Thursday, July 22, 2010

Mahasiswa Kecewa Prestasi Kafeteria Kolej Kediaman Ke-5


  • 1. Pertamanya artikel ini ditulis atas dasar kesedaran dan Pedulinya Mahasiswa terhadap faktor sekeliling terutmanya yang melibatkan kebajikan Mahsiswa. Perbincangan dan perdebatan mengenai prestasi Kafeteria baik di Gambang atau di Pekan perlu terus dibahaskan dan di bincangkan kaedah penambah baikkan.Inilah masalah kepada sistem penyampaian di Universiti Malaysia Pahang. Mahasiswa secara rambangnya amat kecewa dengan prestasi dan harga Makanan,kebersihan dan pekerja serba serbi di Kafeteria Kolej Kediaman Ke-5.

TTT berharap bahawa senyuman bermakna dan ikhlas terpancar di wajah Mahasiswa UMP dengan prestasi Kafeteria Kolej Kediaman Ke-5...


  • 2. Antara yang menjadi bebanan dan aduan yang dilemparkan kepada TTT oleh teman2 seperjuangan ialah Harga Makanan dan Kualiti Kebersihan. Lalat menghurungi meja Kafeteria dan makanan tanpa ada tindakan susulan untuk mengurangkan jumlah lalat yang menghurungnya. Ini melibatkan kebersihan dan suasana Kafeteria itu sendiri. Kita sedia maklum bahawa Design Kafeteria amat tidak mesra kepada Pengusaha.Ruang masak dan penyediaan makanan yang sempit dan terhad.Lihat sahaja betapa susahnya Pengusaha Kafeteria menyediakan makaanan yg mencukupi kepada Mahasiswa.


  • 3.Bila habis sahaja Kuliah jam 1 Petang,hampir semua makanan di Kafeteria Kolej Kediaman Ke-5 habis. Inilah yang menjadi punca utama ramainya Mahasiswa yang berkenderaan keluar mengisi perut yang sudah berkeroncong. Kasihan. Ini belum lagi di  kira dengan harga makanan yang tidak menentu,mahal dan tidak berpatutan kepada Mahasiswa. Pihak Pengusaha Kafeteria Kolej Kediaman Ke-5 perlu sedar bahawa di UMP Pekan, pelanggan iaitu Mahasiswa pasti terjamin kerna jumlah yang ramai. Alangkah ruginya kesempatan perniagaan yang cukup berpotensi ini dihampakan dengan prestasi penuh kecewa.
Cadangan:

  • 1.Pihak UMP perlu meneliti kembali design Kafeteria Kolej Kediaman Ke-5 yang tidak mesra dan kesenangan kepada Pihak Pengusaha Kafeteria. TTT minta siberi ruang yang lebih besar dan kondusif untuk Pihak Pengusaha selesa dan dapat menyediakan jumlah makanan yang mencukupi kepada Mahasiswa.


  • 2.Pihak Pegawai HEP wajar memantau prestasi Pihak Pengusaha supaya menyeragamkan harga Makanan dan menjaga kebersihan Makanan dan Kafeteria daripada ancaman Lalat. Inilah cabaran utama sebagai Pemimpin Mahasiswa. Di UMP Pekan sendiri,siapa Pegawai HEP yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga dan memantau urusan UMP Pekan.Takkan hendak bertindak bila mana berlaku kes keracunan makanan,kes kecurian dan sebagainya baharu hendak turun padang.Sekali lagi TTT amat berasa hati betapa kami di UMP Pekan ibarat dipinggirkan dari sudut kebajikan.


  • 3.TTT merayu supaya Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) mengadakan Satu sesi Rapat Umum dan perbincnagan bersama seluruh warga UMP Pekan. Ini amat meruncing kerna masalah tidak cukup makanan,harga makanan naik dan tidak menentu seperti TIADA pembelaan yang wajar. Ayuh,usah berlengah lagi. Mahasiswa memerlukan satu suara bersama mendesak supaya perubahan positive dapat dilakukan.
Mahasiswa Peduli tidak akan pernah lelah dan jemu Memperjuangkan HAK Mahasiswa!

P/S: TTT mengalu-alukan kpd Teman2 Seperjuangan untuk menyuarakan komentar dan aduan melalui Blog TTT ini.

