Thursday, February 25, 2010

Sambut Kelahiran Nabi Muhammad VS Buat Kerja Nabi Muhammad?

The Think Tanker ingin mengucapkan Selamat Menghayati Kelahiran Nabi Muhammad SAW kepada seluruh ummat Islam...




  • 1.Berbuatlah amal sebanyaknya dengan berslawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,hayati ajaran dan sunnah baginda dan mari kita mula buat kerja Nabi.

  • 2.Sebarkan salam,berbuat baik kepada sesama ahli keluarga,sahabat handai dan sesiapa sahaja, membantu melapangkan kesusahan saudara SeIslam kita dan banyak lagi sunnah yang mudah tapi sering dilupakan

  • 3.TTT bimbang dengan masalah ummah teruatama di Malaysia.Terlalu banyak kerja dakwah yang perlu kita usahakan tetapi mereaka yang hendak buat kerja Rasulallah SAW amatlah sedikit dan memenatkan.

  • 4.Teman Mahasiswa yang sedar,kita tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja segala perkara yang tidak bertepatan dengan sunnah Baginda di biarkan layu dimamah usia dunia.

  • 5.Pandanglah di sekeliling kita,bukalah mata hati kita,nescaya ada banyak yang perlu dilakukan.

  • 6.Jangan tunggu Lebai Seman nak bergerak,Jangan ditunggu Tok Imam Kassim Kg Hulu Perdik hendak memula langkah dakwah,Jangan di tunggu Tok Pat JKKK Kg Keledek Kuala Lipis hendak bicara tegur,tapi kita anak muda yang ada kesedaran sekadar pemerhati tidak bertauliah dan sekadar melepaskan tanggungjawab kita.

  • 7.Buat teman Mahasisiwa di Universiti Malaysia Pahang terchenta,lihat sahaja disekeliling kita,paling hampir ialah di Felda Lepar Hilir 1,2,3 dan 4.Mari kita membedah masalah muda mudi Generasi kedua Felda yang kian membarah.

  • 8.Paling hampir ialah disekitar kampus kita di Gambang,banyaknya noda dan dosa menyelubungi kehidupan kita seharian.

  • 9.Dedah aurat semacam trend paling mahsyuk skali di UMP,berpeleseran seperti belangkas hina begitu ramai skali,orang Islam dan anak muda jauh skali dengan Al Quran dan Zikrullah,semacam tiada trendy kalau pakai kopiah Hj Idris atau songkok kemek dan lusuh

  • 10.Wanita muda bergetah di UMP biasanya suka mendada dan menunjuk aset berharga ,seoalah olah pakai tudung tapi telanjang semuanya,bicara kotor tanpa ada batasannya,kadngkala gurauan kita menyakitkan teman seperjuangan

  • 11.Sudah sudah lah,bukanlah TTT alim atau hebat sangat,sekadar Mahasiswa Peduli yang tidak bisa biar ini berlaku tatkala kita menyambut kelahiran Rasulullah SAW.

  • 12.Marilah kita manfaatkan masa muda kita dengan perkara lebih kompeten dan mencabar intelektual kita sebagai Mahasiswa dan anak muda.

  • 13.Mari kita seru kepada kebaikan cegah kemungkaran,Inilah Kerja Rasulullah yang hakiki...


Ini MAT REMPIT class C ,kata kata Adnan Sempit









Kembalilah Ke Madrasah Rasulullah (KEMBARA)...


















Sunday, February 21, 2010

Sepetang Bersama Adik Adik Kursus Pengawas di Sek Keb Taman Permata

  • 1.TTT sempat meluangkan masa bersama adik adik tersayang di Kem Kepimpinan Pengawas di Sek Keb Taman Permata,Hulu Klang.

  • 2.TTT berkongsi pengalaman dan idealisme bersama adik pengawas dan becerita bagaimana perjalanan hidup TTT.Saya masih ingat akan nama nama adik pengawas yang sporting seperti Daniel,superman,amsyar,syaza,bat,fatihah n etc..you guyz rock!hehe

  • 3.TTT mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah terutama Ustaz Wan Azarimy yang sudi berikan peluang kepada Bekas Pelajar SKTP berbakti kepada adik adik terchinta.

