Tuesday, June 29, 2010

Pesanan Dato' Saifuddin Abdullah buat semua Pejuang MINDS 2010!

"Sy harap Minggu Orientasi di univ2 kali ini lebih baik dpd dulu: lebih sesuai dgn univ & tidak spt di sek men; lebih banyak pengisian intelektual; lebih banyak peranan mahasiswa sbg penganjur, pelaksana, fasilitator dlm erti kata yg sebenar." 
Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
  • 1.Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli telah menyedari dan kesedaran ini akan terus ditanam kepada pejuang-pejuang MINDS 2010 
    2.TTT seru kepada semua Pejuang2 MINDS 2010 supaya memperkemaskan gerak kerja,mempersiap siaga kekuatan mental & fizikal,berani bereksperimen dan PEDULI dengan isu semasa.Ini akan mencerminkan daya intelektual dan  karisma Para Pejuang2 MINDS kali ini.
    3.MINDS milik MAHASISWA.Mukatamad.
    *TTT gelar semua fasilitator MINDS sebagai Pejuang-pejuang Mahasiswa Peduli yang berani,penuh Idealisma dan bersungguh-sungguh membawa nama UMP ke persada yang disegani. Make the world proud of us! Pejuang MINDS sebenar tidak pernah kenal arti penat lelah,tidak tahu apakah itu putus asa dan bekerja dgn spenuh jiwa demi UMP Terchenta...Salam perjuangan drpd TTT
     

 

Monday, June 28, 2010

Kolej Kediaman Ke-5 UMP Pekan

  • " Supi,bla snrai nama pelajar dpt dok KK5 nk kuar? Mntk tlg mklumkn sbb ktorg nk plan blk UMP n dftar hostel lg.Brg2 bnyk ni bro.Tolong ye Supi...huhu"

  • " Nanti bukak semester ni nak pi UMP Gambang dulu ka atau UMP Pekan??? Status KK5 ni mcmana ek?Dah boleh daftar ker nanti?"

  • 1. Itulah antara sms sms yang TTT dapat sejak masuk ke hujung cuti semester ini. Pelbagai persoalan mudah dilontar tetapi payah hendak menjawab sebab jujurnya TTT tiada maklumat terbaru mengenai staus pelan perpindahan dan pendaftaran KK5 ini.

  • 2.Pada 25 June yang lalu,TTT dan teman2 telah berpeluang menghadiri Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat bersempena pembukaan Kolej Kediaman Ke-5 UMP Pekan. Hampir semua Pengurusan Tertinggi Universiti hadir ke majlis yang serba ringkas tersebut termasuklah Dato' Naib Canselor. Dalam Ucapan beliau,Dato' NC menegaskan bahawa beliau bersyukur KK5 telah siap sepenuhnya dan berharap KK5 dapat memberikan keselesaan kepada para pelajar.Cumanya,pihak UMP masih menunggu lagi sijil CCC untuk membenarkan pelajar kita masuk ke Kolej Kediaman ke 5.Jadi mengikut hemat TTT,selagi belum ada CCC,pihak pengurusan UMP terutamanya JHEPA tidak akan mengeluarkan apa apa statement atau tarikh pendaftaran pelajar ke UMP Pekan. Kita berharap pihak yang berkenaan perlulah peka kepada status KK5 yang menjadi bual tanya kepada seluruh Mahasiswa UMP.Sabar banyak2.

  • 3.TTT telah melihat sendiri asrama KK5 dan berpuas hati( so far) mengenai tahap keselesaan bilik dan sebagainya,Cumanya masih dibenak TTT tertanya tanya bagaimnakah agaknya keadaan Mahasiswa terutamnya yang tiada kenderaan.Kedai yang paling dekat lebih kurang 1.5KM drpd Kampus kita.Hrmm,apa pun,pesanan TTT ialah tempat baharu,tiada apa yang mudah.Sebagai golongan PENEROKA(Dato' NC sebut golongan PERINTIS), Kita telah melalui keperitan apabila FKM dan FKEE mula beroperasi di UMP Pekan dan kita lalui dengan jayanya.InsyaAllah kena optimis la sedikit.

