Monday, February 14, 2011

PRK UMP 2011: HEP VS Sistem Pilihanraya Kampus




Prof Yusserie selaku PNC HEP UMP wajar meneliti kembali sejarah PRK UMP dan memahami lanskap politik kampus di UMP sebelum bertindak membuat sebarang keputusan.

Isu Pilihanraya Kampus Universiti Malaysia Pahang 2011 ( PRKUMP2011 )



*TULISAN INI TELAH KELUAR DI AKHBAR BERITA HARIAN RUANGAN VARSITI M/S 14 PADA TARIKH 17 FEBRUARY 2011
1. Persatuan Kelab Fakulti telah diberi 'softcopy' mengenai tarikh Annual Grand Meeting (AGM) dimana setiap Jawatankuasa Kelab & Fakulti perlu memberi commitment untuk membuat pemilihan di peringkat kelab & fakulti sebelum tarikh AGM dijalankan.



2.Maka setiap Jawatankuasa bagi Kelab & Fakulti perlu menjalankan pemilihan selari dengan tarikh AGM yang diberikan pleh HEP.



3.Permasalahannya ialah tarikh Pilihanraya Kampus(PRK) Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) dimaklumkan lewat dan pihak MPM terlepas pandang bahawa tarikh PRK MPM dilakukan selepas pemilihan bagi Kelab & Fakulti.Ini menimbulkan kecelaruan dan carca marba di pihak Mahasiswa kerna akan ada beberapa implikasi bila mana pemilihan Kelab & Fakulti dibuat terlebih awal berbanding tarikh PRK UMP.



4. Pihak JHEPA telah menyatakan mahasiswa yang telah menang di peringkat kelab & fakulti boleh bertanding di peringkat PRK MPM.



5.Mahasiswa yang telah bertanding dan menang di Pemilihan Kelab & Fakulti dibenarkan bertanding di dalam PRK MPM dan adakah mahasiswa tersebut masih lagi boleh memegang jawatan di Pemilihan Kelab Fakulti setelah menang di peringkat MPM?



6.Berikut ialah beberapa 'break down' yang telah terkesamping yang memburukkan lagi sistem PRK 2011 yang telah menjadi carca merba:



i) Peraturan baharu dimana pointer calon PRK hanya menggunakan term 'memuaskan' mengikut perkara sedangkan pihak universiti berhak menentukan pointer untuk setiap calon..Ini berbeza dengan PRK MPM sebelum2 ini yang tertera secara jelas mahasiswa yang hendak mencari calon MPM mesti melepasi pointer 2.6 keatas.



ii) Terdapat segelintir staff yang telah mempertikaikan Jentera di peringkat mahasiswa atas asbab keraguan bakal berlaku 'conflict of interest' ataupun 'bias' kepada sesetengah calon MPM yang menjadi ‘favourite’ ( untuk pengetahuan, di UMP tidak mempunyai Pro Aspirasi ataupun Pro Mahasiswa. Jentera diperingkat mahasiswa adalah untuk semua calon yang bertanding ). Persoalannya mereka di pihak staff tidak benar2 memahami suasana politik kampus di UMP yang selama ini dibantu secara teknikalnya oleh jentera di peringkat mahasiswa yang bukan sahaja membantu kelicinan PRK malah memudahkan semua calon untuk berkempen sepanjang PRK UMP. Hanya mereka yang pernah menjadi calon MPP sepanjang zaman sahaja yang berhak untuk menyatakan atau meragui kredibiliti jentera di peringkat mahasiswa sekiranya pandangan staff itu benar. Sedangkan selama 7 tahun ini kerjasama diantara Jentera diperingkat Mahasiswa telah merangka dan membantu sedaya upaya gerak kerja Pilihanaraya kampus MPM. Soal jentera mahasiswa akan cenderung kepada pembangkang dan sebagainya,saya berasa ia adalah tuduhan amat dangkal dan tidak mempunyai asas yang kuat.Janganlah menuduh mahasiswa sebegitu rupa.Alahai penjawat awam UMP~



7)Isu melabel mahasiswa sebagai pro pembangkang atau ditaja pihak2 tertentu perlu dijauhkan kerna ini merupakan tuduhan2 yang sangat melelahkan dan sangat bersangka buruk.Berilah kepercayaan mahasiswa yang menghormati idealisme dan kelantangan anak muda yang mahu mencabar status quo dan sebagainya.



