Thursday, June 24, 2010

Semester Baru,Cabaran Baru,Idealisme Mahasiswa terus Membara!

Sudah agak lama jari jemari TTT tidak menulis di ruangan blog ini.Pastinya,cuti semester panjang yang dilalui kali ini pasti memberi pelbagai kisah dan cerita buat semua Mahasiswa se Malaysia. TTT melalui cuti semester yang tidak berapa hendak dipanggil cuti kerna mengambil Semester Pendek,Pentauliahan Pegawai Kor Suksis di Universiti Malaya dan sebagainya banyak memberi pengajaran bahawa masa yang berkualiti digunakan bersama sama ayahanda dan  bonda terchenta. Ada beberapa perkara menarik yang TTT perlu beri penekanan awal kepada Mahasiswa Kanan UMP:

1. Pelantikan Profesor Dr Yusserie Bin Zainuddin sebagai Dekan JHEPA UMP Baharu & Progres Kolej Kediaman Ke-5

  • i) TTT berpendirian bahawa dengan pelantikan secara rasminya Dekan JHEPA UMP Baharu ini akan merungkaikan seribu teka teki siapa yang bakal menduduki Kerusi Panas ini. Profesor Yusserie yang sempat TTT berkenalan semasa Majlis Apresiasi Kepimpinan Mahasiswa yang dihadiri oleh Dato' Saifuddin Abdullah. Beliau seorang Mantan Pimpinan Mahasiswa dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan kepimpinan pastinya memberi input berharga kepada warga UMP. Siapakah sebenarnya Dekan JHEPA UMP Baharu ini? Pastinya,beliau hadir daripada USM sebelumnya dan merupakan anak jati Pahang. Kita tidak boleh menilai prestasi seseorang sehiungga cabaran dan krisis dilalui dan ditangani baharulah kita boleh memberi analisis. TTT memberi saranan supaya Profesor Dr Yusserie mengadakan perjumpaan tertutup dengan Kepimpinan Mahasiswa dan berbincang dari hati ke hati masalah,isu tertunggak dan polisi yang menghambat Mahasiswa selama ini. Selain itu,TTT berharap pegawai-pegawai JHEPA akan terus lebih efficient,mesra Mahasiswa,memahami aspirasi Mahasiswa bukannya membodohkan mahasiswa,tidak adu domba,ampu sana wa ampu sini(cukup cukuplah kerna ini bukan budaya yg baik).Ingatlah,Mahasiswa senantiasa memerhati prestasi dan budaya kerja anda.Jangan jadi seperti gunting dalam lipatan,jangan seperti pepatah Harapkan pagar,pagar makan padi.Jangan kerna nila setitik,rosak habis susu sebelanga.Biarlah tradisi yang baik selama ini iaitu hubungan intim antara JHEPA dengan Kepimpinan Mahasiswa berkekalan.Zaman Mahasiswa menjadi ikutan sudah lapuk ketinggalan zaman.Akuilah hakikat bahawa anak muda kini lebih progresif,proaktif dan bersikap kritikal. Kita perlu menghadapi dengan hati terbuka,belapang dada,jangan busuk hati dan bersikap professinal dalam tugas.


  • ii) TTT merakamkan setinggi penghargaan dan sekalung pujian kepada kepimpinan Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin sebagai Pemangku Dekan JHEPA UMP sebelum ini yang TTT berasakan sangat komited,pantas bekerja dan mesra mahasiswa.Acapkali Profesor Dr Ridzuan belanja TTT makan tengahari selepas Solat Jumaat di Kafeteria dan kami berbincang mengenai masa hadapan Mahasiswa,UMP dan isu semasa. TTT sedar dan sedia maklum bahawa umum melihat dan membaca penulisan di blog TTT yang mengkritik 'Sang Penguasa' mengenai beberapa polisi JHEPA dibawah Profesor Dr Ridzuan tetapi tidak semua perkara kita tidak bersetuju.Pokoknya, setiap perkara wajar kita perhalusi dan kita mesti mengambil pendekatan berlapang dada menerima kritikan membina. Antara yang TTT sangat hargai prestasi kerja Profesor Dr Ridzuan ialah pada suatu petang di bilik beliau,TTT berjumpa dan berbincang.Ketika itu,Cik Aklimiah(Sekarang dah Puan) turut bersama.TTT melontarkan aduan dan kebimbangan dengan Kafeteria dan kemudahan kepada Mahasiswa sangat menyedihkan terutamanya yang jelas ialah Televisyen di Kafeteria KK1.Kita minta supaya sudah sampai masanya Mahasiswa diberi kemudahan TV Plasma dengan kemudahan siaran terkini.Tanpa ragu-ragu,terus Profesor Dr Ridzuan bersetuju dan memberi arahan kepada Kak Aklimah untuk mempercepatkan proses pembelian dan sebagaimnya.Sehingga kini,TTT teringat.