  • 4. Slogan Keramat SKTP: Permata.....CEMERLANG!!!

Sesi Sharing Moment Bersama TTT pada Hari Sabtu 20 Februari 2010 di Dewan SKTP




Tuesday, February 16, 2010

A Movie That We Have To See....My Name Is KHAN


  • 1.TTT love My Name Is Khan preview film.

  • 2.SRK n Kajol are both fantastico romantico astala vista versatile...

  • 3.Lets watch a very good muvie diz year...

Friday, February 12, 2010

Nong li Xinnian: GongXi-facai!!!


Ni men Xinnian hao!
Gongxi-facai
P/s:Let's us celebrate the prosperity together as 1Malaysia. Thanks to my Yong Laoshi for teaching me Intermediate Mandarin...Xinnian Kuai le

Thursday, February 11, 2010

Malam ini Majlis Watikah Rasmi Pelantikan MPM UMP Baharu...

TTT sewaktu muda muda dahulu mengangkat ikrar Aku Janji Taat Setia pada Idealisme Mahasiswa...


Ini masa TTT terima watikah dan sijil khidmat sebagai MPM UMP dahulu...




MPM UMP Sesi 2008/2009 membaca ikrar aku janji dihadapan semua Pembesar UMP.

1.Watikah ni penting untuk tabal MPM secara rasmi dan ada KUASA rasmi.


2.Majlis akan dilaksanakan di Canseleri.

3.Kehadiran Dato' Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi UMP.

4.Kita doakan agar majlis berjalan lancar. Kita doakan kejayaan MPM UMP Baharu bagi pihak Suara Mahasiswa.

Wednesday, February 10, 2010

Mencari Kebenaran,Menerjah Kebatilan,Menyahkan Persengketaan

Pertemuan Empat Mata antara TTT,Sdr Hazwan Syafiq dan Sdr Warkah Seorang Pemuda...

Kertas Kerja Penubuhan GPMS yang mendapat perhatian ramai warga UMP


TTT menerangkan idealisme MAHASISWA UMP kepada Sdr Hazwan Syafiq






  • 1.Setelah kita melalui beberapa hari dengan suasana tegang di Blog2 para Mahasiswa UMP terchenta kita mengenai isu penubuhan GPMS di UMP. Dengan tersebarnya provokasi murahan,fitnah melata,kebobrokan hujjah sehingga menggelar manusia lain sebagai binatang,kecam mengecam tanpa bukti kukuh dan pelbagai lagi mehnah tribulasi mengenai penubuhan GPMS ini.

  • 2.Secara jujurnya,TTT melihat apa yang berlaku sebagai satu petanda positif bahawa Mahasiswa kita cakna dan Peduli namun cara berhujjah dengan menggunakan ruang blog dengan menghentam sewenang wenangnya amat tidak gentleman atau tiada etika dalam penulisan.

  • 3.TTT bersama sahabat seperjuangan sdr Warkah Seorang Pemuda telah mengambil inisiatif dengan bertemu dengan Sdr Hazwan Syafiq untuk mendengar sendiri hujjah penubuhan GPMS ini di UMP. TTT ingin mendengar sendiri daripada Tuan punya badan yang telah berusaha membawa GPMS di UMP.

  • 4.Sdr Hazwan Syafiq menjelaskan secara panjang lebar bahawa beliau ditemui oleh Biro Siswa GPMS yang merupakan Mahasiswa UIA untuk menubuhkan GPMS di UMP. Kemudian,dengan kertas kerja yang telah dirangka,Sdr Hazwan Syafiq menyatakan bahawa niat beliau untuk menggunakan peruntukkan yang besar daripada dana GPMS Kebangsaan untuk melakukan aktiviti di UMP.Asasnya,peruntukkan GPMS ini merupakan daripada Kementerian Belia Dan Sukan.Sejauh mana kebenarannya,TTT juga tiada maklumat sebenar.Kemudian,rangka gerak Kerja GPMS tidak akan berunsur politik dan membawa kebaikan kepada Mahasiswa UMP.

