Thursday, November 4, 2010

Mudahan The Think Tanker akan Terus Kekal Relevan...

 Ingat,Mahasiswa UMP,Mahasiswa Peduli!-TTT

1. Tarikh 4 November 2010 merupakan hari mengundi Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi.Pastinya kedua dua PRK ini tiada kena mengena dengan TTT dan mahasiswa tahun akhir khususnya Fakulti Mekanikal.Ini  kerana kami semua kesuntukan masa menyiapkan Draf pertama Thesis penuh Projek Sarjana Muda kami. Dateline ialah pada 4 November 2010 jua. Pastinya kelihatan seluruh anak muda berjuang berhabisan di hadapan laptop masing-masing memperkemas, finalize, analyze the final result dan sebagainya.Alhamdulillah, TTT berharap agar pemeriksa dan penyelia PSM kami semua dapat memberikan komitmen 100% membetulkan Draft pertama kami dan sebagainya. Pastinya tekanan jua buat pensyarah. Apa pun,ia sudah selesai. Dalam seminggu dua ini,TTT dan teman-teman hanya melakukan rutin sebagai mahasiswa biasa. Tiada yang menarik untuk diperkatakan. Cuma ada beberapa usikan daripada teman-teman TTT bahawa selepas ini bila mana sudah bergraduan,pastinya blog TTT akan pudar Idealisme. Sejauh mana kebenarannya,TTT juga tiada jawapan...

2.Kesempatan waktu sebagai pemerhati di laman sesawang dan internet ini banyak memberi pengajaran kepada jiwa anak muda apatah lagi sebagai seorang mahasiswa. TTT tidak terlalu bimbang dengan kebarangkalian blog TTT akan pudar dengan sambutan dan tulisan yang menghambat perkembangan Politik kampus dan sebagainya.Walhal,selama ini pun,kita menulis dan menggerakkan usaha kesedaran tanpa habuan daripada mana-mana pun. Semuanya datang daripada kesedaran dan wibawa sebagai seorang pejuang mahasiswa. Apa yang lebih membimbangkan TTT ialah Mahasiswa masa hadapan@generasi Mahasiswa Peduli akan menjadi bisu,pekak,buta walhal mereka tidak sedemikian sifatnya. TTT lebih bimbang andai Mahasiswa tidak bisa menentukan di mana kepentingan menjuarai isu kebajikan dengan populariti semata. TTT lebih bimbang akan kemerosoton prestasi kepimpinan Maahsiswa yang kelihatan lesu akibat dek disibukkan dengan pelajaran semata sehinggat isu kebajikan tidak terbela sebaiknya, tekanan dan hambatan Sang Pennguasa yang mabuk kuasa dan suka melayan Mahasiswa dengan kebudak budakan. TTT lebih bimbang sehingga kini gejala sosial dan mutu disiplin Mahasiswa kita amat rendah.Baik dari sudut  pakaian kuliah,pergaulan bebas,penguatkluasaan undang-undang yang amat lemah.Ini semua menyumbang kepada meningkatnya gejala yang tidak baik dan  Mahasiswa akan di khayalkan dengan perkara enteng sedangkan terlalu banyak perkara yang perlu kita pelajari di Universiti ini. Kita semua bertanggungjawab akan setiap perkara yang berlaku dan TTT bukan sekadar beretorik kosong tetapi kita ada matlamat yang jelas untuk menjadi modal insan bermutu tinggi,kita memerlukan anjakan yang lebih jauh dalam setiap aspek kehidupan di Universiti.

