Sunday, December 19, 2010

Susun Kembali Fikrah dan Idealisme

1. Hampir 3 minggu berturut turut Dusun TTT di Hulu Langat penuh dengan tetamu daripada pelbagai peringkat dan kumpulan.Kesempatan ruang waktu TTT memanfaatkan masa hujung minngu ini bersama keluarga dan sahabat2 yang tidak henti kunjung tiba di dusun yang tidak seberapa. Alhamdulillah,walaupun kesibukan menjadi tenaga pengajar di English For Fun di Felda Sg Panching Selatan,TTT sempatkan diri pulang ke Kuala Lumpur dan menghadiri beberapa event keluarga dan 2,3 hal lain.

2.TTT hamburkan pujian kepada teman2 seperjuangan  yang sudi hadir ke dusun TTT dan sama-sama beraktiviti dan berdiskusi serta menyusun kembali Idealisme yang semakin hari semakin mencabar. Kesempatan waktu berbincang dengan beberapa ahli pimpinan Mahasiswa di peringkat nasional memberi sedikit sebanyak ruang untuk kita mencari formula berharga untuk meneruskan perjuangan di medan realiti yang lebih mencabar. Inilah yang akan menjadi pedoman buat semua pejuang muda yang akan melangkah ke hiruk pikuk dan sepak terajang medan sebenar.

3.Kunjungan terbaru ialah kesempatan mengeratkan ukhwah dengan teman lama TTT sewaktu di sekolah rendah,Mohd Nor Syafiq,Mahasiswa IPG Kedah bersama sama keluarga beliau di dusun. Walaupun singkat sekali,tapi pertemuan ini dapat merapatkan kembali hubungan sesama keluarga.Deraian air sungai yang sejuk beku menambahkan lagi selera anak kecil,kaum bapa dan ibu berendam berjam-jam beraktiviti bersama sama anak-anak. Subhanallah,sesungguhnya ia lebih nikmat daripada tinggal di Hotel 5 bintang dan mandi di kolam renang luxury yang penuh klorin airnya.Semoga kita akan terus bersama sama eratkan tali silaturrahim sesama insan.

4. Tangan ini tidak akan pernah berhenti menulis dan akan terus menulis tanpa mengharapkan sesiapa memuji apatah lagi mengambil peduli akan penulisan ini. TTT melemparkan nasihat,kritikan dan apa jua ruang diskusi di blog TTT ini untuk teman-teman Mahasiswa dan sesiapa sahaja yang sudi berkongsi. Usah rasa terguris akan setiap kata-kata TTT baik di Facebook ataupun di blog kerna kita hadir di lapangan ini bukan untuk bersenang senang bahkan kita hadir sebagai pejuang untuk melakukan perobahan demi kebaikan ummah.Justeru,berlapang dada dan TTT berjanji akan memperkemaskan penulisan,idea serta cambahan kritikan yang lebih segar demi kebaikan generasi Mahasiswa Peduli UMP.

Nukilan berharga buat teman-teman yang disayangi

TTT ialah Mahasiswa Peduli!

No comments:

Post a Comment