Saturday, April 30, 2011

Solat Jenazah stylo ker tak stylo?


1. Stylo ni apa ya? Pakai Blackberry Torch baru stylo ka?atau kasut Adidas & Nike buatan China baru stylo ka?Atau naik kereta Satria Neo GTI baru stylo?Atau ada aweks chikaro dedah sana sini pinggang semut api baru stylo?Atau lepak Old Town White Coffee bincang bisnes juta-juta tu baru stylo? Hisap Rokok Dunhill Kompem tak stylo(abah hisap rokok Benson & Hedges,stylo kot~). Stylo ialah istilah orang muda kite(kita) terutama Bani Melayu mengenai kehidupan seharian dan bagaimana kita persembahkan kehidupan kita kepada umum. Setiap gerak geri kita,gadjet kita.pakaian kita,siapa orang-orang disekeliling kita,kereta mewah kita dan sebagainya akan memberi impak maksima seandainya kawan sekeliling kita memuji kita dengan ayat " Bro,lu ada style la bro!".Inilah persepsi kebanyakan kita dan harus kita akui masyarakat umum esp anak muda amat mengambil berat ke'stylo'an mereka.

2.Bukan lah TTT persoalkan secara terperinci secara ilmiah & hukum syarak mengenai stylo ini dan asas mudah yang TTT hendak beritahu bahawa Allah itu cantik, dan Allah suka pada yang cantik. Cantik ini subjektif.Cukuplah jika kita katakan cantik fizikal dan rohani.Fizikal dari sudut pakaian kita sama ada menepati kaedah pemakaian Islam atau tidak(pakai kopiah tak semestinya pemakaian Islam bro),pemakaian menutup aurat yang TTT maksudkan, dan sebagainya.Jadi secara amnya,jika pakaian kita menutup aurat maka nak pakai pakaian stylo dan branded sampai RM450 sehelai T-shirt pon tiada salahnya.Cantik dalaman pulak lebih kepada soal attitude kita,komunikasi kita,lenggok bahasa kita,akhlak kita dan sebagainya. Islam ini agama rahmat. Mat Motor ka,Hip Hoppers ka,Artis ka,Ahli Sarkas ka,Mat Kereta ka,siapa sahaja kita di atas muka bumi,pasti kita mahu kepada kehidupan yang baik dan cantik-cantik belaka.Sebab tu Islam ialah agama fitrah dan sesuai di sepanjang zaman dan semua lapisan masyarakat.

3.Bukan TTT nak membebel panjang mengenai stylo sangat.Cuma bila kita merasai suasana masyarakat sekeliling kita,pastinya kita ada banyak perkara hendak dilakukan dan diperkatakan.Sebagai anak jati Taman Permata Hulu Klang,rasa solidariti kepada isu sekitar tempatan amat menjadi perhatian sanubari TTT. Hari ini 1 Mei 2011,kebetulan seusai solat Subuh Berjemaah di Surau Taman Permata, Ustaz Baharom( Imam Surau) membuat pengumuman bahawa ada orang meninggal di Jalan Permata 6. Jalan Permata 6 ialah sebaris dengan rumah TTT maka yang meninggal ini pastilah jiran TTT. Jujur,TTT sendiri tak tahu dan rasanya tidak pernah bersua muka dengan jiran TTT ini. Arwah berumur 81 tahun dan TTT hadir ke Solat Jenazah jam 10pagi tadi dengan hasrat nak menunaikan tanggungjawab sebagai jiran apatah lagi sebagai Muslim. Ada 3 baris saf Solat Jenazah tadi dan TTT perhatikan 2 baris ialah ahli keluarga arwah dan sebaris lagi ialah Ajk Surau Taman Permata.Yang mewakili jiran-jiran hanya boleh dibilang dengan jari. Anak muda pula boleh dihitung dengan jari tangan kiri(ataupun kanan,means not less than five~eh,cakap omputeh plak).Fenomena ini tidak wajar kerna Taman Permata ini rasa TTT ramai lagi kariahnya malah anak muda bersepah sepah di Kedai Makan Abang Zambri di tepi padang Permata(paling ramai bila setiap jumaat sebab nak tengok Maharaja Lawak),macam mana TTT tahu? Sebab gua pun lepak Kedai Zambri  gak.Haish,itu pun nak kena explain jugak ka?

