Wednesday, April 28, 2010

JHEPA, Andai Kami Tutup Mulut!!!




JHEPA, Andai Kami Tutup Mulut


Mana mungkin keadilan dan Hak Mahasiswa akan terbela


Bila mana fitnah melanda dan menjalar jalar ke pelosok pejabat anda


Bila segala keputusan tidak mahu Suara Mahasiswa diambil kira


Suara Mahasiswa ibarat api dalam sekam, ibarat duri dalam daging, ibarat bisa menusuk ke tulang


Namun,TTT ingin bertanya


Bukankah lebih baik jujur dan lantang daripada hipokrit dan si adu domba


Bukankah bisa ular itu jua penawar derita


Bukankah lebih baik berlapang dada daripada bermuka muka


TTT sedar penulisan ini akan membangkitkan seribu tanda tanya buat pejuang2 Mahasiswa


Apa yang berlaku dalam JHEPA? Malah tak terkejut ada yang akan bertanya,JHEPA ini apa???


Bukan TTT mencari salah tetapi mari kita berhujjah,


Kita buka Minda agar biar Terbina budaya di dalam Universiti Malaysia Pahang,Tak semua yang diucapkan oleh Sang Penguasa itu semua nya betul belaka


Kita bina budaya agar jangan sesekali Sang Penguasa bisa lakukan apa sahaja dan terus membodohkan Mahasiswa


Kita bangkit LAWAN dengan terhormat dan berani berhujjah,Jika salah Betulkan,Jika Kami benar, Sila buat Perobahan


Kita buka Minda jadi Mahasiswa Cakna


Khusus TTT nukilkan buat mereka Pejuang2 Mahasiswa...




  • 1.         Ketika jari jemari TTT menulis nukilan ini,timbul 1001 persoalan bahawa seakan tidak percaya senario yang berlaku dalam Politik JHEPA. Pelbagai peristiwa yang telah berlaku seakan akan merobek benak kepercayaan TTT kepada Sang Penguasa. Berdasarkan pengalaman dalam hampir 4 Tahun di Universiti Terchinta,inilah merupakan kali pertama krisis menyekat Suara Mahasiswa sehinnga begitu terkesan kedalam jiwa sebilangan kecil Pemimpin Mahasiswa. Rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam Politik JHEPA sangat mempengaruhi TTT.Sebelum itu,TTT ingin membuat sedikit pencerahan bahawa segala apa yang dinukilkan ini berdasarkan pengalaman sebagai Pemimpin Mahasiswa Peduli dan juga berdasarkan maklumat dan fakta2 mengikut kronologi penceritaan yang TTT akan rahsiakan identiti mereka. Tulisan ini bertujuan untuk mengkritik, berhujjah,meluahkan kehampaan jiwa muda TTT serta sebagai perkongsian kepada adik2 bakal pejuang Generasi Mahasiswa Peduli! Bila anda berada di Medan Pejuang,pastinya Mehnah Tribulasi serta fitnah akan menjadi butiran peluru yang akan menusuk kedalam jiwa Mu!

  • 2.Seawal TTT menjadi Pemimpin Mahasiswa Peduli,kita telah bertekad bahawa empowerment atau penghakupayaan Mahasiswa wajar diletakkan tempat tertinggi dalam menaikkan kembali Student's Power. Antara yang menjadi  agenda utama kita ialah agar Minggu Induksi Siswa atau MINDS serta penganjuran Expoconvo diberi hak mutlak 100% kepada Mahasiswa. Perdebatan berlaku kerna mana bisa Mahasiswa melakukan MINDS tanpa bantuan Staff. Pastinya ini akan menimbulkan polemik dan salah faham diantara Pihak Staff terutama JHEPA dan Pihak MPP(ini MPP zaman TTT). Anda boleh salah faham dan memfitnah yang bukan2 cumanya TTT ingin perjelaskan bahkan TTT juga telah menjelaskan perkara yang sama kepada Dato' Naib Canselor bahawa 100% MINDS dibawah kelolaan Mahasiswa ialah:
 

  • i) Mahasiswa diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam MINDS. Yeah,keputusan boleh dibantah oleh sesiapa sahaja baik drpd Pihak JHEPA atau PTJ lain tetapi bantah lah dengan hujjah dan fakta bukannnya bantah seoalah olah Idea Mahasiswa ini jelik dan tidak boleh dipakai.Ini memalukan!

  • ii) Bahawa kita mahu Pengarah MINDS dan seluruh Jawatankuasa Pelaksana diberikan hakupaya kepada Mahasiswa sendiri dan Dato' telah memberi amanah kepada MPP 2008/2009 untuk memikul tanggungjawab ini. Apa maknanya? Maknanya ialah kita ada kuasa untuk menentukan siapa Pengarah MINDS,siapa pelaksana MINDS dan siapakah fasilitator MINDS dan sebagainya. Kalau dahulu,MINDS kita hanya terlibat dalam Jawatankuasa Fasiliator semata,tetapi kita berjuang supaya Mahasiswa diberi hak upaya yang lebih untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna sesuai dengan gelaran MAHASISWA!!!

  • 3.Anda bayangkan keadaan kami ketika itu,bila mana Pengurusan Tertinggi memberi kepercayaan kepada Mahasiswa bahawa kita deserve untuk kelola MINDS sebagai Pelaksana bukan sahaja sebagai Jawatankuasa Fasilitator semata. Tiada pengalaman.Tiada panduan.Yang ada,hanyalah berbekalkan Idealisme Anak Muda yang percaya dan Yakin sekiranya Mahasiswa diberi sedikit kepercayaan dan amanah,PASTI akan dilakukan dengan bersungguh sungguh. 

  • 4.Itu sedikit bingkasan Idealisme bagaimana kita berjaya menuntut MINDS dikelolakan oleh Mahasiswa sendiri. Namun,apa yang berlaku kini? Poltik cantas mencantas berleluasa dan sesuka hati.Sang Penguasa bisa lakukan apa sahaja walaupun kadangkala hujjah yang diberikan tidak wajar dan membodohkan serta merendah rendahkan Mahasiswa!!!!

  • 5.TTT ingin mendedahkan ramai teman teman rapat TTT telah dianiaya dan ditekan tanpa usul periksa. Seawal 1hb April 2010, teman rapat TTT telah dipanggil di Pejabat JHEPA dan dibawa ke bilik mesyuarat  dan terdapat segerombolan Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) disoal siasat secara mengejut bahawa adakah TTT mempunyai apa-apa rancangan untuk membatalkan Konsert Matahari. Teman rapat TTT ini kelu lidah berbicara,fobia dan ketakutan kerna begitu ramai Pihak PDRM soal siasat beliau dan ini sangat mengejutkan TTT.Kita boleh bersabar dengan tekanan tetapi menuduh dan memfitnah TTT dan teman2 akan menganjurkan Demonstrasi Bantahan Konsert Matahari adalah keterlaluan dan satu tindakan memalukan serta menjatuhkan wibawa Pemimpin Mahasiswa seperti kami yang chentakan UMP!Alahai Sang Penguasa~ Yang tambah peliknya,kenapa tidak panggil terus TTT dan tanya terus TTT apakah rencana dan pendirian TTT.Kan lebih mudah dan tidak perlu bermadah cara. Sudah sudahlah,TTT ingin membuat pendirian bahawa seandainya TTT ingin mengadakan Demonstrasi atau apa2 Rapat Umum,pasti TTT akan rancang sebaiknya,maklumkan kepada Sang Penguasa dan kita akan umumkan terlebih awal tarikh,tempat dan tujuan.Bukan secara penakut dan secara tergopoh gapah tanpa tujuan!Muktamad!

  • 6.Keduanya,dalam penganjuran MINDS 2010,Pada 15hb April 2010,sewaktu pembentangan MINDS dihadapan Dato' Naib Canselor , TTT ingin mendedahkan dengan secara tiba tiba Sang Penguasa telah memaklumkan seisi sidang mesyuarat termasuk Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa bahawa ada 3 syarat baharu untuk masuk kedalam Jawatankusa MINDS 2010:

  •  i)Pointer 2.5 ke atas syarat minimum menjadi Fasilitator MINDS 2010

  • ii) Mahasiswa Tahun Akhir TIDAK dibenarkan masuk kedalam Jawatankuasa pelaksana atau Fasilitator MINDS 2010

  • iii) Mantan MPP juga tidak dibenarkan menjadi Fasilitator MINDS 2010

  • 7.Wow! Ini sesuatu keputusan dan cadangan terburu buru Sang Penguasa tanpa berhujjah terlebih dahulu secara terperinci.TTT ingin berhujjah kenapa 3 syarat ini( sebenarnya ada 1 syarat tambahan iaitu maksimumkan Jawatankuasa Pelaksana MINDS kepada ahli MPM semata,Sayarat ini ditambah selepas mesyuarat hari seterusnya) tidak valid sebenarnya:

  • i)  3 Syarat ini dibuat dalam keadaan terburu buru seolah olah ada niat jahat untuk mencantas Mahassiwa Tahun Akhir terutamanya Mantan MINDS 2009 dan apatah lagi Mantan MPP.  Syarat ini dibentangkan tanpa perbincangan dan ruang berbahas yang lebih awal dengan Pihak MPM. Untuk pencerahan,Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010 yang terdiri drpd beberapa Mahasiswa UMP diakhir pengajian telah melakukan kerja kerja awal sebagai Pelaksana MINDS 2010.Bayangkan perasaan mereka seandainya mereka mendengar Sang Penguasa secara bermaharaja lela mengeluarkan  syarat yang akan menghiris dan mematikan keinginan anak muda ini untukberbakti kepada MINDS 2010.