The Think Tanker
23rd July 2010

10 comments:

  1. Big Boss X-MPP 05/06July 22, 2010 at 5:46 PM

    aku dah agak masalah ni akan timbul bila aku tgk design kafe tue...tp x tau la...punya ramai engineer kat ump ni...x kan sorang pun x perasan...aku ada juga menyuarakan pendapat terhadap isu ni...cuma sapa nk dengar pendapat aku ni.....

    ReplyDelete
  2. bende yg sama brlaku kt kk4. dgn jumlah student yg beratus2 org,hnya sebuah kafe je yg buka, mn cukup? blm kira aspek keselamatan lg tu, tiap kali nk lintas highway tu kna mengucap dulu panjang2. stakat ade line kuning xde effect pn, at leat wt la bonggol ke 2 3 bijik,supaya kenderaan yg lalu tu slow bila smpai dpn kk4.

    ReplyDelete
  3. bonggol?

    tu kan highway.
    mane boleh buat bonggol.
    hati-hati je la.
    kerajaan akan buat jejantas kot ..
    aku pun kk4..
    nak x nk, kena hati-hati..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbth..

    satu lontaran dan pandangan yg sgt wajar utk dilontarkan oleh sahabat saya ini... memang benar, lauk pauk sering cepat habis, bayangkan hanya 2 kedai yang menyediakan nasi berlauk untuk 400-600 orang mahasiswa.. perkara ini sudah pun berlarutan selama 2 minggu harap pihak bertanggungjawab dpt mengambil tindakan tentang isu ini..

    Kemudian rakan-rakan serta saya sendiri pernah terbeli ayam yang busuk, tidak tahu ayam semalam ataupun cara basuhannya tidak bersih tetapi kualiti makanan itu masih lagi ditahap kurang memuaskan.

    Selain itu, harga di cafe sangat dimana sebagai contoh nasi + ayam seketul ( kecik je ) + telur mata = rm3.50 ... memang sgt terkejut kerana kalau di gambang atau sblm ini cume rm 3.00.. kemudian apabila ditanya kepada berapakah harga setiap satu makanan ini, lantas terus akak tu mengatakan " xpelah, rm3.00 je "... boleh pulak ubah2 harga sedangkan rakan saya sblm itu makan lauk dan nasi yg sama terkena untuk membayar rm3.50... harap tanda harga syiling seperti di cafe di gambang dapat dinaikkan di cafe pekan.

    Selain itu, apabila lauk habis maka mahasiswa di kk5 terpaksa order masakan panas untuk makan dan hanya 2 kedai sahaja yg menerima order daripada hampir 100-200 org dlm satu masa.. bayangkan masa yang perlu diambil untuk menunggu makanan itu siap..

    Setuju dengan cadangan2 yg diutarakan, cafe UMP pekan mestilah di'transformasikan' ke design yg lebih baik dan selesa dan pemeriksaan dan peti aduan untuk cafe hendaklah disediakan bagi memudahkan mahasiswa/i membuat aduan.. Sekian, wassalam. :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kpd responden mengenai isu Kafeteria Kolej Kolej Kediaman Ke-5. Kpd Sdr Ikhwanul Muslimin,inilah yang menjadi dilemma tersirat di jiwa sanubari setiap Mahasiswa. Mudahan Pihak Felo Kolej Kediaman Ke-5,Pihak Peka KK5,Barisan Kepimpinan MPM yg dedikasi dan Pentadbiran UMP Pekan peka terhadap isu ni.

    TTT yakin isu ini akan jadi Bomb Timing yg akan meletus drpd Pihak Mahasiswa andai tiada tindakan yg efektif diambil...

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  6. salam, sedikit celahan untuk kebajikan dan keselamatan di KK4. bonggol bule dibine kt jln tu sbb tu bkn jln highway. tu cume jln ke highway, tetapi ade la pro n kontra nyer. lebih byk kemalangan yang akan berlaku sekirenye buat bonggol kt jln tu. design speed utk jln jenis cm2 ialah 100km/h. tu br design. belom ambil kire keadaan pemamdu yang bwk lg laju dr tu. so, mmg xsesuai.
    jejantas, mmg jawapan yg paling berkesan utk masalah ne. tp saudare2 sume kene tau berape jumlah kos nak buat jejantas ne. kos buat jejantas sgt tinggi. sedangkn kafe depan post guard tu pon x 'mampu' siap ne kn nak buat jejantas.
    bg sy, utk kurangkn kos cara yg paling selamat ialah provide pedestrian traffic light n letak alert signbrd byk2..hrp perkara ne bule diketengahkn oleh pihak2 yg 'berkuase'. dan sy hrp perkare ne bule dikaji lagi.