8)Ini ialah satu perumpamaan kes yang akan berlaku di dalam PRK 2011 :



Calon A yang sudah menang di dalam pemilihan Kelab & Fakulti dan kemudian bertanding juga didalam PRK MPM dan ditakdirkan menang juga di dalam PRK MPM.Adakah dengan menang di dalam PRK MPM perlu meletak jawatan didalam pemilihan Kelab & Fakulti.Seandainya ini berlaku ,siapa yang akan 'replace' kerusi Calon A yang ditinggalkan di Pemilihan Kelab & Fakulti ?Adakah melalui lantikan terus daripada calon yang telah kalah bertanding sebelum ini atau pemilihan semula dilakukan di peringkat fakulti.

Satu contoh dimana diperingkat JHEPA telah mengeluarkan arahan supaya membekukan dahulu AGM setiap kelab persatuan namun ada fakulti yang telah rancang dan akan melaksanakan pemilihan dan bertanya kepada seorang pegawai di HEP UMP tentang perkara ini dan beliau menjawab tiada masalah utk teruskan. Disini kita Nampak kepincangan dan tidak keselarasan dari segi maklumat dan pelaksanaan arahan diperingkat pengurusan HEP. Untuk pengetahuan semua, 5 fakulti telah melakukan pilihanraya diperingkat fakulti masing-masing iaitu PETAKOM ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Sains Komputer dan Perisian), EEES ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik), PERKASA ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam) , SCITEX ( Persatuan Mahasiswa Sains & Teknologi Industri ) & CHEST ( Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli ).



Implikasi carca merba PRK 2011



9) PRK MPM akan hilang kredibiliti ,maruah dan semangat demokrasi yang kita junjung selama ini di UMP akan menjadi celaru disebabkan beberapa perubahan yang sangat dikesalkan.



10)Pandangan saya ialah ini pastinya disebabkan segelintir pegawai di HEP yang tidak kompeten di HEP akan menambah bahana dek kerana kini pegawai di HEP tiada pengalaman menguruskan PRK MPM sebelum ini,



Kita minta secara berhemah dan berlapang dada agar isu ini dibangkitkan dan dihujjah dengan saksama berdasarkan pengalaman kita mengendalikan PRK MPM sebelum ini.

*Isu e-Voting di PRK UMP 2011 bagi hemat TTT akan menjadi 'time bom' yang akan meletus andai Pihak Pentadbiran terutama PTMK dan Jawatankuasa Induk PRK tidak meneliti dan menerangkan status e-Voting dan sistem aturannya bila 2 tempat mengundi dikalankan.