  • ii) Relevan kah syarat 2 ini terutamanya Mahasiswa Tahun Akhir dan Mantan MPP TIDAK dibenarkan menyertai MINDS 2010??? Malah penganjuran MINDS ketika TTT sebagai pengarah tidak pernah Sang Penguasa ketika  itu        (Profesor Dr Abd Jalil B Borham) atau bapak penyuluh kami( En Abdul Shukur B Ishak) mengeluarkan syarat2 sebegitu rupa yang tidak difikirkan oleh pemikiran waras lagi intelektual.

  • iii) Jika alasan Sang Penguasa kini bahawa kehadiran Mantan MPP akan hanya mempengaruhi keputusan MPM Jawatankuasa pelaksana MINDS 2010, ini satu tuduhan yang merendah rendahkan wibawa Kepimpinan MPM dibawah Sdr Aedlan. Sebagai Pemimpin Mahasiswa,mempunyai akal budi dewasa dan cukup matang,mana mungkin MPM akan dipengaruhi oleh Mantan MPP. TTT hendak bertanya,mana buktinya dan apakah faktanya???Jangan tuduh sebaranagn kerna ia akan menampakkan seolah olah Sang Penguasa yang hendak menguasai dan mempengaruhi MPM! Jelas bukan...

  • 8.Sekarang sudah jelas lagi bersuluh,surat kuasa telah dikeluarkan dan ditanda tangani oleh Sang Penguasa bahawa menguatkuasakan 4 Syarat Baharu(termasuk 1 syarat tambahan iaitu Maksimumkan MPM dalam Jawatankuasa Pelaksana MINDS 2010).Kini surat kuasa itu ada pada tangan MPM dan situasi kini membuatkan adik2 MPM berbelah bahagi.Ibarat Hendak diluah mati emak,hendak ditelan mati bapak,kalau dikumam meracun diri. TTT sangat kasihan dengan situasi MPM tetapi inilah adat orang berjuang dan orang berjuang jangan sesekali takut pada Sang Penguasa andai HAK Mahasiswa ditindas dan dibodohkan.

  • 9. TTT bertanggungjawab sepenuhnya atas penulisan ini.Kita sedia berdebat dan berhujjah kewajaran 4 Syarat ini dikenakan. Sangat memalukan dan menjatuhkan wibawa Mahasiswa. Seharusnya,peluang wajar dibuka lagi kepada teman2 Mahasiswa Tahun Akhir terutamanya Senior2 MINDS kerana mereka ada pengalaman dan kematangan bersama sama adik2 Fasilitator baharu untuk menaikkan nama UMP ke persada yang digeruni.Malah bilangan mereka  tidak sampai 10 pun yang mahu terus berbakti dalam MINDS 2010 seperti Izyan Sajian, Law Kok Sin,Khairul Fkiri Pendaftaran, Irsyad Disiplin  dan lain lain menunjukkan komitmen yang tinggi malah ada diantara mereka yang sudah melakukan kerja2 awal sebagai Pelaksana MINDS 2010 hanya kerna sayangkan MINDS dan ingin membuktikan bahawa Mahasiswa juga boleh melakukan sebaik mungkin amanah.

Apa tuntutan kita sebagai Mahasiswa PEDULI???



  • i) Kita mendesak supaya 4 Syarat ini dimansuhkan serta merta terutama syarat ke 3 dan ke 4 iaitu Mahasiswa Tahun Akhir dan Mantan MPP TIDAK boleh menyertai MINDS. Dalam pengalaman TTT sebagai Mahasiswa UMP,inilah kali pertama syarat yang begitu sombong dan tidak rasional dikeluarkan oleh Sang Penguasa.Alahai~

  • ii) Kita minta ruang perbahasan dan penghujjahan yang lebih autonomi diberikan kepada pemimpin Mahasiswa dalam mana mana keputusan yang melibatkan Mahasiswa secara khususnya.Bukan hanya melalui Sang Pnguasa menggunakan autonomi kuasa semata dan melukakan banyak pihak terutama Mahasiswa.

  • iii) Kita menggesa agar Politik Dalam JHEPA yang suka mencantas Pemimpin Mahasiswa dihentikan serta merta. TTT teringat amanat Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa "HEP perlu lebih profesional dan bertanggungjawab meningkatkan peranan Mahasiswa itu sendiri". TTT tidak fikir 4 syarat yang dikenakan dan dikuat kuasakan ini akan membantu Teman2 Mahasiswa untuk lebih berperanan dan matang.Sebaliknya ia menunjukkan manifestasi kebobrokan Sang Penguasa dalam membawa hala tuju HEP.
  • Mana pergi slogan Enrichment,Enlightend dan Empowerment yang dahulu dilaung laungkan.Sekali lagi Jangan Bodohkan Mahasiswa!Apatah lagi Mahasiswa peduli!!!

  • 10.Jarang sekali TTT mengkritik JHEPA atau Sang Penguasa secara terbuka.Namun,apabila melihat terlalu besar kepincangan dan campur tangan Sang penguasa dalam urusan MINDS sehingga lelah MPM sebagai Pelaksana utama.Apa yang wajar TTT tegur dan dedahkan perlu kita sama sama teliti dan nilai kembali peranan HEP itu sendiri.Jangan jadi seperti ketam mengajar anak nya berjalan.

  • 11. TTT tegas perkara ini WAJIB diperbetulkan.Dan anak muda yang membakar semangat pejuangnya TIDAK bisa membiarkan Sang Penguasa terus berkuasa tanpa menghormati HAK MAHASISWA PEDULI!!!

TTT membuka ruang Perbahasan....


The Think Tanker
4.10 pagi
29 April 2010
Kolej Kediaman 1

( TTT mempunyai Paper Mechanical Vibrations hari Jamaat 30 April 2010 jam 9 pagi. TTT sudah lama bersabar dan menunggu masa sesuai untuk menulis kerna keterbatasan waktu akibat jadual Exam yang mendesak. TTT tidak boleh biarkan perkara ini akan terus menghambat Pemimpin Mahasiswa Peduli.Jika Tulisan ini mengguris perasaan sesiapa,TTT tiada niat cuma ingin menegur dan mengkritik Dasar yang pada hemat TTT tidak wajar dan memburukkan suasana Mahasiswa sendiri. Doakan agar TTT dapat melakukan terbaik Paper Mechanical Vibrations ini)

Thursday, April 22, 2010

Rendahnya Wibawa Anak Muda,Alahai Mahasiswa Malaysia~


KPT Larang Pelajar IPTA Kempen di Hulu Selangor



KUALA KUBU BARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengeluarkan arahan melarang semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini terlibat dengan sebarang kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor.





Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat KPT tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang terlibat dalam kegiatan berkempen mengikut Akta Universiti dan Kolej Universtiti (AUKU) 1971 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.


Pilihan raya kecil kali ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dan Parti Keadilan Rakyat diwakili Datuk Zaid Ibrahim .

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 25 April ini sebagai hari pengundian.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/22/mstar_berita/20100422163534&sec=mstar_berita


  • 1. Anak muda yang cukup umur mengundi 21 tahun,22 tahun 23 tahun sudah dibelenggu. TTT sama sekali tidak setuju dengan surat pekelilimg ini dan ia amat merendahkan wibawa Mahasiswa Malaysia. Alahai, bagaimana semangat penyuburan demokrasi akan subur andai anak muda terutama di Institu Pengajian Tinggi terus diperlakukanj seperti budak sekolah rendah...

  • 2.Kita minta supaya Pimpinan Tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi terutama Menteri Pengajian Tinggi,Dato' Seri Khaled Nordin,Timbalan Menteri, Dato' Saifuddin Abdullah dan Datuk Dr Hou Kok Chung  supaya meneliti kembali keperluan dan relevan peraturan seperti ini kepada generasi anak muda Malaysia...Mahasiswa punya HAK untuk turut sama merayakan dan menyuburkan DEMOKRASI di Malaysia...!

