Tuesday, February 8, 2011

Antara PRK UMP dan prestasi MPM 2010/2011~Kita Peduli?

 Suasana PRK UMP sesi lepas amat menggalakkan dan mendapat perhaian meluas mahasiswa UMP.


Pilihanraya Kampus atau lebih sinonim dengan PRK merupakan pilihanraya terbesar bagi mahasiswa di IPT. Dalam bulan February ini pastinya persediaan dan kerancakkan mengadakan pilihanraya kampus terutama di kawasan Lembah Klang pastu sedang giat dijalankan. Tidak terkecuali pastinya Universiti Malaysia Pahang atau lebih dikenali sebagai UMP.Sebagai sebuah universiti teknikal yang mengamalkan dasar pilihanraya yanga adil lagi telus kepada mahasiswa,sewajarnya maahsiswa UMP memahami sedikit imbasan buat rujukan teman-teman di dalam Jentera Pilihanraya Kampus 2011/2012 :

1. Plihanraya kampus pada tahun lepas meningkat dari sudut peratusan mengundi dengan catatan lebih 80% mahasiswa kelauar menugundi

2.Kesemua 21 kerusi yang diperuntukkan pada sesi PRK UMP yang lepas ada pertandingan.Ini merupakan kali pertama PRK UMP di mana tiada kerusi menang tanpa bertanding

3.Sejarah juga tercatat bahawa kerancakkan PRK sesi lepas telah membuatkan mahasiswa UMP lebih cakna dan peduli dengan pemimpin mereka. Mahasiswa mengundi tanpa mengira warna kulit dan keturunan. Terdapat 3 calon daripada kaum Tiong Hua dan India berjaya menang dengan bertanding.Ini merupakan kayu ukur bahawa proses kesedaran demokrasi di kampus UMP pada PRK semakin matang.

4.Kemeriahan dan sambutan mahasiswa UMP amat menggalakkan teruatamanya semasa manifesto dan semasa pengumuman keputusan pilihanraya kampus.Bercambahnya penggunaan blog,facebook,kain rentang,poster tambahan dan beebrapa gimik semasa sesi pidato amat menghangatkan suasanana PRK.

Prestasi MPM 2010/2011 mempengaruhi mood mengundi PRK UMP ???

Kita sedia maklum bahawa barisan kepimpinan MPM 2010/2011 akan melabuh tirai kepimpinan mereka. Segala rencah dan sepak terajang dunia kepimpinan mahasiswa pasti sudah dirasa dan dilalui oleh kepimpinan MPM terdahulu.Ini antara lontaran persoalan yang sempat TTT fikirkan untuk dijawab oleh semua pembaca maahsiswa peduli:

 Semasa sesi pelantikan rasmi dan watikah MPM sesi lepas.

Apakah prestasi kepimpinan MPM 2010/2011 memuaskan hati mahasiswa secara persepsi umum?

Apakah usaha dan perjuangan MPM 2010/2011  dalam memperjuangkan isu dan hak kebajikan mahasiswa atau sekadar menjadi badan membuat program dan melancong secara percuma tanpa pulangan kembali nilai kepada mahasiswa UMP?

Apakah MPM 2010/2011 menggunakan segala kemudahan seperti bilik,ops bukan bilik tetapi office MPM yang chantek lagi selesa demi kebaikan mahasiswa UMP?

Sejauh mana mahasiswa UMP Pekan dibela dan didengar rintihan serta kepayahan mereka di tanah gersang tanpa bertuan itu?

TTT sangat percaya bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa atau MPM tetap menjadi badan tertinggi kepimpinan mahasiswa dalam memperjuangkan hak dan kebajikan kita semua.Malah,dengan beban amanah ini,wakil kita di MPM wajar mempunyai proriti sama ada memberi tumpuan kepada program-program elit dan mewah yang memaksa sebahagian  mahasiswa UMP wajib hadir atau MPM wajar kembali kepada idealisme sebenar dalam kepimpinan mahasiwa.

