Tuesday, March 1, 2011

Meneruskan Perjalanan Yang Semakin Sukar

Kita tidak akan tahu apa yg berlaku di hadapan kita,maka teruslah melangkah dengan berani,usah gentar dengan cabaran dan teruskan perjuangan dengan tabah!

1. Sebelum mengulas lebih lanjut,suka TTT mengucapkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada komentar yang telah memberikan sokongan,kritikan,menasihati dan mendoakan agar diri TTT sentiasa berada dalam golongan orang yang mendapat pengampunan.Secara peribadi,TTT sangat menghargainya.

2.Juga tidak dilupakan kepada Sang-Sang Anonymous yang begitu lanchang menghina peribadi TTT dan ibu bapa TTT,kita serahkan kepada Tuhan Yang Maha Memberi Penghakiman di timbangan Al Mizan kelak. Sesungguhnya,bila mana kita berada di landasan manusia yang mehu melakukan perubahan,menjadi penggerak kepada budaya bersuara kritikal di dalam kampus,pastinya banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita hadapi. Rentetan itu,TTT menekuni setiap komentar dan kita yakin bahawa kebenaran suara Mahasiswa akan tertegak juga dan dipandang berat oleh Sang Penguasa.

3.Sebelum itu,belum terlewat TTT mengucapkan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) sesi 2011/2012 dibawah kepimpinan Sdr Fazli sebagai Yang di-Pertua MPM Baharu dengan barisan kabinet yang akan menggalas suara Mahasiswa UMP. Tahun 2011 akan menjadi tahun yang sangat mencabar dan nasihat TTT ialah antum semua perteguhkan idealisme,eratkkan ukhwah sesama teman-teman MPM dan berjuanglah atas dasar kepentingan mahasiswa UMP.Peduli lah dengan setiap aduan walaupun ia sekecil kecil aduan.

4.TTT mendapat panggilan telefon daripada seorang Pegawai HEP UMP pada minggu lepas yang menyatakan beliau sudah dilantik memegang MPM pada sesi kali ini.Sesungguhnya inilah berita baik dan kemenangan kepada para Mahasiswa Peduli UMP yang lantang mengkritik pegawai HEP yang tidak kompeten,tidak mesra Mahasiswa apatah lagi banyak birokrasinya dan bermacam macam ragam lagi.TTT menyambut baik hasrat Pegawai HEP tersebut yang menghubungi TTT menyatakan kesudian beliau mendengar pandnagan daripada mantan YDP mengenai MPM dan sebagainya.

5. Kita akui bahawa hubungan yang baik di antara HEP dan MPM akan sangat menguntungkan Mahasiswa secara amnya.Namun,perlu kita waspada bahawa HEP dan MPM merupakan entiti yang sangat berbeda. MPM merupakan badan eksekutif Mahasiswa yang dipilih secara demokrasi oleh Mahasiswa untuk berbakti kepada Mahasiswa dna menjaga kebajikan Maahsiswa.Manakala HEP merupakan Jabatan yang pegawai-pegawainya merupakan penjawat awam dan mempunyai komitmen kepada Pihak Pentadbiran Universiti dan Kerajaan Malaysia.Justeru,jika bertembung sesuatu isu dan pergeseran yang tidak favour kepada Pihak UMP mahupun Kerajaan Malaysia,TTT yakin 100% pihak HEP akan dominan menyokong dan mempertahankan Pihak UMP /Kerajaan Malaysia. Suka TTT ingatkan bahawa MPM ialah sangat berbeda dan kita bisa bergerak sendiri atas kepasiti Pemimpin Mahasiswa dan boleh membuat keputusan,merancang dan sebagainya.Inilah yang menjadi sangat kritikal kepada Pimpinan Mahasiswa kini.

6. Jika mengimbau zaman TTT menjadi salah seorang di dalam Pimpinan Mahasiswa,kita meminta secara terbuka kepada Dato' VC untuk meng'hak upaya' Mahasiswa di dalam beberapa aktiviti penting seperti MINDS dan Expoconvo dan sebagainya. Makna meng'hak upaya' Mahasiswa ialah Mahasiswa bisa merancang,membuat keputusan,mengendalikan mesyuarat Induk atau sekurang kurangnya partisipasi di dalam setiap mesyuarat tertinggi dan menggerakkan aktiviti di Kampus. Bukan lagi Mahasiswa hanya menjadi 'buruh kerja' yang akan ditugaskan di tempat-tempat yang hanya memerlukan 'tenaga muda' Mahasiswa semata. Lebih melelahkan lagi,Mahasiswa hanya berperanan menjadi mengisi tempat kosong di dalam sesuatu majlis dan menjadi penghabis makanan yang disediakan.Ini amat menyedihkan seandainya peranan Mahasiswa hanya diiktiraf sedemikan rupa.

7.Jika kita membaca buku Politik Baru tulisan Datuk Saifuddin Abdullah ,beliau secara terangan bersetuju bahawa Mahasiswa di Malaysia tidak begitu mahu partisipasi di dalam aktiviti yang berbetuk advokasi. Kaedah Mahasiswa berhadapan dengan pergeseran pendapat,idealisme dengan Pihak Kerajaan ataupun Pentadbiran Universiti seringkali di anggap tidak beradab ataupun kurang ajar.Walhal,perkara utama yang perlu diperhalusi ialah adakah isu yang diperdebatkan mempunyai asasnya ataupun tidak. Selain itu,kaedah legalisitik yang seringkali dihamburkan oleh Penguasa di Universiti kepada Pimpinan Mahasiswa hanya akan membantutkan budaya advokasi Maahsiswa.