  • 5.Kertas Kerja yang dirangka telah siap ditanda tangani oleh Dekan JHEPA,Profesor DrRidzuan Bin Nordin pada tarikh 8 Februari 2010(rujukan kertas kerja Penubuhan GPMS).Namun,kertas kerja ini telah diambil semula dan ditunda untuk tindakan lanjut.

  • 6.Sdr Hazwan Syafiq juga mendakwa beberapa pegawai JHEPA merupakan bekas ahli GPMS juga.

Hujah TTT mengenai pandangan Sdr Hazwan Syafiq:

  • 7.Pertama,TTT hargai usaha Sdr Hazwan Syafiq untuk menggunakan asbab peruntukkan besar GPMS untuk mebuat aktiviti Mahasiswa di UMP. Tetapi,TTT tidak berasa satu tindakan bijak hanya kerna Kewanagan yang besar menjadi sebab untuk GPMS ditubuhkan di UMP. Satu MALAYSIA tahu GPMS merupakan badan yang memperjuangkan ras atau perkauman dan inilah yang membimbangkan TTT kerna ia tidak akan membantu untuk kita bersatu dibawah panji Mahasiswa. Bila ada bibit bibit perpecahan,idealisme akan bercelaru dan persengketaan akan bertambah meluas dan memburukkan lagi suasana politik kampus yang sehat. GPMS pasti akan menjadi alat atau platform kepada sehelintir Mahasiswa yang gilakan populariti,kuasa dan kemewahan tatapi melupakan Agenda Kebajikan Mahasiswa yang lebih utama.

  • 8.Atas dasar keperluan apa yang sangat mendesak untuk GPMS ini ditubuhkan di UMP? Di saat kita meraikan AGM Pertama Kelab 1Malaysia denagan gagasan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak, suasana harmoni masyarakat Kampus UMP dengan semangat Mahasiswa PEDULI,suasana pilihan raya Fakulti yang rancak dijalankan,kita masih lagi berusaha untuk menubuhkan GPMS yang penuh dengan kekeliruan dan mendatangkan fitnah kepada seluruh warga UMP.

  • 9.Bukanlah TTT ingin menghalang penubuhan GPMS kerna Universiti ini terbuka dan kita berada di dalam negara demokrasi tetapi sebagai Pemimpin Mahasiswa,kita harus sedar dan melakukan accurate forecastng dalam setiap agenda yang kita cuba laksanakan. Perpaduan dan semangat Kemahasiswaan merupakan suatu nikmat yang sangat berharga buat seluruh warga UMP.

Nasihat TTT:

  • 10.TTT mengutarakan pendapat bahawa Kertas Kerja Penubuhan GPMS mesti melalui perbincangan dan mesyuwarah dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP atau MPM. MPM harus duduk berbincang dan meneliti keperluan dari sudut Advantage dan disadvantage penubuhan GPMS kepada gerakan Mahasiswa di UMP. Perlu ada kebijakan dan clear overview dalam melihat isu ini.MPM mempunyai kuasa untuk meneliti setiap penubuhan kelab,persatuan yang berasaskan perkauman dan sentimen agama. Ini penting kepada MPM untuk sentiasa melihat Gerakan Mahasiswa UMP tidak bercelaru,berseribut dan mempunyai agenda yang jelas.

  • 11.Seterusnya,harus ada perbincangan dan diskusi terbatas dengan semua Pemimpin Mahasiswa di peringkat Kelab dan Fakulti supaya penelitian dapat dilakukan dengan lebih terperinci.

  • 12.TTT sarankan supaya berbawa berbincang dan teliti dengan menggunakan kebijakan Mahasiswa.Kita mesti ada gaya dan karisma serta stand tersendiri dan jangan mudah terpengaruh dengan segelintir pihak yang cuba mencucuk jarum,bermain api dan cuba melaksanakan agenda memecah belahkan kesatuan Mahasiswa yang selama ini kita sanjungi dan kita hargai.

