Tuesday, August 17, 2010

Nota Buat Pejuang Mahasiswa di Bulan Ramadan Kareem

1.Hari ini genaplah seminggu Umat Islam berpuasa di Bulan Ramadan. TTT dan teman2 seperjuangan mengahrungi kehidupan Ramadan dengan suasana baharu di UMP Pekan terchenta. Ramadan yang di dalamnya terkandung 1001 ganjaran pastinya tidak akan dilepaskan oleh kita semua. Surau FKM yang fully air conditioned amat memberi kesan besar kepada Mahasiswa di Pekan ini.Bumi Pekan sangat bertuah kerna dikelilingi suasana Pantai yang harmoni,gerombolan Lembu,Kerbau dan kambing yang berkeliaran sehingga masuk ke kawasan Kolej Kediaman.Amat lucu bukan? Ini semua amat unik bagi TTT dan teman seperjuangan mengharungi kehidupan yang kegersangan di UMP Pekan.

2.Selepas berbuka puasa berhampar tikar getah,TTT dikelilingi oleh beberapa tokoh Pimpinan Mahasiswa di UMP Pekan ini. Kelibat Presiden Mechapro Sdr Mamu,Presiden EEES & Timbalannya Faris dan Fathi, Presiden PEKA KK5 dan teman2 lain amat mengujakan TTT.Inilah kali pertama TTT dapat bersua dan berbincang mengenai Hal Universiti(secara tak sengaja) bersama sama teman Pimpinan Mahasiswa. Entah kenapa di mana silapnya,walaupun TTT dan teman2 seperjuangan sedaya upaya mengelak diri daripada campur tangan hal Politik Kampus UMP,tetap jua kami Mantan Pimpinan Mahasiswa ,mendapat tempias.Apatah lagi bila mana ura ura Sesi Dialog & Rapat Umum mengenai Kafeteria KK5 ditangguhkan atas sebab teknikal(nak tahu apa sebab sebenar tanya Mamu n the gang).

3.Sdr Presiden Mechapro menyuarakan tidak puas hati Pimpinan Mahasiswa di Pekan dengan beberapa siri perang dingin dengan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Untuk pembaca blog TTT yang masih belum mengetahui,TTT ialah Mantan MPP sesi lepas.Jadi TTT menerima secara terbuka segala luahan dan isi hati beberapa Pimpinan Mahasiswa terutama daripada Mechapro dan EEES dengan prestasi MPP sesi baharu. TTT hendak menegaskan bahawa menjadi Pimpinan MPP amat payah kerna semua orang akan mengharapkan kita menyelesaikan masalah walaupun sekecil kecil masalah. Ini normal. Pemimpin mesti berjiwa rakyat dan menyelami denyut nadi Rakyatnya.Dalam konteks di Universiti,rakyat pastilah Mahasiswa.Bukannya Pegawai JHEPA dan seantero dengannya.

4.Ketiga tiga figura Pimpinan Mahasiswa baik di Mechapro,EEES dan PEKA KK5 mengeluh panjang dengan karenah birokrasi yang sering dikenakan oleh Pimpinan MPP. Pendapat dan nasihat TTT ialah sebagai Pemegang Amanah terbesar Mahasiswa iaitu MPP,kita mesti bersedia menghadapi dan berhadapan dengan Mahasiswa. Mesti terbuka dan paling penting sekali ialah mengurangkan Birokrasi sebaiknya. Contoh,TTT mendapat aduan mesti ada hitam putih dan mesti jemput 3 hari sebelum program atau mesyuarat.Apa ni? Takkan sesama Pimpinan Mahasiswa kita wujudkan barrier yang pastinya amat menyusahkan semua.

5. TTT dengan terbuka ingin memberikan nasihat kepada Pemimpin Mahasiswa tidak kira MPP,Persatuan Fakulti dan Kelab Persatuan bahawa kita mesti tahu apakah prioriti persatuan kita ditubuhkan. Siapakah pemegang taruh yang wajar kita beri perhatian. Di mana-mana universiti di Malaysia atau luar negara, faktor priotitizing amat mendesak bagi Pimpinan Mahasiswa dalam memastikan prestasi kita sentiasa konsisten. Pemimpin Mahasiswa wajar punya kebijakan dan Idealisma dalam berhadapan dengan masalah dan situasi bukannya memberikan alasan demi alasan.Ini semua pasti amat melelahkan Mahasiswa yang sentiasa memerhati prestasi kita.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang Sesi 2009/2010

1. TTT sebagai abang atau insan yang bergelumang sehingga kini dengan Poltik Kampus amat memahami keadaan yang dialami oleh teman2 Pimpinan MPP sekarang. Kita jarang berjumpa malah TTT berani menyatakan bahawa TTT dan pimpinan MPP sekarang hampir tiada pertemuan empat mata membincangkan isu semasa dan nasional.Mungkin kerna kesilapan TTT sendiri yang terlalu agresif dan Idealis sehingga kurang selesa oleh Teman Pimpinan MPP sekarang yang diketuai oleh Sdr Presiden, Aedlan. Tidak kisah lah cuma TTT dan teman seperjuangan di dalam MPP berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Modus Operandi Gerak Kerja MPP. Adakah anda semua sudah salah menerima nasihat?Sudah termakan 'budi' oleh sesetengah Pihak sehingga lelah Idealisme Mahasiswa Peduli yang kita dokong bersama-sama sewaktu Kempen Pelihanraya dahulu? Atau tidak mahu dibayangi oleh zaman kami yang tidak seberapa ini? TTT tidak ambil kisah snagat cuma apa pun KUASA ada di tangan anda. Kuasa tidak akan ada gunanya jika tiada keberanian yang bisa menggugah sesuatu perkara.Keberanian hadir daripada Idealisme yang memuncak memperjuangkan sesuatu isu dan sebagainya.