Ingatlah,mahasiswa UMP yang peduli turun mengundi bukan kerna mahu melihat MPM semata mata anjurkan program2 mewah serta kerahan tanaga secara wajib kepada mahasiswa tetapi kami mahu hak dan segala kebajikan kami terjaga. MPM tidak boleh dilihat elitis dan menjarakkan taraf kepimpinan seperti anda tuan, pimpinan Fakulti dan kelab persatuan itu seperti hamba kamu. Ini tidak betul. Barisan kepimpinan MPM yang baharu akan mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan keyakianan bahawa MPM ialah nadi sebenar mahasiswa,MPM ialah penyatu gerakan mahasiswa di setiap peringkat fakulti dan kelab persatuan,MPM ialah tempah bergantung maahssiwa kerdil yang tidak mempunyai apa2 kepentingan,MPM mesti dilihat berjiwa rakyat dan sedia mendengar rintihan dan menyelasaikan isu mahasiswa.

Nampak lekeh sahaja kan peranan MPM ini?Percayalah,bila anda memegang tampuk sebagai ahli MPM,nescaya ketika itu puluhan ribu mata mahasiswa akan memandang prestasi MPM.Puluhan ribu mahasiswa akan bergantung harap pada MPM baik sekecil perkara seperti tombol pintu dan langsir tingkap sehingga lah ke isu besar yang melibatkan kewangan dan sebagainya.MPM akan dijadikan kayu ukur sama ada MPM yang dilantik mahasiswa ini akan menjadi hamba HEP yang akan semata mata tunduk dan patuh kepada arahan Pegawai HEP atau MPM yang akan menjadi pejuang sejati mahassiwa yang diingini.

Seterusnya,dengan beberapa persepsi kepimpinan MPM sebelum ini,maka mood PRK akan jua berubah ubah dan sisi pandang mahasiswa muda(teman2 mahasiswa di tahun pertama) akan menjurus kepada MPM itu sendiri.Sewajarnya teman-teman mahasiswa UMP sewajarnya tidak mengundi berdasarkan rupa chantek semata,atau betapa handsomenya calon lelaki tersebut,sebaliknya nilai dan telitilah calon pemimpin mahassiwa yang punya track record kepimpinan,kualiti leadership yang baik dan agresif dan akhlak yang baik.

Cabaran TTT buat Jentera PRK UMP 2011/2012

Pastinya beban dan tanggungjawab yang dipikul oleh teman2 jentera PRK pasti bertambah dengan persedian last minute dan gerak kerja susun yang kurang dilakukan baik di peringkat mahassiwa hatta HEP. TTT mendapat makluman bahawa pembentukan jentera PRK hanya dibuat beberapa hari yang lepas dan beberapa ketetapan dari sudut calon yang bakal bertanding masih lagi kabur.Inilah cabaran buat teman2 yang sedang gigih bermesyuarat dan bertungkus lumus memerah segala keringat menjayakan PRK UMP kali ini.

Buat kepimpinan lama MPM iaitu diterajui oleh YDP MPM UMP 2010/2011 Sdr Aedlan dan teman2 seperjuangan,TTT ucap tahniah kerna berani memikul beban yang sebegini besar di dalam kehidupan anda. Ingat pesan TTT bahawa kita menjadi pemimpin bukan kerna jawatan dan wang ringgit,tetapi kita menjadi pemimpin kerna kita diangkat oleh teman2 maahsiswa dan perjaunagn ini tidak akan terhenti sehingga ini.Apapun,teruskanlah perjuangan di dalam apa jua bidang yang kita ceburi selepas ini.

Cukup dahulu kupasan TTT untuk respon kali ini.Pastinya kita akan bertemu. Kepada bakal calon Pimpinan MPM,pimpinan Fakulti ataupun kelab persatuan,kita semua ialah pemimpin kepada Mahasiswa dan kepada Maahsiswa kita berbakti!

Hidup Mahasiswa!

TTT ialah Mahasiswa Peduli UMP di Tahun Akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan.TTT juga pernah menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) sesi 2009/2010.Boleh berhubng denagn TTT di email: suffi_alfalah@yahoo.com.my

28 comments:

  1. hahaha..gua lama tak chat denagn lu kat umplife forum.sdr sifu taekwando aka pejuang mahasiswa UMP Pekan.hehehe...selamat menghadapi PRK UMP bro~

    ReplyDelete
  2. sgt xpuas hati dgn MPM 2010/2011.. sy lebih respek semasa pentadbiran saudara.. saudara mengutamakn hak mahasiswa.. bukan sifat assabiah ataupun politik dlm pentadbiran... kami undi mereka ingatkan mereka akan mengotakan janji2 dlm manifesto masing2.. tapi?? hampeh!! kalu xblh buat, jgn nk tabur janji semata2 nk menagih undian kami.. saya mnyesal undi sesetengah wakil MPM 10/11... maklumlah, mase tu skema lagi.. main undi je pemimpin2 ni.. kalau ni la bntuk pemimpin akan datang, habis la..

