Monday, September 6, 2010

Bukan Dodol yang dimahukan sangat,Tetapi Silaturrahim Terjalin yang Berharga!


1. Ketika artikel ini ditulis,Umat Islam sedang mengikuti Ibadah Puasa hari ke 27. TTT yang baru pulang ke kampung halaman di Hulu Langat selama 2 hari( Sabtu,Ahad) amat bererti. Manakan tidak,kita berpeluang masak masakan tradisional melayu iaitu dodol. TTT akur bahawa tidak ramai anak muda Melayu-Islam berpeluang mempelajari masakan dodol apatah lagi mengetahui secara detail bahan utama dodol kerna budaya membeli dikalangan Rakyat Malaysia amat tinggi.Apa nak susah-susah,beli jer kalau mengidam! TTT mengikuti dengan penuh teliti proses menghasilkan dodol. Bawa mak ke kedai Pekan Batu 18 Hulu Langat untuk kisar kelapa dan perah santannya dengan tangan sendiri amat melelahkan.20 biji kelapa diperlukan dan santan sangat diperlukan sebagai bahan utaman selain tepung pulut,gula kabung dsb.

2.Itu kita bicara mengenai prosesnya,TTT cuma ingin berkongsi dan bertanya kenapa Orang Tua dahulu kala berhempas pulas menyediakan dodol dan ia merupakan proses yang memenatkan,panjang masanya. Terfikir TTT bahawa zaman sekarang kita beli jer,tak payah nak buat dodol ker,lemang ker,wajik ker n etc.Semua ni memenatkan.Bila TTT dan sekeluarga membuat sendiri dodol,baharulah TTT sedar betapa pentingnya dodol kepada strata masayrakat orang melayu. Bagi pandnagan TTT,bukan dodolnya yang dimahukan sangat tetapi muafakat dan silaturrahim yang terjalin semasa proses membuat dodol amat terserlah. TTT bergilir gilir dengan abang Ipar,pembantu kebun TTT(orang Indonesia,Mamuk Ramadan) untuk ber'gadoh' dengan dodol. Istilah orang Melaka mengacau dodol ialah ber'gadoh'.Kasar betul. Bukan tugasan mudah mengacau dodol apatah lagi bila sudah masuk ke ja terakhir.Dodol bertambah likat,kekuatan tangan amat memerlukan. Petua nak tahu dodol dah siap masak ialah bila diangkat dengan Pengacau dodol,maka mudah diputus dodol dan boleh digulung gulung. Nah,hampir sudah masuk ke jam terakhir,kita tidak boleh leka.Mengacau dodol mesti konsisten dan ada cara dan gayanya.Jika tidak,hanya penat tangan semata.

3.Kesempatan menghadapi 10 Malam terakhir ini kita lakukan sebanyak mungkin ibadah yang termampu.TTT berpesan kat mak yang buat kuih tak salah tapi jangan sampai lewatsolat dan tak solat terawikh.Biarlah solat 2 rakaat terawikh asalkan kita niat ikhlas nak ambil keberkatan 10 Malam terkahir Ramadan Kareem ini. Sememangnya budaya Ummat Melayu meyambut dan meraikan 'Idulfitri bagitu teruja. Kita dipenuhi dengan lemang,dodol,ketupat,rendang dan sebagainya sehingga terlalu sibuk untuk munajat kepada Allah. Tidak TTT berpendapat salah cuma tak kena tempatnya.Kemeriahan wajar dirai tetapi jangan ibadah dikurangi takut takut kita alpa.wallhualam.

4.Kesempatan waktu sampai di Bumi UMP Gambang tatkala semua Mahasisswa tempatan sudah pulang ke kampung halaman amat bermkna.Masjid UMP Gambang di penuhi oleh Keluarga Pelajar dan Pensyarah daripada negara Serumpun dan negara lain. TTT berasa kagum dengan semangat dan method Pak Endonessy yang membawa seluruh ahli keluarga mereka termasuk anak kecil iktikaf di Masjid dan bersahur bersama-sama. Inilah sunnah Rasuliullah yang perlu kita raikan. TTT berazam jika punyai keluarga,anak isteri pasti TTT bawa ke Rumah Allah dan kita iktikaf sama-sama.Bila jam 5pagi,Pak Endonessy iaitu Pak Anwar dan Dr Sugeng serta kumpulan pelajar antarabangsa yang lain makan sahur masakan mereka sendiri dengan talam bersama sama.Kebetulan TTT berada di Masjid turut sama dirai.Alhamdulillah,inilah keberkatan Ramadan Kareem. Tiada sengketa,tiada beda sama ada Malaysia,Indonesia,Iraq,Pakistan dan sebagainya,kita semua makan sahur berdama,iktikaf di Masjid bersama dan sama sama meraikan Malam terakhir Ramadan.

5.Marilah kita ambil pengajaran dalam setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita.Anak muda terutama Mahasiswa wajar ambil kesempatan 'Idulfitri agar kita ziarah menziarahi,kenal saudara mara,sepupu sepapat dan sebagainya,bertandanglah kerumah orang yang lebih tua dan bertanyakan khabar serta bergurau senda,inilah Nikmat bersaudara yang jika kita tidak ambil berkatnya,rugilah kita. Semoga perjalaan TTT dan kita semua di atas muka bumi Allah mendapat naungan-Nya.Wallhualam.

Selamat Hari Raya 'Idulfitri Maaf Zahir & Batin

TTT ialah Mahasiswa Peduli!

1 comment: