Wednesday, April 28, 2010

JHEPA, Andai Kami Tutup Mulut!!!




JHEPA, Andai Kami Tutup Mulut


Mana mungkin keadilan dan Hak Mahasiswa akan terbela


Bila mana fitnah melanda dan menjalar jalar ke pelosok pejabat anda


Bila segala keputusan tidak mahu Suara Mahasiswa diambil kira


Suara Mahasiswa ibarat api dalam sekam, ibarat duri dalam daging, ibarat bisa menusuk ke tulang


Namun,TTT ingin bertanya


Bukankah lebih baik jujur dan lantang daripada hipokrit dan si adu domba


Bukankah bisa ular itu jua penawar derita


Bukankah lebih baik berlapang dada daripada bermuka muka


TTT sedar penulisan ini akan membangkitkan seribu tanda tanya buat pejuang2 Mahasiswa


Apa yang berlaku dalam JHEPA? Malah tak terkejut ada yang akan bertanya,JHEPA ini apa???


Bukan TTT mencari salah tetapi mari kita berhujjah,


Kita buka Minda agar biar Terbina budaya di dalam Universiti Malaysia Pahang,Tak semua yang diucapkan oleh Sang Penguasa itu semua nya betul belaka


Kita bina budaya agar jangan sesekali Sang Penguasa bisa lakukan apa sahaja dan terus membodohkan Mahasiswa


Kita bangkit LAWAN dengan terhormat dan berani berhujjah,Jika salah Betulkan,Jika Kami benar, Sila buat Perobahan


Kita buka Minda jadi Mahasiswa Cakna


Khusus TTT nukilkan buat mereka Pejuang2 Mahasiswa...




  • 1.         Ketika jari jemari TTT menulis nukilan ini,timbul 1001 persoalan bahawa seakan tidak percaya senario yang berlaku dalam Politik JHEPA. Pelbagai peristiwa yang telah berlaku seakan akan merobek benak kepercayaan TTT kepada Sang Penguasa. Berdasarkan pengalaman dalam hampir 4 Tahun di Universiti Terchinta,inilah merupakan kali pertama krisis menyekat Suara Mahasiswa sehinnga begitu terkesan kedalam jiwa sebilangan kecil Pemimpin Mahasiswa. Rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam Politik JHEPA sangat mempengaruhi TTT.Sebelum itu,TTT ingin membuat sedikit pencerahan bahawa segala apa yang dinukilkan ini berdasarkan pengalaman sebagai Pemimpin Mahasiswa Peduli dan juga berdasarkan maklumat dan fakta2 mengikut kronologi penceritaan yang TTT akan rahsiakan identiti mereka. Tulisan ini bertujuan untuk mengkritik, berhujjah,meluahkan kehampaan jiwa muda TTT serta sebagai perkongsian kepada adik2 bakal pejuang Generasi Mahasiswa Peduli! Bila anda berada di Medan Pejuang,pastinya Mehnah Tribulasi serta fitnah akan menjadi butiran peluru yang akan menusuk kedalam jiwa Mu!

  • 2.Seawal TTT menjadi Pemimpin Mahasiswa Peduli,kita telah bertekad bahawa empowerment atau penghakupayaan Mahasiswa wajar diletakkan tempat tertinggi dalam menaikkan kembali Student's Power. Antara yang menjadi  agenda utama kita ialah agar Minggu Induksi Siswa atau MINDS serta penganjuran Expoconvo diberi hak mutlak 100% kepada Mahasiswa. Perdebatan berlaku kerna mana bisa Mahasiswa melakukan MINDS tanpa bantuan Staff. Pastinya ini akan menimbulkan polemik dan salah faham diantara Pihak Staff terutama JHEPA dan Pihak MPP(ini MPP zaman TTT). Anda boleh salah faham dan memfitnah yang bukan2 cumanya TTT ingin perjelaskan bahkan TTT juga telah menjelaskan perkara yang sama kepada Dato' Naib Canselor bahawa 100% MINDS dibawah kelolaan Mahasiswa ialah:
 

  • i) Mahasiswa diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam MINDS. Yeah,keputusan boleh dibantah oleh sesiapa sahaja baik drpd Pihak JHEPA atau PTJ lain tetapi bantah lah dengan hujjah dan fakta bukannnya bantah seoalah olah Idea Mahasiswa ini jelik dan tidak boleh dipakai.Ini memalukan!

  • ii) Bahawa kita mahu Pengarah MINDS dan seluruh Jawatankuasa Pelaksana diberikan hakupaya kepada Mahasiswa sendiri dan Dato' telah memberi amanah kepada MPP 2008/2009 untuk memikul tanggungjawab ini. Apa maknanya? Maknanya ialah kita ada kuasa untuk menentukan siapa Pengarah MINDS,siapa pelaksana MINDS dan siapakah fasilitator MINDS dan sebagainya. Kalau dahulu,MINDS kita hanya terlibat dalam Jawatankuasa Fasiliator semata,tetapi kita berjuang supaya Mahasiswa diberi hak upaya yang lebih untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna sesuai dengan gelaran MAHASISWA!!!

  • 3.Anda bayangkan keadaan kami ketika itu,bila mana Pengurusan Tertinggi memberi kepercayaan kepada Mahasiswa bahawa kita deserve untuk kelola MINDS sebagai Pelaksana bukan sahaja sebagai Jawatankuasa Fasilitator semata. Tiada pengalaman.Tiada panduan.Yang ada,hanyalah berbekalkan Idealisme Anak Muda yang percaya dan Yakin sekiranya Mahasiswa diberi sedikit kepercayaan dan amanah,PASTI akan dilakukan dengan bersungguh sungguh. 

  • 4.Itu sedikit bingkasan Idealisme bagaimana kita berjaya menuntut MINDS dikelolakan oleh Mahasiswa sendiri. Namun,apa yang berlaku kini? Poltik cantas mencantas berleluasa dan sesuka hati.Sang Penguasa bisa lakukan apa sahaja walaupun kadangkala hujjah yang diberikan tidak wajar dan membodohkan serta merendah rendahkan Mahasiswa!!!!

  • 5.TTT ingin mendedahkan ramai teman teman rapat TTT telah dianiaya dan ditekan tanpa usul periksa. Seawal 1hb April 2010, teman rapat TTT telah dipanggil di Pejabat JHEPA dan dibawa ke bilik mesyuarat  dan terdapat segerombolan Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) disoal siasat secara mengejut bahawa adakah TTT mempunyai apa-apa rancangan untuk membatalkan Konsert Matahari. Teman rapat TTT ini kelu lidah berbicara,fobia dan ketakutan kerna begitu ramai Pihak PDRM soal siasat beliau dan ini sangat mengejutkan TTT.Kita boleh bersabar dengan tekanan tetapi menuduh dan memfitnah TTT dan teman2 akan menganjurkan Demonstrasi Bantahan Konsert Matahari adalah keterlaluan dan satu tindakan memalukan serta menjatuhkan wibawa Pemimpin Mahasiswa seperti kami yang chentakan UMP!Alahai Sang Penguasa~ Yang tambah peliknya,kenapa tidak panggil terus TTT dan tanya terus TTT apakah rencana dan pendirian TTT.Kan lebih mudah dan tidak perlu bermadah cara. Sudah sudahlah,TTT ingin membuat pendirian bahawa seandainya TTT ingin mengadakan Demonstrasi atau apa2 Rapat Umum,pasti TTT akan rancang sebaiknya,maklumkan kepada Sang Penguasa dan kita akan umumkan terlebih awal tarikh,tempat dan tujuan.Bukan secara penakut dan secara tergopoh gapah tanpa tujuan!Muktamad!