    ReplyDelete
  3. sebaiknya TTT minta agar komen2 di sini menyatakan at least nama samaran dan dari fakulti mana ataupun sesiapa sahaja anda agar lebih mendalam maksud penyampaiannya.

    terima aksih atas membaca~

    ReplyDelete
  4. tu r cm bangang pon de mpm ke mpp taun lepas sekadar nk melancong kot..
    xbes mcm dulu..pemimpin lembab lak 2.hampeh!

    ReplyDelete
  5. salam..sabar sume..
    at least mrk dh cuba lakukan yg terbaik utk ump..
    bkn senang..

    ReplyDelete
  6. trbaik la sgt kan... mklumlaa adik beradik la konon.. meluat dgr panggil mcm tu... gediks jek lebih...

    ReplyDelete
  7. tau x pe.. x kesah r klo nk panggi utk eratkn hubungat..
    tp depanorg ramai at least tlg r tunjukkn keprofesionalan skt.. nei x..
    kt majlis rasmi pon nk panggi along angah.. geli r..

    ReplyDelete
  8. Saya lebih tidak suka kalau mahasiswa suka menyalahkan antara satu sama lain.. inilah sikap mahasiswa kini.. kalau lembik atau ape bagila cadangan yg bernas.. bukan main hentam je... tahniah mahasiswa 'terpelajar'

    ReplyDelete
  9. Saya juga mencabar para pelajar yang hanya suka berleter di dalam blog atau forum, buka minda anda.. kalau tidak berani manjadi seorang pemimpin, jangan selalu menghentam dan menyalahkan org lain.. kalau berani bertanding la jawatan MPP.

    ReplyDelete
  10. mahasiswa terpelajar,berani komen di alam maya je.di alam realiti xreti pulak?beri komen yang membangun,bukan mengungkit.

    ReplyDelete
  11. aih, rasenye anonymous ni macam org yg same je...tgk gaya bahasa dan cara nak backup tu.. haha.. satu dunia perasan laa.. hahaha.. BACKUP BACKUP , Need Backup..haha

    ReplyDelete
  12. haha.. Backup Backup.. sume takut..

    ReplyDelete
  13. haha.. bravoo akulaaku.. aku rase mvm tu jugak... haha

    ReplyDelete
  14. ak penah msg saudara suffi..ak mntk tlg die ngn 1 mslah yg ade kt ump..tp die xpenah reply pe2 pon kt ak..atas sb mslah ak masalah keck ke??..ke die sbnrnye PEDULI mslah2 besar yg blh menaikkn name die je?..konfius ak..mnunjukkn..xde beza nye la sape2 yg pimpin MPP kt ump ni..sume same je..memandang remeh semua mslah..

    ReplyDelete
  15. saya pun macam tu jugak...:(

    ReplyDelete
  16. suffi pandai menilai orang je..diri sendiri xnampak...ish3...dunia2...dimana khalifah??

    ReplyDelete
  17. TTT tidak akan melayan sebarang anonymous yang memberi komentar kamu disini.Jika mahu berhujjah,berhujjah dengan etika.Beri nama anda,daripada fakulti apa kamu ini dan apa isu sebenar yang berbangkit.Baharulah TTT sedia berhujjah dengan adil dan objektif.

    Mari peduli isu PRK.

    TTT harapakan komentar yang lebih wibawa,matang daripada teman2 semua mengenai isu Pilihanraya dan prestasi MPM 2010/2011.

    ReplyDelete
  18. salam wat smua pmbaca..
    jst wanna know sumthng. pe kaitn ny prestasi mpm 'o' mpp ngn prk ea..bley sumone trg kn x..klaw btol prestsi diowg trok..npe xde yg nk tmpil ke hdpn ea..tk btol kn keadaan.klaw btol aa peduli ngn nsib smua s2dnt.jst tmpil khadapn aa..xprlu la nk bsmbnyi kt blkg crowd n pndy ckp je.be a man..stand infrnt 'n lead th way.jgn aa jd pngecut.smpy ble bngse kte nk jd cmni.jst brni bckp, p xmaw bdri kt dpn.
    mm..mnusia2x..

