7, 2010

[UPDATE]: Malam Kebajikan UMP Pekan,Mahasiswa Kita Peduli!

Antara Pemimpin UMP yang hadir:Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin,Dato' TNC,Profesor Dato' Sabaruddin,Dekan FKM,Profesor Dr Hj Rosli Bin Abu Bakar,Dekan FKEE,Ir Zulkifli


 

  • 1.Pertamanya TTT ucap tahniah MECHAPRO dan EEES kerna bekerjasama dengan pihak fakulti untuk mengadakan sesi dialog ini.Setinggi penghargaan buat tetamu yang hadir iaitu Yang Hormat Profesor Dato' Dr Sabaruddin Bin Mohamed,Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa,Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin,Dekan JHEPA,Profesor Dr Hj Rosli Bin Abu Bakar,Dekan FKM,Ir Zulkifli,Dekan FKEE,staff2 yang hadir seterusnya buat seluruh teman teman TTT yang berani tampil baik yang mendengar mahupun yang memberikan pertanyaan.Syabas kerna anda semua Mahasiswa Pemberani!


  • 2.Suka TTT untuk imbas kembali beberapa pencerahan dan persoalan yang TTT lontarkan tadi kepada tetamu yang hadir:
i) Bangunan  FKM dan FKEE patut siap seperti dalam makluman awal dalam Taskforce UMP Pekan ialah pada 1 Julai 2009. Kemudian,kita dapat lihat laporan untuk berpindah pada 1 Julai 2009 merupakan arahan yang meleset sama sekali kerna bangunan FKM terutamanya dalam keadaan masih belum siap sepenuhnya. Ketika itu,Profesor Dr Sabaruddin Bin Mohamed(sekarang bergelar Dato') telah mengetuai Taskforce dan menjalankan inspection keatas bangunan FKM.Hasilnya arahan perpindahan pembelajaran P&P ditangguh sehingga pertengahan Ogos 2009.(TTT mencuba mencoret kembali kenangan dan situasi dahulu sebagai pengalaman berharga.Pokoknya,apakah asas arahan perpindahan pada 1 Julai 2009 sedangkan kita tahu Bangunan FKM dalam keadaaan tidak siap.Dimanakah pegawai bertanggungjawab UMP yang ditugaskan melaporkan kepada Pengurusan Tertinggi UMP sehinnga meleset sekali jangkaan perpindahan)


ii)Asrama UMP Pekan atau lebih dikenali KK5 sepatutnya siap seperti dalam perjanjian asal bersama Pihak Kontraktor pada Disember 2009. TTT meminta kepada Pihak Dato' TNC A&A supaya mendedahkan penama kontraktor dan perjanjian asal pembinaan Asrama KK5 ini namun pihak Dato' TNC berasakan tidak perlu mendedahkan dalam dialog ini kerna tidak membantu perbincangan.TTT terima dengan hati terbuka.TTT harap pihak MPM mempunyai maklumat tepat mengenai Agreement Pihak Kontraktor dengan UMP. Berbalik cerita asal,apabila Pihak Kontraktor tidak dapat menyiapakan KK5 pada Disember 2009,mereka meminta lanjutan kepada tarikh baru iaitu Mac 2010.Ini merupakan meklumat yang TTT peroleh sepanjang bermesyuarat dengan Pihak JHEPA. Seterusnya,Pihak Kontraktor meminta lagi tarkh lanjutan sehingga pertengahan Mei 2010.Ini merupakan delay kali ketiga dan Pihak Dato' TNC menjelaskan denda akan dikenakan sebanyak RM50K untuk satu hari (betulkan fakta TTT kalau salah) andai kelewatan berlaku lagi selepas ini.Pihak Kontraktor memberi jaminan bangunan akan siap within time.Wallahualam.


iii) TTT bertegas bahawa ini bukan lagi soal Bangunan siap atau tidak kerna ini melibatkan keseluruhan sistem kehidupan Mahasiswa di UMP Pekan.TTT bangkitkan soal keselamatan di UMP Pekan.Keselamatan Mahasiswi terutama kondisi Pekan yang begitu meruncing masalah sosialnya.TTT bangkitkan kes Mahasiswi dicabul yang masih lagi menjadi misteri sehinnga kini.Isu keselamatan bangunan antara dibangkitkan apabila jika kita mengimbau kembali kejadian siling bumbung jatuh di bangunan FKM.Alahai~Selai itu ,TTT bangkitkan mengenai keselamatan barangan Mahasiswa.Kita sedia maklum kes kecurian 6 LCD di FKEE sangat menghantui kita semua.TTT mempersoal bagaimana tindakan serius yang diambil oleh Pihak Pengurusan UMP dan Dato' TNC telah menyatakan peruntukkan sebanyak RM 70K telah digunakan untuk mengatasi permasalahan tersebut.Selain itu,Profesor Dr Ridzuan juga telah menjawab bagi pihak JHEPA bahawa akan diadakan pagar dan pagar berdinding di sekeliling asrama.Selain itu, PTJ Keselamatan akan diadakan dan lebih ramai staff akan direkrut untuk menjaga keselamatan UMP.Sejauh mana kebenaran,TTT minta agar kita semua sentiasa aware dengan perkembangan semasa UMP Pekan.