  • 6.Keduanya,dalam penganjuran MINDS 2010,Pada 15hb April 2010,sewaktu pembentangan MINDS dihadapan Dato' Naib Canselor , TTT ingin mendedahkan dengan secara tiba tiba Sang Penguasa telah memaklumkan seisi sidang mesyuarat termasuk Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa bahawa ada 3 syarat baharu untuk masuk kedalam Jawatankusa MINDS 2010:

  •  i)Pointer 2.5 ke atas syarat minimum menjadi Fasilitator MINDS 2010

  • ii) Mahasiswa Tahun Akhir TIDAK dibenarkan masuk kedalam Jawatankuasa pelaksana atau Fasilitator MINDS 2010

  • iii) Mantan MPP juga tidak dibenarkan menjadi Fasilitator MINDS 2010

  • 7.Wow! Ini sesuatu keputusan dan cadangan terburu buru Sang Penguasa tanpa berhujjah terlebih dahulu secara terperinci.TTT ingin berhujjah kenapa 3 syarat ini( sebenarnya ada 1 syarat tambahan iaitu maksimumkan Jawatankuasa Pelaksana MINDS kepada ahli MPM semata,Sayarat ini ditambah selepas mesyuarat hari seterusnya) tidak valid sebenarnya:

  • i)  3 Syarat ini dibuat dalam keadaan terburu buru seolah olah ada niat jahat untuk mencantas Mahassiwa Tahun Akhir terutamanya Mantan MINDS 2009 dan apatah lagi Mantan MPP.  Syarat ini dibentangkan tanpa perbincangan dan ruang berbahas yang lebih awal dengan Pihak MPM. Untuk pencerahan,Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010 yang terdiri drpd beberapa Mahasiswa UMP diakhir pengajian telah melakukan kerja kerja awal sebagai Pelaksana MINDS 2010.Bayangkan perasaan mereka seandainya mereka mendengar Sang Penguasa secara bermaharaja lela mengeluarkan  syarat yang akan menghiris dan mematikan keinginan anak muda ini untukberbakti kepada MINDS 2010.

  • ii) Relevan kah syarat 2 ini terutamanya Mahasiswa Tahun Akhir dan Mantan MPP TIDAK dibenarkan menyertai MINDS 2010??? Malah penganjuran MINDS ketika TTT sebagai pengarah tidak pernah Sang Penguasa ketika  itu        (Profesor Dr Abd Jalil B Borham) atau bapak penyuluh kami( En Abdul Shukur B Ishak) mengeluarkan syarat2 sebegitu rupa yang tidak difikirkan oleh pemikiran waras lagi intelektual.

  • iii) Jika alasan Sang Penguasa kini bahawa kehadiran Mantan MPP akan hanya mempengaruhi keputusan MPM Jawatankuasa pelaksana MINDS 2010, ini satu tuduhan yang merendah rendahkan wibawa Kepimpinan MPM dibawah Sdr Aedlan. Sebagai Pemimpin Mahasiswa,mempunyai akal budi dewasa dan cukup matang,mana mungkin MPM akan dipengaruhi oleh Mantan MPP. TTT hendak bertanya,mana buktinya dan apakah faktanya???Jangan tuduh sebaranagn kerna ia akan menampakkan seolah olah Sang Penguasa yang hendak menguasai dan mempengaruhi MPM! Jelas bukan...

  • 8.Sekarang sudah jelas lagi bersuluh,surat kuasa telah dikeluarkan dan ditanda tangani oleh Sang Penguasa bahawa menguatkuasakan 4 Syarat Baharu(termasuk 1 syarat tambahan iaitu Maksimumkan MPM dalam Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010).Kini surat kuasa itu ada pada tangan MPM dan situasi kini membuatkan adik2 MPM berbelah bahagi.Ibarat Hendak diluah mati emak,hendak ditelan mati bapak,kalau dikumam meracun diri. TTT sangat kasihan dengan situasi MPM tetapi inilah adat orang berjuang dan orang berjuang jangan sesekali takut pada Sang Penguasa andai HAK Mahasiswa ditindas dan dibodohkan.

  • 9. TTT bertanggungjawab sepenuhnya atas penulisan ini.Kita sedia berdebat dan berhujjah kewajaran 4 Syarat ini dikenakan. Sangat memalukan dan menjatuhkan wibawa Mahasiswa. Seharusnya,peluang wajar dibuka lagi kepada teman2 Mahasiswa Tahun Akhir terutamanya Senior2 MINDS kerana mereka ada pengalaman dan kematangan bersama sama adik2 Fasilitator baharu untuk menaikkan nama UMP ke persada yang digeruni.Malah bilangan mereka  tidak sampai 10 pun yang mahu terus berbakti dalam MINDS 2010 seperti Izyan Sajian, Law Kok Sin,Khairul Fkiri Pendaftaran, Irsyad Disiplin  dan lain lain menunjukkan komitmen yang tinggi malah ada diantara mereka yang sudah melakukan kerja2 awal sebagai Pelaksana MINDS 2010 hanya kerna sayangkan MINDS dan ingin membuktikan bahawa Mahasiswa juga boleh melakukan sebaik mungkin amanah.

Apa tuntutan kita sebagai Mahasiswa PEDULI???



  • i) Kita mendesak supaya 4 Syarat ini dimansuhkan serta merta terutama syarat ke 3 dan ke 4 iaitu Mahasiswa Tahun Akhir dan Mantan MPP TIDAK boleh menyertai MINDS. Dalam pengalaman TTT sebagai Mahasiswa UMP,inilah kali pertama syarat yang begitu sombong dan tidak rasional dikeluarkan oleh Sang Penguasa.Alahai~

  • ii) Kita minta ruang perbahasan dan penghujjahan yang lebih autonomi diberikan kepada pemimpin Mahasiswa dalam mana mana keputusan yang melibatkan Mahasiswa secara khususnya.Bukan hanya melalui Sang Pnguasa menggunakan autonomi kuasa semata dan melukakan banyak pihak terutama Mahasiswa.

  • iii) Kita menggesa agar Politik Dalam JHEPA yang suka mencantas Pemimpin Mahasiswa dihentikan serta merta. TTT teringat amanat Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa "HEP perlu lebih profesional dan bertanggungjawab meningkatkan peranan Mahasiswa itu sendiri". TTT tidak fikir 4 syarat yang dikenakan dan dikuat kuasakan ini akan membantu Teman2 Mahasiswa untuk lebih berperanan dan matang.Sebaliknya ia menunjukkan manifestasi kebobrokan Sang Penguasa dalam membawa hala tuju HEP.
  • Mana pergi slogan Enrichment,Enlightend dan Empowerment yang dahulu dilaung laungkan.Sekali lagi Jangan Bodohkan Mahasiswa!Apatah lagi Mahasiswa peduli!!!

  • 10.Jarang sekali TTT mengkritik JHEPA atau Sang Penguasa secara terbuka.Namun,apabila melihat terlalu besar kepincangan dan campur tangan Sang penguasa dalam urusan MINDS sehingga lelah MPM sebagai Pelaksana utama.Apa yang wajar TTT tegur dan dedahkan perlu kita sama sama teliti dan nilai kembali peranan HEP itu sendiri.Jangan jadi seperti ketam mengajar anak nya berjalan.