Hidup Mahasiswa Peduli!

TTT




Monday, April 19, 2010

Santuni Ulama,Chentai Majlis Ilmu & Baiki Mutu Ibadahmu...TTT di Kuliyyah Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliyyah di Masjid Cenderawasih
 Ribuan ummat Islam dahagakan ilmu.Alangkah indah sekiranya budaya ilmu seperti ini subur di UMP terchenta.Alahai~
Bukan di dalam sahaja penuh dan sesak,di luar Masjid juga penuh Umat Islam berbondong bondong mendengar kuliyyah...Subhanallah
Muslimat juga tidak ketinggalan ikuti kuliyyah ustaz...lain kali muslimat UMP juga wajar hadir.

  • TTT berpeluang bersama sama teman seperjuangan Sdr Bazli,Sdr Pok Nik dan Sdr Aiman menghadiri kuliyyah bulanan Ustaz Azhar Idrus di Masjid Umar Al Khattab Cenderawasih di Kuantan. Majlis yang bermula seawal selepas solat Maghrib dihadiri ribuan Umat Islam membanjiri kawasan Masjid dan sekitarnya.
 
  • TTT  beranggapan inilah fenomena Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dikalangan anak muda sebagai Ustaz JKKK,huhuuhu. Sosok tubuh seorang insan dan ulama bernama Ustaz Azhar Idrus amat istimewa.Kuliyyah beliau santai,padat dengan ilmu dan sentuhan feqah isu harian kita,seringkali dengan seloroh tetapi pedas kritikannya,tegas dan jelas(walaupun TTT xbrapa nak faham bahasa Ganu ni) dan paling penting sosok tubuh kelibat Ulama bernama Ustaz Azhar Idrus berjaya menambat ribuan umat islam dan Ia seakan akan Pesta Ibadah Bulanan bagi Umat Islam khusus di Kuantan yang dahagakan ilmu keagamaan.Subhanallah.

  • Ustaz memulakan bicara mengingatkan hadirin supaya terus istiqamah dan melazimi majlis hadis,bacaan quran,tafsir kitab dan sebagainya kerna inilah cara untuk kita terbuka hati sebagai manusia yang senantiasa alpa dan lalai. 


  • Kupasan Ustaz Azhar Idrus lebih tertumpu kepada Ibadah dan permasalahn feqah. Antara yang disentuh ialah Solat Tarawikh dan fadhilatnya. Juga permasalahan nak buat selawat atau tidak.Ustaz menerangkan bahawa tiada sebarang hadis meriwayatkan supaya membaca selawat dalam selang masa Solat Tarawikh.Tapi kalau nak bersalawat hukumnya harus.Tidak timbul perbalahan.

  • Orang awam rugi dan bodoh seandainya terus dikelumit masalah perbalahan isu furuk atau ranting sperti perlu ka selawat atau tudak,perlu ka tazkirah atau tidak dan sebagainya.Begitu juga dengan permasalahan Witir 3 rakaat selepas selesai solat tarawikh. Ustaz menerangkan sebenarnya witir boleh dibuat maksimum 11 rakaat dan menjadi permasalahan orang Melayu-Islam di Malaysia seing kali beranggapan Solat Witir hanya dilaksanakan di bulan Ramadhan semata.Ustaz memberitahu bahawa Witir wajar adalah dilakukan setiap malam. Bilangan rakaat witir maksimum 11 rakaat. Selebihnya jika hendak solat lagi,perlulah solat malam iaitu Solat Tahajjud. 


  • Persoalan mengenai bolehkan kita solat Tahajjud atau qiamullail selepas kita solat witir. Penjelasan Ustaz,kita dibolehkan solat qiamulail(bangun solat tahajjud) walaupun kita telah melakukan Solat Witir. Pandangan ini Ustaz perjelaskan lebih kuat dengan menyatakan Saidina Abu Bakar melakukan solat,witir dan kemudian bangun malam untuk Qiamullail.
Sesi Menjawab Soalan Kertas:
  • 1.Bolehkan kesalahan mencuri dimaafkan dengan hanya Taubat Nasuha semata.
    • Jawab Ustaz Boleh seandainya barang yang dicuri dipulangkan semula.Contoh: Jika si A telah mencuri seekor lembu pada tahun 1970 an. apabila si A telah insaf di tahun 2000 an,wajib bagi si A memulangkan kembali dengan harga lembu mengikut harga semasa da bukan harga semasa tahun 1970 an.

    • Sekiranya melibatkan seperti situasi peminum arak,cukup sekiranya Peminum Arak bertaubat kepada Allah dan selebihnya perhitungan antara si peminum dengan Allah Taala.
    • Kalau situasi mengumpat pula,si pengumpat WAJIB memohon maaf kepada siapa yang diumpatnya dan tidak cukup sekadar bertaubat semata.Wallhualam.

  • 2.Bolehkah saya(yang bertanya dalam kertas tu) tidak hadir walimah  atas sebab pengantin itu telah berzina?

    • Pertamanya,penjelasan bahawa Jemputan Kenduri Kahwen atau Walimatul Urus WAJIB dihadiri dan dirai

    • Sekiranya pengantin telah berzina sekalipun,kita wajib hadir kenduri. Perkahwinan telah menunjukkan pengantin insaf dan ingin perbaiki keadaan kepada berlandaskan syarak dan kita hendaklah bersangka baik dan hadiri jemputan.

  • 3.Apakah hukum seandainya saya( yang bertanya soalan dlm kertas) memakai baju atau kasut berlogo anjing?

    • Pertamanya,Ustaz membuat sedikit pencerahan sebarang pemakaian logo Arak adalah tidak dibenarkan syarak.

    • Kedua,HukuM anjing dan Arak ada sedikit perbezaan,Arak adalah mutlak haram dan tiada pandangan yang berbeza.Isu Anjing pula tidak disemua tempat anjing diharamkan. Orang Islam dibenarkan syarak membela anjing seandainya tujuan untuk menjaga hartanya,menjaga tanamannya dan dibuat berburu.

    • Ketiga,hukum sunat  membunuh anjing pada 2 keadaan iaitu pada anjing gila yang membawa penyakit dan anjing yang menggigit.Jadi anjing belaan atau anjing yang masih kecil@puppy tidak disunatkan bunuh.

    • Maknanya,dimaafkan bagi mereka yang memakai baju atau kasut melambangkan anjing dengan syarat logonya tidak keterlaluan besar.

  • 4.Apakah kedua dua mak bapak yang dah meninggal dunia mendapat saham dosa seandainya anak jahil dan sering berbuat dosa?

    • Pertamanya,sekiranya anak jahil disebabkan mak bapak ketika masih hidup,maka mak bapak mendapat saham kerna tidak menegur si anak akan kesalahannya.Nauzibillah.

    • Cth:Anak gadis yang tidak memakai tudung dan tidak pernah ibu bapa nya menegur tingkah laku dan si anak tetap tidak memakai tudung walaupun setelah ibu bapanya meninggal dunia maka saham dosa pasti akan diterima oleh ibu dan bapa.nauzibillah.Jangan reti nak buat anak tapi nak didik anak lepas kat ustaz dan cikgu2 sekolah.Alahai mak ayah sekarang~

  • 5.Bolehkah saya dan pasangan kekasih saya keluar shopping2,makan2 dan kemudian hantar kembali.

    • Pertamanya,Islam ini bersifat mencegah daripada mengubati.Isunya adakah kita boleh mengawal nafsu syahwat seandainya kita bersama sama keluar walaupun hanya keluar makan2 pada permualaannya bersama kekasih hati kita?

    • Keduanya,kaedah untuk kita keluar ialah membawa mahram bagi wanita tersebut. Elakkan daripada berdua duaan dengan wanita yang bukan mahram walaupun tunang sekalipun.

    • Lelaki dan wanita ibarat magnet utara dan selatan,mana mungkin bisa dipisahkan kalau berdua duaan pasti ada yang ketiga.Untuk elakkan perkara babak seterusnya,elakkan sama sekali berdua duaan walaupun sekejap. Ustaz berseloroh apabila orang lelaki kalau teringin nak meraba wanita,dalam kereta masa nak tukar gear pun dia boleh meraba raba wanita.Jadi,sexual harassment kat mana mana pun boleh terjadi. Waspada wanita dan mahasiswi terutamanya.

  • 6.Bila kah waktu sesuai nak qada' solat yang tertinggal?

    • Ustaz memberi pencerahan bahawa qadak solat tidak kira waktu.Sebaiknya pada selepas solat Dzohor sehinnga Asar kerana waktu panjang.Solat subuh,Dzohor,Asar,Maghrib,Isyak yang tertinnggal boleh diqadakkan pada selang waktu ini.Mudah.

