Wednesday, October 20, 2010

Kemanakah Hala Tuju UMP & Nilai Teras yg semakin Dipinggirkan!




1. Usia TTT di UMP(Dahulu dikenali sebagai KUKTEM) hampir mencecah 4 Tahun. Bermula sebagai Mahasiswa Tahun 1 sehingga kini,UMP masih memerlukan ruang perobahan yang sesuai dengan Nilai Teras UMP yang pada hemat TTT semakin hari semakin tenggelam dek zaman. Kita tidak pasti dimana kesilapannya? Adakah berpunca bertukarnya Naib Canselor maka berubahlah Polisi dan kesungguhannya? Atau sikap segelintir Sang Penguasa yang lelah dengan Nilai Teras UMP yang begitu retorikal dan tidak bersesuaian dengan realiti budaya kerja UMP itu sendiri? TTT tiada jawapan,maka apa yang labih bermakna bagi TTT ialah kita perlu kembali kepada fokus sebenar kewujudan UMP itu sendiri dan 'bring back the soul of University' ke dalam warga Kampus. Kembalilah kepada penghayatan Nilai Teras UMP itu sendiri!

2. Apakah ia Nilai Teras UMP dan Kenapakah Ia amat penting sekali bagi setiap warga UMP?

TTT tegas  mengingatkan kepada Naib Canselor, seluruh Pengurusan Tertinggi Universiti,pegawai-pegawainya dan seluruh Teman2 Mahasiswa bahawa kita tidak boleh berganjak sedikit pun dengan hala tuju dan Nilai Teras UMP ini. Kewajaran ini mestilah diterjemahkan melalui komitmen Pentadbir UMP terutamanya iaitu sebagai punca kuasa untuk melakukan program-program yang benar-benar bermanfaat kepada pembentukan modal insan dan kebaikan kepada UMP itu sendiri. TTT amat kecewa dengan prestasi beberapa siri program UMP yang dikelolakan sama ada di peringkat Pejabat Naib Canselor atau mana-mana jabatan yang kadangkala amat dangkal sekali untuk dibawa ke dalam tempat bernama UMP ini. Cth:

i. Berlambaknya siri-siri hiburan/nyanyian/karoeke di setiap acara makan malam/Dinner Konvokesyen amat merisaukan jiwa TTT. Sebaiknya,usahlah Pentadbir UMP memperlihatkan perilaku terdesaknya untuk mengampu 'sesetengah' pihak seperti Ahli Politik dengan menggadaikan tempat mulia ini dengan acara2 murahan. Sudah lah begitu,Majlis-majlis Ilmu dipinggirkan,Program-program memupuk budaya intelektual semakin pupus di Bumi UMP terchenta ini. Pandnagn TTT tegas,andai ia tidak bermanfaat dan tidak selari dengan Nilai Teras UMP maka hormatilah walau siapa pun anda! Ini UMP dan punyai Nilai Teras yang wajar dipatuhi tidka kira siapa pun anda!

3. TTT sempat berbicara dengan beberapa tokoh pengurusan UMP yang menyatakan suasana kini di UMP amat berlainan dengan suasana ketika KUKTEM mula ditubuhkan. Sebagai contoh,Isu bacaan Ayat Al Quran sebelum bermula nya Konvokesyen dihapuskan sama sekali. TTT ingin mempersoalkan Pengurusan UMP kini,mengapakah ia ditiadakan?Atas faktor apa bacaan Al-Quran ini dihapuskan walhal KovokesyenHubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta. Sebelum2 ini tiada masalah. Adakah bacaan Al Quran akan menghilangkan status kita sebagai Universiti Berfokus? Bukankah bacaan Al Quran amat mendekati Prinsip Nilai Teras UMP yang pertama iaitu Hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta.

4. Budaya kerja para staff dan Pegawai UMP amat menduka citakan.Seingat TTT, kita mempunyai Pelan Transformasi yang digagaskan oleh Dato' Naib Canselor kita dengan harapan dapat menigkatkan mutu kerja dan sistem penyampaian dan perkhidmatan di UMP ini.Malangnya, kita dapat lihat secara jelas karenah birokrasi sekali lagi mematikan usaha murni UMP. TTT mendapat meklumat sebagai contoh Pegawai di JHEPA selalu tiada,staff keluar makan sesuka hati dan budaya kerja yang sangat lambat.Tidaklah TTT katakan semuanya tetapi hakikatnya bila kita melihat kembali suasana di Gambang amat ketara sekali. Ada yang breakfast sehingga jam 9.30pagi( ini kes staff bukan lecture),menghisap rokok secara terbuka,keluar office sehingga balik lewat.Terjejasnya ialah urusan orang lain seperti Mahasiswa itu sendiri.  Persoalannya, dimanakah amanah dan disipilin penjawat awam UMP? Adakah stigma 'kerja kerajaan biasalah bro' ini benar dan tepat sekali? Nah, suka atau tidak,inilah hakikat sebenar. Inilah kegagalan pemantauan oleh Pihak Naib Canselor dalam memastikan mutu penyampaian dan perkihidmatan di UMP berada dalam keadaan terbaik. 