  • 11. TTT tegas perkara ini WAJIB diperbetulkan.Dan anak muda yang membakar semangat pejuangnya TIDAK bisa membiarkan Sang Penguasa terus berkuasa tanpa menghormati HAK MAHASISWA PEDULI!!!

TTT membuka ruang Perbahasan....


The Think Tanker
4.10 pagi
29 April 2010
Kolej Kediaman 1

( TTT mempunyai Paper Mechanical Vibrations hari Jamaat 30 April 2010 jam 9 pagi. TTT sudah lama bersabar dan menunggu masa sesuai untuk menulis kerna keterbatasan waktu akibat jadual Exam yang mendesak. TTT tidak boleh biarkan perkara ini akan terus menghambat Pemimpin Mahasiswa Peduli.Jika Tulisan ini mengguris perasaan sesiapa,TTT tiada niat cuma ingin menegur dan mengkritik Dasar yang pada hemat TTT tidak wajar dan memburukkan suasana Mahasiswa sendiri. Doakan agar TTT dapat melakukan terbaik Paper Mechanical Vibrations ini)

41 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bang pajero dah melampau.. mantan memang penting untuk jadi guider. gua bosan dah.

    ReplyDelete
  3. alahai~~tetiba blh rs panas je bca tulisan ni..jhepa oh jhepa..ble jhepa dh mkin mahu melebarkan sayap diktatorny..xmahu ade mahasiswa yg memimpin tp hanya sekadar mnjadi lembu ditarik hidung..ble hilang suara2 mahasiswa peduli ni, 1 ari nnti MPM akn hanya jadi seperti org yg bodoh2 alang yg akn ikut shj khendak mreka..selamatkanlah UMP n mahasiswa UMP yg akn dtg..Hidup mahasiswa peduli.!!

    ReplyDelete
  4. cadangan untuk JHEPA..

    tak perlu pilihanraya bagi memilih wakil bagi mahasiswa pada penggal seterusnya...
    lantik lah sendiri jawatankuasa dari kalangan yang mengikut telunjuk "sang penguasa"...
    suara mahasiswa tidak dipedulikan lagi...
    JHEPA berkuasa mutlak dan berhak menentukan
    jalan yang perlu untuk mahasiswa...


    ~tiada hujah bererti tiada penambahbaikan...

    mahasiswa bangkit!

    ReplyDelete
  5. alahai.. JHEPA oh JHEPA..
    Jab. hal. ehwal. Penguasa. Anda.
    haha.. ni bru MINDS, blum ag KK5..hahaha...

    ReplyDelete
  6. bagi aku, jhepa perlu bersikap lebih professional.. menyokong dan cuba support cadangan mahasiswa supaya dapat menghasilkan mahasiswa yang bermutu selain berkualiti dalam bidang akademik...kalau dah sampai nak kongkong macm ni, memang mahasiswa xkan maju smpai bila2...mungkin jhepa ada tujuannya untuk mengenakan syarat-syarat tu...tapi apa tujuannya?kalau ada wakil yang boleh terangkan ni lagi bagus....

    ReplyDelete
  7. salam,

    abg sambut baik niat murni TTT dan juga jr2 yang lain untuk terus empowerment kan mahasiswa2 UMp sekalian... big applause kepada kamu semua sbb terus gigih menperjuangkan nasib mahasiswa.. seperti juga pada zaman kami dulu.

    terus sahaja kepada TTT, apa2pun pertama2nya abg doakan kamu sukses dalam Final Xm semester kali ini.

    keduanya, pabila sedang kemuncak2 peperiksaan ditambah lagi dgn perihal yang berlaku seperti diatas jiwa mana yang dapat tenteram, emosi mane yang tidak stabil jika tiada sesiapa yang dpt memahamkan situasi yang berlaku atas kita, pun begitu, abg sarankan semoga TTT mengawal emosi dahulu.. keseluruhan entry ini dapat dilihat walaupun punyai fakta2 yang menarik, idea2 yang bernas tetap dicampur baurkan dengan emosi yang kadang kala tidak terkawal.

    kalau ikut Islam berdakwah secara hikmah, kalau kata Tun Perak bersahsiah bagai menarik rambut dalam tepung. Rasanya TTT faham makna yang abg sebutkan ini dana dapat pula dikaitkan dengan konteks keadaan yang sedang menimpa.

    perkara ketiga, adalah sebab TTT menyentuh perihal hal berkaitan minggu MINDS, yang mana TTT dahulunya telah berusaha bersungguh bg mendapatkan kuasa dan suara mahasiswa dalam MINGGU MINDS tersebut, dan telah pun berjaya, syabas diucapkan.

    Itu adalah sewaktu masa itu dan sewaktu zaman itu dan pada waktu orang2 itu yang berada disitu, apakah sekarang masih juga serupa? Kita paham begini.. suatu mende tidak semestinya statik... bila berlaku suatu yg dinamik sebegini.. kita juga harus berubah, jika kite tetap pegun dan tegak patah dan punahlah kita.
    Seperti menjawab soalan XM, kita lihat solusi rakan sebelah lain, rakan dihadapan lain, jawapan pun lain2.. tp jika masih hampir dgn jawapn sebenar dgn jalan kerja yang btul maka tetap masing2 adalah btul.

    Dengan kata lain, saranan abang diatas, ialah TTT telah melakukan suatu dgn MINDS sehingga ia berubah wajah ini dinamakan INOVASI, tetapi jika skrang sukar melalui MINDS, masih banyak agenda dan program sepatutnya dijalankan oleh siswa seperti TTT, ini dinamakan KREATIF. Lakukan sahaja program besar yg baru, segar dan efektif, mahupun pon perbanyakkan program2 kecil yg empower kan siswa.

    Abang lebih gembira jika TTT dapat melihat cabaran mahupun sekatan dilakukan oleh pihak penguasa yang dikatakan oleh TTT itu dari sudut empowerment of student in challenging situation to build up creativity.

    semoga TTT sentiasa dalam rahamtNYA, dan terus bersemangat untuk siswa2 UMP dan jgn lelah dengan situasi yang ada.

    ReplyDelete
  8. Terbaik....tahniah buat rakan pejuang mahasiswa sb berani meluah segala kebenaran yang berlaku..terkejut nama saya pula ada dalam blog kali ini..tapi semuanya benar..

    Secara peribadinya,saya boleh menyifatkan bahawa tindakan mengenakan syarat baru itu seolah-olah nampak sgt pembuat keputusan itu tidak cukup matang..cakap biar berfakta..

    Rakan-rakan mari kita fikirkan..lain org lain cara..pucuk pimpinan dlm jhepa sdah berlainan mgkn dia ada pendekatan baru dia..NAMUN persoalannya KENAPA SYARAT BARU TIDAK DIKELUARKAN SEBELUM PEMILIHAN FASILITATOR?? kenapa hingga saat pembentangan kepada Dato NC bru ada syarat baru ini..

    Maka,tindakan ini amat kelakar..Jawapannya utk persoalan itu..mereka GAGAL MERANCANG...GAGAL MENTADBIR..GAGAL SEGALA-GALANYA...kerana tindakn itu bukan saja menimbulkan perasaan kecewa malah benci juga mula wujud di kalangan mahasiswa..

