Wednesday, July 21, 2010

Kita adalah Apa Yang Kita Tentukan

  • 1. Bila TTT menjejak ke Kuliah di Tahun 4,terdetik sebentar di benak TTT,sekian banyak kuliah yang kita ikuti selama ini,apakah sebenarnya yang kita mahukan? Segulung Ijazah? Pointer setinggi gunung? Kerja Hebat di Syarikat Konglemerat? Kereta Mewah umpama Lamborghini? Isteri chantek bak bidadari atau Apakah sebenarnya tujuan Aku melangkah ke sisa sisa akhir pengajian? Di dalam kuliah Quality Engineering,Plastic Technology dan sebagainya bagaikan satu desakan kepada Jiwa Muda TTT bahawa INI semua masih belum cukup untuk persedian ke dunia realiti yang penuh sepak terajang. Adakah kurikulum 4 Tahun di Universiti bisa menjadikan kita Mahasiswa terampil dan karismatik?

  • 2.TTT terkedu dan termenung jauh bila mana dalam kuliah Plastic Technology,Dr Kumaran menerangkan yang Industry Mold atau Mould di Malaysia hanya sekadar menjaga maintenance semata. Maknanya,masih terlalu sedikit kepakaran Rkyat Malaysia dalam Design Mold. Seperti biasa Jepun dan German antara negara yang pakar jauh kehadapamn dalam teknolgi Mold ni. Tahukah anda Mold yang baru berharga RM5000 manakala Mold yang siap dengan design berharga RM 85K. Maknanya yang mahal ialah pattern design Mold di mana sehingga kini Malaysia tiada kepakaran. Dari sudut sisi sebagai Mahasiswa Kejuruteraan, pembelajaran hanya untuk menyiapkan Projek dan lulus dengan cemerlang. Siapkan Projek Sarjana Muda(PSM) dan kemudian boleh Graduate dengan senang hati.Tapi jauh di sudut Jiwa Muda TTT, Kenapa Industri Malaysia masih pegun seperti dahulu. Kenapa Jurutera Anak Watan Malaysia masih tidak  mempunyai kepakaran dalam bidang yang kritikal?

  • 3.Universiti Malaysia Pahang merupakan Universiti Teknikal yang sangat hijau pengalamannya. Pensyarah ramai yang muda dan tidak banyak pengalaman Industri. TTT akui bahawa teaching plan sangat membantu cuma kita akan persoalkan dasar pelaksanaannya. Sebagai contoh, dalam Subjek Soft Skills,Mahasiswa masih tercari cari Apakah elemen yang Penting untuk dikuasi dalam aspek Soft Skills. Kebanyakkan Mahasiswa akan mendengar dan mendengar Talk yang disampaikan. Kemudian Mahasiswa akan terkontang kanting sendirian. TTT hendak bertanya kepada teman-teman di Tahun Akhir Pengajian,Apakah yang kita hendak kejar? Apakah persedian yang Sangat Kritikal yang kita perlukan? Jangan sesekali kita bazirkan Semester Akhir ini dengan Kuliah semata mata...Sudah sampai Masanya Kita lakukan sesuatu untuk Ilmu bermanfaat untuk Kita. Kita Adalah Apa Yang Kita Tentukan!

3 comments:

  1. wah.. terbaikk la TTT ni... klu mr kumaran dengar mesti die bangga...
    UMP kena hapuska final exam ... ikut langkah macam kerajaan hapuskan upsr n pmr...

    baru la student ump dtng kelas tuk belajar bukan tuk exam (dptkan A)
    huhu~~

    ReplyDelete
  2. ubah sistem pembelajaran yang lebih kepada hands-on..
    hapuskan final exam..

    ReplyDelete
  3. TTT,good post,saya trtarik dgn term soft skill,saya pnh hdri krsus softskill di UNIMAS,bnyk bnda dpt dsni,mereka mngatakan kajian mnnujkkan graduan di malaysia pds hri ni tdak berkualiti krana sistem pndidikan di malaysia smkn truk,kbnyakan lecter jga tdk brperanan untk mmpnyai soft skill,elemen soft skill plu di praktikkan mlalui bngkel2,bkan melalui cramah shaja,silibus plajaran di malaysia jga tdak brsfat dinamik,hnya brdsarkn fakta,tdak brsifat praktikal,sbb tu jd exam-oriented,dlm intrview kbnyakan graduan fail sbb tdak memahmi knsep yng sbnar2nya

    ReplyDelete