    ReplyDelete
  19. sory klaw de tksar bhse..cme plik..ble kte asyk mnyalh kn owg len..n bkn ny mmikir kn jln pnyelsain kpd smua mslh..brstu utk kbjikan smua.bkn ny mnjdi duri dlm daging o gunting dlm lipatn..jd la sumone yg bgne tk bngse..bkn ny mnghncur kn ny..stiap insan yg bnyawa dbri pluang utk mmilh..n kte dprtnggjwb kn ngn plhn yg dwat..gne kn pluang n ruang yg ad tk mmbtol kn keadaan..bkn ny mbruk kn lgi keadaan..krna smua ingn kn yg tbek tk dri sndri..
    masa yg tlh blalu mrupakn bnde yg pling jaoh drp kte..gne kn sbek ny..bkn utk disesali..tp utk dibaiki..agr hdp kte lbh bmkne..slen mbhgia kn owg skeliling..
    salam..

    ReplyDelete
  20. aku nk komen pasal mpm fakulti lektrik and meki yg kt pekan 2..xkesian ke yg duk pekan 2..pe tah keje diorg agknyer..
    mse 2 de lah 1 prgram kt gmbng ceramah ustaz azhar kot..pas2 kitaorg suh la diorg mintak bus pas2 wat bdoh jek diorg..xkn yg kt pekan nk duduk terperap kt ladang lembu n kambing smbil ngk binatang2 2.Ish2..mara ni..so pasni spe yg nk galas tangungjawab 2 kne la bersedia tuk kje2 2..xkn nk suh kteorg yg xde jawatan ni kn..

    ReplyDelete
  21. nama ak Anonymous..ak student ump..xkire la sape ak..fakulti mne..n kos ape..janji ak student ump..
    nk wat cmne..ak slesa pakai name Anonymous utk komen..ak xseberani org len..so bia la..myb ni la cre student2 ump yg masih blajar kt ump tu..yg tkut nk bg komen ngn mngenalkn dri msng2..tu la lumrah hidop..:)

    pttnye sambut la mslah2 n isu2 ni ngn baik n bijak..bkn ambk cre wat xtau je..xsume org brnasib baik dpt keberanian mcm sedara suffi..
    kami hy student..bkn ahli politik...nk slesaikn mslah student..pttnye selami hdup student n gaya kami..bkn nye meniru ala2 ahli politik sbnr..skrg ni saudara suffi ngah brckp soal student ump..bkn soal mslah negara...peace..

    ReplyDelete
  22. TTT ucap terima kasih buat semua yang sudi memberi komentar di posting kali ini,TTT masih perlukan komentar yang lebih sifat objektif agar pembaca dapat mempunyai nilai dan gambaran suasana PRK 2011 dan mood pilihanraya serta prestasi MPM sesi lalu.

    Ayuh kita Peduli!

    ReplyDelete
  23. PRK UMP sememangnya begitulah natijahnya.Ini bertitik tolak dari penubuhan UMP itu sendiri yang agak kabur dari segi tujuannya, adakah ia bertujuan memenuhi kehendak intelektual,atau hanya memenuhi kehendak pasaran.Namun saya percaya UMP akan bertambah baik jika rata-rata Mahasiswa lebih bersifat liberal,progresif dalam nilai-nilai intelektualnya.Sudah tentu ia satu proses yang panjang,namun kita masih muda dan harapan itu sentiasa ada.

    p/s: diharapkan para academician juga ikut serta dalam perubahan ini.

    ReplyDelete
  24. TTT teruskan keinsafan kamu............jangan biar diri hanyut dalam kebongkakan

    ReplyDelete
  25. TTT - Terbilang Tersohor Temberang ... perlu bertaubat.. dan ingatlah pesanan alim ulamak jangan mengadudomba, Yusof AlQardawi kata Ghadafi boleh diperangi jika terlalu berkuasa....

    ReplyDelete
  26. asal nk kne pggl die TTT???...die ingt die bagus sgt ke nk org pggl die TTT..die org besar sgt ke?..die xpenah hormat org..watpe kite nk hormat die??...xfhm ak..

    ReplyDelete