    Saya amat kesian terhadap adik2 pimpinan MPM..mereka mmg dihimpit dlm kejadian ini..mereka rasa sgt bersalah kpd kami2 yg terlibat..tapi saya faham keadaan sb salah bkn di pihak mereka..

    Saya tidak faham apakah politik yg cuba dimainkan oleh sang penguasa...jgn cuba mempermainkan mahasiswa...sgt cuba memperlekehkan mahasiswa..mahasiswa kini bkn lg serupa dulu...INGAT AYAT INI!!!

    "APABILA JLN PERUNDINGAN MAHASISWA TERTUTUP,APA YANG TINGGAL??? YANG TINGGAL HANYALAH KERANDA MAHASISWA" (BUKU MAHASISWA MENGUGAT)

    Jika kini diberi ruang lagi untuk berbakti dalam minds..jawapan saya adalah SAYA TIDAK AKAN MELIBATKAN DIRI LAGI DALAM MINDS..bukan kerana takut..tapi kerana saya bukan orang murahan bila diperlu ambil jikan tidak perlu tendang tanpa dimaklum..

    maka,pihak yg berkaitan jika rasa panas telinga..panas hati membaca..maka tibalah masa utk awak MUHASABAH DIRI..

    SEPANDAI-PANDAI MANUSIA ITU, ADA JUGA KEBODOHANNYA PADA MASA-MASA KETIKA.............

    ReplyDelete
  9. salam

    sy juga turut terkesan dgn 4 syrat yg dikeluarkan JHEPA... ternyata kptsn yg dikeluarkan sgt drastik dn tidak relevan... tanpa mengemukakan ape2 alasan, jhepa terus membuat kptsn yg dianggap agak kebudak2an...

    sbg mantan fesi (sajian),utk MINDS kali ini sy telah merangka beberapa strategi agar kelemahan2 yg lepas tidak diulangi lagi kali ini... niat sy sgt murni, utk mengajar adik2 fesi dibawah pemantauan sy bagaimana utk menguruskan sajian utk lebih 2ribu org pelajar dan VIP... tiada niat lngsg utk mengajar mereka utk menganiaya pihak JHEPA...

    Tapi, bila shj 4 syarat ni smp ke telinga sy... sy terus tersa hati dan terfikir2 ape sbnrnyer agenda di sebaliknyer...

    terima kasih kpd adik2 mpm yg dtg memujuk sy menyertai MINDS smula (sebagai penasihat katenyer)... tp sy sudah tiada hati utk menyertainya lagi... tp sy janji utk bekerjasama dgn adik2 mpm sekiranya mereka memerlukan pertolongan saya...

    wassalam...

    ReplyDelete
  10. salam perjuangan untuk semua, walaupun ak bkn pelaksana, tp ak turut berasa hati, sbb pe, bru nk melaksanakan agenda volunteerism, telah dikekang disebabkn faktor yg masih tidak dikenalpasti. sepatutnya Sang Penguasa perlu berbangga dengan adanya pelajar thun akhir yg masih nk menabur bakti, tp dinafikan hak.. bkn seng, kalo nk pk jahat la kan, kita boleh dpt byk prog kt luar, siap kne byr lagi, dpt income, tp kmi memilih minds sbb nk berbakti kpd universiti dan memilih ni dgn rela hati...

    wahai sang penguasa, kmi xmenjangkakan smpi thp mcm ni keadaannya. mne slogan "empowerment, enlightened, enrichment"? sedangkn volunteerism ni dinafikan hak.. apa nk jadi..

    Ada pe ngan suffi? bkn itu masalahnya, tp sbb nilai volunteerisme itu sendiri yg menyebabkn rmi yg semakin muak dgn sang penguasa bila mereka mematikannya dengan cara terhormat dan dgn cara yg begitu halus..

    selepas ini jika berlarutan, tidak hairanlah, jika tiada siapa yang akan menyertai MINDS, sang penguasa yang begitu berkuasa mampu melakukannya tanpa adanya bantuan fasilitator yang mereka anggap murahan dan boleh ditendang kesana-kemari demi kepentingan mereka...

    salam perjuangan untuk adik2 MPM.. usah gentar! kerana Mahasiswa Peduli sentiasa bersama anda..

    Hidup Mahasiswa!!

    "enrichment, enlightened, empowerment"

    ReplyDelete
  11. SALAM...anda xtau ke? pe tujuan kita berada di universiti? Belajar kan? so?

    atas ni sekadar polemik... ingt kt universiti belajar ilmu akademik je ke? ilmu lain? pengurusan?

    ni lah masenye.. bile mahasiswa nk mencuba halang, bila diorg xikut prog ckp kita ni slow...
    what is this men? nk suruh mahasiswa jd mandom? tp maybe itu yg sang penguasa mahu... bkn kt cni jer.. sume sang penguasa kt semua ipt.. ni lah realiti, semata utk kepentingan masing2 dan menyenangkn kerja hanya bagi sesetengah pihak.. bagi yang terasa la.. saya xckp semua,SAYA KATA SESETENGAH... FAHAM KAN???

    SIAPA YANG TERASA, SAPE SURUH TERASA, TAPI DAH RASE, RASEKANLA PENANGAN ANAK MUDA,

    COMMON LA, SY JUGA MERASAKAN, SANG PENGUASA DLU JUGA PERNAH MENGALAMI ZAMAN MAHASISWA, JANGAN LAH DINAFIKAN SEMUA, KALAU KAMI SALAH TEGUR, BUKAN MENCANTAS, INI JUGA SALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN BAGI KAMI, KALAU BUKAN KAMI BUAT SILAP SEKARANG XKAN DAH MASE KERJA NNTI BRU NK WAT SILAP...

    ReplyDelete
  12. sekadar nak tarik perhatian!sudahla suffi...meluat ar aku ngan kau...bagi la publisiti kt dia...dia nk publisiti jah nih

    ReplyDelete
  13. org kat atas ni, ini lah buruk sangka namanya... tanpa fakta dan rasional, menuduh org hanya mahukan publisiti... bkn die dapat duit pun, bukan kite bg die duit minyak pun bile die buat artikel ni.. fikir la skit.. terima kasih byk2 kpd TTT atas kesedapan dan anjakan paradigma yg saudara lontarkan kepada kami supaya membuka minda kami... hanya Allah dapat membalasnya..