  • iii)TTT dan teman2 akan hadir ke Mahlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin di UMP Pekan bersempena pembukaan KK5 pada hari  Jumaat 25 June 2010 pada jam 2 petang.Pastunya,kita akan hadir memberi sokongan dan ingin mengetahui pelan perpindahan ke tempat baharu ini. Sehingga kini tiada pengumuman rasmi dibuat di Announcement atau di memo UMP. Kita menagih janji dan amanah yang telah dipikul oleh Pihak Pengurusan UMP dan pihak kontraktor.
2.Minggu Pro MINDS dan MINDS 2010


  • i) TTT tidak berkesempatan mengikuti perkembangan dan perjalanan MINDS 2010 kerna TTT dan teman seperjuangan dinafikan hak untuk bersama sama sebagai fasilitator pada kali ini.Cumanya,TTT ingin menasihati teman seperjuangan di dalam MINDS 2010 agar mengikut arahan ketua Unit Jawatankuasa masing masing. Gunakanlah minggu Pro MINDS dengan sebaiknya dengan memperhalusi pelan tindakan dan gerak kerja. Penat lelah bermesyuarat bersama,memerah fikiran dan tenaga agar segala berjalan lancar pastinya berbaloi.MINDS pentas terbaik buat mahasiswa menghunus bakat kemahiran insaniah di dalam diri. Jadilah Mahasiswa Peduli yang berani dan membantu organisasi. Sekalung tahniah TTT ucapkan kepada Kepimpinan MPM Baharu dibawah Sdr Aedlan kerna bertungkus lumus bekerja bagi memastikan perjalana MINDS 2010 berjalan lancar.Gunakanlah kesempatan kehadiran Dato' Seri Khaled Nordin merasmikan MINDS 2010 bersama sama Pimpinan Mahasiswa menyuarakan masalah,pendapat agar hubungn yang lebih erat terjalin.
3.Dengan pelantikan Profesor Dr Badrulhisham Bin Abd Aziz sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa ibarat sireh pulang ke gagang. Prof Bad dalam sepanjang perkenalan TTT bersama beliau seorang outspoken,tokoh akademik yang sangat berpengalaman dalam industri,mantan Pimpinan Mahasiswa dan juga seorang aktivis amat membanggakan kita semua. Pastinya,UMP akan kembali ke landasan yang tepat dan Kepimpinan Mahasiswa harus bersama sama Pengurusan Baharu membawa UMP ke persada yang disegani di rantrau ini. Dengan kepimpinan Dato' Naib Canselor yang versatile,dengan dibarisi kepimpinan baharu TNC A&A dan Dekan JHEPA pastinya akan mencorak suasana yang lebih menarik di semester baharu ini. Ayuh,Kepimpinan Mahasiswa sewajarnya tidak statik dan menggunakan peluang ini untuk terus berani mencabar membawa perobahan!

TTT yakin ANDA bagaimana pula?

* TTT melihat perkembangan yang sangat positif terhadap generasi muda pelapis kepada Mahasiswa Peduli ini. Di peringkat akar umbi,TTT akan membayangkan barisan generasi muda Mahasiswa Peduli UMP akan membawa perobahan yang besar dan positif kepada UMP dan negara. Teruslah lebarkan sayap,bertapaklah dengan berani usah gentar dengan halangan dan cabaran.TTT akan terus membantu,memberi input sedaya yang mungkin agar Generasi Mahasiswa Peduli tidak lesu Idealisme,tidak membazirkan tenaga muda ke arah yang tidak bermanfaat dan belajarlah menjadi pejuang Mahasiswa yang tulen.

The Think Tanker
Jumaat 25 June 2010
3 am di Koj Kediaman Ke-2

No comments:

Post a Comment