Thursday, January 13, 2011

Menggalas Tanggugjawab sebagai Mahasiswa UMP!


1.Sudah masuk minggu kedua TTT berada di Dept Material,Corrosion,Inspection & Maintenance(MCIM), Tanjung Offshore Services Sdn Bhd. TTT dan teman2 berada di melata tempat baik di semenanjung Malaysia mahupun di Malaysia Timur bahkan diluar negara mengikuti Latihan Industi akhir semester selama  6 Bulan. TTT selalu menyatakan kepada brother2 di MCIM ini yang kami graduan batch terakhir yang akan menjalani Latihan Industri 6 Bulan Akhir semester setelah Pihak Pengurusan UMP tunduk serta akur dengan karenah EAC(Engineering Accredition Council) yang berkeras mahu meletakkan syarat  sandwich LI baharulah diberikan pengiktirafan.

2.Pandangan dan hujjah TTT senantiasa konsisten.Sebagai sebuah Universiti Teknikal,UMP sewajarnya mempunyai model akademik yang tersendiri dan latihan industri yang akan memberi perbezaan besar kepada mahasiswa UMP dalam bersaing di dunia realiti. Hakikatnya,tekanan dan beberapa siri perbincnagan dengan antara Senat UMP dengan EAC, UMP terpaksa bersetuju dengan sandwich LI yang amat memedihkan luluh hati TTT dan teman2.Masih TTT ingat lagi bagaimana seluruh kepimpinan MPP dibawah TTT dan teman2 menggerakkan usaha bersama sama kepimpinan Fakulti ketika itu menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mempertahankan Latihan Industri 6 Bulan Akhir Semester(GEMPUR) yang memberikan impak maksima kepada Senat UMP sehingga terpaksa mengaturkan dialog antara pihak penaja GEMPUR dengan wakil daripada EAC iaiatu Profesor Megat. Atas titik daripada itu,TTT tidak pernah penat menyatakan betapa berbangga TTT dengan Latihan Industri 6 Bulan Akhir Semester yang sangat membantu Mahasiswa merasai suasana realiti alam pekerjaan bahkan Industri itu sendiri.

3. TTT konsisten dengan pandnagan peribadi TTT bahawa di saat Kerajaan Malaysia masih mencari cari kaedah penyelesaian bagi 30 ribu graduan Malaysia yang masih menganggur,UMP sudah mempunyai kaedah penyelesaian terbaik dan komprenhensif bersesuaian dengan status Universiti Teknikal di Malaysia dengan menyediakan Program Latihan Industri 6 Bulan di hujung semester. Malah, testimonial daripada pihak Industri amat menggalakkan kerna graduan akan lebih fokus dan serius menjalani Latihan Industri sekiranya ia dilakukan di Hujung semester. Akan tetapi,dek kerana keangkuhan EAC serta tunduknya pihak Pengurusan UMP terhadap tekanan EAC menjadikan usaha dan formula UMP seakan tidak dihargai. Kita berjaya menghasilkan graduan yang berjaya mendapatkan peratusan pekerjaan tinggi setiap tahun.Entahlah,barangkali kita masih terpaksa tunduk dengan Profesor2 tua dan orthodoks yang berbeza orientasi dengan graduan generasi muda.

4.Di Tanjung Offshore Services Sdn Bhd,TTT banyak terlibat secara langsung dengan bisnes subcontract,industri Oil & Gas serta beberapa elemen baharu yang amat penting buat fresh engineering graduate. Di sini,TTT belajar mengenai Project Costing,Time Sheet,Management skills yang amat berbeza dengan apa yang kita tahu sebelum ini. TTT juga berkesempatan mengikuti kursus Confined Space di Noish Bangi dengan harga kursus RM850.00 selama 2 hari. Di sinilah bermula terbuka minda dan pandangan alam TTT mengenai dunia industri Oil & Gas dan betapa pentingnya Safety Education di dalam kehidupan seharian kita. TTT peserta termuda dan berada di dalam bersama sama ialah beberapa bos industri,syarikat subcontrak dan sebagainya. Pengalaman melakukan amali kerja di site,serta memasuki tangki minyak yang mempunyai manhole sebesar 18inch amat mencabar deria muda TTT.Pokoknya,graduan UMP tidak boleh berasa canggung dan mesti mempunyao daya tahan yang kental dalam menghadapi cabaran baharu. Barangkali,dek kerana sudah biasa dengan cabaran,dugaan dan mehnah tribualsi semasa di UMP,TTT tidak berasa kekok bahkan sentiasa bersemangat belajar dan memahami dunia Industri ini.

5. UMP sewajarnya mempunyai silibus Safety yang lebih menepati kehendak industri serta updated coarse supaya Mahasiswa Kejuruteraan tidak terkial-kial bila bercakap soal Safety dan Hazards. Ini sangat penting kerna mengukur tahap kefahaman kita sebagai Jurutera terhadap Safety di dalam ruang kerja yang penuh mencabar.Mari kita doakan agar teman2 yang lain yang sedang mengikuti Latihan Industri terus belaajr dan mengharumkan nama UMP ke persada dunia.

P/S: Sudah lama tidak solat berjemaah bersama sama teman di Masjid UMP dan Surau Kolej Kediaman KK5.Apalah cerita dan isu kebajikan Mahasiswa UMP yang memerlukan pembelaan sewajarnya.Jangan sia siakan peluang bersama sama teman untuk terus melakukan perobahan besar kepada Mahasiswa.

Once a Mahasiswa Pedulians,Always a Mahasiswa Pedulians

TTT ialah Mahasiswa Peduli, Anda pula bagaimana?

3 comments:

  1. Sekarang ni pun, untuk pengetahuan TTT masa taklimat LI, pihak unit LI suh kami bagi alasan cmni kalau syarikat tanya kenapa LI 3 bulan je.. ' Untuk memenuhi syarat kelayakan UMP dan memenuhi piawaian EAC'

    ayat lebih kurang mcm tu la...

    ReplyDelete
  2. Bersabarlah kerna ini semua karenah EAC yang terus menerus memandang enteng program LI UMP sejak sekian lama dilaksanakan.

    Apa mahasiswa UMP perlu terus lakukan:

    1. Kita perlu menggerakkan kembali GEMPUR sebagai wadah perbincnagan lebih serius dikalangan pemimpin pelajar,ahli akademik dan pihak industry mengenai dunia akademik,panarafan silibus dan kurikulum UMP dan isu2 berkaitan akademik.

    2.Mahasiswa perlu terus bersuara dan mengetahui hak kita memperjuangkan sesuatu dasar yang baik demi masa hadapan mahasiswa kita.

    ReplyDelete
  3. kupasan yg bagus... mahasiswa mmg wajar mengetahui tanggungjawab mereka dan bersedia untuk ke era pekerjaan...

    ReplyDelete