    ReplyDelete
  14. kesedaran, bukan kesedapan.. h0h0

    ReplyDelete
  15. Salam ye adik ..
    akak rasa awak terlalu beremosi dlm memberi komen. atas alasan ape yg JHEPA laksanakn rules tu awak x pkey ke?

    akak bekas fasi 3 tahun berturut di KUKTEM yg kmudiannya, d gelar sbg UMP... MINDS? Event nye tetap sama.. lemau.. dan yang paling ternyata skali.. siapa2 aja yg akan pegang jawatan smua itu... kalo bukan muka2 yang sama..
    muka itu juga jawatan di MINDS.. di EXPOCONVO... malah d aktiviti lain UMP..
    tapi akak tetap blaja cara memimpin.. terima kasih pada sahabat seangkatan smua.. terima kasih terutamanya d tuju pada abang wan yg sentiasa membantu kami dahulu...

    dik,
    pernah awak berfikir secara rasional mereka buat perubahan rules gtuh? 1 aja jawapnnya, untuk perubahan.. berikan pluang kepada yang lain, untuk memimpin MINDS ini... mungkin corak kepimpinan mereka lain dari kempimpinan yang ada. berikan kepercayaan pada yang lain.

    berkaitan tentang mantan2 MPP..
    mungkin mereka boleh explore ruang laen tuk berbakti pada UMP.. Buat agenda lain yang boleh masyakarat UMP banggakn dik..
    jangan di sempit kn pemikiran tu pada MINDS sahaja... jangan bila ada prubhaan yg mahu di lakukan, cpt benar latahan yg d kluarkan.

    untuk berubah pada yg luar biasa mmg sukar.
    tapi biar kn kita bereksperimentasi dgn prubahan yang mahu di lakukan dik..
    mari tingkatkan prestasi & kurangkan kontroversi..

    maaf kalau kata-kata akak ni x boleh dterima pakai..
    cuma meluahkn apa yang akak rasa.


    nota kaki: selamat maju jaya adik-adik sekalian.

    ReplyDelete
  16. Ermm..terima kasih atas pendapat itu akak diatas..mgkn akak ni zaman abg aizat kot??minds dgn expoconvo smua join...

    Tp situasi yg akak ceter itu hanya berlaku zaman akak jer..skg situasinya dh berlainan..bknya mahasiswa yg sama jer join prgrm2 universiti..

    Bkn kita tidak boleh menerima perubhan tp smua berlaku ini ada disebabkn sesuatu yg berlaku sblm ni bru mereka wat syarat itu..

    anyway thanks atas nasihat akak itu..kami akan menerima sbgai rujukan kelak..

    ReplyDelete
  17. bl suara mahasiswa disekat, dituduh tanpa berasas, dikecam hebat..mereka ingat mahasiswa takot bersuara! aku lihat da mcm2 jhepa buat utk jatuhkan TTT tp dorg x berjaya...dan aku rase la kn JHEPA ni takut pd TTT la...lantang berhujjah!tahniah pd TTT, sesungguhnya terlalu byk mehnah dn cabaran di hadapan...aku terus mnyokong TTT dn berdoa agar Allah merahmati dlm stiap tidakan..

    ReplyDelete
  18. salam kak, sy rase ap yg akak ckp tu btul tp akak kene tanye jg smule dlm diri akak adakah MINDS kli ni same spt zaman akak...km zaman ini jg lbih memahami situasi km di sini, sy rase TTT berbicara bukan dgn emosi semata tetapi dr sudut penelitian yg di buat, mahukah kita melihat mahasiswa ump dungu dn mandom?...bg sy x salah mlibatkan mantan dn thun akhir, msih rmai lg kapasiti adik2 bru yg ble terlibat same...UMP jaauh dah berubah dr zaman sy thun pertama dulu...dn sy rase byk lg isu pihak pengurusan JHEPA dn UMP perlu selesaikan antranya kolej kediaman 5,gejala sosial yg semakin runcing, maksiat telah berleluasa di institusi ilmu ni kak(nada merayu)...maaf terkasar bahasa, sy jg mantan fasilitator MINDS spt akak...

    ReplyDelete
  19. Syabas TTT. pelik tapi itulah hakikatnya. jangan anggap mahasiswa sepeti lembu dicucuk hidung. mana hak mahasiswa? tidak hairanlah kalau mahasiswa dianggap lesu, bila mana cadangan dan pergerakkan mahasiswa dicantas oleh sang penguasa. itukah peranan sang penguasa yang sebenarnya? namun itu tidak jd penghalang. malahan ia menjadi satu ransangan untuk mahasiswa terus dan terus bangkit. MAHASISWA PEDULI!!!..

    ReplyDelete
  20. akak jadi 3 tahun berturut-turut?? makne nye susah semestinya pada kali yg ketiga itu akak tahun akhir... same juga dengan tahun 3 skrg yg nak masuk thn 4, kenape x blh join mcm akak iaitu kami yg tahun akhir ni, sedangkan jumlah kami hanya x sampaipun 10 orang?? dan for sure akak pun tau ape kelebihan dan kekuatan yg organisasi minds akan terima sekiranya ada senior2 blh bagi pandangan, dan juga kongsi pengalaman sms minds ini... utk pengetahuan, kebanyakan senior2 ni tidak meminta jawatan pun, jadi fasi biasa dan hanya ingin berbakti kpd UMP... tapi act TTT dan kebanyakan kami tahu ape hujah yg pihak JHEPA berikan terhadap 4 syarat diatas.. sangat tidak masuk akal dan tidak kukuh... sekadar pandangan

    ReplyDelete
  21. salam.
    semangat yang membara2..menarik. @_@
    PENGARAH MINDS nak respon. :)
    mungkin sy boleh membuat pencerahan disini..
    rakan2 seperjuangan, mengikut, x bermakna kalah, mungkin kita perlu melihat masalah sebagai satu peluang untuk belajar segala aspek kehidupan. PENGALAMAN.

    Sy mengambil sedikit jalan cerita pd perjanjian Hudaibiyah di zaman Rasulullah. Bagaimana Baginda mengalah dengan perjanjian yg dibuat dahulu. Baginda tampak kalah. Hakikatnya, setelah bertahun-tahun kita sedar bahawa perjanjian itu memberi kesan yang baik kepada semua. Sy sedar, di pihak MPM, bukan mudah untuk membuat keputusan. Kami melalui keadaan menjadi pemimpin mahasiswa kini yg penuh dugaan dan cabaran. Baru bagi kami. Keputusan yang perlu di ubah di saat2 akhir, penyingkiran fasilitator yang telah terpilih di saat mahasiswa semua sedang pulun nak exam. Bersilat dalam mempertahankan pelaksana kesayangan kami(kak yan sajian, abg irsyad disiplin, abg Law, n abg fikri pendaftaran). Genting. Sungguh genting.

    Tapi, sy cuba untuk faham dan berfikir secara positif. Inilah yang dikatakan bersetuju dalam tidak bersetuju (tidak bersetuju prinsip ke 3 & 4). KAMI JELAS NYATAKAN KAMI TIDAK BERSETUJU. Tapi, untuk prinsip pertama dan ke 2, kedua-duanya ada nilai murni yang semua dapat lihat dgn jelas tanpa perlukan penjelasan. (cuma ianya digazetkan di hujung tanduk, (selepas pengumuman fasi).
    Fahamilah, tidak semua yang kita inginkan akan diperolehi dengan begitu mudah. Kami ibarat menikam diri sendiri dua kali sebelum menikam rakan2 mahasiswa seperjuangan yang lain dengan keputusan yang dibuat. Kami di pihak MPM sangat2 menghargai jasa baik mantan2 dan pelajar tahun akhir atas pertolongan kalian. Penglibatan kalian dalam MINDS hakikatnya membantu kami. Namun sy yakin dan percaya, niat ikhlas kalian semua yg ingin membantu kami dalam MINDS akan tetap utuh walaupun u guys not in the party anymore. Kami tegaskan disini wahai UMP tercinta, MPM masih berdiri di atas kaki kami sendiri, dalam kasut dan saiz kami sendiri. Aedlan tidak berdiri di dalam kasut Suffi. INGAT.