8.TTT mempunyai teman dari Indonesia yang mengambil Political Science yang kini berada di dalam program Exchange Student di Universiti Malaya.Baru kelmarin TTT berkesempatan bertemu dan membawa teman TTT ini berjalan-jalan dan kami berbincnag mengenai hubungan Malaysia-Indonesia,isu-isu panas antaranya Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI),isu kes dera amah,isu Ganyang Malaysia dan sebagainya. Perkara yang paling memedihkan hati TTT ialah bila mana temanTTT dari Indonesia ini secara terbuka menyatakan bahawa Mahasiswa Malaysia sangat pasif di dalam kuliah. Dosen beliau sendiri memberi pesanan kepada teman perwakilan Indonesia agar tidak bercakap POLITIK di Malaysia kerna di Malaysia melarang mahasiswa bercakap dan berbincang politik. Ini pandangan realiti betapa rendahnya martabat Mahasiswa Malaysia bila mana kita orang muda terpelajar di kampus tidak bisa berpolitik ketika di Kampus dengan alasan mengganggu pelajaran,memecah belahkan mahasiswa dna sebagainya.Alahai~

9.Pandangan TTT  ialah AUKU yang digubal sejak 1971 ini telah membunuh budaya berfikir,bersuara secara lantang dan kritikal kepada golongan mahasiswa.Jangankan Mahasiswa Kejuruteraan tidak dibenarkan berpolitik,Mahasiswa Sains Politik pun seakan akan disekat oleh Sang Penguasa di Universiti. Bila mana AUKU dipinda secara serius pada tahun 2009 dan Speaker Corner mula dibuka kembali dengan harapan Mahasiswa kembali kritikal,TTT berasakan perjalanan untuk menghidupkan budaya Mahasiswa Kritikal ini masih terlalu awal.Apatah lagi masih ramai Sang Raja di Rimba di HEP dan di dalam Universiti yang terus menerus memperlekeh peranana dan kuasa Mahasiswa.Segalanya perlukan masa dan perubahan mesti dan Wajib hadir daripada Mahasiswa sendiri.

10. Kini,sudah masuk bulan ke-3 TTT berlatihan industri di Setiawangsa. Maka,tinggal lagi 3 bulan lagi TTT berkesempatan menggunakan gelaran Mahasiswa.Sesungguhnya,kehidupan Mahasiswa di dunia realiti dan lapangan masyarakat amat memerlukan daya tahan yang kuat. Mana mungkin kita bisa berbakti kepada masyarakat,mahupun menjadi pemuda yang kritikal sekiranya tangan dan kaki Mahasiswa ketika di kampus di'gari' dan terus diperlekeh seperti budak hingusan. Moga kita semua dapat meneruskan sisa sisa baki perjalanan hidup ini yang semakin sukar dengan penuh bermakna.


TTT sudah berumur 23 tahun dan berada di Tahun Akhir Pengajian di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaysia Pahang.Kini sedang menjalani Latihan Industri di Setiawangsa.


TTT ialah Mahasiswa Peduli,anda pula siapa???

7 comments:

  1. keep your spirit utk perjuangan anda..i phm all of this...gudluck!

    ReplyDelete
  2. saya pemuda yg peduli amat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih teman2 yang menyokong dna berdiri teguh kepada perjuangan ini...

    ReplyDelete
  4. keep the good attitude all the time.
    i believe u can be even better than this.
    goodluck bro!

    ReplyDelete
  5. Usah bimbang akan diri TTT,insyaAllah TTT kan terus berdiri teguh n melangkah penuh berani

    TTT harap sangat generasi Mahasiswa Peduli UMP akan terus mekar dan terus kritikal serta maju ke hadapan!

    Negara Malaysia memerlukan Engineer2 yang hebat,kritikal,multiskills,outspoken,dan good attitude!

    ReplyDelete
  6. Betul..perkara tunggal dalam hidup adalah mati..pastikan setiap saat itu bermakna untuk hari2 yang kita sendiri tidak tahu bila akan pergi mengadapNya..GoodLuck

    ReplyDelete
  7. Sama Gagah Sama JuangMarch 2, 2011 at 10:22 PM

    Perjalanan yang semakin sukar bila kita tahu dan dapat tahu masa depan kita begitu kelam. Pada pandangan saya, perjuangan mahasiswa masa kini perlu merentasi kampus. Dalam ertikata lain pelajar universiti harus mencorak lanskap politik di luar. Apa yang berlaku di UPM, UKM, UM dan USIM merupakan gambaran bahawa politik kampus jika ada dicorak oleh kepolitikan dari luar. Ini bertentangan dengan nilai dan perjuanag mahasiswa yang sepatutnya mencorak kepolitikan di luar kampus. Sebagai contoh Indonesia, bangunya mahasiswa di sana kerana atas desak hibup. Politik dlm kampus dicorak oleh politikus luar. Mahasiswa di Malaysia sebagai generasi pewaris sudah memulakan langkah untutk memahaminya. Kita (mahasiwa)sepatutnya mencorak perjuangan/ideologi/corak kepimpinan masa depan di mana kita merupakan yang akan mewarisi perjuangan dan memerintah negara. Jangan terikut-ikut apa yang sedia ada dan menjadi sesetengahnya sebagai idola kita pulak

    ReplyDelete