  • 13.TTT juga menyeru kepada teman teman blogger supaya hentikan segala sengketa,hentikan segala fitnah dan caci mencaci,hentikanlah provokasi murahan kerna ia tidak akan membantu Mahasiswa menjadi matang.Berhujjahlah dengan fakta dan penuh hikmah kerana inilah senjata ampuh yang bisa menjadikan kita Pemimpin Masa Hadapan

  • 14.Jangan gusar,jangan takut,jangan gentar kerna kita Mahasiswa Pemberani wajar ada idealisme tersendiri. Andai terpaksa berhujjah mempertahankan sesuatu walaupun dihadapan Perdana Menteri sendiri,Mahasiswa tidak perlu gentar menyatakan hak kerna apa? Kerna kita Generasi Mahasiswa PEDULI...

Ya Allah Kau Permudahkanlah Urusan Hambamu yang Dhoif, kerdil,hina dan tiada daya melainkan dengan kekuasaanMu...

HIDUP MAHASISWA!!!

The Think Tanker

11 Februari 2010

2am di Kolej Kediaman 1




Monday, February 8, 2010

GPMS UMP: Relevan Atau Rhetorik Semata


Salam Mahasiswa PEDULI

  • 1.Kepada seluruh teman Mahasiswa PEDULI sekalian, kita digembar gemburkan dengan khabar penubuhan Jawatankuasa Penaja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS di UMP terchenta ini. TTT lebih kepada untuk menerangkan secara lebih terperinci mengenai Gerakan Mahasiswa di UMP dan adakah relevan wujudnya GPMS cawangan UMP ini.

  • 2.TTT tidak berhasrat untuk mengulas panjang Apakah GPMS ini dan apakah objektif sebenar penubuhannya kerna Teman Mahasiswa sekalian bisa menekan Enjin pencarian Google untuk mendapatkan selautan maklumat.

  • 3.TTT juga didesak oleh beberapa teman Mahasiswa dan para aktivis blogger UMP yang lain supaya memberi sedikit komentar mengenai cadangan penubuhan GPMS ini.TTT sempat membaca komentar pedas dan kritikan Mahasiswa UMP di blog blog panas dan UMPlife forum sepanjang pasca Pemilihan MPP dan kesinambungan kepada idea penubuhan GPMS UMP.

  • 4.TTT beranggapan sebagai Universiti Teknikal yang kewujudannya di dalam sebuah negara bebas dan demokrasi,kita tidak boleh mengatakan dan menghalang sesuatu perkara sewenang wenangnya.Dalam Masyarakat Kampus UMP yang masih segar dan tulen idealisme Mahasiswa PEDULI ini,TTT berasa GPMS akan memberi beberapa impak yang positif dan negatif.

Positif:

  • 5.GPMS telah ditubuhkan di Universiti seperti UiTM dan UUM.Kewujudan GPMS yang secara asasnya sememangnya menyokong dan bias kepada Pihak Kerajaan dan Parti Politik Naungan Kerajaan dan menjadi kader kader kepada Pemuda UMNO Malaysia,sememangnya bantuan kewangan yang banyak akan disalurkan dan lebih banyak aktiviti untuk kebaikan Mahasiswa dapat dijalankan.

  • 6.GPMS juga pada hemat TTT bisa menjadi pressure group kepada Gerakan Mahasiswa lain seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa atau MPM dan lain2.

Persoalannya:

  • 7.TTT ingin mendedahkan bahawa bukanlah kali pertama GPMS di cadangkan dan di approach oleh kami,Barisan Kepimpinan MPM terdahulu sejak awal penubuhan KUKTEM n UMP sekarang.TTT sendiri semasa menghadiri Wacana Kedudukan Institusi Beraja & Melayu anjuran NGO Gempita di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) telah diberi saranan oleh beberapa orang kuat Pemuda UMNO untuk menubuhkan GPMS di UMP.

  • 8.TTT menolak dan beranggapan banyak lagi perkara penting yang perlu difokuskan dan UMP pada hemat TTT memerlukan Gagasan Kepimpinan dan hala tuju Gerakan Mahasiswa yang lebih segar,tidak bias dan menepati cita rasa Mahasiswa semua.