Ayuh selamatkan Pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Mahasiswa 2011

~~~ Saya Mahasiswa Peduli ~~~



The Think Tanker

26 comments:

  1. kite tgk ape komen dari pihak JHEPA pula... tidak boleh judge mana2 pihak

    ReplyDelete
  2. sebab itu TTT minta agar isu dan kecelaruan ini diperbetulkan dan diberi penerangan dan diambil tindakan segera.Mana boleh peraturan sewenang wenangnya diubah dtanpa pengetahuan mahasiswa dan sebagainya.wallahualam~

    ReplyDelete
  3. patutpun AGM PERKASA dibtalkan..ke xde kaitan...ni,ad stu lg kemusykilan..bdk thun 3 dibenarkan bertanding ker..??disebabkan perubahan Latihan Industri y menyaksikan LI di waktu cuti sem ini bakal memberi passport kpd plajar thun 3 untuk masih bernafsu memegang kepimpinan Mahasiswa di peringkat MPM..

    ReplyDelete
  4. Mahasiswa Waja,

    Tiada masalah jika mahasiswa Tahun 3 masih mahu bertanding.Hatta,TTT juga sarankan teman2 lama yang kalah pada PRK lepas,Mantan MPP lepas yang sambung degree semula dan siapa sahajaagar bertanding di PRK UMP 2011.Kita bertanggungjawab menggalas suara Mahasiswa ke peringkat tertinggi.

    Usah toleh dan ragu2,ayuh kehadapan dan kita mencabar status quo dengan Idealisme Mahasiswa Peduli!

    ReplyDelete
  5. Yng TTT pertikaikan adalah beberapa keputusan dan plan di peringkat pengurusan HEP yang sewenang wenangnya mengubah beberapa perkara yang bukan menjadi amalan kita.

    Kita bimbang Sistem PRK kita porak peranda.

    Alahai~

    ReplyDelete
  6. Berdasarkan perjumpaan & sesi bertukar2 pendapat antara Presiden kelab/persatuan fakulti bersama dgn JHEPA tempoh hari, JHEPA menyatakan bahawa pelajar tahun 3 DIBENARKAN utk bertanding di peringkat persatuan fakulti mahupun MPM tetapi ianya bergantung kpd kapasiti masing2. Jika anda tahun 3 dan anda rasa anda MAMPU utk memegang jawatan tatkala tahun akhir anda di universiti, silakan.

    Byk lagi isu2 yg dibincangkan bersama dgn JHEPA.

    Antaranya ialah mengenai mahasiswa yg telah menang kerusi persatuan fakulti/kelab, dan seterusnya bertanding di peringkat MPM. Mahasiswa A yg telah menang kerusi fakulti dan seterusnya ditakdirkan menang kerusi MPM layak untuk memegang kedua-dua kerusi, tetapi jika beliau merasa tidak mampu, kerusi persatuan fakulti tersebut bolehlah dilepaskan. Masalahnya ialah, xkn nk buat undian semula hnya utk 1 kerusi tu. kan?

    Tapi ini hnyalah hendak menyatakan mereka yg telah menang kerusi fakulti masih boleh bertanding di kerusi MPM jika mahu.

    Pada sy, jika ssorg itu betul2 komited mahu memegang portfolio MPM, beliau pasti akn 'reserve' diri beliau utk bertanding diperingkat MPM.

    ReplyDelete
  7. Sdr Mustang,tq for ur good points

    Ini lah yang diakatakan kecelaruan sistem PRK.Asasnya mudah,Sebarang AGM dan Pemilihan di peringkat Kelab & Fakulti MESTI dilakukan setelah PRK MPM dijalankan dan dibentuk kabinet baharu.Ini amalan tradisi sejak dahulu lagi~wallahualam~

    ReplyDelete
  8. ya. dan semua ini berlaku bila JHEPA decide utk beri laluan kpd PRK terlebih dahulu WALAUPUN AGM kelab/persatuan fakulti telah dijadualkan berlangsung pada awal bulan 2.

    Skrg, persatuan fakulti yg telah menjalankan pilihanraya tiada pilihan lain kecuali jalankan juga pilihanraya pada hari yg telah diwar2kan.

    MPP akn bertanding dan PRK akn berlaku pada hujung bulan 2. Manakala AGM kelab2 akn ditetapkan pada Awal bulan 3.


    Jom lihat kronologi AGM dari dulu smpai skrg.

    dulu bulan 9.
    pastu sesi seterusnya dianjak ke bulan 1.
    dan skrg dianjak ke bulan 2.

    makin ditolak~

    tapi sy dengar, tarikh PRK ni bergantung pd Kementerian Pengajian Tinggi. betul?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbth..

    satu perbincangan yang sangat menarik dan semoga ianya terus ilmiah, tidak emosi dan pertengkaran.. :)