  • 4.Mahasiswa UMP mesti berani dan berlapang dada hadapi tempat baharu. TTT yakin pasti ada banyak masalah yang akan berlaku terutamanya aktiviti harian kita pasti akan sedikit terganggu cumanya Ia bukanlah perkara mustahil untuk diharungi.Siap siaga kekuatan mental,emosi dan fizikal.Kita minta Pihak Pengurusan UMP terutamanya JHEPA dan juga wakil Mahasiswa iaitu MPM supaya sentiasa UPDATE status dan pelan perpindahan ke UMP Pekan di  e-Comm dan Facebook MPM UMP. Sekian.
*TTT menanti penuh sabar perjuangan episod baharu Mahasiswa di Kolej Kediaman Ke-5 UMP Pekan.Bagaimana agaknya ya suasana Mahasiswa dgn tempat baru.Pastinya satu pengalaman menarik sepanjang hidup.Terima Kasih UMP!

The Think TANKER...

Thursday, June 24, 2010

Semester Baru,Cabaran Baru,Idealisme Mahasiswa terus Membara!

Sudah agak lama jari jemari TTT tidak menulis di ruangan blog ini.Pastinya,cuti semester panjang yang dilalui kali ini pasti memberi pelbagai kisah dan cerita buat semua Mahasiswa se Malaysia. TTT melalui cuti semester yang tidak berapa hendak dipanggil cuti kerna mengambil Semester Pendek,Pentauliahan Pegawai Kor Suksis di Universiti Malaya dan sebagainya banyak memberi pengajaran bahawa masa yang berkualiti digunakan bersama sama ayahanda dan  bonda terchenta. Ada beberapa perkara menarik yang TTT perlu beri penekanan awal kepada Mahasiswa Kanan UMP:

1. Pelantikan Profesor Dr Yusserie Bin Zainuddin sebagai Dekan JHEPA UMP Baharu & Progres Kolej Kediaman Ke-5

  • i) TTT berpendirian bahawa dengan pelantikan secara rasminya Dekan JHEPA UMP Baharu ini akan merungkaikan seribu teka teki siapa yang bakal menduduki Kerusi Panas ini. Profesor Yusserie yang sempat TTT berkenalan semasa Majlis Apresiasi Kepimpinan Mahasiswa yang dihadiri oleh Dato' Saifuddin Abdullah. Beliau seorang Mantan Pimpinan Mahasiswa dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan kepimpinan pastinya memberi input berharga kepada warga UMP. Siapakah sebenarnya Dekan JHEPA UMP Baharu ini? Pastinya,beliau hadir daripada USM sebelumnya dan merupakan anak jati Pahang. Kita tidak boleh menilai prestasi seseorang sehiungga cabaran dan krisis dilalui dan ditangani baharulah kita boleh memberi analisis. TTT memberi saranan supaya Profesor Dr Yusserie mengadakan perjumpaan tertutup dengan Kepimpinan Mahasiswa dan berbincang dari hati ke hati masalah,isu tertunggak dan polisi yang menghambat Mahasiswa selama ini. Selain itu,TTT berharap pegawai-pegawai JHEPA akan terus lebih efficient,mesra Mahasiswa,memahami aspirasi Mahasiswa bukannya membodohkan mahasiswa,tidak adu domba,ampu sana wa ampu sini(cukup cukuplah kerna ini bukan budaya yg baik).Ingatlah,Mahasiswa senantiasa memerhati prestasi dan budaya kerja anda.Jangan jadi seperti gunting dalam lipatan,jangan seperti pepatah Harapkan pagar,pagar makan padi.Jangan kerna nila setitik,rosak habis susu sebelanga.Biarlah tradisi yang baik selama ini iaitu hubungan intim antara JHEPA dengan Kepimpinan Mahasiswa berkekalan.Zaman Mahasiswa menjadi ikutan sudah lapuk ketinggalan zaman.Akuilah hakikat bahawa anak muda kini lebih progresif,proaktif dan bersikap kritikal. Kita perlu menghadapi dengan hati terbuka,belapang dada,jangan busuk hati dan bersikap professinal dalam tugas.