  • 9.Kalau TTT sebagai Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP sesi 2008/2009 pun berasa GPMS hanya akan menambah kecelaruan Idealisme Gerakan Mahasiswa terutama di UMP,apatah lagi adik adik kita yang TTT sedar masih perlu belajar lagi ilmu politik Kampus dan baca bagaimana Masyarakat Kampus UMP ini berjalan.

  • 10.Jadi,siapakah mereka yang menjadi dalang kepada idea penubuhan GPMS UMP ni? TTT SANGAT yakin pasti dan pasti sama ada individu di luar UMP seperti badan NGO berklaitan yang mencucuk sentimen kemudaan segelintir individu Mahasiswa UMP untuk menubuhkan GPMS UMP.

  • 11.Pihak JHEPA terutama Profesor Dr Ridzuan Nordin perlu faham dan meneliti kembali idea penubuhan GPMS ini apatah lagi di UMP terchenta ini.TTT tidak mahu Idealisme Mahasiswa berpecah dan tidak ada kesatuan yang jelas.

  • 12.TTT berpendirian Gerakan Mahasiswa di Kampus WAJIB bebas daripada sifat Non Partisan dan bergerak dengan Idealisme yang tersendiri berasaskan kebijakan Mahasiswa. Barulah Gerakan Mahasiswa mendapat tempat dihati setiap Mahasiswa dan kita bebas mengkritik dasar kerajaan dan Universiti,menjadi lebih berani dan berhujjah dengan matang dan baik,bertindak atas semangat Kemahasiswaan dan bukan permainan poltik sempit semata,Barulah Kepimpinan Mahasiswa ada style dan ada kick di hati Mahasiswa sekalian.

  • 13.Untuk pengetahuan Prof,ramai Mahasiswa PEDULI UMP yang tidak gembira dengan cadangan penubuhan GPMS atas faktor ia terlalu Politik Partisan. Malah beberapa individu yang terlibat juga diragui kejujurannya dan sehingga kini TTT tidak mendapat sebarang pertemuan secara rasmi untuk membincangkan mengenai GPMS ini.

  • 14.TTT yakin majoriti Mahassiswa UMP beranggapan penbuhan GPMS bukan hendak membela Mahasiswa tetapi sekadar menjadi alat politik sempit dan sebagai platform kepada mereka mereka yang gila kuasa dan pangkat.Apa pun,fikirlah dahulu sebagai Mahasiswa PEDULI dan penuh bijaksana.

Solusinya?

  • 15.TTT menyarankan idea penubuhan GPMS di UMP ini dikaji sedalam dalamnya.Gerakan Mahasiswa UMP mesti berteraskan Idealisme Mahasiswa dan bukan fahaman Politik Partisan.Kalau ada GPMS ,selepas ni mesti ada tuntutan daripada pelajar cina dan india dan kadazan,iban,melanau,Orang Asli pun nak Persatuan yang mewakili kaum mereka.

  • 16.TTT menyarankan agar semangat penubuhan kelab dan persatuan tanpa ideologi perkauman dan Politik Partisan dimurnikan semula dan diberi nafas baharu.Perlu ada penstrukturan semula sebarang penubuhan kelab dan Persatuan di UMP.

  • 17.TTT berharap sangat sentimen perkauman dijauhkan daripada Mahasiswa kerna Mahasiswa perlu bersatu untuk bertambah maju. Bukan semakin sempit pemikiran dan berjuangn atas kepentingan diri semata.

  • 18.MPM sesi baharu mesti menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu ini kepada Pihak Pengurusan UMP teruatamna Dekan JHEPA dan Dato' Naib Canselor kita.TTT yakin seandainya kita bijak berhujjah dan menyatakan beberapa implikasi,maka pasti demi untuk kebaikan Mahasiswa UMP,InsyaAllah kita akan berjaya membawa Gerakan Mahasiswa kembali ke landasan yang sebenarnya. Sebab apa?

KERNA KITA GENERASI MAHASISWA PEDULI...MAHASISWA PEDULI MESTI BERANI MENYATAKAN YANG BENAR DAN BERJUANG DEMI KEBAIKAN SELURUH MAHASISWA!

HIDUP MAHASISWA!!!