    Selaku pengarah MINDS 2010, sy masih lagi menuntut pengalaman dr Kak izyannisa (cik su) dan mantan2 lain dalam pengurusan gerak kerja menguruskan fasilitator dan sebagainya(gerak kerja teknikal). Menjadi pemimpin yang sebenar, adalah seseorang yang boleh dipimpin dan memimpin. Tidak perlu bongkak dalam menuntut ilmu; baik dari mantan, apatah lagi dr ayahanda En Shukur(pengerusi MINDS) sendiri. Pesanan kepada barisan kepimpinan mahasiswa yang laen di seantero UMP terchenta, dalam menjadi pemimpin, kita harus sedar, selaen memperjuangkan hak2 mahasiswa, kita perlu ambil iktibar dan mengutip sebanyak mungkin ilmu sepanjang bergelar pemimpin mahasiswasecara natural(ilmu dlm pengurusan dgn staff, pengurusan dgn org di bawah, membuat keputusan yang sukar, dll). Bukan lah layak untuk sy menulis di entry ini dgn panjang lebar..tetapi sekadar ingin membuat pencerahan bagi kedua-dua belah pihak.

    ketika aku mohon kekuatan,Allah berikan aku kesulitan sehingga aku kuat..
    ketika kumohon kebijaksanaan,Allah berikanku masalah untuk aku pecahkan..
    ketika kumohon kesejahteraan,Allah berikanku akal untuk berfikir..
    ketika kumohon keberanian,Allah berikan aku bahaya untuk aku atasi..
    ketika aku memerlukan cinta,Allah berikan orang bermasalah untuk aku tolong..
    ketika aku mohon bantuan,Allah berikanku kesempatan..
    ketika aku xpernah menerima apa yang aku minta,aku menerima apa yang aku perlukan..
    -imam al-ghazali-

    ReplyDelete
  22. walaupun ada rasionalnya syarat-syarat baru ini,tapi kenapa syarat2 diumumkan tatkala keputusan telah diumumkan??
    ketika fasilitator yang terpilih sudah pun memulakan tugas yang diamanahkan??
    ketika "fasilitator terpilih" telah pun membazir masa untuk temuduga dan perjumpaan sehingga lewat malam walaupun keesokan harinya ade test menanti..
    apakah rasionalnya syarat2 baru ini diumumkan setelah semuanya telah pun terjadi??

    ReplyDelete
  23. Salam Perjuangan Mahasiswa Peduli

    Pertamanya,TTT bersyukur bhw ramai teman2 yg sudi berkongsi n menyokong n ada yg tidak bersetuju dgn penulisan TTT.Pokoknya,fakta tidak boleh disangkal.Anda yang membaca bolen mentafsir 1001 penafsiran cumanya kita berhi hujjah dan fakta bhw kita TIDAK bersetuju dgn cara dan tindakan 4 Syarat tersebut atas sebab:

    1.Keputusan ini dibuat secara terburu buru dan telah menganiaya sebilangan oelaksana dan teman2 yang hadir temuduga.Malah,ikut pengalaman kita ini tidak boleh diterima sama sekali tatkala kita ada Pengarah MINDS 2010,Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010 yang telah dilantik oleh Pihak MPM. Sewajarnya sebarang perobahan perlu dibawa dalam mesyuarat dan semangt collectivity harus diambil dama mengambil kata putus.Bukan dengan cara autokratik semata.Ini Universiti,didalamnya penuh dengan modal insan iaitu Mahasiswa yang boleh berfikir dan boleh 'bertindak'!

    2.Dengan termaktubnya 4 syarat ini,Pihak JHEPA secara automatik telah mematikan satu lagi peluang kepada sesiapa sahaja Mahasiswa di dalam UMP ini tidak kira Final Year atau Mantan MPP sendiri. Perkara harus diperbetulkan.Semangat kebersamaan(sense of belonging) wajar dipupuk sehingga kita berada di Tahun Akhir Pengajian kerna masih bergelar Mahasiswa UMP yang sah.

    Pokoknya,seluruh Mahasiswa UMP termasuklah Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010 kali ini juga berasa TIDAK selesa dgn syarat2 yang sangat mengheret kami ke kancah yang lebih kritikal.Kita mahu tenaga dan pengalaman dapat disynergize bersama atas kapasiti Mahasiswa dan Fasilitator.Tdak perlu lah lantik penasihat,mentor dikalangan Mahasiswa,kita semua MahasiswaUMP maka kapasiti Fasilitator sudah cukup memadai.APA YANG SUSAH SANGAT KAN???Pelik~~~

    Ini bukan soal Aedlan atau Suffi Kamari.Mereka berdua hanya 2 insan semata. Kita menentang DASAR2 yang begitu Longgar sekali.Pelaksanaan yang begitu rapuh dan sebagainya.Iniyang kita tidak bersetuju.TTT bukan bermain sentimen peribadi.Kita bermain dengan soal dasar dan mencakupi HAK Mahasiswa di UMP.Itu sahaja. Jadi,siapapun nanti dilantik sebagai Sang Penguasa,kita akan tetap menyokong dan patuh BUKAN dengan cara membabi buta atau si pengampu yang akan ampu semata mata.Kita Patuh dan Taat pada perkara yang dibenarkan.Jika betul betullah,jika ini menekan Hak Mahasiswa,Kita LAWAN dan kita tidak bersetuju.Mudah sifirnya~

    TTT mohon untuk dibahaskan...

    ReplyDelete
  24. hehehe...biasa dah drama nie....rasa boleh minta jhepa tambah 1 syarat lagi...

    1) MPP dilarang berada dalam kawasan UMP sepanjang Minggu Minds....hehehe....

    Ala...mmg biasa pun syarat2 nak jadi fasi minds mcm kat atas...tu pun kira ok la..x de ketat sgt mcm dulu2.....fasi Minds yg terpilih selalunya mereka yang "baik" dgn HEP....huhuhu....

    relax2 sudah...jgn gaduh2...huhuhu.....

    ReplyDelete
  25. haha..syarat MPP dilarang berada dlm kawasan UMP sepanjang MINDS tu zaman Nasrul and tenteranya...

    biasalah tu...syarat yg pelik2 akan bleh timbul secara tiba-tiba dan x terfikir dek akal...just wait and see...

    apepun TTT, kes yg melibatkan kamu diheret ke dlm siasatan polis tu kamu x boleh biarkan...itu sgt bahaya...maklumlah polis diraja malaysia ini sbenarnye polis raja dimalaysia...nnt susah juge di mase hadapan...pastikan name kamu clear ye..

    to all...make sure adik2 yg berhujah dlm ni..anda maintaine kan ur academic achiev. bonus if berjaya improve lg. sang penguasa mmg suke berhujah dgn result akademik anda...sbb die tahu itulah yg hanye mampu merobek ketegaran jiwa anda..

