Friday, April 1, 2011

TTT di Program BOOM bersama Noh Omar

1.TTT berpeluang menghadiri Program Bicara Orang-Orang Muda(BOOM) anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia(ASPIRASI) di Hotel Singgahsana,Petaling Jaya. Tetamu kehormat dalam sesi BOOM tadi ialah YB Datuk Seri Hj Noh Bin Omar,Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.Kebetulan Setiausaha ASPIRASI ini Cik Nadia sms TTT memaklumkan program ini berjalan malam ini dan terus TTT bersetuju untuk hadir walaupun sedikit lewat.

ASPIRASI ini apa?

2.ASPIRASI telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor(ROS) pada 16 Julai 2009.Secara ringkasnya,setelah golongan muda dan mahasiswa selepas era pasca Reformasi,ramai anak muda terutama di IPT memberi sokongan padu kepada Agenda Reformasi Brother Anwar Ibrahim.Tragedi pemecatan Brother Anwar Ibrahim dalam tahun 1998-1999 memberi perubahan drastik sokongan rakyat terutama mahasiswa di IPT kepada perjuangan Reformasi.Bila mana ia terjadi,maka Aspirasi ditubuhakan sebagai kumpulan mahasiswa@anak muda yang menyokong aspirasi Kerajaan PEKEMBAR(nama bahasa Inggerisnya ialah UMNO) dan Barisan Nasional.Pelbagai perancangan dan siri pembantaian gerakan Maahsiswa terutama kerjasama erat HEP dan Sang Penguasa di KPT supaya calon-calon Aspirasi universiti mendapat sokongan penuh HEP universiti dan seterusnya menang Pilihanraya. Siri Program BTN dijalankan dengan full sponsor dengan harapan tarbiyyah BTN meresap kepada Pemimpin Mahassiswa Aspirasi seteusnya menyokong Kerajaan PEKEMBAR(nama Inggerisnya UMNO) Barisan Nasional.

Apa yang berlaku di Hotel Singgahsana,Petaling Jaya sebentar tadi?

3.Seramai 350 Pemimpin Mahasiswa di sekitar Lembah Klang seperti UiTM,UPM,UTM Semarak,UKM,UM,UPSI,UIA,MSU,UniKL,Politeknik Shah Alam dan Alumni ASPIRASI sendiri.Ada juga persatuan-persatuan belia lain seperti MAYC dan sebagainya.BOOM akan memanggail Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) di setiap IPT Lembah Klang terutamana agar bersama-sama Pak Menteri terpilih.Sebenarnya ini bukan kali pertama TTT hadir program anjuran ASPIRASI.Dahuli sesi BOOM bersama Tok Pa di kediaman rasmi beliau juga TTT hadir bersama Sdr Taqiuddin. Sebelum itu sesi BOOM bersama Datuk Mukhriz Mahathir,Timbalan Menteri MITI juga telah dilaksanakan.

4.Banyak isu dibangkitkan mengenai isu pertanian,logo halal dan isu berkaitan politik berbangkit. Suasana Ballroom Hotel Singgahsana bingit dengan Pemimpin Mahasiswa yang lebih gemar berborak sesama sendiri daripada mendengar kupasan pak menteri(termasuk TTT sendiri).Barangkali kerna sudah lama tak bersua muka dnegan mantan2 Pimpinan yang hadir maka banyaklah isu dan perbincangan dibankitkan.Kita kan orang muda. TTT berpendapat mutu penyampaian dan kupasan isu oleh Datuk Seri Noh Omar wajar diperbaiki dan perlukan sedikit sentuhan Idealisme orang muda.Ntah la,seakan 'mumbling' semata,


5.Pendapat jujur TTT, program BOOM sebenarnya sangat baik.Bukan mudah mengatur pertemuan dan majlis di waktu malam bersama Pak Menteri Malaysia.Cumanya,bila kupasan isu banyak disasarkan kepada perjuangan Melayu dan UMNO, ia jadi sangat terhad ruang perbincnagan dan perkembangan Idealisme orang Muda.Tak boleh paksa orang muda untuk minat kepada isu perkauman dan apa jua jampi serapah politik UMNO ini. Kita tahu bahawa kerajaan PEKEMBAR(nama Inggerisnya UMNO) banyak berbuat jasa dan pembangunan di Malaysia (membazir dan tiris bocornya juga bukan kepalang banyaknya),tetapi orang muda mahu penyelesaian dan pencerahan yang lebih dekat dengan cara orang muda berbanding jawapan-jawapan cliche dan selamat Pak Menteri yang bagi TTT tidak jujur.

6. Apa makna perjuangan kepada orang muda seandainya kita mendidik Pemimpin Muda bermewah mewahan? Hadir dengan kot,blazer dan skema ayam tapi soalan dilontarkan tidak semenggah mana.Semua yang tanya ni Mahasiswa melayu.Kupasan dan pandnagan Pak Menteri banyak berkisarkan PEKEMBAR(bahasa inggerisnya UMNO) dan statement Politik yang sudah biasa kita dengar.Kita mahu mendengar pandnagan dan Idealisme Pak Menteri supaya kita mendapat isnpirasi utk berjuang di akar umbi mahupun di IPT.

7.Satu pandnagan menarik Datuk Seri Noh Omar mengenai Mahasiswa Berpolitik.Kata beliau pandnagan (Datuk)Saifuddin Abdullah yang lantang mengenai kebebesan Mahassiwa Berpolitik hanya pandnagan peribadi dan bukan pandnagan Kerajaan PEKEMBAR(nama inggeris UMNO) & Barisan Nasional.AUKU tetap akan dikekalkan tanpa sebarang pindaan terbaharu.Ikut cakap Menteri bukan Timbalan kerna Menteri yang memutuskan dasar dan sebagainya.TTT kasihan kerna sehingga kini ramai tersalah faham makan Mahasiswa Berpoltik mengikut kerangka pemikiran Datuk Saifuddin Abdullah ini.


8.Apa pun,TTT yang hadir lewat ke Hotel Singgahsana ini tidak sempat menjamah sebutir makanan yang disediakan(minum air sampai kembong perut,hehe) di awal majlis ini kepada peserta(padan muka Saya).TTT lewat kerna menunggu teman sepejuangan yang datang daripada tempat Latihan Industry di SHELL,Port Dickson untuk pergi bersama sama.Inilah makna perjuangan.Bila kita komited dan berminat,pasti segalanya bukan halangan.Semoga BOOM terus dilaksanakan apatah lagi PRU 13 semakin menghampiri kita. Ini semua agenda mendapat sokongan orang muda kita....Betapa pentingnya orang muda!

The Think Tanker
Yon Thai Food,Setiawangsa

3 comments:

  1. tarbiyyah? BTN...tarbiyyah sgt...jadi kiblat adalah

    ReplyDelete
  2. bro

    nice komen.aku juga hadir mlm tuh.pandangan aku plak camnie. 80% drpd soalan berkaitan pertanian so pak menteri menjawap mengenai pertanian berdasarkan perancangan kementerian pak menteri.Aku tertarik jwpan pak menteri yang menjawap isu kepentingan org melayu berdasarkan perlembangan dan undang2 dan bukan dari sudut perkauman.Aku yakin kalau ada soalan tentang politik masakini pak menteri akan berjawap berdasarkan realiti dan bukan teori.camner pun aku setuju program BOOM nie mmg baik.

    ReplyDelete