3. Pandangan TTT konsisten.Kita mahu Mahasiswa diberi penghakupayaan yang lebih luas atas dasar prinsip Mahasiswa berhak melakukan lebih daripada sekadar pemerhati,pemenuh kerusi program-program universiti,hanya mejadi tempelan dan menggunakan tenaga muda untuk kerja yang 'mat bangla' pun boleh lakukan. Bila bercakap soal menghak upaya Maahasiswa,kita perlu jelas dan bersifat objektif. Suka TTT mengungkap antara kata-kata Dato' Saifuddin Abdullah bahawa kita mesti menyelesaikan masalah orang muda dengan cara orang muda bukannya bersifat cara lama semata. Cth: Pegawai-pegawai di setiap IPT perlu memberi peluang kepada barisan kepimpinan Mahasiswa terutama MPM berperanan lebih luas dalam menyelesaikan isu kebajikan,masalah mahasiswa dan kita perlu bertindak sebagai pemudah cara bukannya memberi 1,2 peraturan yang amat menjengkelkan. Ini bukan sekdar peranan HEP semata malah ia meliputi setiap jabatan dan Pusat Tanggungjawab agar sistem penyampaian lebih jelas dan efektif. TTT melontarkan kritikan selama ini berdasarkan pengalaman saya dan teman-teman dalam kepimpinan Mahasiswa. Kita jelas bahawa terlalu banyak isu dan birokrasi yang memerlukan kerja keras dan hati yang murni untuk berhadapan.

Ada Apa Dengan TTT selepas 4 Tahun di UMP?

1. Pastinya terlalu banyak perkara/pengalaman/isu dan sebagainya yang boleh TTT dan teman seperjuangan TTT kongsikan denagan teman-teman Mahasiswa. Apatah lagi dengan junior yang bakal melangkah denagn sepak terajang dunia Poltik Kampus dan sebagainya. Pokoknya, perjalan TTT dan teman2 masih panjang. Kita memerlukan masa yang lebih untuk memastikan Gagasan Mahasiswa UMP,Mahasisw Peduli terus kekal relevan. TTT tiada manfaat. Honestly, kita  berjuang selama ini dalam segenap aspek dan isu adalah kerna nama dan jenama Mahasiswa.Betapa TTT bersyukur dan menghargai jenama Mahasiswa ini. Mahasiswa ialah perkataan keramat untuk kita hayati dan kita selami. Kepimpinan Mahasiswa Peduli wajar pergi jauh setinggi langit agar kita bisa memayungi lautan manusia yang bakal kita dekati. Inilah medannya.Inilah masanya. Universiti ialah tempat terbaik seluruh Mahasiswa bereksperimentasi,melakuakan perobahan dan paling penting ialah tempat kita mengangkat martabat Mahasiswa.

2. TTT tidak lari daripada melakukan kesilapan.Apatah lagi,kita hany manusia biasa.  Pastinya,peluang berbaki kurang setahun ini sebagai Mahasiswa akan terus TTT gunakan dan garapkan sebaik mungkin. Nah,kita punya tenggungjawab besar kepada negara kita. Kepada agama kita.Kepada bangsa kita. Mahasiswa lah yang menjadi tonggak dan pemain utama kepada perobahan ini. Ayuh,teman-teman sekalian yang membaca sehingga sejauh ini, usah toleh kebelakang lagi.Tanamkan azam.Bulatkan tekad. Perkukuhkan langkah.Sematkan ilmu dan pengalaman. Mari kita berbakti ke medan masyarakat pula.  Kita berikan segenap kemampuan untuk mendidik,merasi sepak terajang dunia yang penuh dengan lautan dugaan. 

3.Terima kasih atas sokongan selama ini kepada TTT. Baik yang menggunakan artikel TTT sebagai subjek agenda mesyuarat di jabatan anda,yang memuji dan mengkritik apatah lagi mengherdik,yang hanya sekadar pemerhati senyap tetapi cukup setia, TTT amat hargai ini semua. TTT dan teman-teman bertekad kita akan maju selangkah demi selangkah. Membawa obor-obor dan jenama UMP denagn Nilai Terasnya. Kita ialah penggerak,pemain utama dan paling penting ialah kita Mahasiswa UMP,Mahasisw Peduli!


TTT nukilkan beberapa komentar forumer yang menyokong,mengutuk dan sebagainya di UMP life forum untuk teladan kita semua:

From Nazkill~
haha..tak perasan ada thread nih.. ..tq cicok menaikkan balik topic ni..hehe

Wahai suffi ku...hahaha..(ku) digunakan adalah sebab anda adalah DYP n MPP..so bagi aku, anda juga adalah milik setiap student UMP selagi memegang jawatan tu..haha..boleh yer~ ^ ^

Sebenarnya,sejak aku meletak jawatan2ku ketika aku berada di tahun 3, aku cuba untuk memencilkan diri dari aktiviti2 UMP..sengaja nak menjadi pasif setelah lebih kurang 2,3 tahun aku begitu sibuk dengan aktiviti UMP..pada masa ini,banyak perkembangan UMP tidak aku ketahui..haha

Namun,cubaan aku untuk memekakkan telinga dinafikan oleh gelombang perubahan yang dilakukan oleh MPP 08/09. Aku cuba untuk tidak mengambi kisah tentang isu2 UMP...namun aku terdengar tentang demonstrasi aman Air Mata Palestin..(aku terjoin sama plak tu..haha)..aku cuba lagi untuk buat2 xtahu, namun terdengar lagi demonstrasi aman di blok W.MPP bersama2 student mempertahankan hak2 student terhadap pendirian EAC. Banyak lagi isu2 lain seperti masalah KK4,masalah UMP Pekan,operasi pemantauan harga makanan di cafe UMP dan lain2 yang tak sempat aku fikir ketika ini.

Ketika gelombang2 ini seakan2 hampir reda, aku terkesima lagi. Pakcik Fajar Cafe di KK2 memberi tahu "Jangan lupa nanti tengok Siaran Langsung Suara Siswa di TV1.DYP kita Suffi masuk tv"....Apakah semua ini?! aku gagal memekakkan telinga atau daya pendengaran aku bertambah kuat?? ..haha..sekali lagi aku gagal menghalang gelombang perubahan tersebut dari menggangu hidup pasifku. Perkataan Mahasiswa UMP,Mahasiswa Peduli seakan2 sentiasa berlegar2 dipemikiranku ketika berada di UMP.

Kini gelombang tersebut benar2 akan tamat setelah bermulanya peralihan tampuk MPP 08/09 pada 28 Jan ini. Kita sebagai mahasiswa sepatutnya berasa bangga dengan usaha2 MPP memperdengarkan masalah mahasiswa sendiri. Tindakan2 tersebut secara jelas menunjukkan kita mahasiswa mempunyai hak di UMP dan bukan hanya sebagai 'pak turut'. Kenyataan atau tindakan yang dibuat oleh staff2 UMP menunjukkan mereka terasa akan kewujudan hak2 mahasiswa di UMP (sebagai contoh isu Yuran LI..kenyataan yang dikeluarkan 2 orang staff..lihat blog suffi)..

Sama ada betul atau tidak tindakan MPP, pentadbiran UMP mula memandang serius luahan masalah mahasiswa2. Kalau boleh,biarlah sampai terkeluar perkataan.."haishh..tengok,MPP dah buat hal lagi.." dari mulut mereka. "That's the phenomenon dude!!"

Sekarang ni aku risau..adakah MPP 09/10 akan meneruskan gelombang2 perubahan di UMP selepas ini? seperti yang aku katakan di topic lain sebelum ni, para pengkritik dan penyokong pasti akan merindui MPP 08/09..Tapi jangan lupa kata-kata "Belum cuba,belum tahu"..Gud lark kepada yang berjaya terpilih!..


p/s:InsyaAllah aku akan datang di pemilihan nanti..merasai pemilihan di Dewan besar..tentu nervous..^ ^..

*sorry Suffi aku post dalam bahasa Melayu..takut Englishku akan menjejaskan kefahaman ayat2ku ini..huhu..


 Ini pula pandangan daripada seorang warga UMP mengenai Rapat Umum Pertama yang TTT dan teman2 seperjuanagn laksanakan iaitu mengenai isu kafeteria KK1:


fROM ALIEN53:
 