    ReplyDelete
  7. Ribina!! u should thank to God u have better than my university.. we just opened, cafeteria not good, no place sport , no internet wireless nor wired. must go outside restoren then get internet.(maybe got wireless soon). I've been to UMP for national invitational program. very nice n good. chemical lab very nice, bus very nice. to good to compare to my university (i cannot mension my university) ---> (but i like also my university X) I love U!!! u r the best thing after my macbook--> my parent ofcause the 1st, then goes my little sister Hello shasha!! n my baby brother hello cuty2 Yip!! akoh will come back soon!! I love u All!!)

    I wish i can be one of UMPians. but Im not.
    I know its kinda hard to be among the first to develope a thing. we jus need to be deplomatic, n negociatable.. dont just know 'rapat2 umum' making things like very terible. u know the best way to negociate. otherwise u the type agrassive 1, i did not say that, being aggresive is not good. but sometimes not proper.. In buddha, belive in hardship, will gain something. there must be something for the christ or for the muslims.

    Be tough brother. 1 Malaysia!!!

    ReplyDelete
  8. haha this CHONG guy is siyesly sum1 intresting.. love reading ur comment.. there is no rite n wrong in giving own opinions.. but on behalf of umpians.. i do think we deserve 2 be treated better.. why do da world becomes better..?? it is bcoz there always a person who strive to gain more n more out of this world..

    if every1 juz satisfied having candle 2 lite up our night.. mb until 2day we wont have light bulb if there is no one like thomas edison..

    we do believe ump can provides us wif btter facilities.. it is juz that they really care or not.. dats might be the real problem.. MPM cud serve us student as they promise if they realy become one for the sake of students.. if they become MPM juz for themselves n giving sweet words only.. so there r no difference of having them as representative or not..

    watever it is.. this is only my opinion.. juz like others.. sory if i'm interupting..

    ReplyDelete
  9. ChONG,I do enjoy ur comment.Tq for your respons. I do respect.Instead,I do thankful for what I'd experienced in UMP. UMP is remain the best University for me.huhuh.

    Rapat Umum is a part to practice the democracy system and iti is an effective way to attract the whole community to understand the issues and last but not list,action fast taken. I'd experienced during my time host a Rapat Umum for the Kafeteria KK1. Neway,tq and Mahssiswa shouldnt static but be more Dynamic for the sake of nation! TTT Mahasiswa Peduli!

    ReplyDelete
  10. Salam to all UMPians and epecially to UMP Mgmt team responsible for the HEP n Facilities n Properties . I am an outsider but in d due course of my work I have visited many other IPTA such as UM, UPM, USM,UTM, UiTM etc...and I think UMP is the worst off in term of taking care of their graduates well beings and providing facilities for their students especially cafeteria favilities.!
    UMP need urgent Transformation and PIC need to change your mindset and attitude ! You are paid to serve not to be the Masters ! Ia adalah satu amanah !
    Some of the clerks in the admin and HEP are quite rude to the student, mcm tak sedar diri je...
    I always like eating at university kafeteria bcos the price is reasonable, simple food and most important it brings me back the nostalgia as unuversity student long time ago. But at UMP main campus at the exitof LPT Gambang, the kafeteria condition is just like food stall for the contract workers at construction sites.
    You may say its temporary... tapi bila nak siap?? dah berzaman .. tak siap2 .For the past 12 months I have completed 10 major construction projects for my company, tapi kafeteria UMP tak siap siap...!(i am not a contractor but just PIC for the project in my co)
    I kesian kat student ump... too long already makan kat gerai sementara.. kebersihan pun susah nak jaga, bukan salah caterer kalau facility dah macam tu.
    So PIC for all this at UMP.. pls wake up NOW! anggap lah kerja sebagai satu amanah dan ibadah... tak buat betul2 dosa.
    Komen ini adalah ikhlas... kalau tak betul minta maaf, kalau ada yg terasa , minta maaf.
    Sekian, assalamualaikum semua warga UMP

    ReplyDelete