  • 7.Bolehkah saya mencuri wang suami kerna walaupun saya membantu suami dalam perniagaan tetapi suami tidak pernah memberi upoah apatah lagi memberi nafkah kepada diri dan anak2.

    • Pertamanya,Si Suami apabila sudah akad nikah,WAJIB memberi nafkah kepada Si isteri tanpa perlu isteri bekerja membantu suami.Ruang nafkah yang WAJIN ialah makan minum Isteri,Pakaian isteri dan tempat tinggal isteri.

    • Tidak timbul soal isteri perlu bekerja atau menolong suami dalam mencari nafkah sepencarian.Cuma bila muafakat suami isteri dibenartkan isteri bekerja dengan izin suami.Itupun si isteri tidak perlu menggunakan wang hasil peluhnya untuk membiyai keluarga kerna semua itu tugas Suami.

    • Apatah lagi dalam respon diatas,di BOLEHKAN bagi si Isteri mengambilm wang suami dan tidak berdosa.~TTT terfikir,ada lagi ka suami jenis macam ni haprak tak boleh pakai.Gunakan tenaga isteri buat kerja tapi tak beri upah apatah lagi nafkah.Nauzubillah...

  • 8.Saya selalu berurusan dengan wanita menjolok mata atau pemakaian seksi lagi menyeksakan.Apakah yang harus saya lakukan? 

    • Ustaz menjelaskan bahawa zaman nabi,ada seorang muslimat datang kepada nabi.Ketika itu Nabi Muhammad SAW menunggang unta dan dibelakang beliau seorang anak ramaja lelaki bernama Fadlu(I'm not very sure the real name).Muslimat ini bertudung penuh dan menampakkan rat wajahnya sahaja dan bertanya mengenai permasalahan agama kepada Rasulullah.Apabila Fadlu si remaja lelaki ini terpandang  dan merenung muslimat tersebut,terus Rasulullah memalingkan dan memusingkan kepala Fadlu si anak remaja itu daripada terus memandang muslimat tersebut.

    • Kisah ini menuntut dan mengajar kita bahawa betapa Rasulullah sangat berhati hati walaupun muslimat itu bertudung penuh dan menutup aurat.Inikan pula si wanita menjolok mata.Ada yang bertudung tetapi kainnya nipis menampakkan pakaian dalam.Ada yang bertudung tetapi tersembul permukaan dada. Ada yang bertudung tetapi pakaian singkat macam tak cukup kain dan sebagainya realiti Wanita kini.Belum lagi bicara soal fesyen wanita UMNO.Alahai~

    • Maknanya,aurat wanita ini sebenarnya dari hujung rambut ke hujung jari kaki. Peliharalah pandangan dan elakkan seboleh mungin pandangan kepada wanita menjolok mata.

  • 9.Suami tak bayar nafkah.Adakah saya(si isteri) wajib taat perintah suami?

    • Jawapannya mudah Wajib Taat walaupun suami tak membayar nafkah.

    • Cumanya si Isteri ada hak untuk menuntut fasakh atau penceraian darpada proses mahkamah syariah.

    • Permasalahan seperti ini,Suami yang perlu disedarkan akan tanggungjawab sebenar suami.Walaupun Isteri bergaji puluhan ribu Ringgit Malaysia sekalipun,nafkah tanggungan keluarga termasuk isteri dan anak anak adalah dibawah suami.Ini jelas dan tiada khilaf.

  • 10.Perempuan nak berambut botak sebab nak merawat penyakit

    • Jawapanna dibolehkan sekiranya tujuan perubatan

    • Hukum asal wanita botak ialah haram kerna menyerupai lelaki.

    • Sunat berambut panjang sehingga ke punggung@pinggang menyerupai isteri isteri Rasulullah SAW.

  • 11.Saya berbuat maksiat,kemudian rasa berdosa dan menyesal,kemudian bertaubat.Setelah itu selang beberapa masa,kembali berbuat maksiat,kemudian menyesal dan bertaubat.Apakah diterima?

    • Ustaz memberi penjelasan bahawa inilah resam orang yang ada iman.Pebuatan menyesal dan bertaubat tanda kita ada iman.Dan sifat manusia yang lupa,alpa,lalai itu perlulah senantiasa diperingat.

    • Jangan berhenti menyesal dan bertaubat sedaya upaya untuk terus istaqamah dalam menuju jalan kebenaran
.
  • 12.Selalu solat tetapi maksiat pun selalu buat.Apakah yang tidak kena dengan solat saya?

    • Pertamanya,kene check kembali solat kita.
    • jangan tinggal solat dan terulah bersolat.Jangan sebab selalu buat maksiat,terus tinggal solat,Itu bahaya.Maka,sentiasa perbaiki solat.

  • 13.Aurat anak perempuan dengan ibu dan bapanya? Begitu juga aurat ibu kepada anak anaknya.

    • Aurat anak perempuan ialah daripada pusat hingga ke lutut dengan ibu bapanya. Jika mendatangkan fitnah maka pakailah lengkap bertudung.
    • Aurat ibu dengan anak anaknya  juga sama.

  • 14.Adakah sah solat apabila selesai Mandi Junub atau Mandi Hadas Besar ,tidak mengambil wudhuk dan terus solat?

    • Jawapannya SAH solat.Memadai dengan niat berhadas besar dan ratakan air kseluruh badan maka solat sah dilakukan walaupun tidak mengambil wudhuk.
    • Sunnah Rasulullah SAW ialah mengambil wudhuk terlebih dahulu,kemudian mandi hadas besar dan baharuilah solat.

  • 15.Apakah cara PALING mudah untuk diamalkan sewaktu niat mengangkat takbiratulihram sewaktu solat bagi elakkan was was?

    • Cukup sekadar>>Aku sembahyang fardhu Isyak

    • Jika masih was was,niat sebelum angkat takbir siap siap.Kemudian baharulah angkat takbir.Mudah dan memudahkan.wallhualam.

TTT sempat bersua muka dan bertanya sendiri setelah selesai majlis dengan Ustaz Azhar Idrus beberapa soalan tambahan:
 Menyantuni Ulama,Membudaya bertanya, Anak muda mesti berani kehadapan....

  • 1.Bila nak mai ceramah di Masjid UMP ustaz?
    • Jawab Ustaz: InsyaAllah...
  • 2.Mcmna nak pastikan Mahasiswa Islam yang belajar Engineering khususnya supaya istiqamah dalam perjuangan dan terus berada di bawah naungan redha Allah?
    • Jangan putus dengan majlis ilmu dan kena jugak mari mengaji kitab walaupun susah dan sempit masa sekalipun.Inilah cara unuk terus istiqamah.InsyaALLAH.
  • 3.Bagaimana cara hendak menarik golongan muda khususnya yang jauh pada Majlis Ilmu supaya timbul rasa chenta kepada Agama Islam dan sayangkan Ilmu dan Ulama?
    • Kena timbulakan minat dan niat terlebih dahulu.Jangan menghukum dan mentafsir perilaku hanya berdasarkan sifat luaran semata.
    • Dahulu,Umar Al Khattab siapa sangka akan jadi pejuang Islam sedangkan bliau antara yang lanatang ingin membunuh Rasulullah.
    • Buangkan prejudis,tanamkan sifat minat dan niat dahulu,InsyaAllah,rahmat Allah akan hadir jua.
  • 4.Bagaimana respon ustaz mengenai Politik Muafakat di Malaysia apabila calon bukan Islam menjadi calon Pilihanraya n bagaimana kita sbg kdudukan pengundi Islam...
    • Sebab itu dalam islam ada Majlis Syura Ulama.Isu sebegitu perlu dibawa dan dibahaskan oleh Majlis Syura Ulama dan diputuskan kemudian. bukan menafsir ayat quran sewenang wenangnya. 
    • Pandangan Ustaz dibolehkan mengundi orang bukan Islam seandainya Majlis Syura Ulama memutuskan begitu.Pasti ada hujjah dan perbahasan lanjut mengenai sebarang isu yang diputuskan. Sebab itu,peranan Ulama ini sangat penting.Jangan abaikan ulama hanya untuk membuat keputusan soal haram dan halal semata.Dalam siasah atau berpoliltik,peranan Ulama jelas dan diperlukan.
  • TTT bertuah kerna berpeluang bersama sama teman seperjuangan mengikuti kuliyyah Ustaz Azhar Idrus. Kuliyyah seterusnya pada 17 MEI 2010 (ISNIN) di Surau Batu 3,Gambang,Kuantan. 
  •  Anak Muda yang PEDULI mesti menchentai majlis ilmu dan mendambakan  nasihat Ulama dan bimbingan untuk hidup diredhai ALLAH SWT..


  • Hidupkan Majlis Ilmu didalam Universiti Malaysia Pahang terchenta ini dan buang jaih jauh budaya hedonisme sempit keterlaluan yang bisa rosakkan intelktual Mahasiswa sebagai anak muda...