4. Banyak nak dikongsi dengan teman-teman yang membaca blog The Think Tanker ni mengenai isu di dalam masyarakat tempatan terutama di Hulu Klang ni. Isu Politik paling mendapat tempat pertama carta Billboard 2011.Biasalah,Hulu Klang kan bawah Adun Pakatan Rakyat.Parlimen Gombak dan 4 Dun di bawah Parlimen Gombak semua Pakatan Rakyat sapu habis(apsal aku citer politik plak ni,haish~). Maudhuk kita ialah TTT berasa sangat sangat sangat sangat sangat sangat sukar untuk kita menggerakkan usaha dakwah(Islamik giler bro) disesuaikan dengan trend kehidupan anak muda kita apatah lagi berlandaskan dengan nilai-nilai Islam. Paling susah ialah menjaga Solat Lima Waktu Sehari semalam.Berapa ramai orang kita tak solat apatah lagi menjaga solat dan berasa berdosa bila meninggalkan solat(mula la TTT nak bagi ceramah,haish).Ini lah masalah terbesar kita bila mana bab Ibadah ini sudah menjadi seperti isu peribadi dan tidak sesuai atau tidak trendy dijadikan tajuk perbualan kita bilamana kita lepak kedai atau di mana sahaja kita lepak.Tak style la bro~ Apatah lagi solat jenazah...Woit,Solat Jenazah ini bagilah Ajk Masjid,Ajk Surau dan Pak Imam yang buat kerja ni.Apa susah sangat~kan?kan?Kita bagi duit RM 1000 kat Ajk Surau,pandai pandailah diorang settlekan.

5.Persoalan TTT ialah bukan soalnya kita perlu harapkan Ajk Surau/Masjid apatah lagi Pak Imam kariah kita.Apatah lagi dengan wang ringgit kita(Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor siap bagi duit RM2500 lagi kat keluarga si mati ni).Masalahnya ini soal tanggungjawab sosial kita sebagai manusia dan muslim.Ini soal solidariti dan kehidupan bermasyarakat.Ini juga soal akhlak kita sebagai jiran dan ahli masyarakat. Penting atau tidak,nanti di Timabangan Al Mizan kita tahulah penting atau tidak amal jariah kita ni.

Jadi,bagi TTT,pandnagan peribadi TTT,Anak muda yang mahu buat kebaikan walaupun tahu diri sendiri ini tak brapa baik atau tinggi ilmu agama,Anak muda yang berusaha jaga solat walaupun kadangkala ter miss jugak sebab terlajak tengok Barca VS Real Madrid masa semi final Chamions League, Apatah lagi anak muda yang ada kesedaran sedikit untuk hadir solat jenazah tanpa rasa malu-malu walaupun si arwah hanya jiran kita...Anda semua memang STYLO la bro!

The Think Tanker
1 Mei 2011
Kafe Siber Orange Taman Permata

" Selamat Hari Buruh kepada warga Malaysia
dan juga mereka yang warganegara Indonesia,Bangladesh,India,Thailand,Filipina,Sri Lanka,Pakistan,Laos,Kemboja dan seluruhnya yang mencari rejeki di Bumi bertuah Bumi 1MALAYSIA"

2 comments:

  1. betul2.. setuju! 'stylo' utk dunia, 'stylo' jgk utk akhirat.. tapi yang boleh kire dgn jari tu not more than 5 kot.. bukan less.. (rasenye la..) sorry kalau salah. bagus! lepas neh aku pangkah deme.. Hidup Suffi! ;-) Hamim Hadri Hamzah

    ReplyDelete
  2. thanks hamim,inilah pentingnya English education~

    ReplyDelete