    ReplyDelete
  26. erm..mcm2kan komen kat atas ni,,ade yg puas hati...ade yg setuju,,ade yg emo..dan sebagainya,,sebnarnya sy pun kurang senang mendgr cerita2 ini....hargailah setiap pengorbanan student2 ump ni..xkisah la expokonvo ke mainds..ke..tp selama saya kt ump ni..saya memang serik la nk apply jd ajk expokonvo sbb diorg yg penah join ckp penat giler expokonvo!!xyah la join...tp kalu minds xkisah la penat ke x..sy sanggup join...2 thn berturut2...n pernah rasa perit sbg ajk...yg hanya ingin berbakti kepada ump,,nak bantu staff n adik2 yg masuk ump,,,1ST IMPRESSION???x kisah la x blik rumah time cuti ke ape ke...sy rasa kalu ump nk byr kt ajk minds ni x sama kot dgr pengorbanan yg diorg wat....sehari 2 jam je tido..selama seminggu plak tuh...tabik spring la kepada sapa2 yg penah join minds or expokonvo...tp paling sedih + terkesima dgn perbuatan pihak yg BERWAJIB dgn meremeh2kan pengorbanan mereka2 ini..tendang sesuka hati..yg kadang2 sampaikan student2 ump ni xde harga diri...sedih....HABIS MADU SEPAH DIBUANG....dunia sekarang....

    ReplyDelete
  27. salam... ape semua nie... mcm mane blh jadi mcm nie... adoi... klu mcm nie.. aku rase minds kali nie hancur... klu JHEPA nk sgt control minds 2... jgn nk ngada2 nk ambik student sebagai fasi.. biar diaorg rase ape yang kami rase mase jadi fasi... kami nk menumbang tenaga kami kepada UMP yang kami cinta... tapi klu ade org yang halang... sampai bila mahasiswa UMP nie nk maju..? jgn sampai org atas pijak kepala kite.. aku respect sang pengusa.. tapi.. lps dia wat statement mcm nie.. hilang respect.. malah benci... minds 2009.. bapak penyuluh kami memberitahu kpd kami ( fasi ) membuat satu kejayaan dalam minds 2009.. malah dia kate dia klu student handle lagi.. tapi kali nie sang penguasa pulak wat syarat... YANG PELIK... AKU PELAJAR TAHUN AKHIR... TAPI DPT JADI FASI MINDS... so mcm mane nie..? kwn aku pun thn akhir dpt... mantan MPP.. kami perlukan diaorg utk guide.. coz.. dia la yang handle minds yang lps.. diaorg tahu selok belok... tahun akhir... pengalaman boleh share dgn fasi yang baru.. klu x de langsung.. hancur la minds.. klu STAFF nk sgt minds nie under control diaorg.. jgn nk ngada2 nk ambik student jadi fasi.. biar staff jadi fasi.. k.. pikir2 la.. aku mmg meradang dgn sang penguasa.. jgn sampai.. Kami mahasiswa wat sesuatu nk jatuhkan sang penguasa.. baru dpt jadi dekan nk belagak... pegi mampus la..

    ReplyDelete
  28. student 2nd yearMay 5, 2010 at 10:07 AM

    ini lah penulisan cerdik pada asasnya namun hakikat adalah kosong dan tidak bermakna...menulis atas dasar keputusaan tidak memihak kpd diri dan kumpulan sendiri...ini lah mahasiswa yg mencemarkan nama MAHASISWA...menulis tanpa melihat dan mengetahui apa yg sebenarnya berlaku...cadangan saya kpd TTT supaya berhenti sahaja belajar, masuk ke universiti lain...

    tentang syarat menjadi fasi MINDS saya setuju dgn jhepa.baru lah fasi minds ada kualiti..boleh menjadi contoh kpd student baru dgn akademik dan penampilan diri yg baik lg cemerlang..pelajar final year lebih baik fokus kpd study...kita kena ingat TTT...kita msk ke UMP bikan nk jd fasi minds,tp nk belajar..why ini menjadi keutamaan pejuangan TTT?????jgn lah mantan YDP MPP menjadi mahasiswa yg 'MEMBODOHKAN' diri sendiri..

    saya kecewa dengan tindakan TTT sejak kebelakangan ini..TTT lansung tidak layak bergelar mantan YDP MPP jika ini yng TTT perjuangkan...TTT sebenarnya adalah org yg mencemarkan nama dan maruah UMP..tindakan TTT jelas mencemar imej UMP dan mahasiswa UMP yg kami cintai..

    ReplyDelete
  29. student 2nd year,anda yg xlayak jadi mahasiswa sbnrnye..fokus pd study??? selama ni student thn akhir ade je yg masuk minds, x kacau pun waktu study.. skrg ni kan dah cuty dee... mangkuk betul... sape yg memperbodohkan diri siape ni..perkara pokok yg diperjuangkan adlh hak mahasiswa, bukan nye die nak sgt minds tu.. hayun tol

    ReplyDelete
  30. To be honest, I'm not quite sure what goes into the planning of MINDS. But when it comes to the end result, I'm sure we want our juniors to see that students & JHEPA can work together for our mutual benefit. What I'm seeing & hearing now is that students are warring against the university instead of working together. Maybe the 1st thing MPP should do is have a talk with JHEPA? Discuss the differences, coz we won't get anywhere when we can't get along. That's my two cents, I'm open to elaboration about the current status quo.

    ReplyDelete
  31. But the problem with JHEPA is,they only want others to listen to them. This is one sided battle, student will always lose. The main problem is, JHEPA never respect the student, they expect student will just follow what they had been told. Just look at the Hostel issue, they never have any discussion with student, let alone the student Rep (MPP). The issue just pop up out of no where and all student must follow. If this issue is brought up early in the Sems, student and JHEPA might be able to work out some good solution. JHEPA is like some hard-headed person.

    to tanker minyak and student 2nd year
    memamg betul kita ke universiti untuk belajar...iaitu dalam erti kata lain mencari ilmu. Ilmu terbahagi kepada banyak kategori, salah satunya adalah ilmu kehidupan. Kita belajar kat UMP bukan stakat mengejar Ilmu Akademik sahaja, dengan menjadi Fasi MINDS seseorang dapat meningkatkan Ilmu Softskill dan self confidence, jikalau nak diceritakan kebaikan dan kelebihan menjadi Fasi Minds ni memang banyak.
    Berkenan perkara "pelajar final year lebih baik fokus kpd study", jikalau seseorang pelajar itu bijak mengurus masa perkara ini tidak menjadi masalah. Minds dilakukan pada waktu cuti sems, adakah anda stady semasa cuti sems? Jikalau dilakukan survey hampir 90% mahasiswa akan mengatakan tidak.

    ReplyDelete
  32. student 2nd yearMay 9, 2010 at 6:15 AM

    bagus betul yek budak final..nampak mcm tak berapa nak final.kalo dh tahu minds tak boleh join utk tingkatkan ilmu self confidence kenapa dari 1st year lg tak buat?nape xjoin kelab-kelab lain?lagi panjang masa nak belajar ilmu kehidupan kn?minds bukan bejalan sepanjang tahun,just utk minggu orientasi je kn...ermm...nampaknye lu pikir la sendiri...hehehe...ke ada undang sebalik batu?hahahahaha....

    ReplyDelete
  33. Buat adikku student2nd year...

    Ya Allah berikanlah adikku ini cahaya dan pertunjuk ke jalan yang diredhai.. Amin.. Kamu pun akan jadi student final year jugak xbaik kata bergitu.. Sebagai adik yang baik harus menerima dengan terbuka dan bijaksana.. Jaga kata-kata kamu kelak memakan diri.. Adakah fakta yang kamu beri itu adalah sahih atau sekadar spekulasi.. Jgn terlalu beremosi k.. :)

    ReplyDelete
  34. wahai adik student2nd year, mungkin anda masih tdk jelas tentang isu yg sedang kt bincang dan utara kan.. pokoknya, bukan isu MINDS semata-mata yg ingin diperjuangkan.. perkara utamanya adalah HAK MAHASISWA... mengapa pihak pengurusan buat keputusan sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu dengan wakil mahasiswa ataupun MPM... seolah-olah kite ni balaci, hamba kepada mrk... itulah point nye..bukan soal dr 1st year masuk minds ke x, join kelab persatuan dan sbg nye.. kerje dah jalan, sume dah pecah kpd bhgn masing2, tibe2 keluar arahan dr dekan tentang 4 syarat tu.. There is something wrong here!