  • ii) TTT merakamkan setinggi penghargaan dan sekalung pujian kepada kepimpinan Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin sebagai Pemangku Dekan JHEPA UMP sebelum ini yang TTT berasakan sangat komited,pantas bekerja dan mesra mahasiswa.Acapkali Profesor Dr Ridzuan belanja TTT makan tengahari selepas Solat Jumaat di Kafeteria dan kami berbincang mengenai masa hadapan Mahasiswa,UMP dan isu semasa. TTT sedar dan sedia maklum bahawa umum melihat dan membaca penulisan di blog TTT yang mengkritik 'Sang Penguasa' mengenai beberapa polisi JHEPA dibawah Profesor Dr Ridzuan tetapi tidak semua perkara kita tidak bersetuju.Pokoknya, setiap perkara wajar kita perhalusi dan kita mesti mengambil pendekatan berlapang dada menerima kritikan membina. Antara yang TTT sangat hargai prestasi kerja Profesor Dr Ridzuan ialah pada suatu petang di bilik beliau,TTT berjumpa dan berbincang.Ketika itu,Cik Aklimiah(Sekarang dah Puan) turut bersama.TTT melontarkan aduan dan kebimbangan dengan Kafeteria dan kemudahan kepada Mahasiswa sangat menyedihkan terutamanya yang jelas ialah Televisyen di Kafeteria KK1.Kita minta supaya sudah sampai masanya Mahasiswa diberi kemudahan TV Plasma dengan kemudahan siaran terkini.Tanpa ragu-ragu,terus Profesor Dr Ridzuan bersetuju dan memberi arahan kepada Kak Aklimah untuk mempercepatkan proses pembelian dan sebagaimnya.Sehingga kini,TTT teringat.



  • iii)TTT dan teman2 akan hadir ke Mahlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin di UMP Pekan bersempena pembukaan KK5 pada hari  Jumaat 25 June 2010 pada jam 2 petang.Pastunya,kita akan hadir memberi sokongan dan ingin mengetahui pelan perpindahan ke tempat baharu ini. Sehingga kini tiada pengumuman rasmi dibuat di Announcement atau di memo UMP. Kita menagih janji dan amanah yang telah dipikul oleh Pihak Pengurusan UMP dan pihak kontraktor.
2.Minggu Pro MINDS dan MINDS 2010


  • i) TTT tidak berkesempatan mengikuti perkembangan dan perjalanan MINDS 2010 kerna TTT dan teman seperjuangan dinafikan hak untuk bersama sama sebagai fasilitator pada kali ini.Cumanya,TTT ingin menasihati teman seperjuangan di dalam MINDS 2010 agar mengikut arahan ketua Unit Jawatankuasa masing masing. Gunakanlah minggu Pro MINDS dengan sebaiknya dengan memperhalusi pelan tindakan dan gerak kerja. Penat lelah bermesyuarat bersama,memerah fikiran dan tenaga agar segala berjalan lancar pastinya berbaloi.MINDS pentas terbaik buat mahasiswa menghunus bakat kemahiran insaniah di dalam diri. Jadilah Mahasiswa Peduli yang berani dan membantu organisasi. Sekalung tahniah TTT ucapkan kepada Kepimpinan MPM Baharu dibawah Sdr Aedlan kerna bertungkus lumus bekerja bagi memastikan perjalana MINDS 2010 berjalan lancar.Gunakanlah kesempatan kehadiran Dato' Seri Khaled Nordin merasmikan MINDS 2010 bersama sama Pimpinan Mahasiswa menyuarakan masalah,pendapat agar hubungn yang lebih erat terjalin.
3.Dengan pelantikan Profesor Dr Badrulhisham Bin Abd Aziz sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa ibarat sireh pulang ke gagang. Prof Bad dalam sepanjang perkenalan TTT bersama beliau seorang outspoken,tokoh akademik yang sangat berpengalaman dalam industri,mantan Pimpinan Mahasiswa dan juga seorang aktivis amat membanggakan kita semua. Pastinya,UMP akan kembali ke landasan yang tepat dan Kepimpinan Mahasiswa harus bersama sama Pengurusan Baharu membawa UMP ke persada yang disegani di rantrau ini. Dengan kepimpinan Dato' Naib Canselor yang versatile,dengan dibarisi kepimpinan baharu TNC A&A dan Dekan JHEPA pastinya akan mencorak suasana yang lebih menarik di semester baharu ini. Ayuh,Kepimpinan Mahasiswa sewajarnya tidak statik dan menggunakan peluang ini untuk terus berani mencabar membawa perobahan!

TTT yakin ANDA bagaimana pula?

* TTT melihat perkembangan yang sangat positif terhadap generasi muda pelapis kepada Mahasiswa Peduli ini. Di peringkat akar umbi,TTT akan membayangkan barisan generasi muda Mahasiswa Peduli UMP akan membawa perobahan yang besar dan positif kepada UMP dan negara. Teruslah lebarkan sayap,bertapaklah dengan berani usah gentar dengan halangan dan cabaran.TTT akan terus membantu,memberi input sedaya yang mungkin agar Generasi Mahasiswa Peduli tidak lesu Idealisme,tidak membazirkan tenaga muda ke arah yang tidak bermanfaat dan belajarlah menjadi pejuang Mahasiswa yang tulen.

