Thursday, August 26, 2010

Isu Mahasiswa Menyertai Parti Politik...Dari sudut Pandangan TTT

Salam Mahasiswa Peduli


Terpanggil TTT untuk memberi sedikit pencerahan mengenai Isu Mahasiswa Berpoltik.

1.Premis yang sebenarnya untuk kita memerlukan Pindaan Auku bagi Seksyen 15(1a) ialah Membenarkan Mahasiswa MENYERTAI Parti Politik. Ini dibawa sebagai suatu cadangan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Cdangan ini adalah sangat bertepatan dengan tuntutan Perlembagaan Malaysia iaitu pada Perkara 119 Secara jelas menyebut bahawa Tiap-tiap warganegara yang berumur 21 tahun pada rarikh kelayakan berhak mengundi di dalam Pilihanraya. Cadangan Maahsiswa dibenarkan menyertai Parti Poltik ialah kesinambungan tuntutan perlembagaan ini.


2. Cadangan Mahasiswa dibenarkan menyertai Parti Poltik merupakan cadangan yang cukup jelas untuk menyuburkan dan mematangkan DEMOKRASI dengan cara meningkatkan partisipasi dalam membuat keputusan. Mahasiswa wajar diberikan pendedahan sebenar dan pendidikan Poltik Arus Perdana bermula di usia muda lagi. Kenapakah ia dihalang semata mata hujjah dangkal bahawa Mahasiswa perlu fokus pada pelajaran dahulu(Lihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin).Ini semua meunujukkan betapa Pihak Kerajaan sangat takut dengan wibawa dan potensi Maahsiswa untuk menggugat Kerajaan sebagai Third Voice.


3.TTT beranggapan bahawa Mahasiswa wajar diberi kebebabsan memilih dan menyertai Parti Poltik. Ini ialah HAK yang dijamin Perlembagaan. Cuma,TTT masih berasakan bahawa Pemimpin Mahasiswa wajar bersikap Non-Partisan dan memperjuangakan Agenda Mahasiswa secara Universal. Ini merupakan tuntutan yang membolehkan Idealisem Mahasiswa tidak akan dipesongkan dengan kefahaman Poltik Kepartian. Contoh: Walaupun si A ialah Ahli Parti UMNO,sebagai Pemimpin Mahasiswa,si A wajar bersuara dan berjuang sebagai Pemimpin Mahasiswa dan Idealisme yang universal. Ini penting agar Idealisme Maahsiswa terus relevan dan mempunyai nilai tersendiri.



4. Sebagai Aktivis Maahsiswa dan Mantan Pimpinan MPP UMP,TTT berasakan kita mesti mengetahui bagaimana ingin meletakkan peranan masing masing. Perjuangan Mahasiswa akan tetap dikenang dan diterima seandainya kita berjuangan dengan Idealisme sendiri,tidak berjuang berdasarkan warna kulit semata dan berjiwa besar.Kepintaran adalah anugerah tetapi Berjiwa besar ialah Usaha yang berpanjangan.

5.Secara tuntas, cadangan Mahasiswa dibenarkan Menyertai Parti Poltik ialah langkah tepat untuk menyuburkan kembali semangat demokrasi yang matang kepada generasi Muda.Selain itu,Pemimpin Mahasiswa akan dapat menguasai isu nasional dan antarabangsa dengan lebih jitu dan tepat pandnagan sisinya apabila banyak bergaul dengan orang yang labih makan garamnya. Soal Mahasiswa akan menyertai UMNO,PAS atau BN,Pakatan Rakyat bukan isu yang utama,Isu utama ialah Sejauh mana Mahasiswa akan mengambil Partispasi secara serius di dalam Politik Arus Perdana dengan membawa elemen Poltik Baharu,Politik Ilmu,Poltik Segar dan menyahkan fahaman lama iaiatu Poltik Ampu,Poltik Ragu...

"Biar Berdebat tanpa Keputusan daripada Membuat Keputusan tanpa Berdebat"


The Think Tanker ialah Mahasiswa Peduli

No comments:

Post a Comment