    ReplyDelete
  35. kepada student 2nd year
    setiap orang mempunyai pemikiran dan perancangan masing-masing, tidak kisahlah bila mereka mahu menyertai MINDS atau mana-mana program di universiti,samada mereka 1st year,2nd year atau 3rd year. Adakah disebabkan mereka berada di final year maka mereka dinafikan HAK untuk menyertai program-program dianjurkan universiti?


    adakah menolong adik-adik junior dikatakan ada udang di sebalik batu?
    pernahkah anda menganjurkan program sebesar MINDS tanpa sebarang tunjuk ajar dari orang lain?saya rasa tidak pernah, kalau pernah anda sepatutnya tahu betapa susah untuk menganjurkan program sebegini.FAILURE is not an option.

    bagaimana anda tahu masa untuk mengumpul ilmu di dunia ini masih panjang?
    anda tahu bilakah anda akan mati?

    adakah anda tidak berpuas hati kerana nama anda tidak terpilih dalam MINDS?

    atau adakah anda salah seorang yang telah diupah untuk melakukan provokasi disini?

    hanya anda yang tahu.

    masalah yang dilontarkan sekarang adalah DIMANA HAK KAMI SEBAGAI MAHASISWA? bukan hanyalah isu MINDS.

    ReplyDelete
  36. student 2nd yearMay 14, 2010 at 2:00 AM

    terima kasih atas nasihat abg2 senior..tp saya cuma bg pandangan..nampaknya ada org seperti panas punggung..hehehe..xpela...biasala tu adat dunia...

    saya pun tak xde keinginan nk join 'MINDS'..rasa banyak lg benda yg boleh meningkatkan soft skill saya..nak bantu adik junoir pun banyak lg cara..

    erm...kalo dh tak tahu masa kita tak panjang kenapa dari awal lagi tak mahu berbankti dan menimba ilmu..kenapa sekarang baru nak persoalkan..sudah tahu ke apa yg telah kita sumbangkan/banyak mana sumbangan kita sudah berjaya?emm sama2 lah kita muhasabah..

    saya cuma kesal kenapa masih ada 'MAHASISWA' yg masih berfikiran sempit dlm UMP nie..kenapa melihat sesuatu perkara ni dlm kaca mata sendiri sahaja...

    kalau nak dibicakan tentang 'HAK MAHSISWA' kenapa tidak menerung hak org lain?kenapa tidak pernak ambil tahu tentang apa yg 'HAK' dan 'TIDAK'?

    kalau betul kita ada hak,namun hak itu pun ada batasanya..tidak semua itu adalah 'HAK MUTLAK' kita. kadang kala kita ni jarang sangat memahami dan menghayati malah melaksanakan apa itu 'NIKMAT SYUKUR' dan 'TERMA KASIH'..sering menunding jari pada 'sang penguasa' sahaja..

    Saya cadangkan kepada semua agar memahami apa peranan,tanggungjawab,fungsi dan 'HAK' sebagai seorang 'MAHASISWA' dengan jelas...

    ReplyDelete
  37. Anak melayu tak reti bahasaMay 15, 2010 at 10:56 AM

    student 2nd year

    nape lah ko ni bengap sangt abg-abg tu beri nasihat ko persoal kan lagi nape ko tu kena kaji dulu ni bukan soal masa atau bila.. tp ini soal hak yang mesti diperjuangkan.. knplah ko ni masuk ump.. buat malu budak second year jerk.. lg satu ko ni cam bagus sangt.. tp habuk takda.. cakap jerk lebih.. retorik.. ko buat dulu buktikan dulu ko tu bagus barulah orang caya ni ko pun tak betul nak betulkan orng...

    ReplyDelete
  38. student 2nd yearMay 16, 2010 at 2:50 AM

    ermm mekasih abg 'SENIOR'..patut la nama pun dah tak reti bahasa...hehehe...memalu kan anak melayu pulak...xpela lebih baik belajar sungguh2 supaya 'RETI BAHASA'..supaya jadi 'ANAK MELAYU YANG HEBAT' tidak la 'anak melayu tak reti bahasa'...jadi anak melayu yang tahu 'HAK' dia..hikhikhikhik......huhuhu....

    ReplyDelete
  39. student2nd year

    Nak malu wat pe memang tak reti bahasa pun macam ko.. Orang kata lain ko fikir lain.. macam orang kata pe ek.. "langar tiang"

    ReplyDelete
  40. setiap sesuatu ade pro n contra nye.mungkin kita sokong n mungkin kita xsokong.permasalahan sekarang,rule JHEPA yg 4 tu...kenapa lambat uar2kan?sang penguasa oh sang penguasa.mungkin lambat fikiran itu datang.kot.
    pertamanya,jika limit bilangan fasi seramai +-200 org,wajar untuk insan bergelar Mahasiswa UMP untuk menabur bakti xkiralah tahun akhir maupun tahun 1 sekarang.apa sumbangan kita untuk UMP?kita nak bahaskan apa sumbangan UMP utk kita..terlalu banyak.bersyukurlah.
    peluang untuk mantan n pelajar tahun akhir berbakti.berapa ramai sangat je pun pelajar tahun akhir yg ingin terlibat dengan aktiviti universiti.memasing sebelah kaki dah keluar univ(dah pakai kasut dah sebelah).sebilangan kecil yg ingin memberi sumbangan ini dari segi pengalaman n tunjuk ajar patutnye diberi peluang..
    junior2 jga sepatutnya mengambil peluang sebanyak2nya n selayak2nya dalam menimba ilmu kehidupan.nak jadi fasi,xperlu rigid pada minds sangat pun,program2 bakti siswa,rmwd pun ade.joinlah sebanyak mungkin.
    aku rase pelajar UMP ni xcukup lagi semangat mahasiswa peduli.perlu peduli lagi,jangan nak tunggu suffi nak bangkitkan dulu baru nak bangkit.

    ReplyDelete
  41. MAlaysia sudah lupa

    Sekarang Mahasiswa dan Guru dilarang berpolitik. Demonstrasi pula dianggap bukan budaya kita.

    Masalahnya Malaysia merdeka dahulu siapa yang berjuang? Semuanya golongan terpelajar spt guru-guru dan pelajar. Aq ingat kerajaan nak Artis je dibenarkan berpolitik. MAlaysia juga merdeka kerana melalui desakan rakyat yang diluahkan melalui demonstrasi. Bila masa pula bukan adat kita?

    Utk selamatkan Malaysia, hanya golongan terpelajar sahaja tahu. semasa revolusi ISlam di Iran, Mahasiswa lah yang mulakan dengan menyingkir rejim monarki yang korup.

    Aku fikir Malaysia akan ketandusan pemimpin di generasi selepas AUKU diperkenalkan. Kalau ada pun, mereka adaalah graduan oversea

    ReplyDelete