Wednesday, February 19, 2014

15 February: Selamat Datang umur 26 tahun & Selamat Tinggal Paman Yayi ku

1. Menjejak tarikh 15 Feb 2014 yang lalu maka telah selamat TTT diberikan kesempatan umur 26 tahun di atas muka bumi ini. Tiada perancangan apa apa untuk meraikannya dek kerana aku berhajat pada tarikh tersebut membawa isteri menziarahi dan berkunjung hadiri walimatul urus Hafizah Razak yang telah saya kenal sejak beliau masih awal di UMP dahulu.

2. Bukan isu nya tarikh kelahiran yang menjadi tajuk utama, TTT juga ingin merasakan kekesalan maha besar jika blog ini terus menerus bersawang( kenapa mesti kena guna istilah bersawang? Ya saya tahu laman wab itu juga diterjemahkan laman sesawang) tanpa update terkini. Ia berlaku dimana mana blogger active di dunia. Dengan rencam kehadiran Facebook,Twitter,Instagram dan dll keterujaan untuk menulis di blog semakin terhapus.

3. Namun begitu saya masih percaya dan beriman bahawa aktiviti menulis blog wajar dipertingkatkan kualiti dek kerama ia merangkumi keboleh pasaran idea yang meluas dan  sesuatu perkara bisa diungkap dengan naratif ayat yang lebih tersusun tanpa perlu bimbang ruang dan keadaan tulisan kita bakal meresahkanpembaca blog.

4. Tanggal 15 Feb juga TTT mendapat berita pemergin insan terdekat kami sekeluarga. Pak cik bongsuku atau kami yang pangkat anak buah ini membahasakan almarhum sebagai paman yayi. Nama arwah Zairie Bin Ahmad bukan insan terkenal seperti politikus atau pemimpin besar yang digembar gemburkam. Arwah seorang yang OKU sejak lahir lagi.masalah kaki gajah yang menimpa arwah sangat terkesan kepada keterbatasan beliau bergerak dan bersosial. Biarpun OKU tetapi kami berpangkat anak buah tetap melayan dan menghormati paman yayi atas asbab beliau paman kami yang paling bongsu.

5. Dalam tahun 2013 sakit kencing manis membuatkan kami sekeluarga terpaksa mengambil keputusan memotong bahagian kaki paman yayi yang dijangkiti kumam itu.hilanglah sebelah kaki gajah beliau yang diusung kehulur kehilir semenjak 40 tahun kehidupannya. Seusai pembedahan,tiada riak suka diwajah beliau. Tubuh badan paman yayi semakin kurus dan terus susut. Seringkali si arwah mengadu akan mimpi kakinya yang dipotong. Aduhai,ketika cerita ini diceritakam aku mengambil pendekatam endah tak endah.tidak serius dan hanya menjadi pendengar yang setia.

6. Insan yang paling terkesan pastinya embah ku, Hajjah Ginah BInti Man Kromo. Wajah polos dan sayu embah tidak terkata dek saat pemergian anak bongsunya itu. Air mata sudah hampir kering dek terlalu lama berlinangan. TTT dan isteri kebetulam ketika berita pemergian arwah paman yayi ini berada di Bukit Kuin,Panching,Kuantan.menziarahi adik abah ku,paman man atau nama sebenar beliau Rohman Bin Ahmad. Seusai menerima berita mengejutkan ini, kami semua bergegas memecut ke Melaka untuk menghadiri pengkebumian Paman Yayi buat kali terakhir.

7. Kali ini TTT sangat berpuas hati dek kerana berpeluang sejak awal memandikan,mengkafankan batang tubuh arwah Paman Yayi dan akhir nya solat jenazah. Coretan ini aku tuliskam saat saat akhir TTT menabur jasa kepada Paman Yayi dan menulis kan kisah hero tidak didendang. Saat menguruskan jenazah amat mudah dan lancar. Aduhao,jika benarlah kehidupan kita berpandukan Al Quran semata dan menidakkan peranan Junjungan Besar Rasulullah SAW mana mungkin ibadah dan syariat memandikan jenazah dan mengkafankan sehingga ke kubur bisa diterjemahkan. Kesemua ini ialah tunjuk ajar dan sunnah Rasulullah SAW.

8. Hari ahad paling sugul buat kami sekeluarga. Buat yang dewasa dan tahu adab menziarahi orang meninggal dunia pastinya tidak lekang dengan bacaan yasin dam alquran. Buat si budak budak pastinya agenda perkumpulan sepupu sepapat ini digunakam semaksima mungkin bermain game dansebagainya. Arwah Paman Yayi selamat dikebumikan pada 16 Feb 2014 pada jam sekitar 11.30am. Semoga perjalanan beliau selamat didunia dan akhirat hendaknya.

Perjalanan kita pula bagaimana? Wallahu'alam 



Yang ikhlas,

The Think Tanker
20 Februari 2014

No comments:

Post a Comment