5. Berbalik persoalan kita,kemanakah UMP mahu membawa diiri ke era menjadi Universiti Teknikal berteraskan kompentensi bertaraf dunia walhal kepincangan baik di sistem penyampaian dan mutu akdemik UMP tidak terjaga sepenuhnya. Kita tidak memanfaatkan program Softskills sebagai contoh untuk melonjakkan Mutu Mahasiswa kita. TTT sendiri berbicara dengan bekas koordinator Softskills iaitu Puan Haslinda(dulu lebih sinonim dengan Miss Has),beliau berkata dahulu peruntukkan untuk Program Softskills sangat banyak sehinnga banyak keperluan dari sudut modul dapat dilaksanakan untuk kebaikan Mahasiswa.Kini,Program Soft Skills hanya indah khabar dari rupa. Ia bersifat public lecture semata sehinga ada yang berasakan Speaker yang dijemput oleh pengurusan Sftskills hanya membaca slaid dan beromong kosong di hadapan tanpa mempedulikan respon Mahasiswa.( Yang outstanding hanya Puan Haslinda dan En Podzi). Dimanakah peruntukkan besar sebelum ini? Adakah Pihak Pentadbir UMP terutama Naib Canselor cuba menghadkan potensi Soft Skills sebagai nadi utama kepada pembentukan Modal Insan Mahasiswa UMP???

6.TTT dan teman seperjunagan berasa kepincangan ini harus diberi perhatian serius terutamanya Sang Penguasa dan pemimpin Maahsiswa. Isu yang menyentuh prestasi akademik,pembangunan pensyarah dan Maahsiswa,program-program diskusi dan Wacana Ilmu dan hak-hak Maahsiswa amat sedikit sekali disentuh.Yang banyak hanyalah program besar/majlis keraian yang menampakkan kita sedang MENGAMPU,menunjukkan kedangkalan kita sebagai Gedung Ilmu, Institusi Ilmu dan sebagainya.Suka atau tidak,terimalah hakikat bahawa Mahasiswa kita bukan seperti Mahassiwa yang diungkapkan oleh Profesor Abu Bakar dalam bukunya Mahasiswa Menggugat. Peranan dan pembangunan Maahssiwa menjadi teras kepada pembangunana negara akan terbantut sama sekali andai budaya di universiti tidak diubah baik di peringkat tertinggi sehingglah ke bawah.Renungkanlah dan Berubahlah~

7.Kita hidupkan kembali Nilai teras UMP dan perhebatkan Wacana untuk memperhalusi pelaksanaannya di Bumi UMP terchenta ini. UMP milik kita semua! Salam perjuangan daripada TTT.

TTT Mahasiswa Peduli
Khamis 21 Oktober 2010
Kolej Kediaman Ke-5
Universiti Malaysia Pahang Darul Pekan.

4 comments:

  1. salam.. TTT pnah bce x pasal prkara ni: http://www.facebook.com/?ref=home#!/permalink.php?story_fbid=161170763910258&id=100000403932881 ? xpuas hati btul dgn pengurusan ump ni..budget pelajar yg bt program susah sgt nk approve.. phak atasan pegi membazir xde hal pulak..

    ReplyDelete
  2. stuju dgn aya...klu student nak buat program, die buat alah kadar je..kalau diorang nak buat program..grand gile..smpi sy tertanye2 diorg ni mkn duit student ke...

    ReplyDelete
  3. pujangga malam....October 21, 2010 at 1:53 AM

    saya setuju dengan pendapat saudara n saudari tadi..saya dari awl sem mintak ditubuhkan sebuah kelab yang juga diperkenankan oleh dato NC sendiri tp sampai sekarang masih tiada respon..dah bnyak kali ulang alik dari jhepa ni..macam2 alasan mereka bagi..pasal bajet xde r ituah inilah..menjatuhkan semangat mahasiswa sahaja..bila kita nk buat benda baik macam2 halangan mereka bagi..bila buat perkara xbaik tahu pun marah...
    pegawai plak seperti yang TTT Katakan.selalu xde dalam pejabat,keluar ntah kemana..waktu office selalu xde..menyukarkan urusan pelajar tahu x..dah r kelas kat pekan..kalau nk berurusan mereka xde..mane nk cari mase lagi..
    pg jhepa staf ckp pagi2 pegawai memng xde dalam office..kalo nk datg,datang r waktu petang..itu pun time dah nk balik...ape sume ini...

    xk

    ReplyDelete
  4. Saya juga menyokong...bukan apa, banyak birokrasi sepanjang saya berada di ump ni...banyak kali juga saya ke jabatan-jabatan di ump untuk berurusan dengan staff yang berkaitan, tapi staff tersebut keluar makan, sedangkan jam baru menunjukkan 8.30 pagi..lepas tu, saya minta staff yang ada di jabatan tersebut untuk meninggalkan no telefon saya,tapi tiada respon dari staff tersebut..
    banyak alasan mereka seperti sibuk, banyak kerja,ada meeting, tapi ada je masa keluar makan sampai 1-2 jam...

    waktu pagi, memang penuh kedai restoran arab(warung keluarga) dengan staff ump..apa mereka buat?makan, sambil borak2 pjg...

    perkara ini perlu diambil berat sebenarnya untk memastikan kerja kita berkualiti..buat apa dapat persijilan mengarut2 padahal kerja pun sambil lewa...

    p/s : saya cadangkan TTT meletakkan widget share di facebook supaya orang lain dapat membaca juga...

    terima kasih

    ReplyDelete