Thursday, December 2, 2010

Isu Keselamatan Mahasiswi UMP: Durjana sapa Punya Kerja?

 Apakah nasib siswi UMP mengenai keselamatan mereka?

1. TTT mendapat makluman bahawa berlaku satu insiden  pada Selasa 30 November 2010 di Kolej Kediaman Ke-3 UMP diceroboh oleh orang asing yang mengambil video atau gambar Mahasiswi UMP yang sedang mandi di dalam tandas. Ini merupakan satu kes yang menunujukkan isu keselamtan pelajar siswi kita masih ditahap membimbangkan.

2. Kita semua sedia maklum,mutakhir ini isu keselamatan  UMP sangat kurang dititik beratkan.Mana tidaknya, orang luar entah siapa sangat mudah keluar dan masuk ke dalam Kolej Kediaman Mahasiswi.Tidak kira siapa pun anda baik pekerja ka,pak cik cleaner ka,hatta Dato' Naib Canselor UMP sendiri pun tidak boleh berada di dalam kawsan siswi sewenang wenangnya. Berikut sedutan maklumat ringkas yang TTT peroleh drpd sahabat TTT di UMP Gambang:

1.kes berlaku pada hari selasa jam 1tghari...
2.terlihat h.phne sony warna putih ketika sdg mandi...
3.menjerit dan, suspek terus lari..
4.mgsa melporkan kpd pihak kolej kediaman...
5.pihak kolej kediaman mnta melaporkan kpd pihak keselamatan......

‎6.setelah selesai melaporkan kpd pihak keselamatan, stff kolej kediaman mnangkp seorg lelaki yg berada di bwh blok c4.
7. lelaki itu mngatakan ingin mngmbil brg adik di blok c2...
8. peg.keselamatn bertnya lelaki itu, nma adiknya..apbila dic...ek di dlm std, tiada nma adik lelaki itu.
9. mgsa ditemani seorg senior tidak tahu ap tlh berlaku slps itu.
10.mgsa dan akak senior terus ke balai polis gambang..
1.peg.polis di gmbng meminta melaporkan di IPD Ktn.
12. hmpir sejam menunggu di IPD, akhirnya peg.polis disana mengatakan, yang mereka tidak blh mngmbil kes ini disbbkan oleh tdak tahu suspeknya.



3.TTT masih belum mengetahui lebih detail siapa mangsa,siapa pengawal keselamatan yang terbabit,siapa suspek yang ditahan dan disoal siasat dan siapa pegawai polis yang menyatakn tidak boleh mengambil apa2 tiondakan kerna tiada suspek. Kita mengalami saat2 sukar di UMP kerna isu kelematan siswi amat merucing dan pastinya ia amat membimbangkan kita semua.

4.Pada hemat TTT,sudah sampai masanya sistem keselamatan di UMP dikaji semula. Modus operandi,tata cara kerja Pengawal Keselamtan kita dinilai agar lebih efisyen dan sebagainya. Isu ini amat berat kerna ia  melibatkan maruah siswi kita.Jika tidak kita yang berjuang dan mempertahankan hak Mahasiswi kita, Siapa lagi yang hendak bertanggungjawab?

5.TTT menggesa agar Pihak Pegawai Keselamatan UMP,Pendaftar UMP,  PNC HEP UMP,Prof Yusserie dan hatta Naib Canselor,Ayahanda Profesor Dato' Daing dapat memberi perhatian serius mengenai isu keselamtan di Kolej Kediaman esp di Kolej Siswi.

6.Kita akan pastikan isu ini diuruskan dengan sebaiknya oleh pihak berwajib.Sekiranya hangat2 tahi ayam atau tiada tindakan susulan yang serius.Mahasiswa Peduli akan turun padang di UMP Gambang dan kita BERSUARA demi kebaikan dan keselamatan Mahasiswi kita!

Jangan sudah terhantuk,Baru terngadah....
TTT ialah Mahasiswa Peduli!

11 comments:

  1. Salam TTT
    WAh saya sebagai senior di UMP gerun jugak mendengar kisah mahasisiwi perlaku sebegitu
    Diharap pihak2 berwajib mengambil langkah sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. TTT minta siswi yang masih berada di UMP agar lebih berhati hati.Jika tiada urusan yang terlalu penting,kita minta agar pulang dan berada di rumah n kampung halaman.