The Think Tanker
Selasa 9 Februari 2010
2.45 am di Kolej Kediaman 1
Universiti Malaysia Pahang









Sunday, February 7, 2010

Keputusan Siapa MB Perak Yg Sah ESOK 9 Februari 2010

Siapa Bakal Ditabalkan secara sah Oleh Mahkamah Persekutuan YAB Menteri Besar Perak

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin,Menteri Besar Pakatan Rakyat
ATAU

YAB Datuk Seri Dr Zambry,Menteri Besar Barisan Nasional


  • 1.Analisis mudah ialah seandainya YAB Menteri Besar Perak sah menjadi milik Datuk Seri Dr Zambry,agenda pembangunan negeri Perak akan berjalan dengan lebih teratur.

  • 2.Seandainya YAB Menteri Besar Perak sah menjadi milik Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin,pembubarab Dun Perak akan diusahakan dan kita akan melihat pertembungan pilihan raya Negeri yang sengit dan menarik.

Alahai Mantan MPM UMP...


  • 1.Bila dah jadi Mantan,macam dah takde mende nak buat lagi.Menyepi.Menyendiri.Memperkecilkan diri.Membawa hati yang luka lara n dsb.

  • 2.Kebiasaannya,begitulah nasib Si Mantan...Dilayan seperti gambar diatas.Seperti Madu Sepah Dibuang.

  • 3.The Think Tanker nak maklumkan yang Mantan tak perlu kembali pasif...kena pastikan Gerakan Mahasiswa terus segar dan menjadi idealisme setiap Mahasiswa PEDULI.

  • 4.Alahai Mantan,kena kuat semangat.Bukan jadi hebat sebab ada jawatan.Bukan berlagak hero sebab jawatan.Bukan lantang melantang sebab title MPM UMP or jawatan lain.

  • 5.Pemimpin macam ni tak tahan lama,membazir dan hanya ada kepentingan diri semata.Berjuangn kena ikhlas,kena teguh pendirian dan jadi Mahasiswa Pemberani walaupon anda hanya Mahasiswa Biasa.

  • 6.Apa guna title Mahasiswa kalau hanya tahu memperjuangankan isu sempit,hanya merungut tentang masalah yang hanya libatkan kita semata.Mahasiswa kena buka mata,banyak membaca,berani mencabar,berani melakukan sesuatu di luar duga,mesti tahu berhujjah dengan baik dan Berani mempertahankan prinsip walaupun seluruh Dunia menentangnya.

  • 7.Barulah bila kita pergi ke Konvensyen MPM ka,Conference Student LEADER kat Montreal ker,Education Visit kat India-ASEAN,kita ada value dan kita ada pendirian yang jelas.Alahai Mantan MPM UMP,jangan bazirkan masa muda kita di UMP hanya melepaskan batuk di tepi tangga bila persoalan hakikat Amanah yang kita pikul selama ini kita lepaskan di bahu jemala barisan Kepimpinan Mahasiswa MPM baharu.

  • 8.Kita mesti sedar banyak perkara boleh dilakukan.TTT yakin masih ramai lagi Mahasiswa di UMP n Malaysia yang tidak sedar akan kepentingan suara MAHASISWA.

  • 9.lahai Mantan MPM,takkan kita nak berdiam diri bila kita sudah ada pengalaman dan inner knoewledge mengenai sepak terajang karenah birokrasi di UMP. TTT tahu kita akan dibusykan dengan PSM,Assignment,Lab Report n kepenatan kuliah andai kita belajar di UMP Pekan.

  • 10.Alahai Mantan MPM,takde isu nak berehat disini,kita nak rehat,kita rehat di akhirat.Itu tempat rehat hakiki bag kita semua.

  • 11.Banyak perkara dan isu dalaman MPM,JHEPA n UMP memerlukan pandangan kritikal kita semua sebagai Mahasiswa PEDULI. Bagi TTT,kita suburkan senantiasa semangat Kemahasiswaan kita.