The Think Tanker
20 APRIL 2010
3.30 am di Kolej Kediaman Kedua

Saturday, April 17, 2010

Public Debate Among Heavy Leaders..Malaysia Next???




British Election Debate


 

From Left: Nick Clegg, David Cameron and Gordon Brown
  • 1.TTT really want to see our Malaysian leaders from The Government Party and Opposition lively debate on current issues and Malaysia Policies.

  • 2.Let the Rakyat decide and think wisely  the government progress and how The Opposition party response in every issues.

  • 3.TTT couldn't imagine  IF the historic debate between Prime Minister of Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak with De factor opposition leader, Dato' Seri Anwar Ibrahim can be done. An intellectual debate without too much of politicking.

  • 4.We can start with Topic: The New Economic Model recently launched by our Prime Minister.Why not in Hulu Selangor Election by election we start with The First Debate about Current Issues...

The Think Tanker

Thursday, April 15, 2010

Sudah-sudahlah AUKU Menghantui Mahasiswa!

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahasiswa Peduli





  • Pada hari Rabu 14hbh April 2010,TTT telah berpeluang secara tidak sengaja untuk menghadiri satu acara Forum yang cukup memberi kesan kepada jiwa muda TTT sebagai Mahasiswa di Malaysia Terchenta ini. Bermula dengan terbaca makluman di Facebook Dato' Saifuddin Abdullah mengenai Forum Bicara Ilmu bertajuk Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia:Peranan Mahasiswa  yang dihadiri oleh Universiti Malaya Centre of Democracy & Election(UMCEDEL)


  • Sekalung tahniah kepada Profesor Dr Redzuan Bin Othman,Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial(FSSS) kerna mengembalikan kemeriahan pentas forum di universiti kepada Ahli Politik arus perdana baik di pihak Parti Pemerintah dan Parti Opposisi. Kehadiran Dato' Saifuddin Abdullah sebagai Timbalan Menteri KPT drpd UMNO berforum di satu pentas bersama Yb Saifuddin Nasution Ismail,Yb Salahuddin Ayub dan Yb Anthony Loke amat dihargai oleh seluruh Mahasiswa yang hadir. Keberanian inilah akan membuka kembali minda Mahasiswa agar terus relevan dengan Poltik arus perdana,menyedarkan kita anak muda agar kita terus semangat memakmurkan Universiti dengan budaya ideal,intelektual dan mencabar pemikiran seorang Mahasiswa.

Sesi forum bermula dengan ucapan dan pendahuluan daripada Profesor Dr Redzuan Bin Othman:

  • 1.Mahasiswa masuklah mana mana Parti Politik tidak kira UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, GERAKAN dll tetapi jangan masuk Poltik hanya untuk menjadi pengampu.Sejarah telah membuktikan tokoh Pemimpin Pelajar yang lantang sewaktu usia muda akan terus kekal relevan tidak kira parti mana yang disokong.Dato' Shabery Cheek,Dato' Fuad Zarkashi,Dato' Saifuddin Abdullah dan ramai lagi merupakan Pemimpin Mahasiswa yang latang di zaman mereka terus kekal relevan di arus perdana poltik kini.Sebaliknya si Pengampu dalam dunia Poltik belum tentu menjamin tempat yang selamat.



  • 2.Universiti terutama Pihak HEP janganlah memandang rendah wibawa Mahasiswa dalam memahami kepentingan poltik arus perdana.Hujjah bahawa sekiranya Ahli Politik Pembangkang masuk ke Universiti berdebat dan berforum akan menyebabkan Mahasiswa kita terpengaruh hanyalah hujjah dangkal serta memalukan wibawa Mahasiswa. Apakah kita sebagai Mahasiswa sewenang wenangnya terpengaruh dan tidak tahu membezakan buruk dan baik politik kini? Justeru,Pihak FSSS dengan tertubuhnya UMCEDEL akan terus kekal relevan menjadikan Pentas Universiti sebagai wadah terbaik kepada Ahli Poltik Arus Perdana berdebat dan berhujjah secara ilmiah mengenai senario dan isu semasa Poltik Malaysia. TTT dimaklumkan sendiri oleh Profesor Dr Redzuan Othman selepas selesai forum bahawa Pihak Dato' Naib Canselor UM sendiri yang memberi lampu hijau penganjuran Forum Bersejarah ini tanpa melalui restu HEP.Malah Dekan HEP UM juga tidak hadir apatah lagi pegawai pehawai HEP.Alahai HEP~
Speaker Pertama,Dato' Saifuddin Abdullah:

  • 1.Sudah sampainya partisipasi Mahasiswa dalam poltik arus perdana di perkasakan dan diperluas.

  • 2.Dato' menggunakan istilah 'menghad upayakan' Mahasiswa agar Mahasiswa terus berada bersama sama Politik arus perdana.


  • 3.KPI yang baik kepada Poltik Kampus sebagai contoh ialah memastikan semua kerusi MPP dipertandingkan dan tiada yang menang tanpa bertanding. Selain itu,Dato' berkata ada Universiti(bukan UM apatah lagi UMP) hanya 60% pelajar yang membuang undi semasa PRK yang lalu.Angka sebegini amat menyedihkan dan memburukkan lagi proses penyuburan Demokrasi.
Cadangan beliau:

  • 1.Why not Mahasiswa sendiri yang mengendalikan Pilihanraya Kampus (PRK).Sekurang kurangnya Mahasiswa boleh memperlajari bagaimana menjadi pegawai SPR,dan tata cara pengendalian Pilihanraya sekaligus membantu menyuburkan demokrasi di Kampus terutmanya. What is so a big deal bro?


  • 2.Menghad upayakan(empowerment) Mahasiswa secocok dengan sifat Mahasiswa yang muda,bercita cita tinggi dan tenaga yang banyak harus di diberikan layanan yang selayaknya oleh Universiti. Kita perlu memberikan pengertian dan kefahaman Demokrasi sebenar kepada Mahasiswa. Dato' mengupas secara santai bicara Mantan Presiden ABIM,Dr Siddiq Fadzil  bahawa Demokrasi mencakupi dari 'Table banging to Street Shouting'. Maknanya,demonstrasi juga mnerupakanb salah satu satu kita membudayakan demokrasi yang tulen.
Speaker Kedua,Yb Anthony Loke,Ketua Pemuda DAP:





  • 1.Sdr Anthony merupakan Pemimpin Mahasiswa dan aktivis sewaktu di Universiti  Kebangsaan Malaysia. Beliau menyatakan bahawa demokrasi ialah proses penglibatan Masyarakat dalam partisipasi membuat keputusan dasar kerajaan.


  • 2.Golongan muda di Universiti merupakan golongan terpenting kerna kurang 30% cohort poengambilan pelajar diterima masuk ke Universiti. Maknanya,universiti mesti mempunyai nilai dan mencanai warga universiti terutamanya Mahasiswa sebagai frontliner leader atau Pemimpin barisan hadapan dan bukan followers semata. Ini penting agar budaya ilmu dapat disemai dalam masyarakat seterusnuya mebantuk masyarakat berilmu dan bersahsiah.


  • 3.Beliau mengkritik dasar 3M yang memberi impak nyang kurang baik kepada proses pembelajaran di sekolah dan juga di universiti.
Cadangan:

  • 1. Tambahan satu elemen pentinng dalam 3M iaitu kebolehan memikir. Pertelingkahan idea di universiti tidak dirai oleh sebilangan besar warga universiti yang hanya duduk dalam kepompong sendiri semata.


  • 2.Mencadangkan AUKU dimansuhkan kerna walaupun pindaan telah berlaku pada 2009 tetapi 'hantu' AUKU tetap berlegar legar menghambat Pemimpin Mahasiswa.Ia ibarat historical baggage dan memberi tekanan kepada Mahasiswa lantang bersuara dan mengkritik.


  • 3.Program membudayakan ilmu seperti pidato,forum dan debat mengenai isu semasa,dasar kerajaan dan universiti harus diperluas dan diberi penekana serius untuk memastikan penyuburan demokrasi terus berkembang.
Speaker Ketiga,Yb Hj Salahuddin Ayub,Naib Presiden PAS :



  • 1.Sdr Salahuddin Ayub menyatakan pendirian bahaa Pakatan Rakyat terus konsisten memperjuangkan hak Mahasiswa.


  • 2.Jangan layan pensyarah di universiti sebagai cikgu sekolah rendah.


  • 3.Jangan layan Mahasiswa Universiti sebagai anak anak murid sekolah rendah.


  • 4.PAS yang dahulu dikenal debagai Parti Tok Lebai,difitnah sebagai Parti Ekstrem dan sebagainya berubah menjadi parti yang dinamik dan konsisten. TTT sinis keseorangan apabila Yb Salahuddin secara berseloroh bahawa PAS tak seperti sesetengah Ahli Parlimen Katak yang khianat pada perjuangan membela rakyat (beliau jeling kepada Yb Saifuddin Nasution).