tidakkah anda semua berfikir bahawa perbuatan MPP pada pagi td dgn megadakan rapat umum agak melampau????? memanglah nak tunjuk kt pelajar2 bhw kafe perlu perubahan, tapi adakah mereka fikir tentang perasaan pihak kafe. Degan pelbagai pihak menghemtam pihak kafe bertubi2, tanpa memberi peluang pihak kafe mempertahankan diri mereka. Dimakah keadilan?? apa yang mereka fikir mereka dapat dgn buat mcn ni??? x boleh ke mereka mengandakan perbincangan secara rasmi dgn pihak kafe dan mencapai persetujuan kedua2 belah pihak.. buat la secara sistematik dan bernas dimana dua2 pihak dapat manfaat. kate mahasiswa bejaya. x kan itu pun x boleh pikir. memalukan betul. saya mendengar fakta bahawa pihak kafe sendiri telah bersetuju utk menurunkan harga cuma menunggu tarikh pelaksanaan. so perlu ke buat camni??? x bole ke berbincang. saya tgk muka abang2 dan akak2 kafe sedih je mase rapat umum td.. weh. diorang pun nak cari makan jugak.... Sama la mcn buat rapat umum utk palestin.. ape yang pikir diorang dapat buat. memekak sana sini macamla perang akan tamat mcm tu je. walhal ramai jugak orang yang terkorban. buang mase je. .ajak semua orang buat solat hajat tiap2 hari lagi baik. kutip derma satu malaysia ke. sekarang x pulak mereka nak buat aktiviti bantu orang2 palestin sedangkan mereka masih lagi sengsara.. tujuan dah baik namun caranya x berapa betul. Nampaknya MPP tidak berfikir degan bijak. Lu pikir la sendiri

Klik utk membaca lebih banyak komentar hangat di UMP life~

http://www.umplife.com/ump-news-f28/majlis-perwakilan-pelajar-universiti-malaysia-pahang-t871-0.htm

3 comments:

  1. salam..terfikir,kenapa aku dan yang lain tidak seberani kamu wahai suffi.Sebagai junior aku sangat respect pada perjuangan kamu.semoga terus sukses diluar.

    ReplyDelete
  2. perjuangan ni memerlukan sokongan semua, kalau semua cakna, maka perjuangan ini akan lagi bermakna, tp bukan semua yg akan cakna. rase2 kalo nk bg mahasiswa cakna, tgu la yuran naik ker, pe ke... masa nih bru mahasiswa akan bangkit.. tapi adakah sekadar isu2 dalaman? macam mna pula dengan isu gejala sosial di malaysia? apa respon mahasiswa? apa peranan kita sebagai golongan inteletual? adakah kita sama sahaja? masalah pelajar sekolah sekarang? apa peranan kita sebagai abang dan kakak? ke kita nk tgk adik2 kita tu hanyut... peduli bukan bermaksud kita ni berpolitik, tp apa yang kita nk bantu generasi adik2 kita generasi kita yg akan satu hari nnti mjdi kepimpinan negara..
    kalau nk thu keberlangsungan sesuatu bangsa, lihatlah pada generasi mudanya sekarang..
    Berdasarkan kenyataan tu, apa yg terfikir dlm otak kita? buang bayi? anak luar nikah? clubbing? mcm2 kan? ayuh mahasiswa, kerahlah keringat, jd la mahasiswa peduli...

    org akan lupa apa yg kita beri,
    org akan lupa apa yg kita ckp,
    tp,
    org akan ingat apa yang buat mereka bahagia...

    ReplyDelete
  3. Perjuangan di kampus,dgn masyarakat dan sebagainya memerlukan satu doktirin aideology dan usaha serta pengalaman yang jitu lagi tersusuun. Indikator jelas ialah sejauh mana Pemimpin Mahasiswa menyusun strategy,mengembangkan ideology dan meletakkan idealisme jauh kehadapan.

    Kami Mantan Pemimpin Mahasiswa di UMP hanya meneruskan kesinambunagan kuasa Mahasiswa yang sangat besar dan bisa menjatuhkan regim Pemerintah,apatah lagi HEP n Univeristi.Kita bisa memeberikan sesuatu yg baik kepada Mahasiswa dan Universiti~

    Susunkan langkah,tekadkan usaha dan mulalah bertindak! Salam perjuangan drpd TTT buat semua Maahsiswa yg terus segar dgn Idealisme dan membantu perjuangan ini.

    Ingat,Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli!

    Hidup Mahasiswa!

    ReplyDelete