The Think Tanker
Jumaat 25 June 2010
3 am di Koj Kediaman Ke-2

Wednesday, June 16, 2010

Skandal Sime Darby: Terburainya mitos "Besar itu Indah"

TTT ambil artikel penuh bermakna daripada Merdeka Review:

Pada ketika Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak bersungguh-sungguh mempromosikan idea "besar itu indah" (big is beautiful), menarik pelaburan asing melalui syarikat-syarikat tersenarai yang besar, terbongkar pula berita bahawa Sime Darby Berhad sebagai salah satu perusahaan multinasional yang terkemuka di Malaysia telah mengalami kerugian besar.





Jika ditinjau sejarah Malaysia, peristiwa Sime Darby ini bukanlah kes yang pertama. Renong Berhad yang ditimpa krisis semasa kemelut ekonomi Asia tahun 1997-98 merupakan satu pengajaran yang baik. Sime Darby hari ini seolah-olah Renong Berhad pada ketika itu - kedua-duanya memiliki struktur gergasi, model operasi dan pengurusan yang kurang telus, pentadbiran yang lemah, kerenah birokrasi yang menjadi budaya, dan salah laku (moral hazard) yang berlaku lantaran daripada perlindungan yang terlampau daripada kerajaan.



Jika pelabur-pelabur asing meneliti contoh-contoh kegagalan usahasama antara kerajaan dengan sektor swasta, yang kononnya "besar itu indah" -- dari Renong Berhad ke Perusahaan Otomobil Nasional, jaringan pembekalan tenaga dalam negara hinggalah Sime Darby, adakah mereka akan tetap menaruh harapan terhadap usahasama sebegini?



Syarikat perladangan terbesar



Pada 27 November 2006, Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad mengumumkan satu rancangan penggabungan ketiga-tiga syarikat, untuk membentuk sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia yang tersenarai dalam bursa saham.



Rancangan penggabungan ini merangkumi ketiga-tiga syarikat tersebut dan anak syarikat di bawahnya. Sejumlah lapan buah syarikat tersenarai yang terbabit, iaitu Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad, Kumpulan Guthrie Berhad, Sime Engineering Services Berhad, Sime UEP Properties Berhad, Guthrie Ropel Berhad, Mentakab Rubber Company (Malaya) Berhad dan Highlands & Lowlands Berhad.



Akhirnya, satu perusahaan bersifat multi-bisnes yang mengutamakan sektor perladangan, Synergy Drive telah ditubuhkan, iaitu Sime Darby Berhad sekarang.



Nazir Razak (gambar kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Investment Bank (adik Perdana Menteri Najib Razak) yang bertanggungjawab dalam penggabunggan ini berkata, "Kami nampak manfaat pembentukan sebuah syarikat perintis perladangan kelapa sawit global. Syarikat ini berpotensi mengaut keuntungan tahunan yang berjumlah RM26 bilion, menggaji 107 ribu pekerja dan memilik tanah penanaman di Malaysia dan Indonesia sebesar 600,000 hektar. Dijangka bahawa 9 juta tan buah-buahan dan 2.5 juta tan minyak kelapa sawit dapat dihasilkan, di mana pengeluaran kelapa sawit ini merupakan 5% - 6% daripada jumlah penghasilan minyak kelapa sawit dunia."




Nazir Razak turut menyebut, lapan buah syarikat tersenarai ini akan bergabung menjadi sebuah syarikat, dan syarikat induk ini akan menguasai lima sektor utama (perladangan, otomobil, industri berat, hartanah, dan tenaga serta utiliti). Penggabungan ini dapat membawa manfaat dari segi kerjasama antara nilai keuntungan dan kos modal, termasuk peningkatan tahap kecekapan, penggunaan sumber manusia yang efisien, kemantapan pengendalian kapital, pengurangan modal kewangan, penjualan aset bukan teras dan sebagainya.



Selepas penggabungan, Sime Darby berubah menjadi satu badan korporat multinasional yang menceburi pelbagai sektor, yang mana perusahaannya merentasi 20 buah negara. Lima perusahaan utama badan korporat ini termasuk perladangan, harta tanah dan perumahan, industri berat, otomobil, serta tenaga dan utiliti. Ia juga terlibat dalam bidang perubatan (Sime Darby Medical Centre Subang Jaya), insuran (Sime Alexander Forbes), barangan kegunaan harian (Dunlopillo) dan sebagainya. Pada masa yang sama, badan korporat ini turut menguasai 30% hak beli saham pasaraya Tesco Malaysia.