  • 5.Sebagai Pimpinan PAS pertama berdiri dan berforum di Pentas Mahasiswa,Beliau berbangga dan mengalu alukan proses demokrasi terus subur dihati anak muda Malaysia terutamanya golongan Mahasiswa.
Cadangan:

  • 1.Yb Salahuddin Ayub mencadangkan Dasar Pendidikan Negara perlu dirombak dan diberi nafas baharu selari dengan tamadun masyarakat yang sudah berubah,Sehinnga kini kita bergantung semata pada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dalam mementukan dasar pendididkan negara.Ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman.


  • 2.Maahsiswa Tahun Akhir diberi penekanan dalam memahami apakah ia Dasar Ekonomi Baru,Liberalisasi Ekonomi,Model Ekonomi Baru dan pelbagai isu semasa negara yang sewajarnya dikuasai oleh Mahasiswa.


  • 3.Beliau memberi jaminan seandainya Pakatan Rakyat diberi mandat  PRU13,Pakatan Rakyat akan berusaha secara serius memansuhkan AUKU dan menggantikan kepada suatu akta yang tidak akan menekan kebebasan Mahasiswa berpartisipasi poltik dan sebagainya. Yes,kita mesti memerlukan undang undang dalam urus tadbir universiti,perlantikan Naib Canselor dan sebagainya tetapi bukan Akta yang terus menerus membodohkan golongan Mahasiswa.
Speaker Keempat dan terakhir,Yb Saifuddin Nasution Ismail,Setiausaha Agung PKR:



  • 1.Sdr Saifuddin Nasution tidak lagi diragui sebagai speaker terbaik pada malam itu.Memulakan hujjah dengan menceritakan suasana beliau di kampus dahulu dan perjuangan membawa Agenda Kebajikan Mahasiswa. Sebagai bekas Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa UPM,beliau bercerita bagaimana assignment beliau dibantu oleh siswi siswi UPM. Dan, secara berseloroh, diakhir tahun pengajian,beliau mengambil salah seorang siswi sebagai isteri.Hadirin ketawa bila Yb berseloroh.


  • 2.Beliau menyatakan bersyukur dengan bermulanya sesi forum seperti ini dalam menyuburkan Demokrasi di universiti.Mahasiswa perlu kempali sebagai pemain aktif dalam partisipasi Politik arus perdana.


  • 3.Sdr Saifuddin mengambil kesempatan memberi penjelasan mengenai bayaran RM 77 juta oleh kerajaan UMNO-BN kepada perunding komunikasi dan untuk membaiki imej Kerajaan.


  • 4.Beliau juga sempat membentangkan pattern pengundi muda dan beberapa fakta penting.Drpada 27.7 Juta rakyat Malaysia,20.14 juta merupakan golongan di bawah 40 tahun .Daripada jumlah 20.14juta ini, yang berumnur 20 tahun ke bawah seramai 11.47 juta. Yang paling membimbangkan beliau memgenai demokrasi di Malaysia ialah lebih 60% orang muda yang layak umur mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi sah.Perkara ini amat membimbangkan kerna menjejaskan semangat demokrasi di Malaysia terutamanya dikalangan anak muda yang tiada kesedaran lagi.


  • 5.Malaysia merupakan rakan dagangan ke 18 dengan USA dengan nilai dagangan mencecah angka 18 billlion dollar dan tidak hairan pertemuan dapat dibuat antara Presiden USA,Barack Hussein Obama dan Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak.

Cadangan:


  • 1.KPI UMCEDEL selepas ini ialah menjemput tokoh utama pemimpin negara masa kini iaitu YAB Dato' Seri Najib Tun Razak,Yb Dato' Seri Anwar Ibrahim,Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang dan Yb Lim Kit Siang duduk sepentas dasn berforum mengenai isu semasa. Cadangan tajuk ialah Model Ekonomi Baru.TTT sangat bersetuju dan sudah sampainya kita berforum secara terbuka dan ilmiah mengenai Dasar Kerajaan.


  • 2.Mahasiswa perlu turun kempen poltik di Pilihanraya (paling terdekat ialah Hulu Selangor) dan memakai jaket Mahasiwa memberi penerangan dan kritikan kepada kerajaan dan dasar2 nya.Jangan berkempen atas jaket Parti Politik. Jika nak tahu subur atau tidak demokrasi,Pihak Kerajaan dan Universit jangan menghalang Mahasiswa turun ke Hulu Selangor dan memberi penerangan situasi poltik kini dari perspektif Mahasiswa. Malah,Sdr Saifuddin terbuka dan menyolong seandainya Mahasiswa memberi kritikan dasar dasar Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Keterbukaan ini akan membukltikan demokrasi di Malaysia subur dan Mahasiswa mempunyai peranan yang lebih konstruktif.


  • 3.Universiti sebagai gedung ilmu perlu berfikir cara lain daripda realiti masa kini. Kita tidak boleh berfikir sama dengan masyarakat sekarang.Universiti perlu memastikan hak Mahasiwa dihormati.Pemimpin Maahsiswa perlu pragmatik,lantang dan advokasi dalam tindakan dan berfikir.


TTT telah mengemukakan soalan kepada Panelis iaitu apakah jaminan Pihak KPT dan universiti agar progrm Forum Ilmu seperti ini dapat dilakukan bukan sahaja oleh Pihak UMCEDEL malah dibuat oleh seluruh IPT tanpa ancaman dan ugutan pihak tertentu. Sepanjang foeum,TTT telah dihidangkan dengan idealisme yang cukup segar dan dinamik sesuai dengan status Mahasiswa dan universiti tetapi kita bimbang Pihak Universiti dan warganya masih belum bersedia.

Jawapan Dato' Saifuddin,AUKU 2009 telah dipinda dan kita membenarkan Forum Ilmu dan panggilah siapa siapa tokoh ang layak baik di bidang PoltikEkonomi,Agama dan sebagainya sebagai Panelis tanpa perlu takut dikenakan AUKU.Jaminan Dato' Saifuddin jelas,terang lagi bersuluh. "Kalau ada sesiapa yang menghalang,let me know,ok bro?" betah Dato' Saifuddin Abdullah  meyakinkan kami Pimpinan Mahasiswa yang hadir.





Kesemua ahli forum bersetuju Universiti terbina bukan pada fizikal semata.Asas penubuhan universiti terulung di dunia seperti Universiti Al Azhar hanya bermula dengan Pengajar dan yang hendak belajar.Bercambah dan bermaruah sesebuah Universiti bergantung kepada ketinggian keilmuwan dan intelektual dan bukannya kepada aktiviti hiburan dan publisiti murahan semata mata menaikkan nama Universiti.~Alahai UMP~


TTT berasa bertuah kerna turut sama dalam Forum yang begitu bermakna dan segar...Keterbukaan Dato' Saifuddin Abdullah berhujjah dan berkongsi pentas dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat amat memberi kesan.Tidak ramai malah TTT berani jamin tiada seorang Pak Menteri daripada UMNO-BN yang seberani dan terbuka seperti Dato' Saifuddin Abdullah dalam isu berhujjah tanpa memilh bulu.Malah suasana forum aman,tenteram dan penuh disiplin. Sudah sampai masanya Mahasiswa  sedar betapa kita berharga buat Malaysia. AUKU sudah terbukti tidak relevan lagi membantu perkembangan Mahasiswa dan kita memerlukan perunbahan ,minda secara serius untuk memastikan demokrasi terus subur,idealisme Mahasiswa tidak disekat dan kita BERHAK bersuara dan mencabar dasar Kerajaan apatah lagi Dasar Universiti....HIDUP MAHASISWA!

"Bring back the SOUL of university"



The Think Tanker
 Jumaat 16 April 2010
4.30 am di Kolej Kediaman 1




Tuesday, April 13, 2010

TTT akan hadir ke Forum di Universiti Malaya Esok Malam(Rabu)!

Tajuk Forum :

Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia:
Peranan Mahasiswa

Tarikh: 14 April 2010 (Rabu)


Masa: 8.00 malam hingga 11.00 malam

Tempat : Dewan Kuliah F, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Uni. Malaya






Panelis:




 Yb. Dato' Saifudin Abdullah (Timb. Menteri KPT)
Ahli Parlimen Temerloh



Yb. Saifuddin Nasution Ismail
Ahli Parlimen Machang




Yb. Salahuddin Ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian




Yb. Anthony Loke
Ahli Parlimen Rasah

  1. Ayuh Teman2 Mahasiswa di seluruh negara,Mari kita luangkan masa menghadiri forum yang sangat berharga,segar dan penuh idealisme.Mahasiswa harus tahu peranan dan harapan orang Muda dalam Menyuburkan Demokrasi di dalam negara apatah lagi di Universiti kita!!!