    Banyak perkara dan isu yang telah diperbincangkan cumenye saya ingin menghighlightkan semula tentang isu AGM dilakukan awal sblm PRK.. mcm saudara suffi katakan td, apabila mahasiswa A itu menang dlm peringkat fakulti, dan bertanding utk MPM, disitu kita akan nampak kecelaruan yg akan brlaku kepada organisasi persatuan fakulti sekiranya so A mendapat tempat di MPM.. benar seperti kata bro mustang, kalau die memang nak masuk MPM xkan bertanding peringkat fakulti.. namun begitu, berdasarkan tanya pihak jentera mahasiswa terdapat beberapa masalah dlm kekurangan calon sehinggakan ada beberapa fakulti bukan x cukup calon utk mempunyai pertandingan dalam fakulti ( lebih 3 org utk merebut 2 kerusi fakulti), tetapi x cukup pun utk menang tanpa bertanding diperingkat fakulti ( x cukup 2 org dalam satu fakulti utk merebut kerusi fakulti ) dan sekiranya perkara ini tidak dapat mencari calon lg dlm 2 hari ini, maka mahasiswa dari fakulti yg bermasalah itu yg ingin bertanding di kerusi umum terpaksa turun ke peringkat fakulti utk menang tanpa bertanding.. persoalannya, semoga calon dikerusi umum lebih daripada 8 orang calon ( jumlah kerusi umum 8) agar ada pertandingan dikerusi umum..kalau x cukup, memang payah mcm ni.. sbb itu apa yg dibangkitkan mengapa tidak di settlekan dahulu PRK MPP, kemudian baru settle kelab persatuan..

    ReplyDelete
  10. harap2 xde r terjadi mcm tu...tapi andai ditakdirkan berlaku (Mahasiswa A y menang di PRK dan sudah menang di peringkat Fakulti)..apkh kiranya solusi y mungkin blh dilakukan..mgkn lbh baik mencari solusi agar senang untk diberi cdgn...heheh...skdr bertnya...

    ReplyDelete
  11. mungkin masa hari pendaftaran calon hari ini (16/2/2011)...pihak JHEPA akan menyemak sama ada calon yang bertanding didalam PRK kali ini sudah memenangi pilihanraya Fakulti ,dan memungkinkan mereka untuk 'menyenaraihitamkan' calon tersebut...sapa tahu kan..

    ReplyDelete
  12. Suffi, ko memang sebijik iras Hosni Mobarak, rupa macam Hosni Mobarak, badan gaya dia, pemikiran gaya dia, serba serbilah macam dia. Eloklah ko pun berundur!

    ReplyDelete
  13. Hek eleh, Hosni Mobarak tu hebat sangat. Mamat Suffi ni politikus pasar malam je. Main tembak tanpa fakta lempar fitnah sana sini!

    ReplyDelete
  14. seseorang yg ske memfitnah sane sini, tak layak jd pemimpin....
    shame on u...

    ReplyDelete
  15. Sebarang kritikan yang menghina peribadi TTT,biarlah tangan kamu yang menulis itu menjawab di Mahkamah Allah SWT. Jika fakta n hujjah TTT silap,sila nyatakan frasa mana,sila quote spt seorang mahasiswa,jangan bertindak spt samseng jalanan apatah lagi sekiranya kamu seorang pegawai Universiti n sebagainya!

    Mari kita wujudkan budaya berhujjah dengan baik dan adil!

    ReplyDelete
  16. salam diucapkan..

    ade desss desus yang menyatakan bahawa PRK kali ni terdapat pakatan underground yang ingin menjatuhkan calon2 MPP pekan..
    bayangkan sekiranye calon dari pekan just jadi wakil fakulti.. cmne dgn nasib dak2 pekan nnt?.
    akankah suara kita akan didengar oleh pihak pengurusan universiti?.
    ini sesuatu yang kita semua harus ambil serius..
    tolong kami(dak2 pekan)..

    ReplyDelete
  17. tambahan..pakatan diwujudkan oleh mahasiswa dari fakulti yg ade di gmbg..

    ReplyDelete
  18. "Sebarang kritikan yang menghina peribadi TTT,biarlah tangan kamu yang menulis itu menjawab di Mahkamah Allah SWT. Jika fakta n hujjah TTT silap,sila nyatakan frasa mana,sila quote spt seorang mahasiswa,jangan bertindak spt samseng jalanan apatah lagi sekiranya kamu seorang pegawai Universiti n sebagainya"

    Ya Allah Ya Tuhanku...

    Kau berilah petunjuk kepada sahabatku ini. Dia sedang tersasar dari jalanMu Ya Allah.

