Saturday, April 2, 2011

Medan Berjuang,Bukan dengan Kesenangan & Kemewahan

 TTT bersama sama Afif dan adik di Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah 2 April 2011 bertempat di Sek Men Teknik Sg Buloh...



1.Bulan April 2011 sangat padat kerna diri TTT yang ingin mencabar untuk terus dalam momentum kesibukan dan mengharungi dengan kepenatan dan kepayahan.Teringat kata-kata Naqib TTT,Ustaz Imran Al Malizi bahawa medan perjuangan tidak akan pernah dilalui dengan kesenangan dan kemewahan.Orang berjuang mesti merasa nikmat kesempitan dek kerana  arus yang kita lalui tidak sama dengan arus orang biasa.Medan berjuang mesti disusuli dengan tekad,kesabaran dan disipin serta istiqamah agar kita bisa menjadi pejuang di alam realiti yang penuh mencabar.

2.Medan berjuang bukan perbincnagan di Hotel-hotel mewah dan makan yang keterlaluan banyaknya.Realitinya,sesi bersama pemimpin negara terutamanya sangat menunjukkan bahawa kita sudah terlalu larut dengan budaya politkus yang mendamba undi sehingga seluruh kekyaan disalurkan demi sekeping undi dan sokongan.Adakah ini tidak boleh?Boleh atau tidak bukan persoalannya tetapi idealisme dan medan perjuangan hakiki bukan semudah itu syeikh.Kita nak mengajak manusia,kelompok masyarakat supaya berTuhankan dan berKiblatkan Al Quran & Sunnah dan mengikut landas sunnatullah yang sebenar.Ini memang teman tak gemar dengar. Apa barang ni..belum apa-apa lagi dah keluar statement Al Quran,sunnah dan istilah rigid yang kabanyakkan kita terutama anak muda tak amik pot pun.

Benarlah kata Rasulullah,Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, 

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".H.R. Muslim

3.Disaat kita berhadapan hegemoni pemikiran yang kebaratan,ambil lewa dengan syariat Islam dan hukum hakam syara',bila mana solat dan aurat ialah urusan peribadi,istilah istilah mudah seperti kubur lain-lain hanya akan mengesahkan Hadith Rasulullah SAW ni.Oit,ni Nabi Muhammad SAW yang bagitau ni.Takkan kita hanya berpeluk tubuh dan menggoyang pinggul mengikut irama ponco-ponco semata?Mana usaha kita,tindakan kita dan perjuangan kita.

4.Masyarakat kita sudah mengalami kebejatan sosial yang keterlaluan dan alangkah sukarnya hendak di bayangkan bagaimana Pemimpin negara kita bisa  tidur lenang.Ulama dan Mufti tiada usul tegas dan solusi kepada Kerajaan dan institusi kerajaan dan NGO supaya kita bisa melakukan sesuatu.

"Alah,Malaysia kan aman damai.Tiada gempa bumi dan ribut taufan.lagipun,kita kan negara Islam yang diiktiraf dan bla bla", ngomel dengan bangga seorang makcik yang totok pemikirannya.Ini sah asyik baca Utusan Malaysia jer.Nau'zubillah.Ada apa dengan angka GDP?Ada apa dengan pertambahan isi rumah ?Ada apa dengan difisit hutang negara buat 12 tahun berturut turut?Ada apa dengan bangunan skycrappers dan wawasan 2020  andai masyarakat makin punah ranah.Berantakkan dan kebejatan sosial yang keterlaluan.Yang paling sedihnya majoriti yang buruk-buruk ni Bani Melayu+Islam yang buat.Hadoyaiiii~Cukuplah,insaflah...Kita bukan merdeka semalam,dah 53 tahun dah bro,takkan dungu lagi~haish

5.Sebagai Pemuda yang bergraduan daripada IPT,rasa tanggungjawab berbakti dan menyumbang begitu besar di dalam jiwa dan sanubari TTT. Realitinya,masyarakat dan orang muda ketika ini(TTT bercakap dalam kawasan area Wangsa Maju,Gombak,Hulu Klang,Setiawangsa,Batu Caves,Ukay Perdana dan TTT yakin tempat lain pun sama jua)  ketandusan pemimpin muda akar umbi yang benar-benar berjuang dengan isu harian dan bukan permainan politkus murahan.Siapa yang wajar mengisi kekosongan ini?Bukan mudah ya.menjadi pemimpin di peringkat akar umbi bukan macam jadi MPP UMP bro.MPP UMP mewah,mudah dan hanya perlu keberanian dan courage untuk menonjol.Relaiti di medan masyarakat pula,pemimpin muda perlu fleksibel dan turut mendenagr masalah yang kadangkala tak terjangkau dek idealisme kita.Isu harian seperti gerai kena saman tak boleh jual kuih,cawangan sebelah dah buat rombongan ke Langkawi,cawangan kita bila lagi,dan banyak lagi yang bagi kita di Universiti barangkali TIADA isu sedemikian. Tapi inilah relaiti.Realiti bukan untuk kita bebani tatapi hadapi dengan berani. Kita kena aktif dan kena buat hampir seluruh kerja.Bab duit bab lain.Kita lah kena susun kerusi,kita jugaklah kena pasang bendera(bendera apa,yang ini kita tak tahu~huhu),kita juga kena merancang dan menggerakkan usrah dan sebagainya.Apatah lagi jika kita seorang Engineer dan bekerja di sektor Keparat dan sebagainya pasti bebanan kerja akan bertembung dengan maslaah di medan masyarakat.Nah,hambik sangat nak jadi Pemimpin.Ingat bagus sangat?huhuhu

6,Tapi TTT insafi bahawa inilah makna sebuah perjuangan.Perjuangan yang matlamat akhirnya ialah Akhirat dan bukan perjuangan duniawi semata apatah lagi perjuangan angkat kerih(keris) sambil hendak menyiat nyiat darah bangsa lain.Itu lagi lah meyimpang jauh...Jalan akan bertambah berliku.Pasti kita kena mengasah dengan membaca lebih banyak lagi buku sejarah benar dan banyak lagi yang perlu dilakukan.Perlahan lahan tapi tetap utuh dilandasan kebenaran.Bukan main-main lagi!

Inilah medan orang berjuang,Bukan dengan kesenangan & kemewahan....

The Think Tanker
KFC Wangsa Maju 3 April 2011


2 comments:

  1. syabas TTT.. ayuh berjuang org muda untuk kebaikan Islam dan Rakyat!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih sdr Sayur pUCUK seorang blogger dan Pembiaya Pemikir Muda yang dihormati~

    ReplyDelete