Tuesday, July 13, 2010

Harta Pusaka & Puaka Yang Menghambatnya...

1.Entah kenapa mata TTT tidak boleh tidur walaupun seharian TTT memandu Proton Saga WMK 9165 daripada Kuala Lumpur ke UMP Pekan.Barangkali kerna suasana Kolej Kediaman Ke-5 yang masih baru dan tidak biasa dengan suasana ini.Alah bisa tegal biasa.Mudahan mata ini dapat dilelapkan dengan penulisan blog ini.

2.TTT dapat mengutip banyak pengalaman dan pensaksian di pacaindera TTT sendiri mengenai beberapa insiden dan peristiwa benar yang berlaku sepanjang minggu-minggu kebelakangan ini. Pada 28 Jun 2010 iaitu Isnin,satu perbicaraan tuntutan pampasan harta pusaka Hj Amin Bin Idris  bernilai jutaan ringgit Malaysia telah dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Melaka,Ayer Keroh. Kenapa TTT terlibat dengan perbicaraan kes ini kerna Ayahanda TTT,Tuan Hj Kamari B Ahmad merupakan salah seorang Peguam yang memfailkan tuntutan pampasan harta pusaka Hj Amin Bin Idris yang merupakan seorang warga Indonesia yang telah membuka tanah di salah sebuah tempat di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Melalui pemohon waris bernama Nazaruddin Bin Hj Muhammad Amin yang diwakili Ayahanda TTT,Tuan Hj Kamari Bin Ahmad. Apa yang menariknya kes ini? Ada beberapa kisah benar yang berlaku akibat ketamakan dan kerakusan manusia semata mata mengejar harta pusaka jutaan ringgit.

3.Sebelum itu,TTT melihat sendiri suasana Mahkamah Tinggi yang mempunyai prestij dan aura yang menghambat jiwa muda TTT.Dengan suhu penghawa dingin yang super sejuk sehingga ke sum sum tulang,dengan jubah Peguam-peguam yang ala ala Batman,TTT menyaksikan bahawa Mahkamah merupakan tempat untuk semua menuntut keadilan sewajarnya. Kes tuntutan harta Pusaka milik Hj Muhammad Amin Bin Idris sangat menarik kerna ia melibatkan kes warga Indonesia.Bayangkan , bila kita ke mahkamah memohon untuk mendapatkan Letter of Administration(LA) sebagai kunci untuk mendapatkan wang pampasan Harta Pusaka ini,ramai yang mencelah untuk mengaku sebagai waris Hj Muhammad Amin B Idris yang sah.Kalau tak silap TTT,ada 5 lagi pemohon yang mencelah untuk tuntutan pampasan Harta Pusaka ini.Lagi pula,sepanjang bermulanya sidang mahkamah,Ayahanda TTT,Tuan Hj Kamari Bin Ahmad telah mengalami beberapa peristiwa pelik yang menggunakan Ilmu Hitam:

  • i) Abah mengadu bahawa seakan bau najis seakan bangkai yang amat dahsyat cuba memasuki badannya. Mujur kerna Abah sempat membaca Doa Haikal,istighfar,Sihir itu hanya masuk sedikit.Abah hampir tumbang kerna penangan Ilmu Hitam yang amat dahsyat seolah-olah mahu 'menghabiskan' riwayat Abah.Subahanallah,Inilah Kuasa Allah SWT.
    • Apa yang peliknya,bila mana Abah bertanya kepada Uncle Latif ( Rakan Peguam Abah) ada bau yang sama seperti mana Abah alami,jawpannya tidak ada.Hanya Abah sahaja yang alami peristiwa itu.Hairan bukan tapi inilah kebenarannya,Bahkan,semua yang berada di dalam mahkamah tidak bau apa apa yang busuk lagi dahsyat itu.

  • ii) Sewaktu pulang daripada Perbicaraan itu,kejadian Aneh lagi Angker berlaku lagi di dalam perjalanan pulang.Semasa memandu Kereta Proton Wira di Highway,Abah tidak dapat melihat jalan disekeliling.Segalanya putih di jalanan.Bertambah pelik lagi,2 orang Indonesia yang ikut sebagai penumpang Kereta tersebut juga tidur mati yang nyenyak sekali.Ibarat tiada sedar langsung.Subahanallah,Kuasa Allah menentukan Ajal Maut di tangan-Nya.Abah seakan akan berasa tayar belakang Proton Wira pancit kedua duanya.Abah memberhentikan kereta dan melihat keluar.Tayar tak pancit malah dalam keadaan biasa.Pelik bukan? Bayangkan,sekiranya Abah meneruskan perjalanan dengan tiada nampak apa apa di jalanan semata mata putih ,barangkali sesuatu perkara buruk akan berlaku.

4. Banyak pengajaran yang TTT dapat sepanjang Perbicaraan Kes Tuntutan Harta Pusaka ini. Sebagai manusia yang beriman,kita mestilah yakin bahawa tiada Kuasa yang bisa melawan Kuasa Allah SWT hatta Sihir dan Ilmu Hitam. Harta Pusaka bisa menggelapkan mata manusia sehingga bisa melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang bertentangan dengan Syariat Islam.Adik beradik boleh putus silaturrahim semata mata bergaduk berkehendakkan Harta Pusaka. Banyak kisah di kalangan masyarakat Melayu-Islam yang tidak senang hati dan kehidupannya hanya kerna Harta Pusaka. Astaghfirullah, Inilah nasib bila mana Manusia melupakan bahawa Mukjizat Hakiki masih berada di dunia ini sebagai panduan hidup kita.Berapa ramai yang mahu mengambil Iktibar??? Tepuk dada,tanyalah Iman di hati kita semua....

Firman Allah SWT:

"Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan (harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa." (2:180)



The Think Tanker
14 Julai 2010
4.15 am di Kolej Kediaman Ke-5
Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan.

1 comment:

  1. bnda2 ilmu htam ni slunya dia brterusan..baik soh abah hg p jmpa ustaz syifa'..tp jgn g bomoh plak..aku besa alami yg lgi truk...nauzubillah..

    ReplyDelete