Mahasiswa Peduli

Saturday, February 6, 2010

Thanks Rafa,Thanks Kuyt,Thanks The Kop for the hardwork,fantastic merseiyde derby game.You'll Never Walk Alone

FANTASTIC GOAL FROM DIRK KUYT



Stevie G celebrates with The Kop Fans
LIVERPOOL 1
EVERTON 0

Thursday, February 4, 2010

Sesi Temu Ramah The Think Tanker dengan Wartawan Berita Harian

Sesi Temu Ramah TTT dengan wartawan Berita Harian berjalan lancar...Terima Kasih pada teman teman seperjuangan yang memberi sokongan.





  • 1.TTT menerangkan kepada wartawan Berita Harian Puan Rosniza Mohd Taha untuk sisipan Varsiti mengenai hala tuju kepimpinan Mahasiswa dan Gagasan Mahasiswa PEDULI.

  • 2.TTT sempat juga berseloroh bahawa kepimpinan Mahasiswa tidak boleh terikat dengan idea partisan kalau hendak berjaya,diterima segenap Mahasiswa.

  • 3.TTT meluangkan masa yang sangat terhad untuk berkongi cerita bagaimana perjalanan MPP UMP sesi 2008/2009 bersama sama Sdr Aedlan dan Nur Hafizah Abd Razak.

  • 4.Sesi temu ramah bersama TTT berjalan pada jam 11pagi di Canseleri UMP.

  • 5.TTT mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kepimpinan Mahasiswa PEDULI.

  • 6.TTT juga sempat mempromosikan laman blog The Think Tanker dan UMP Life Forum dengan wartawan dan Pihak Staff Unit Korporat UMP. Disinilah ruang dan peluang untuk kita terus mengembangkan idealisme,perjuangan,kemampuan berhujjah dengan baik dan menegakkan keadilan,kebajikan dan kebernaran di pihak Suara Mahasiswa.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERJUANG SEMUA MAHASISWA PEDULI

Tuesday, February 2, 2010

Perbicaraan Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula....

Datuk Seri Anwar Ibrahim VS Sdr Saiful Bukhari





  • 1.Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

  • 2.TTT mengikuti perbicaraan kes paling hangat ini dengan penuh kesabaran, meneliti hujjah kembali dan perang persepsi sudah tersebar dengn meluas.

  • 3.TTT memberi saranan kepada seluruh warga Malaysia khususnya golongan Mahasiswa agar mengikuti kes perbicaraan DSAI VS SB dengan penuh etika tanpa fitnah2 yang sudah cukup memalukan kedua dua individu kes ini. Biarlah Pihak Mahkamah yang membuat keputusan dan menilai kesahihan kes ini.

  • 4.Hakim Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah menetapkan perbicaraan bermula pada 2.30 petang...


Monday, February 1, 2010

Aku,JalaN SempiT itu dan Ronda2 Kuala Lumpur


  • 1.The Think Tanker sempat merakamkan beberapa peristiwa dan pemandangan semasa ronda2 Kuala Lumpur dan kawasan di sekitar Hulu Langat,Selangor.

  • 2.Hiruk pikuk kehidupan kota raya tersibuk ini sangat memvbuatkan kita bersyukur berada di Bumi Gambang yang indah permai ini.huhhuh.

  • 3.Buat mereka yang belum pernah pergi ke Kuala Lumpur atau berjalan jalan di tempat dimana seluruh rakyat Malaysia suka berjalan jalan di Kuala Lumpur ini,sila hayati setiap photo TTT ini.





Ini namanya Putra LRT.Perkhidmatan Awam paling berkesan di KL.



Ini suasana di Bas Awam iaitu Metro Bas.Sibuk.Sesak.Sendat.Sesah dan Sooo Many PATI...






Lokasi di Jalan TAR.Kedai Makan Mamak ni spesel dengan Mee Goreng Mamaknya yang SUPER delicous.hehe.Walaupon yg buat ni adalah seorang Makcik..



Mee Gorang Terrbaikk Ladang Habaq Hang..






Inilah Kedai Makan yg simple tapi Mahsyukkk...Makcik bertudung hitam inilah tukang masak Mee Goreng Terrbaikk Ladang Habaq Hang





TTT mencuba pemulihan mata melalui kaedah Permata Hijrah
Ini bukan spek mata,inilah alat untuk mengurut mata...stylo beb






Ini plak Cendol Pulut tebaik di Pasar Jalan TAR.Harga hanya RM1.50...Sapa xtau Pasar Jalan TAR ni kat mana,anda tergolong dalam golongan Ciksu yang tak tau mende kat KL ni.huhuhuhu.