    Sekiranya benar apa yang disampaikan oleh sahabatku ini, maka Kau kurniakanlah beliau keamanan hati daripada syak wasangka, kesempurnaan hidup, kehalusan budi, kesopanan tingkah laku dan kelembutan bicara.

    Sekiranya sahabatku ini sedang berterusan melakukan fitnah dengan mengabaikan kebenaran yang sepatutnya beliau kemukakan, maka bencana yang Kau turunkan kepada beliau, tidaklah dapat kami manusia menahannya Ya Allah...

    ReplyDelete
  19. Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim..
    ampunkan segala dosa-dosa kami, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani..
    Ya ALLAH, Kau tunjukkanlah kebenaran yang sebenar kepada kami..
    andai benar apa yang diperkatakan TTT, Kau kurniakan hidayat kepada TTT utk tampil ke hadapan secara telus bersama fakta-fakta yang benar, bukan sekadar mencoret di sini tanpa bukti..
    tapi andai tidak benar apa yang diperkatakan TTT, Kau kurniakan hidayat kepada TTT untuk bertaubat atas kesilapan ini, dan tampil ke hadapan untuk meminta maaf kepada 'mereka' yang berkenaan..
    "iyya kanaq budu waiyya kanasthain..." hanya pada MU kami sembah, dan hanya pada MU kami meminta pertolongan..

    p/s : doa orang yg teraniaya insyaallah tiada hijab di sisi Allah taala..

    "innakala tukhliful miadd..." sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji..

    ReplyDelete
  20. Ya Allah Ya Rahman, sesungguh Engkaulah pemberi Rahmat dan Petunujuk. Ya Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada TTT supaya tidak lagi menaburkan fitnah-fitnah yang boleh merosakkan Agama dan hamba -hamba Mu Ya Allah. Bukakan hijab kepadanya agar dapat menegakkan kebenaran. Ya Allah..tidak ada keupayaan seseorang hamba (sekali pun menulis)tanpa keizinanMu. Amin.

    "sampaikn lah dengan kebenaran dan sampikan lah kebenaran dengan hak"

    ReplyDelete
  21. عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
    مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
    وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ


    Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim


    Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, Beliau memberikan beberapa pesan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diatara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.


    Hancurnya Umat Tedahulu Kerana Kezaliman
    Banyak kita dapati dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW hancurnya umat terdahulu disebabkan perilaku zalim yang mereka lakukan.

    p/s insaflah kamu wahai TTT
    "SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR"

    ReplyDelete
  22. Sesungguh kebenaran itu datang dari orang yang benar, jika TTT ini benar maka berilah hidayat dan barakah. Tetapi jika TTT tidak membawa kebenaran ya Allah kau berilah pembalasan yang sewajarnya.

    Amin, Amin Amin Ya Rabbalalamin

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah ya Rabb~...
    ramai org mndoakan TTT.
    Satu prsoalan, jika ada frasa yg tidak benar, blh tuan Anonymous perjelaskan??~
    sekian.tq

    ReplyDelete
  24. Anak Saudara Michael JacksonFebruary 23, 2011 at 8:30 PM

    TTT patut tengok filem Gorrila in the Mist - belajar bahasa binatang kalau tak faham bahasa orang... atau tontonlah filem The God Must be Crazy.. TTT diumpamakan tribe yang tak tahu apa itu botol coca-cola.. tonton dengan hati dan ilmu bukan perasaan ... Happy Menonton

    ReplyDelete
  25. Satu program dengan hangFebruary 23, 2011 at 8:33 PM

    TTT ada jawapan dalam BH Varsity ari ni... hang dah baca ka... apa kata hang aku suka tengok hang komen pasai aku ni biasalah balaci hang. Masa hang pegi Pokok Sena dan Demontrasi SYabas hang tak cerita.. nanti bila ada PRK Merlimau dan Kerdau hang nak pi ka? Aku mungkin pi...

    ReplyDelete
  26. TTT adalah mahasiswa peduli diri sendiri~~

    ReplyDelete