    Kita minta agar semua pihak waspada. Pihak keselamatan UMP wajib bertanggungjawab atas kecuaian ini. Sang Durjana boleh datang dan pergi,tetapi maruah yang terpalit tetap diingat sehingga bila2...

    ReplyDelete
  3. cc tv kasik pasang la der...setiap pintu masok blok...pak guard pon,klu ade orang nk masok,klu bukan student,suh la tinggal ic kat pos guard..baru la terjage skit keselamatan stdnt..aduiyai...

    ReplyDelete
  4. Mak aih~ Berani giler target siswi. Tidak boleh mengambil tindakan tanpa suspek? Hadoi~ Dah ada video kat youtube baru pihak tertentu nak gerak ke? ~_~

    ReplyDelete
  5. bakpo tk amik namo or no ic suspek....xdop namo dale std....ngarut dh tu...amik dulu tkpo...buke nk oyt....kalu tk amik ...meme sumak pk guard....

    ReplyDelete
  6. menakutkan..dah la mse tuh dh xramai org yg de kat blok...hurm

    ReplyDelete
  7. uMp belum wat pape siswi dah kena...ade plak bru2 ni siswi sndiri yg wat permohonan kt sTd minta ampaian wanita dibuka, jngan ditutp..nk kasi bju kering katanya...selama ni baju diorg x kring kowt...kalau dah bukak lagilah tyng macam2...ni yg ttup pun dah tak selamat, nk bkak pula..harap perkara ni diambil tndakan....jngn jDi bodoh smbong...

    =.=

    ReplyDelete
  8. sokong comment kat atas ni.. haram jadah mana yg pi sokong nk bukak ampaian.. depa suka kot tayang bnde2 private kat orang yg lalu lalang kat court, kat cafe.. xdak otak rasanya.. yang polis tu pulak nk keja makan gaji buta ja?!! xleh amek tindakan pak dia.. whatever!!!

    ReplyDelete
  9. 1.TTT membaca dgn tekun setiap komen dan cadangan pengujung blog TTT dalam menyelesaikan isu keselamatan siswi UMP. Namun, TTT minta agar lebih banyak lg respon n cadangan kritikal bersifat objektif yanhg boleh kita sama2 kongsikan.

    2.Apa yg TTT faham ialah kita memerlukan perobahan bukan shj menambah CCTV di Kolej Kediaman siswi n etc. Pokoknya,sistem gerak kerja,modus operandi pihak keselamatan ,pengurusan kolej tidak efisyen dalam menjaga keselamatan siswi kita.

    3.Kita melihat bagaimana longgarnya sistem keluar masuk di dalam Kolej kediaman kita baik di kolej lelaki mahupun wanita.Yang lebih membimbangkan,hanya dengan alasan sebagai pekerja,si durjana ini bebas bergerak tanpa had n bersalah! Siapa yang bertanggunghjawb! Ini yang menjadi persoalan dan kita harus tuntut penjelasan yang serius drpd Pihak Keselamatan UMP atau pihak pengurusan UMP. TTT dapat rasakan jika kita tidak bangkitkan secara kolektif,nescaya isu keslematan ini akan ditelan dek masa n waktu shj. Percayalah!

    Teruslah memberi komentar,cadangan,cerita n pengalaman n sebagainya agar kita dapat manfaat.

    InsyaAllah,blog TTT dibaca oleh pegawai2 di dalam UMP mhupun KPT.Sama2 kita ambil ini sebagai satu medium baharu menyatakan pandnagan berani kita kepada UMP!

    ReplyDelete
  10. ~sekadar pendapat shj~
    hmm,,siswi ump dalam bahaya nih,,,nampaknye kes macam ni dah makin teruk kat kk3,,sebelum2 ni pon, ade jugak kan kes lelaki masuk kk3,,dan juga, satu masalah bagi kami bila ade kerja2 yang melibatkan kaum lelaki untuk naik ke aras2 siswi tanpa pemerhatian dari staff kk3,,bahaya..

    n kepada siswi juga,,esp yang muslim,,kita ada cara islam sendiri macam mana nak mandi, jaga aurat..kalau xtahu,sila amik tahu,,perkara ni bukan saja2 diadakan dalam islam,tapi demi menjaga diri anda sendiri,,

    harap sangat pihak keselamatan kk3 ambil perhatian perkara ni,,

    ReplyDelete