iv) TTT juga bertanyakan mengenai kebajikan atlet UMP yang kebanyakkan datang daripada FKM dan FKEE.Bagaimana pembangunan atlet kita seandainya perpindahan ke UMP Pekan akan menjejaskan jadual training dan sebagainya. TTT mohon agar Exco Sukan MECHAPRO dan EEES agar labih proaktif dalam mengetengahkan isu ini dimasa hadapan dan kita cari formula sesuai agar nama UMP terus bertambah maju dalam dunia sukan arus perdana.


v)Akhirnya,TTT meminta komitmen daripada Pihak Dato' TNC mewakili Pengurusan Tertinggi UMP mengenai apakah dia perancangan UMP dalam RMK10 mengenai UMP Pekan sebagai Kampus Tetap dan tidak anak tirikan kami di pinggir sini.( Ayat touching,hhhuhuhu).Dato' TNC dengan penuh yakin menyatakan bahawa UMP komited dalam RMK10 untuk membangunkan fasa seterusnya di UMP Pekan.


vi) TTT  menyatakan pendirian mengenai perlunya Sebuah Surau Bersaiz sederhana untuk memuatkan jemaah bersolat,melakukan aktiviti dan sebagainya.Percayalah,inilah titik tolak untuk Mahasiswa terus beraktiviti dan memberi ruang nafas ketenteraman rohani dengan aktiviti secara berjemaah.Pentingnya Surau Sementara ini dibina untuk kebaikan bersama.TTT sarankan permintaan ini diambil berat oleh pengurusan UMP.


  • 3.Secara overall,dialog kali ini membuka ruang dan nafas baharu bahawa perpindahan ke UMP Pekan merupakan satu realiti bukan fantasi lagi.Tadi Profesor Dr Ridzuan memberi penerangan secara lisan Apakah tindakan pihak UMP seandainya KK5 tidak siap dan delay lagi?Plan B nya ialah menumpangkan secara terhormat di KK2 atau istilahnya lebih kasarnya kebarangkalian merempat akan berlaku.Kita minta supaya KK5 siap mengikut jadual at least pada semester hadapan. TTT berjanji akan terus setia bersama teman teman seperjuangan di KK5 nanti.Mari kita tinggu Episode seterusnya.Kisah KK5 atau Kisah di Kaki Lima!
* TTT tak hantar lagi borang permohonan ke KK5 kerna terlalu taksub dengan PSM.huhhuhuh.... TTT akan hantar secepat mungkin.KK5,here I come!!!!


The Think Tanker

4 comments:

  1. bace paper hari ni...

    http://mechanicalfiles.blogspot.com/2010/04/aduan-mahasiswa-keluar-surat-khabar.html

    ReplyDelete
  2. fillah88@gmail.comApril 8, 2010 at 7:22 PM

    hahahah....
    merempat la lagi nampaknya kita..
    wei sufi,hang bukn suksis ke??
    de space tuk hang kat KK4 nnti tuk bdak suksis..

    ReplyDelete
  3. TTT Suksis tapi akan bertauliah tamat latihan semester ni...nak abes dah SUKSIS aku ni.huhuh.

    Jadi,perjuangan TTT diteruskan di UMP Pekan Kolej Kediaman ke 5....Tq pada yg concern.

    ReplyDelete
  4. pihak atasan sentiasa memberikan alasan dan cara utk melarikan diri daripada permasalahan...

    dan lagi satu teguran yang bermakna, kenapa selalu minta bukti?

    bila kita ceritakan permasalahan, sepatutnya pihak atasan turun padang dan merasai serta menyiasat... komen2 atau komplain itu sudah cukup untuk menjadi bukti. cubalah seseiapa dari pihak atasan tu naik bas dari KK2 ke pekan, dan balik pukul 12 dari pekan ke gambang... baru tahu... apa perlu kami menyertakan sekali data seperti suhu kalau kami kata bas xde aircond??? Harap turun padang melihat... bukan tunggu saja bukti tu datang... kami ni pelajar kadang2 muak... beri bukti pun tapi tersekat di receptionist buat per???

    ReplyDelete