Ini kentang gorang berperisa lada yang sedap...Harga Sebatang yang besar hanya RM3 shj









Brother ni penjual Cendol yang best di Pasar Jalan TAR...Cendol pulut diorang yg terbaikkk










Inilah Pasar Jalan TAR yang digilai ramai warga Kota....










Inilah PuStaka Mukmin Book Store...Semua Buku ada dijual kecuali Buku Lima Hutang Ayah Chik...












Inilah lokasi Pustaka Minerva yang mahsyur di Jalan TAR...













Budaya Lepakism tidak salah andai hanya bertujuan untuk melepaskan lelah semata...













TTT berada di SOGO...tak suka masuk SOGO unless ada sale shj.Sekian harap maklum













Ini Kedai Nasi Ayam Kesukaan TTT di Medan Selera Pertama Complex.Mak cik ni dulu pernah berniaga dan berjiran kedainya dengan tapak TTT berniaga Pau, kerutuk daging dan Kuzi ayam suatu ketuka dahulu di Bazar Ramadhan Melawati







TTT berada di Bas Rapid KL yang agak selesa la...




TTT berbincang dengan teman2 seperjuangan di RestoranMahkota..Tq kepada Nik kerna belanja makan besar.





















Inilah Penangan Kuasa Mahasiswa PEDULI!!!

Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) UMP,
Peruntukkan Khas Kelolaan MPM & Pejabat Baharu MPM UMP



  • 1.Dato' Naib Canselor dalam Amanat tahunan beliau menyebut penukaran nama Majlis Perwakilan Pelajar UMP kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP atau MPM. Ini merupakan detik bersejarah buat seluruh MAHASISWA PEDULI UMP kerna kita semua bertanggungjawab menggalas dan menyebarkan idealisme kita Mahasiswa PEDULI. Seingat TTT,PRK tahun ini mencatat sejarah dengan idealisme Mahasiswa dan Mhasiswa tidak canggung membahaskan kita sebagai 'Mahasiswa' dan bukan pelajar semata.



  • 2.Mahasiswa bukan sekadar pelajar tetapi lebih daripada itu sebagai modal insan terbaik dan terunggul negara di masa hadapan.Mahasiswa perlu jadi mahasiswa celik akan segala yang berlaku sekeliling dan mendepani serta menyelesaikan segala isu dengan matang dan intelek.



  • 3.Peruntukkan khas akan dikelolakan dibawah MPM(Majlis Perwakilan Mahasiswa) dalam menggalas aktivisme Mahassiwa UMP merupakan satu perjuangan yang telah kita dapat capai bersama sama.TTT masih ingat seakan akan idealisme Bendahari MPM untuk memegang perbelanjaan dan bajet sendiri seakan akan mimpi disiang hari. Sudah sampai masanya kita menggunakan peluang ini sebaiknya.Uruslah dan rancanglah sebaik mungikn kerna kuasa pemutus ada ditangan MPM atau lebih tepat lagi Yang Dipertua MPM.



  • 4.Persidangan Senat Mahasiswa yang cuba dilaksanakan oleh JHEPA n MPM merupakan satu usaha yang baik. Persidangan Senat Mahasiswaa merupakan manifestasi daripada cadangan pelaksaan Parlimen Mahasiswa daripada USM.Apapun namanya,kita sebagai Mahassiwa UMP melihat ini perkembangan positif dan kita mengharapkan kepimpinan baharu MPM akan melaksanakan Agenda Mahasiswa dengan adil dan telus.



  • 5.MPM akan dapat pejabat baru MPM yang lebih selesa dan canggih dengan kemudahan 1stclass. MPM perlu jadio lebih efektif,lebih bekerja keras dan berdaya saing untuk membawa nama UMP ni terus harum dipersada Malaysia dan juga dunia. TTT ucapkan selamat maju jaya kepada MPM UMP yang baharu....