2.Pendirian TTT dan teman2 seperjuangan amat konsisten dengan Idealisme Perjuangan Mahasiswa. Sebagai Pimpinan Mahasiswa tertinggi di Universiti,kita mesti bersifat Non-Partisan dan menjunjung tinggi siapa yang mengangkat kita sebagai Pemimpin Mahasiswa. TTT minta dengan cara baik dan cuba menulis dengan seadil adilnya agar Pimpinan MPP dapat membuat koreksi diri dan merenung kembali Idealisma yang kita junjung bersama-sama. Perang persepsi  mengenai MPP di kalangan Mahasiswa amat membarah. TTT khuatir kita hanya fokus pada isu picisan/program2 murahan sebaliknya isu hakiki yang melanda jiwa mahasiswa tidak dihayati dan diperjuangkan.

3.Tulisan ini tidak bermakna TTT bersifat offensive semata dan seperti tidak endahkan keperitan yang dialami oleh Pimpinan MPP sekarang. Perjuangan Mahasiswa sewajarnya terus kebal di dalam jiwa TTT dan teman seperjuangan. Kami yang rata ratanya sudah Keluar Universiti menjalani Latihan Industri,TTT dan teman2 yang berada di Pekan dan sebahagiannya di Gambang amat bimbang bahawa Kepimpinan Mahasiswa tidak bisa menongkah arus dan bersifat kritikal kepada sesuatu isu. Ingat,dalam mana2 sejarah Pimpinan Mahasiswa daripada era 60 an sehingga kini,Pimpinan Mahasiswa secara simboliknya bersifat anti-establishment,bersifat kritikal dan pendesak dan paling penting mempunyai keazaman dan Idealisme setinggi gunung Everest dalam menyusuri kehidupan.

4.TTT menyeru agar sesuatu perlu dilakukan.Sesi Dialog & Rapat Umum yang cuba dianjurkan oleh Mechapro,EEES dan PEKA KK5 mengenai Prestasi Kafeteria KK5 telah ditangguhkan. TTT ingin memuji kerna sekurang kurangnya punya usaha untuk Pemimpin Mahasiswa di peringkat fakulti dan Kolej Kediaman bersuara. Jangan fikirkan sangat kesan kerna ia hanya membantutkan budaya demokrasi segar di kampus.Asyik-asyik fikir tentang apa kesan tapi tiada tindakan drastik dan kritikal di buat.Ini masalah yang perlu diatasi bersama sebagai Pemimpin Mahasiswa.

5.Pandangan dan nasihat ini lahir daripada TTT sendiri dan terpulang kepada Pimpinan Mahasiswa menerima atau membakul sampahkan nasihat ini. TTT dan teman seperjuangan hanya Mahssiwa Peduli yang sayangkan Perjuaangan dan Idealisme segar Mahasiswa.Jangan kita sendiri yang menguburkannya....Ibarat Untung sekarung Rugi Seguni. Hidup Mahasiswa!

TTT ialah Mahasiswa Peduli.Anda yang membaca bagaimana?

6 comments:

  1. mahasiswa peduli mendokong nasib kami,
    MPP diagungi untuk melindungi,
    salah siapa usah dicari,
    kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi... wahai MPP UMP

    ReplyDelete
  2. tak sangka politik kampus UMP dah jadi macam ni masalah nya. ape pun, aku harap hal ni tak berlarutan la sebab sekarang ni pun UMP tak berapa nak stabil. kalau MPP pun tak stabil dengan persatuan2 lain..haih. tak tau la nak jadi camner nanti.

    ReplyDelete
  3. kadang2 bla pemimpin dah berada di ats .. mereka lupa utk memendang ke bawah.. mereka dipilih dan di undi oleh pelajar bukan lah sekadar untuk mencari populariti dan keistimewaan dari phak universiti.. ttapi perlulah menggalas t/jwab dan amanah sebaik nyer.. ingatlah apa yang telah anda lakukan sepanjang anda menjadi pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum n salam sjahtera.. mgkin ini hnya skadr pndngn sy sbg seorang senior dan jg orang yg prnah diberi peluang utk merasa berada di barisan kepimpinan mahasiswa satu ketika dulu. sy prcaya setiap perjuangan kepimpinan mahasiswa yg silih brganti mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Soalnya bagaimana hendak mempertingkatkan kekuatan dan menutup lompang kelemahan yang ada dalam melahirkan standard kepimpinan yang mampan..itu yg perlu difikirkan.. sbg pemimpin mahasiswa kta dipilih oleh mahasiswa dan kita turut dinilai olh mereka.kita prnah brjanji utk memprjuangkan hak mereka.. kta pernah brjanji utk berdiri brsama mereka..tapi adakah sekadar janji utk mnjual diri mnta diundi. dan akhirnya kita membiarkan mahasiswa itu terkapai sendiri,,.. setiap masalah psti ada jln pnyelesaian.. setiap pmntaan psti ada alasn .. dan setiap tndakan psti ada akibat.."memimpin itu adalah menderita" fikir dan renungkanlah..

    ReplyDelete
  5. Sangat tidak puas hati dan kecewa apabila ada MPP yang terkejut rupenye di UMP masih ada isu yg belum diselesaikan, mentang2 baru pas balik jalan2 melawat 5unibersiti... punye belambak, boleh tanye orang lain balik ape bende isu yg x selesai lagi..cehh... tu la, selesa sgt mpp kite ni..

    ReplyDelete
  6. mpp kite just bangga dgn title pemimpin dorang aje.. padahal xde pape yg dorang buat pun.. kadang2 lebih sudu dr kuah..

    ReplyDelete