Selepas penggabungan, Sime Darby sememangnya menunjukkan prestasi yang unggul. Pendapatannya meningkat 20.6%, dari RM28.2302 bilion pada tahun kewangan 2007 ke RM34.0447 bilion pada tahun 2008. Keuntungan bersihnya turut meningkat 47.2%, dari RM2.3857 bilion ke RM3.5121 bilion. Biarpun menghadapi krisis ekonomi global, badan korporat ini masih mencapai prestasi keuntungan bersih RM2.2861 bilion pada tahun kewangan 2009.



Selain itu, Sime Darby juga menduduki tempat ke-500 dalam ranking Global 500, disenaraikan oleh Financial Times tahun 2010 dengan nilai pasaran US$16.0462 bilion (sehingga 31 Mac). Aset keseluruhannya bernilai US$9.9185 bilion ini jelas menunjukkan manfaat usahasama syarikat konglomerat tersebut selepas penggabungan.



Pihak pengurusan menutup kerugian Sime Darby



Namun demikian, Sime Darby yang kelihatan berkembang maju ini menggemparkan semua apabila terbongkarnya skandal kerugian besar pada Mei 2010. Lembaga Pengarah Sime Darby telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menjalankan siasatan terhadap Bahagian Tenaga dan Utiliti (Energy and Utilities Division). Laporan siasatan dalaman ini menunjukkan bahawa jabatan tersebut mengalami kerugian besar, dan pihak atasan dalam pengurusan cuba untuk menutup kebenaran.



Laporan ini turut menunjukkan bahawa empat projek bahagian tersebut, termasuk Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar, Kelautan dan Empangan Bakun, ditundakan lantaran pengurusan yang tidak cekap, menjurus kepada peningkatan kos melebihi anggaran dan membawa kepada kerugian sebanyak RM1.631 bilion. Malah, syarikat tersebut dijangka perlu memperuntukkan RM964 juta untuk mengisi kerugian pada setengah tahun kedua.



Setelah terbongkarnya skandal kerugian ini, Sime Darby telah mengalami kehilangan nilai pasaran sebanyak RM6.37 bilion dalam jangka kira-kira satu bulan, menjunam dari nilai RM52.94 bilion pada 3 Mei ke RM46.57 bilion pada 31 Mei. Selain itu, laporan suku ketiga tahun kewangan 2010 menunjukkan bahawa Sime Darby telah mengalami kerugian operasi sebanyak RM1.019 bilion, lantaran daripada peruntukan RM964 juta kepada Bahagian Tenaga dan Utiliti untuk mengisi kerugian.



Sime Darby telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM308.63 juta pada suku ketiga, malah telah pun memperuntukkan RM1.3 bilion untuk mengisi kerugian projek-projek tersebut setakat ini.



Sebagaimana yang diketahui, juruaudit luaran telah mempertikaikan kerugian projek Qatar Petroleum yang diuruskan oleh Bahagian Tenaga dan Utiliti pada tahun 2008, malah enggan meluluskan laporan kewangannya. Pada masa yang sama, media tempatan turut membangkitkan isu Maersk Oil Qatar yang menanggung kos melebihi anggaran sebanyak RM150 juta. Walau bagaimanapun, pucuk pentadbiran yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zubir Murshid menafikan dakwaan bahawa projek-projek tersebut mengalami masalah, dan cuba menutup kebenaran.



Walaupun Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Musa Hitam, iaitu Pengerusi Sime Darby pernah membangkitkan isu kos berlebihan dalam projek-projek ini kepada pihak pengurusan, namun Ahmad Zubir Murshid tetap mencuba untuk meyakinkan Lembaga Pengarah bahawa "kos berlebihan bukan satu masalah, kos ini dapat diperolehi daripada pihak pelanggan". (Bahagian pertama, bersambung)



*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Analisa asal dalam edisi bahasa Cina disiarkan pada 8 Jun 2010. Terjemahan oleh copyleftstudio.com, disunting oleh Lim Hong Siang.

Tinta TTT: Felda susut RM2 Billion,Sime Darby rugi RM1 Billion,Istana Negara RM 800juta,Parlimen Baharu RM800juta,Bail Out Perwaja Steel RM13 Billion,Bank Bumiputera suatu ketika dahulu habis lenyap n lingkup,MAS juga dibailout habis habisan,Hrm.....yang sadisnya Biasiswa Pelajar juga nak dihapuskan kerna "Putrajaya can't afford excellent Student anymore"..What the Fish!

Wednesday, June 2, 2010

T-Shirt Mahasiswa Peduli Dibuka Untuk Jualan!

Inilah Design T-Shirt Mahasiswa Peduli...Idealisma dan Citarasa Mahasiswa


Sejarah T-Shirt Mahasiswa Peduli

  • 1.Sekumpulan Pemimpin Muda drpd MPP UMP sesi 2008/2009 dengan semangat idealisma Mahasiswa bersetuju design dan menempah 15 T-Shirt Mahasiswa Peduli dan dipakai hanya oleh kami sahaja.

  • 2.Kebetulan,kami yang baru pulang drpd sesi kunjungan hormat ke Universitas2 di sekitar Jogjakarta dan turut merasa bersama sama teman2 Mahasiswa Indonesia ketika itu mengadakan demonstrasi KKN(Korupsi,Kronisme dan Nepotisme) di hadapan Istana Jogjakarta. Kami juga mendapat suntikan semangat idealisma apabila telah berdialog dan sumbang saran dengan aktivis KAMMI(Kumpulan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) dan juga FKAPMEPI.2 pertubuhan Mahasiswa yang cukup dominan di Indonesia.Pertemuan bersama sama akitivis2 mahasiswa Indonesia telah menyuntik semngat bahawa Mahasiswa Peduli wajar dizahirkan supaya ia menjadi budaya dan idealisme yang berterusan setiap generasi muda terutama Mahasiswa Malaysia.

  • 3.Justeru, kami tekad membawea perubahan Mahasiswa Peduli dan kita mulakan di UMP terlebih dahulu.Kesannya,pada Pemilihan Raya Kampus memilih Pimpinan MPP yang baharu telah membuka mata Mahasiswa bahawa kita tidak ketandusan idealisma dan kepimpinan Muda. Semua kerusi ada pertandingan,sisi malam manifesto yang cukup meriah dan semngat.Kempen2 siber,facebook dan blog yang cukup berkesan dan percentage Mahasiswa yang keluar mengundi meningkat dan membrangsangkan.

  • 4.Kami persembahkan T-Shirt Mahasiswa Peduli khusus untuk Mahasiswa Peduli seluruh Malaysia. Kerna ini merupakan permintaan teman2 dan sahabat seperjuangan yang menggesa kami menjual T-Shirt Mahasiswa Peduli,kami menggunakan sedikit wang simpanan untuk memenuhi permintaan anda semua demi Mahasiswa.




Harga T-Shirt Lengan Pendek= RM 15 sehelai
 ( size M,L,XL,XXL,XXXL)

Harga T-Shirt Lengan Panjang= RM 18 sehelai
(size L,XL,XXL,XXXL)


Sila hubungi
Sdr Afif   :  019 2195 523(Oovoo:ikhwanul,Skype:boyzguest)

Sdr Suffi :  013 9966 389
( Oovoo,Skype: mr.suffi)



70 T-Shirt Mahasiswa Peduli Pertama akan dijual berdasarkan sambutan anda semua...Siapa Cepat Dialah Mahasiswa Pedulinya!!!

*Promosi ini dibuka pada teman2 Mahasiswa UMP dan Mahasiswa Seluruh Negara...

*Siapakah mereka yang perlu MEMILIKI T-shirt Mahasiswa Peduli yang Original?:
  • i)Pemimpin Mahasiswa,Pemimpin Belia JKKK,Ketua2 Section,Staff2 UMP yang umurnya muda bwh 40 Tahun dan sebagainya
  • ii) Mahasiswa2 yang tak berpuas hati dengan mutu makanan kafeteria UMP dan universiti masing2, mereka yang nak bersuara tapi takut kerna berasa berseorangan.

  • iii) Mahasiswa2 yang tak puas hati dengan elaun yang lambat dapat,tak puas hati dengan pengurusan dll

  • iv)Mahasiswa dan atlet2 yang tidak puas hati dengan layanan UMP terutama ketika MASUM,sukan2 yang sepatutnya dihantar UMP kepertandingan MASUM tetapi ditolak di saat2 akhir dan sebagainya

  • v) Mahasiswa2 yang berasa mereka anak muda,ada keinginan dan mahu keinginan dan suara mereka didengar dan dipenuhi.