Wednesday, August 4, 2010

Konvensyen MPP Se-Malaysia di Esset Bangi 2010



1.Minggu ni sehingga 8 Ogos 2010 bermula lah Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) 2010 yang diadakan di Esset,Bangi. Teman-teman kepimpinan Mahasiswa akan berkonvensyen,mendengar beberapa siri ceramah dan forum,berdiskusi mengenai isu semasa dan universiti serta bertukar tukar pandangan. Pada hemat TTT,di sinilah platform kepada Pemimpin Mahasiswa mengasah pemikiran dan ketajaman sensitiviti kepada perkara yang melibatkan kebajikan Mahasiswa.



2.TTT hendak memberi beberapa komentar apakah sebenarnya Makna Konvensyen dan sewajarnya apakah yang perlu dilakukan oleh Pemimpin Mahasiswa. Seharusnya,kesempatan masa terluang ini Pemimpin Mahasiswa memperkemaskan gerakan dan Idealisma Mahasiswa. Tujuan kita sebagai Ahli Pemimpin Mahasiswa mestilah menyerlahkan kepimpinan kita dan deliver dalam tugasan kita kepada Mahasiswa dan masyarakat.

3.Pemimpin Maahasiswa wajar respon tentang beberapa isu berbangkit agar mendapat perhatian seterusnya di bawa ke Mesyuarat Kabinet Kerajaan Persekutuan:


  • i) Isu Mahasiswa Berpolitik,Pemimpin Mahasiswa terutamanya Jemaah YDP perlu selaras dan sekata dalam membahaskan isu ini agar kepentingan generasi Kepimpinan Mahasiswa pada masa hadapan terus berkembang maju.Pemimpin Mahasiswa wajar tampil kehadapoan,membentangkan syor dan memberi kata putus untuk memastikan Mahasiswa terus kekal relevan di Arena Politik arus perdana. Pemimpin Maahsiswa tidak perlu menunggu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah melakukan semuanya seorang diri.Malulah maruah Pemimpin Mahahsiswa tidak tahu HAK yang telah dilindungi Perlembagaan Malaysia.




  • ii)Beberapa isu semasa yang panas melanda rakyat terbanyak seperti kenaikan harga barangan 5 serangkai,penarikan subsidi dan isu yang menyentuh kepada Rakyat Terbanyak.Pemimpin Mahasiswa wajar memberi pandnagan,cadangan dan desakan supaya Pihak Kerajaan berbuat perkara yang sewajarnya. Masalah gejala sosial masih lagi menghambat Masyarakat Umum. Cadangan Hukuman Mati kepada Pesalah Rogol Kanak2 wajar dijadikan satu batu loncatan kepada penelitian semula undang2 Manusia dan kembali melaksanakan Undang2 Tuhan Yang Esa.




  • iii) TTT masih percaya bahawa AUKU yang dipinda pada 2009 masih lagi memerlukan aplikasi dan penerangan secara terus terang akan beberapa kelemahan. AUKU dalam suka atau tidak,Mahasiswa wajar menginsafi bahawa Perjuangan Mahasiswa tetap diperlukan dan betapa pentingnya Suara Mahasiswa.




  • iv) Model Ekonomi Baru(MEB) yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak memerlukan penelitian semula daripada sisi pandangan Pemimpin Mahasiswa. Feedback daripada Pemimpin Mahasiswa amatr diperlukan agar pelaksanaanya berkesan.




  • v)Gagasan 1Malaysia yang menjadi Agenda Politik memerlukan perbahasan dan sisi pandang Pemimpin Mahasiswa supaya aspirasi Orang Muda dapat diterjemahkan.Sehingga kini,1Malaysia masih boleh dianggap sebagai satu retorik Poilitik kerna Dasar Pelaksanaanya memerlukan Poltical Will yang kuat daripada segenap aspek.




  • vi) Isu kualiti graduan di IPT awam dan swasta dan keboleh pasaran graduan di alam pekerjaan wajar juga dibangkitkan. Sepanjang pengalaman diskusi TTT di dalam arena Pengajian Tinggi ini,apa yang TTT sedar bahawa beberapa kehendak Pihak Kerajaan terhadap Universiti, Badan2 Akreditasi dan Industri jauh berbeda.


  •  Contoh: Latihan Industri 6 Bulan di Penhujung Semester yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Pahang dikritik hebat oleh Engineeing Accredition Council(EAC) kerna bertentangan dengan Washington Accord dan sebagainya. EAC sebagai badan tunggal memberi akreditasi kepada Program Engineering di Malaysia begitu angkuh dan kesannya UMP telah melakukan reverse action, iaitu melakukan sistem sandwich Latihan Industri iaitu di pertengahan semester. Pokoknya,Latihan Industri 6 Bulan di Akhir Semester yang diamalkan oleh UMP atau KUKTEM(nama dahulu) amat memberi kesan positif kepada respon Pihak Indsutri seterusnya memberi pengalaman yang sangat berjharga kepada Mahasiswa.EAC tidak menyokong,tetapi Pihak Industri menyokong,yang pening ialah Profesor2 di Universiti yang begitu terdesak mendapatkan Akreditasi ini. Kesan langsung ialah kepada Mahasiswa sendiri. Alahai~
4.Semoga pejalanan Konvensyen MPP 2010 kali ini mendapat manfaat dan berguna kepada Pemimpin Mahasiswa.

P/s:Kenapa Pandangan Mahasiswa ni penting sangat? Jawapan TTT senang sahaja,kerna Mahasiswa ada style dan gaya pemikiran yang sangat berlainan dengan arus perdana.Tak Percaya?Jom kita diskusi di Konvenyen nanti...Hidup Mahasiswa!

The Think Tanker

3 comments:

  1. Mengadakan latihan industri di pertengahan pengajian sebenarnya tidak membantu langsung, sayang 6 bulan itu disia-siakan dengan pelbagai kerja yang tidak bermanfaat. Selalunya pelajar tidak fokus belajar di tempat kerja berbanding latihan di akhir semesta.

    Mahasiswa UMP perlu bersifat responsif terhadap isu ini.Kaji dahulu implikasinya terhadap akridetasi EAC,pahami dahulu konsep pengiktirafannya agar mudah memberi respon terhadap kes ini.I-Allah semoga Allah sentiasa membantu anda.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bagaimana anda berikan banyak konklusi dari konvensyen tersebut??
    anda ada kah di sana??
    sekadar nak tunjuk MPM ke sana sini baik tak payah..

    dan dalam 6 perkara yang anda listkan..
    adakah MPM kita nyer betul2 faham dengan perkara tersebut..
    jangan hanya membawa ideologi hebat untuk mahasiswa..
    sedangkan MPM sendiri tak tahu apa itu MEB dan masih menganggap 1 malaysia sebagai mainan politik..

    ReplyDelete