The Think Tanker


Saturday, April 10, 2010

Surat Terbuka Buat Dato' Naib Canselor UMP

Assalamualaikum wbt Salam Mahasiswa Peduli

Ayahanda Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Ibrahim,Naib Canselor UMP

TTT ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit hasrat hati mewakili sebahagian besar teman teman seperjuangan dan menzahirkan keinsafan buat diri sendiri andai segala apa yang terbuku diluahkan akan menyinggung perasaan sesiapa sahaja cuma niat TTT hanya ingin membetulkan kembali tohmahan dan fitnah yang tak sudah sudah dilemparkan kepada TTT dan teman teman seperjuangan. TTT tujukan penulisan ini buat Pimpinan Tertinggi UMP terutamanya Ayahanda Dato' Naib Canselor dan seluruh warga UMP yang sudi membaca penjelasan dan penulisan TTT  yang tidak seberapa.


Sepanjang 1 tahun 3 Bulan memegang tampuk Pimpinan Mahasiswa UMP amat memberi pengajaran buat TTT dan teman2 lain bahawa tidak semua perkara boleh dicapai. Semangat dan dorongan yang diberikan oleh teman teman seperjuangan bahawa perjalanan ini bukan mudah malah berliku dan tiada kesudahan membuat TTT berasa sangat bertuah untuk merasai sebentar pengalaman bersama teman Mahasiswa UMP,memperjuangankan kebajikan Mahasiswa,Meletakkan kembali Suara Mahasiswa di tempat yang selayaknya,MeMahasiswakan Mahasiswa supaya matang,agresif,responsif dan bertanggungjawab dsb.

Tunjuk ajar,nasihat,kritikan dan panduan yang diberikan oleh Ayahanda Dato' Naib Canselor,Profesor Dr Daing Nasir serta Datin Fazia amat terkesan buat dalam diri.( TTT masih ingat dikala diawal memegang tampuk Pimpinan,TTT dimarahi dan ditegur oleh Dato' Naib Canselor dan Datin mengenai sikap lambat TTT dan teman2 Pimpinan MPP lain dalam menyuarakan Kebajikan Mahasiswa berikutan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh Pihak Kolej Kediaman ke 2 kepada beberapa Blok Q untuk diambil perabot untuk diisi di bilek Pelajar Antarabangsa daripada China). Tidak lupa jua TTT kenang dengan kesabaran dan ketenangan Dekan JHEPA ketika itu,Profesor Dr Abdul Jalil Bin Borham yang  tidak jemu jemu melayan karenah TTT dan pimpinan Mahasiswa yang lain. TTT hargai bahawa inilah antara pendorong kuat dan terbentuknya semangat juang yang tidak pernah padam.


Banyak Perkara Kita Persetujui Bersama


Di sini,TTT ingin menyatakan dengan penuh rendah diri sebagai sosok tubuh manusia yang lemah dan tiada upaya melainkan kudrat pinjaman daripada Allah swt  bahawa kita Pimpinan Mahasiswa bersetuju dan menyokong Pimpinan Dato' Naib Canselor dalam banyak isu dan permasalahan:


1.Diawal kami menjadi Pimpinan Mahasiswa,antara tuntutan awal kita minta kepada Dato' Naib Canselor ialah memberikan autoriti 100% kepada Mahasiswa mengendalikan 2 Program besar tahunan iaitu Minggu Induksi Siswa(MINDS) dan juga penganjuran eXpoconvo UMP.Dato' bersetuju dan kita menyambut baik keputusan ini kerna bagi kami ,ini akan meningkatkan mutu modal insan Mahasiswa terutama dalam beraktivisme,dan membuat keputusan penting dalam sesuatu majlis yang cukup besar ertinya.

2.Isu Harga Makanan dan tuntutan Kafeteria yang baharu dengan sistem yang lebih baik dengan pilihan makana yang pelbagai. Teman Mahasiswa pasti ingat kembali dengan 'Rapat Umum Suara Mahasiswa: 6 Tahun Penubuhan UMP,Kafeteria Masih Ditakuk Lama' yang kita buat serba sederhana di ruang makan Kafeteria KK1 dengan kehadiran sendiri Dato' Naib Canselor,Dekan JHEPA,Tn Hj Pendaftar,pegawai pegawai JHEPA,JPPH dan seluruh teman Mahasiswa. Penuh semngat dan iltizam untuk membawa prubahan positif kearah keselesaan Mahasiswa akan datang.Natijahnya,kita peroleh kepelbagaian makanan yang lebih variasi,lihat sahaja tambahan menu seperti cendol dan rojak mamak,mee sizzling,roti canai,Ice Blended, Western Food dan harga masakan panas yang murah berbanding dahulu. Kafeteria juga diubaha suai dengan memberikan lebih keselesaan kepada Pengusaha Kafe agar bisa menyediakan makanan yang lebih teratur dan selesa. Kehadiran TV Plasma 60 Inch juga memberikan keselesaan kepada Mahasiswa untuk menonton dan mendapatkan maklumat terkini.Kita pasti tidak dapat memuaskan hati semua namun ingin TTT tegaskan perubahan telah sedia ada.


3.Kita juga bersetuju dengan tindakan Dato' Naib Canselor memberikan pendahuluan wang UMP separuh daripada duit PTPTN Mahasiswa UMP di mana ketika itu pihak PTPTN terpaksa lewat masukkan duit student kita kerna masalah teknikal.TTT bersama dengan Bendahari MPP UMP,Sdr Izzat Saidon bertemu sendiri dengan En Zainuddin Bendahari UMP dan seterusnya membawa usul kepada Dato' Naib Canselor dan minta dipermudahkan urusan pendahuluan duit UMP dibayar separuh daripada pinjaman PTPTN Mahasiswa. TTT ingin tegaskan keprihatinan dan kesanggupan Dato' Naib Canselor amat dihargai dan TTT tidak boleh menafikan perkara ini.

4.TTT juga ingin berkongsi betapa kita bersetuju dengan kepantasan bekerja Dato' Naib Canselor apabila membabitkan kebajikan Mahasiswa UMP.Isu Arwah Yasmin Binti Che Razali yang kemalangan meragut jiwa di bahu jalan lebuh raya dihadapan Canseleri UMP pada 24 Januari 2009 amat menyayat hati semua warga UMP.TTT antara saksi awal yang hadir dan terkedu melihat insiden berdarah dihadapan mata TTT sendiri. Dato' Naib Canselor sendiri antara yang awal hadir ke tempat kejadian malah lebih awal daripada van HTAA atau van Pusat Kesihatan UMP sendiri. Kita hargai keprihatinan Ayahanda Dato' Naib Canselor kita.


5.Kita juga bersetuju dan menyokong usaha Pihak Dato' Naib Canselor dan Tn Hj Mustapha Pendaftar UMP dalam membawa Doktor kedalam Pusat Kesihatan UMP. Kita menyatakan secara tegas bahawa sudah lama UMP tiada Doktor tetap akibat beberapa insentif yang kurang menarik dan kekangan doktor tempatan memaksa Pihak UMP diketuai Dato' Naib Canselor mencari doktor luar negara drpd Myanmar. Alhamdulillah,sekarang kita mempunyai 2 orang Doktor di Pusat Kesiahatan UMP.

6.TTT dan teman2 lain juga memberi dokongan kepada polisi memperketatkan undang undang jalan raya dan keselamatan jalan raya di dalam UMP.


7.Pemimpin Mahasiswa termasuk MPP,Presiden Kelab Persatuan diberi Kursus Transformasi kelolaan Excel Training kepunyaan Dato' Dr Hj Fadhilah Kamsah. Banyak yang kami timba dan kami sedar bayaran kursus amat mahal setimpal dengan tanggungjawab kami sebagai Pemimpin Mahasiswa.

8.TTT juga ingin menyatakan betapa terharu dengan sifat prihatin Dato' Naib Canselor yang turun padang sewaktu UMP ketiadaan air yang kronik pada semester lepas. TTT masih ingat akan penjelasan Tuan Hj Rosdi Pengarah JPPH semasa dialog bahawa UMP telah mengeluarkan puluhan ribu menyewa tangki air dan  menjadi bekalan sementara kepada Mahasiswa Kita. Statement pedas dibuat Dato' kepada JBA Pahang membuat mereka sedikit tersentak.Namun,TTT dimaklumkan bahawa projek pemasangan paip bekalan air daripada Loji Air Semambu kle Bukit Sulai masih menjadi tanda tanya.


TTT ingin menyatakam terdapat puluhan isu dan perkara yang kita bersetuju dan menyokong penuh kepimpinan Dato' Naib Canselor kita.Sebagai anak,kita berasa Ayahanda banyak berkorban berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian UMP. Pelan Transformasi yang dijuang oleh Dato' Naib Canselor sewajarnya memberikan perubahan secara positif kepada warga UMP terutama dikalangan pensyarah dan staff sokongan.


Mengkritik Bukan Bererti Derhaka atau Pembangkang


TTT menganggap Ayahanda Dato' Naib Canselor sebagai ayah kepada seluruh Mahasiswa UMP. Dalam realiti hubungan anak beranak sekelipun pasti ada kritikan dan sungutan si anak kepada ayahnya.Bagitu juga kami,TTT terpanggil dengan secara berani dan berterus terang bahawa kita mengkritik bukan bererti derhaka atau bersifat pembangkang tetapi kami PEDULI dan kami sayang UMP.


1. TTT dan teman2 seperjuangan telah berjuang dan mempertahankan kebajikan Mahasiswa dalam segala hal. Cuma apabila menyentuh ruang aktiviti berhibur dan isu kebudayaan dalam UMP amat TTT bertegas dengan pendirian TTT dan teman2 yang lain.Kita berpendirian dalam menyajikan hiburan dan sebarang bentuk aktiviti kebudayaan mesti menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu terulung di Pantai Timur ini dan melandasi Nilai Teras UMP. TTT percaya walau  terbuka sekalipun pemikiran dan cara hidup kita,pasti ada hadnya dan membatasi akhlak kita sebagai seorang Mahasiswa di dalam Institusi Ilmu. Kami berulang kali menyatakan pendirian bahawa kita tidak pernah bersetuju dengan Nyayian dan persembahan yang bersifat hiburan semata mata tanpa nilai,wanita secara terbuka membuka dan menelanjangkan maruah(membuka aurat) dihadapan khalayak umum, persembahan berlebih lkebihan sehingga hilang malu dan kawalan dan sebagaimya.Isu Konsert Amal tempoh hari amat mencabar kami sebagai Mantan Pimpinan Mahasiswa bahawa perjalanan konsert yang tidak menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu dan melahirkan Modal Insan Terbaik. Kertas Cadangan kepada penganjuran Konsert tidak diambil endah oleh pihak penganjur.Buktinya,semasa di hari konsert, wanita dan lelaki dibiarkan bercampur tanpa batasan.Pergaulan dan percampuran amat ketara apabila artis mula turun khalayak ramai.Apakah ini?Insiden Pensyarah menari nari diatas pentas amat memalukan.Kita kecam bahawa budaya dan perjalanan Konsert Amal amat mengecewakan.




2. Fitnah melata Dato', TTT sendiri dituduh antara orang yang akan menghalang Konsert Amal ini dengan berdemostrasi.Persoalannya,mana dan siapa mereka yang melakukan spekulasi jahat dan terkutuk ini? Menyusahkan Pihak Polis PDRM dengan spekulasi jahat dan tidak berasas. Kita telah jelaskan dalam kertas cadangan yang TTT juga tanda tangani bahawa Penganjuran Konsert di dalam UMP perlu megikut tata tcara dan menghormati UMP sebagai tempat tradisi ilmu dan melahirkan modal insan.



3.TTT ingin mengulang dan bertegas bahawa kami bersama sama Pimpinan Mahasiswa tidak pernah berbincang secara rasmi atau tidak rasmi untuk mengadakan demonstrasi,rapat umum atau bantahan terbuka dengan tujuan mensabotaj Konsert Amal ini.Kita sedar tanggungjwab kita sebagai Mahasiswa dan batas nya.Tapi jangan lah pandangan berbeza dariapda kami dilihat sebagai Pembangkang dan Perosak.Kami punya maruah dan Anak Muda tidak rela maruah dipermainkan hanya dengan fitnah busuk dan jahat!

 4. Dato',salahkah TTT dan teman teman seperjuangan berbeza pendapat dengan mana2 individu  dan pihak termasuk Dato' sendiri.Peraturan manakah kita rujuk bahawa Mahasiswa tidak boleh tidak bersetuju waima dengan Naib Canselor sendiri?Kami sayang dan concern pada UMP kerna mempunyai tradisi ilmu yang cukup ampuh,penekanan Core Values UMP semakin dipinggirkan, pengambilan staff UMP yang kurang ketat berbanding dahulu( jika dahulu interview pengambilan pegawai dan staff UMP pasti akan persoalkan Adakah anda solat? dan Apakah anda Merokok?,sekarang staff UMP ramai yang merokok secara terbuka dan penekanan staff dan pensyarah solat jemaah di Masjid UMP hilang begitu sahaja). TTT percaya dan yakin bahawa UMP akan terus maju dan kehadapan setapak lagi andai kita perteguhkan budaya ilmu didalam Universiti kita. Berapa banyak program Kelab Persatuan UMP  yang ingin menganjurkan Program Ilmu seperti Pidato Umum( Walaupun sudut Pidato sudah ada,namun idealisme Mahasiswa dan kesedaran amat rendah),bedah buku,forum Mahasiswa,teater budaya,Ceramah Umum,Syarahan Perdana...Hampir tiada yang dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri.Kenapa ini berlaku? Kerna jawapan sinis segelintir akan menyalak " Alah, kalau buat pon bukan ada student nak datang pon,bazir tenaga dan duit jer buat majlis ilmu di UMP".Subhanallah, natijahnya,program2 Ilmu terus dipinggirkan didalam Institusi Iimu sendiri.Alahai UMP~


5.Pelbagai isu akan dihadapi oleh kita semua terutamanya Mahasiswa UMP. Kita telah kehilangan status Latihan Industri 6 Bulan di Akhir Semester,Kita masih mempunyai masalah Bekalan Air terutamanya di hujung semester,Kita masih mempunyai masalah kerungsingan Kolej Kediamana Ke 5 yang entah siap entahkan tidak,Kita masih dihantui oleh isu Mahasiswa kita tidak dilayan seperti sewajarnya~pemberian elaun Atlet UMP,ealaun perjalanan mewakili UMP dalam mana2 acara,kemudahan Kompleks Sukan yang kini perlu berbayar,Kita masih mempunyai persepsi buruk layanan kepada Mahasiswa UMP.


TTT bersedia memberi penjelasan dan statement kepada mana mana pihak yang berasa hati tetapi percayalah inilah perkara sebenar benarnya,Malah TTT dan teman2 lain terlalu sibuk dengan menyiapkan PSM 1 dan Test 2 yang berderetan.Kami Mahasiswa Kejuruteraan bukanlah bodoh dan menentang sewenang wenangnya.Kita sebagai Mahasiswa Peduli wajar bingkas bangun memperjuangankan Kebajikan Mahasiswa dengan fakta,rasional dan idealisme anak muda andai ditekan,difitnah dan dipermainkan.

Kepada teman2 Pimpinan MPM ,perteguhkan lah barisan dan jangan mudah goyah dengan segala dugaan yang berlaku. Berilah ketaatan dan kepercayaan pada kepada Sdr Aedlan sebagai Pemimpin kita. TTT teguh berdiri meyokong dan membantu Sdr Aedlan sekiranya dipelukan.Ramai yang mempertikaikan usaha TTT kerna soalah olah membayangi MPM ,jawapan TTT mudah,dalam kerja2 Memperjuangkan Kebajikan Mahasiswa,ia satu kerja meluas dan tidak akan habis ke penghujungnya.Lebih ramai lebih Peduli dan tanda kesatuan. TTT mendoakan agar teman2 Pimpinan MPM akan terus tabah dan matang mengharungi liku liku kehiupan sebagai Pemimpin Mahasiswa!

TTT mengucapakan terima kasih kepada mereka yang tekun membaca sehingga ke akhir ini.Kita menulis dengan idealisme anak muda yang asli bukan untuk mengampu atau diampu.Mahasiswa Peduli punya maruah dan kredebiliti untuk menjaga nama baik UMP. Buat Dato',percayalah,kami hanya inginkan terbaik untuk masa hadapan graduan UMP. Malah, TTT dan teman2 Mahasiswa Peduli berhempas pulas menaikkan nama UMP,membawa imej UMP ke persada nasional dan antarabangsa,berulang ulang di kaca televisyen menyatakan Saya Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli,berjuang dan menaikkan nama UMP tanpa berkira soal kuam dan warna kulit, kewangan,keringat dan tenaga muda kami,Kami hanya minta agar bersikap lebih adil dalam melabel Pemimpin Mahasiswa yang lantang sebagai Pembangkang,Perosak dan sebagainya.


Allah Berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari sangkaan itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)




Buang yang keruh Ambil yang Jernih...Hidup Mahasiswa!


TTT Mahasiswa Peduli,Anda bagaimana?


The Think Tanker
8.36 pagi
11 April 2010 di Kolej Kediaman 1